Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN BERSEPADU KO KURIKULUM


SK CHIKUS
36750 CHIKUS, PERAK

RASIONAL
Perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di
sekolah. Melalui aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan
dipupuk secara hands on dengan para peserta mengalami sendiri situasi-situasi
yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia seperti bertolak ansur,
bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan
bersama daripada kepentingan diri sendiri.
Aktiviti perkhemahan juga
mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang
secara langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masingmasing, disamping memberi kesempatan kepada para peserta itu mengembleng
daya inovasi dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah.
Seterusnya perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan
bersepadu, secara langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para
peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif, dan psikomotor masingmasing. Demikian jugalah aktiviti-aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsurunsur patriotisme akan turut menyumbangkan kepada pengukuhan perasaan
cintakan bangsa dan negara.
MATLAMAT PROGRAM
Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian
daripada usaha berterusan untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta berpotensi untuk memberi
sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat,
bangsa, agama dan negara.
Dalam konteks perkhemahan ini, aktiviti-aktiviti yang dirancang akan
memberi peluang kepada para peserta memperkembangkan potensi diri masingmasing khususnya dari segi kepimpinan dan kreativiti disamping
memperkukuhkan disiplin kendiri, semangat kejasama dan kesediaan berdikari
serta bertanggungjawab.
Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka
pelaksanaan perkhemahan ini adalah juga bertujuan untuk melahirkan generasi
pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta
berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup
seterusnya.

Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar para


peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsipprinsip berorganisasi kearah mencapai matlamat diri dan organisasi, mencintai
keindahan dan keceriaan alam sekitar, membina sahsiah yang berdya saing,
berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi.

OBJEKTIF
Dengan adanya perkhemahan bersepadu ini ianya dapat :
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas


perkhemahan.
Melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain.
Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan
seharian secara teratur dan berdisiplin.
Memberi peluang kepada para peserta berseronok dan berekreasi
dalam suasana semula jadi yang kondusif.
Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti
masing-masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan.
Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan rukunrukun beragama dan kehidupun bermoral.

KUMPULAN SASAR
Murid tahap 2 iaitu semua ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Puteri Islam
dan semua guru pemimpin Sekolah Kebangsaan Chikus seramai 65 orang.
(Rujuk lampiran)
JANGKA MASA PERKHEMAHAN
Perkhemahan ini akan diadakan pada :
Tarikh

: 6 7 November 2015

Hari

: Jumaat hingga Sabtu

Tempat

: Kawasan Padang Sekolah SK Chikus

JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi

Halmi Bin Abd Rahman

Naib Pengerusi 1

M Najib Bin Hisham

Naib Pengerusi 2

Su. Musa Bin Johor

Naib Pengerusi 3

Azhar Bin Mohamad Hashim

Setiausaha

Nor Amira Binti Abdul Hadi

Bendahari

Mohd. Sabri B. Mohd Noor

AJK

Semua guru SK Chikus

JAWATANKUASA KERJA
Kem Komander
Penolong Kem Komander
Persiapan Tempat

: Abdul Rauf Bin Abdullah


: Nor Amira Binti Abdul Hadi
: En. Muhamad Shamsul Bin Saad
Hisham Bin Ali

Dokumentasi
Disiplin, Keselamatan

: Muhamad Shamsul bin Saad


: Razlan Bin Shaari
Zarina Binti Alias
Zainubi Binti Uzir
Hisham Bin Ali

Perakam Peristiwa

: Zarina Binti Alias

Hadiah dan Cenderahati

: Zuraidah Binti Tajuddin


Hafiza Binti Basri

Penyediaan Makanan

: Siti Nurul Hanim Bt Mahd Nayai


Ruzianil Azma Binti Pouzi
Rohana Binti Ishak

Zurina Binti Kamarudin


KEWANGAN:
1.

Sumber Kewangan.
Duit BPL

RM 975.00

Sumbangan PIBG

RM 150.00

JUMLAH KESELURUHAN
2.

RM 1125.00

Anggaran perbelanjaan
i.

Duit BPL

BIL.
1.

PERKARA

JUMLAH

Makan
Sarapan pagi (RM2.00 x 65 orang)

RM 130.00

Makan tengahari (RM4.50 x 65 orang)

RM 292.50

Minum petang (RM2 x 65 orang)

RM 130.00

Makan malam (RM4.50 x 65 orang)

RM 292.50

Minum malam (RM2 x 65 orang)

RM 130.00
RM 975.00

ii.

