Anda di halaman 1dari 32

BANTULAH ASNAF

ZAKAT
18 November 2016 / 18 Safar 1438
Bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu
dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-
pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan
menjalankan perintahNya). dan (ingatlah), sesiapa
melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang
yang rugi.
(Surah Al Munafiqun Ayat 9)
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan kepada
sidang jemaah sekalian, untuk sama-sama kita
mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT
yakni dengan melakukan segala apa yang
diperintahkan dan menjauhi segala apa yang
ditegah olehNya. Sebelum meneruskan khutbah,
saya ingin berpesan kepada sidang jumaat sekalian
agar menumpukan perhatian terhadap khutbah
yang bakal disampaikan. Semoga kita mendapat
perlindungan daripada Allah SWT di dunia
dan di akhirat kelak.
Sidang Hadirin Yang Berbahagia Sekalian,

Apa yang kita kecapai hari ini adalah suatu


kenikmatan yang dianugerahkan Allah atas usaha
kita untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.
Namun, apa yang kita kecapi tanpa disusuli dengan
sifat takwa dan syukur, ia tidak sepatutnya menjadi
kemegahan kerana semua harta kemewahan adalah
pemberian Allah SWT.
Adakah kita merasa hebat mempunyai wang
berjuta? Tanah serta rumah yang besar? Adakah
kita merasa hebat apabila dikurniakan pangkat dan
jawatan yang tinggi? Adakah kita merasa hebat
mempunyai kerjaya yang baik, bergaji tetap?
Adakah kita merasa hebat mempunyai anak yang ramai,
kenderaan yang mewah, pakaian yang berjenama, kasut
kulit menarik, telefon bimbit yang canggih? Semua ini
tidak lain hanyalah nikmat sementara. Firman Allah
(s.w.t) dalam Surah
Al Fajr ayat 20:
Bermaksud:

dan kamu amat menyukai harta benda dengan


kesukaan yang melampau
Firman Allah (s.w.t) lagi dalam Surah Al Muminun
ayat 55 dan 56:

Bermaksud:
Apakah mereka mengira bahawa harta dan anak-
anak yang Kami berikan (bererti bahawa) Kami
bersegera memberi kebaikan kepada mereka?
Tidak! bahkan mereka tidak sedar.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Firman Allah (s.w.t) dalam Surah At Taubah ayat 103:

Bermaksud:

Ambilah sebahagian harta mereka, dengan zakat itu


kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan
berdoalah untuk mereka.
Bagi menunaikan kewajipan yang terkandung di dalam
ayat ini, Alhamdulillah, dengan kempen berterusan telah
ramai orang kaya mahupun syarikat korporat di Negeri
Perak menunaikan zakat mereka kepada Majlis Agama
Islam Perak. Yakni, mereka mengeluarkan sebahagian
kecil daripada harta mereka miliki iaitu 2.5% atau satu
per empat puluh (1/40) daripada hartanya. Adalah
menjadi kewajipan kepada Majlis Agama Islam Perak
pula, mengagihkan zakat kepada golongan yang berhak
mendapatkannya secara adil. Tidak kira golongan kiri
atau kanan, putih atau hitam, tua atau muda, asalkan
mereka tergolong dalam golongan orang yang berhak
menerima.
Allah SWT berfirman dalam Surah At Taubah ayat 60:

Bermaksud:
Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang
fakir, orang miskin, dan pengurus-pengurus zakat, para
muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan)
hamba, orang yang berhutang, untuk jalan Allah, dan
untuk mereka yang sedang dalam perjalanan, sebagai
satu ketetapan yang diwajibkan Allah dan Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Saudara Kaum Muslimin Yang Berbahagia,

Golongan fakir dan miskin adalah golongan yang diberi


perhatian utama oleh Allah seperti yang disebut dalam
ayat tadi. Golongan ini, bukan sahaja wujud
disebabkan keturunan, malah antaranya kerana
faktor tidak bernasib baik, faktor usia lanjut
dan uzur, jatuh miskin tiba-tiba, faktor
penyakit kronik, kemalangan, ditamatkan
pekerjaan dan pelbagai sebab lagi.
Justeru itu, Majlis Agama Islam Perak telah memberikan
penumpuan terhadap golongan ini. Majlis Agama Islam
Perak telah mengagihkan bantuan zakat kepada
golongan fakir miskin ini sejumlah 87 juta ringgit
daripada keseluruhan kutipan zakat sebanyak 134 juta
ringgit pada tahun 2015. Ini bererti 65% dari jumlah
keseluruhan kutipan zakat tahun 2015 telah diagihkan
kepada fakir dan miskin sahaja dengan pelbagai jenis
skim bantuan. Setakat Januari hingga Ogos pada tahun
ini sahaja, bantuan zakat kepada asnaf fakir miskin
diagihkan mengikut skim seperti berikut:
1. Bantuan secara bulanan kepada 8041 orang ketua isi
rumah yang melibatkan perbelanjaan berjumlah 20
juta ringgit.
2. 596 golongan yang menerima bantuan bina dan baik
pulih rumah melibatkan perbelanjaan melebihi 12
juta ringgit.
3. Bantuan rawatan dialisis kepada 728 orang pesakit
berjumlah 14 juta ringgit. Ini kerana setiap pesakit
menerima rawatan tiga kali seminggu atau 12 kali
sebulan. Maka kos rawatan yang dibantu dengan
wang zakat bagi setiap pesakit adalah melebihi
RM2400 setiap bulan bagi setiap orang.
4. Bantuan hari raya kepada 20,472 orang berjumlah 4
juta ringgit.
5. Bantuan perubatan seperti pembedahan, implant dan
sebagainya kepada 347 orang berjumlah RM630,000.
6. Bantuan kecemasan segera kepada 8624 orang
berjumlah RM540,000
7. Bantuan sewa rumah kepada 150 orang berjumlah
RM280,000. Bantuan ini biasanya bagi kes pemohon
yang tiada tapak rumah yang sah dari sudut undang-
undang.
8. Juga kepada asnaf Fisabilillah yang terdiri daripada
guru, mahasiswa serta pelajar-pelajar sekolah dan
pondok.
9. Dan bagi zakat yang selebihnya adalah untuk asnaf
amil, muallaf,
( gharimin) dan ( ibnus
sabil).
Sidang Jumaat Yang Dimuliakan,