Sumbangan PIBG

BIL.
1.

PERKARA
Hadiah

JUMLAH
RM 240.00
RM 240.00

JADUAL PERKHEMAHAN BERSEPADU


UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH

SK CHIKUS 2015
HARI JUMAAT (6 November 2015 )
3.00 petang :

Melaporkan diri dan mendaftar


Pelajar menjalankan tugas menyiapkan khemah dan
kawasan mengikut kumpulan.

3.30 petang :

Taklimat perkhemahan

4.30 petang :

Solat Asar

5.00 petang :

Riadhah ( Permainan Stesen).

6.30 petang :

Memasak untuk makan malam.


Mandi dan besiap untuk solat.

7.15 malam :

Solat Magrib dan Isyak

9.00 malam :

SLOT 1

11.30 malam :

Tidur

HARI SABTU ( 7 November 2015 )


6.00 pagi

Bangun dan mandi / Solat Subuh

7.00 pagi

Senaman dan riadah


Sarapan pagi

8.00 pagi

Pemeriksaan khemah dan kawasan.

8.30 pagi

PERTANDINGAN KAWAD KAKI

10.00 pagi

Minum dan rehat.

10.30 pagi

SLOT 2

12.00 tgh

Memasak makan tengah hari dan pertandingan memasak.


Makan tengah hari dan mandi.

1.00 petang :

Solat Zohor

2.00 petang :

SLOT 3

3.30 petang :

Menurunkan khemah dan membersihkan kawasan.

4.00 petang :

Perasmian Penutup dan penyampaian hadiah.

4.30 petang :

Bersurai dan balik ke rumah.

PENUTUP

Segala perancangan dan aktiviti yang akan dijalankan adalah bagi


menerapkan dan melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai jati diri yang
mantap dan disiplin yang kuat. Program ini juga berperanan untuk memupuk
semangat setia kawan dan saling tolong-menolong dan bantu-membantu serta
mengekalkan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar supaya ia disemai
dan dipupuk sejak mereka kecil dan menjadi sebati bila mereka meningkat
remaja dan dewasa kelak.
Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua
pihak. Demikian juga sokongan dan bantuan ehsan dari semua pihak akan
secara langsung turut menyumbang kepada kejayaan itu. Sokongan dan
bantuan dari semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan program ini adalah diucapkan berbanyak-banyak terima
kasih.

IKRAR PERKHEMAHAN
Kami
Para peserta Perkhemahan Unit Beruniform
Sekolah Kebangsaan Chikus
Dengan penuh keikhlasan dan takzimnya berikrar
Bahawa kami akan menyertai perkhemahan ini dengan bersungguh-sungguh
Bahawa kami akan menjalani semua aktiviti yang diprogramkan dengan tabah
dan penuh semangat
Bahawa kami akan manfaatkan peluang yang diberi untuk memperkaya
pengetahuan dan kemahiran kami, serta mempereratkan lagi silaturrahim antara
kami
Bahawa kami akan menghargai dan menjunjung tinggi segala panduan, nasihat
dan tunjuk ajar yang bakal kami perolehi
Bahawa kami akan mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan dengan
penuh kesedaran dan tanggungjawab
Bahawa kami akan menghadapi setiap kesukaran dan masalah sebagai cabaran
dan ujian
Bahawa kami akan berusaha bersama-sama menjayakan perkhemahan ini
Bahawa kami akan kembali dengan semangat perjuangan yang tinggi
Dan kamilah
Pendukung cita-cita bangsa dan negara.

PERALATAN YANG PERLU DIBAWA SEMASA PERKHEMAHAN.


INDIVIDU
1. Uniform pengakap / puteri islam

11. Lampu suluh

2. Pakaian sembahyang / sejadah

12. Tuala

3. Pakaian sukan

13. Pakaian mandi

4. Selimut

14. Beras 3 cawan

5. Kasut dan selipar

15. Telur 2 biji

6. Ubat dan berus gigi dan sabun mandi


7. Pakaian untuk 2 hari
8. Pinggan dan gelas 2 biji
9. Sudu
10. Barang-barang lain yang difikirkan perlu

Disediakan Oleh,

Disemak Oleh,

NOR AMIRA BINTI ABDUL HADI


Setiausaha Kokurikulum

M NAJIB BIN HISHAM


PK Kokurikulum

Diahkan Oleh,

HALMI BIN ABD RAHMAN


Guru Besar SK Chikus

Anda mungkin juga menyukai