Namun, kutipan zakat di Negeri Perak belum mampu


menampung keseluruhan keperluan golongan asnaf
fakir miskin mahupun golongan asnaf yang lain. Masih
terdapat segelintir orang kaya mahupun syarikat
korporat yang enggan membayar zakat atau sebahagian
lagi memilih memberi terus kepada asnaf.

Sikap ini menyukarkan agensi agihan untuk


lebih tersusun dan efisyen.
Semestinya, apabila kita menyerahkan zakat kepada
Majlis Agama Islam Perak, maka semua harta zakat
dapat dikumpulkan dan diagihkan kepada asnaf zakat
yang benar-benar layak. Menyerahkan zakat kepada
Majlis Agama Islam Perak adalah jalan terbaik kerana
Majlis Agama Islam Perak mempunyai kaedah
pengagihan zakat yang lebih teratur. Masalah penipuan,
penerima berulang dapat diatasi. Setiap keputusannya
sentiasa dipantau oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri
Perak dan Jawatankuasa Audit dan Kewangan.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak juga adalah badan
yang dipertanggungjawabkan dalam memastikan
penyaluran wang zakat benar-benar menepati syariat
yang telah ditetapkan.
Sidang Hadirin Yang Dimuliakan,

Secara realitinya, tidak mungkin tuan-tuan yang


wajib membayar zakat dapat memenuhi keperluan
sebenar penerima zakat, ini kerana jumlah mereka
ribuan dan berada pula di merata ceruk dalam
Negeri Perak ini. Di antara mereka ada yang sangat
dhaif, tinggal di rumah yang hampir roboh, kos
membina rumah mencecah puluhan ribu ringgit.
Rawatan dialisis menelan belanja ribuan ringgit
setiap bulan.
Oleh itu, pastikan bayaran zakat dibuat terus
kepada Majlis Agama Islam Perak. Sama ada melaui
kaunter kutipan di pejabat Masjlis Agama Islam
Perak, melaui Amil-Amil bertauliah yang dilantik,
melalui perunding zakat, melalui Agen-Agen
memungut zakat seperti Pejabat Pos, MyEg, Jom
Pay dan bank-bank terlibat. Semua maklumat yang
berkaitan pungutan dan agihan ini tertera di portal
Majlis Agama Islam Perak yang boleh dilayari
setiap masa.
Akhir kalam, mimbar menyeru seluruh umat islam
yang cukup syarat untuk berzakat khususnya di
Negeri Perak ini, sama ada dari jenis emas, perak,
perniagaan, saham, KWSP, wang simpanan,
ternakan dan pertanian, agar bersegera
menunaikan kewajipan yang telah ditetapkan
oleh Allah SWT, supaya zakat yang ditunaikan itu,
dapat meringankan beban golongan asnaf dan
menjadi syafaat selepas mati.
Mari sama-sama kita renung firman Allah SWT
dalam Surah Al Baqarah ayat 152:

Bermaksud:
oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan
mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya
Aku membalas kamu dengan kebaikan dan
bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu
kufur (akan nikmatKu).
Bermaksud :

Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat (memberi


segala penghormatan dan kebaikan) kepada nabi (Muhamad
SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu
kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan
penghormatan yang sepenuhnya. (Surah Al Ahzab ayat 56)
Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar menyeru marilah sama sama kita


menunaikan solat solat fardhu secara berjemaah.
Sesungguhnya solat secara berjemaah itu adalah
lebih baik daripada solat secara bersendirian
seperti mana sabda Rasulullah SAW:
Bermaksud:

Daripada Abdullah bin Umar RA, telah menceritakan


bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
Solat berjemaah lebih utama dua puluh tujuh
bahagian daripada solat sendirian.
(muttafaq alaih)
Daripada Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah
(s.a.w) bersabda:

Bermaksud:

Seandainya mereka mengetahui apa yang terkandung


dalam Solat Al-atamah " " yakni solat Isya dan
Subuh, nescaya mereka akan mendatanginya meskipun
dengan merangkak.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
Ya Allah, berkatilah hidup hambaMu yang
melaksanakan tuntutan zakat dan kurniakan rezeki
yang berlipat ganda kepada para pewakaf serta
sucikanlah harta dan jiwa mereka, kurniakan
ketakwaan dan kebijaksanaan serta keadilan
kepada para pentadbir zakat, lindungilah golongan
fuqaraa dan masaakin daripada kekufuran dan
kefakiran yang berpanjangan.
Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan
hidayahMu terhadap Raja kami, Duli yang Maha
Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan,
Sultan Nazrin Muizuddin Shah Ibni Almarhum
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfur Lah dan
Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara
Salim serta kerabat diraja
dan seluruh rakyat jelata sekalian.

Anda mungkin juga menyukai