Anda di halaman 1dari 26

PERANAN IBUBAPA TERHADAP

KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
ANAK-ANAK
28 Oktober 2016 / 27 Muharam 1438

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,


Mimbar yang mulia ini mengulangi pesanan takwa
untuk diri saya dan sidang jemaah sekalian, dengan kita
melakukan segala perintahnya dan meninggalkan
larangannya. Pesanan ini sangat penting untuk diulangulang dan dihayati khususnya dizaman kita yang begitu
mudah lupa kepada Allah. Bahkan hubungan kita lebih
rapat dengan Facebook, Whatsapp, Televisyen dan
sebagainya berbanding solat, pembacaan Al-Quran,
zikir, dan perkembangan nasib umat islam seluruh dunia
bahkan di negara kita sendiri.

Sebelum meneruskan khutbah, saya ingin berpesan


kepada sedang jemaah sekalian agar menumpukan
perhatian terhadap khutbah yang bakal disampaikan.
Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan
umat yang lalai dan beroleh kejayaan di dunia mahupun
di akhirat. Mimbar pada hari ini akan meyampaikan
khutbah yang bertajuk

Peranan Ibubapa Terhadap Kecemerlangan


Anak-Anak.

Sidang Jumaat yang berbahagia sekalian,


Anak adalah anugerah yang tidak terhingga bagi
mereka yang telah berumah tangga. Sedetik kedengaran
tangisan bayi yang dilahirkan, sejuta kesyukuran yang
tidak terhingga kerana telah diberi nikmat dan peluang
oleh Allah (s.w.t) untuk bergelar sebagai ibu dan bapa.
Azan dan iqamah dilaungkan agar kalimah pertama yang
didengari oleh si bayi adalah kalimah tauhid yang suci.

Mudah-mudahan anak yang telah dikandungkan


isteri menjadi anak yang teguh ikatan aqidahnya.

Namun, tanggungjawab mendidik tidak terhenti setakat


itu sahaja kerana anak-anak sentiasa memerlukan
bimbingan. Jangan biarkan mereka merintih untuk
dibimbing kerana sebenarnya itulah tanggungjwab
ibubapa. Ibarat nakhoda yang bijak mengemudi kapal
supaya selamat tiba ke destinasi, begitulah cabaran
melayari samudera kehidupan dalam membina institusi
kekeluargaan.
Firman Allah (s.w.t) dalam Surah At-Tahrim
ayat 6:

Bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah diri
kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan
bakarannya: manusia dan batu (berhala), neraka itu
dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras
kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada
Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka,
dan mereka pula tetap melakukan segala yang
diperintahkan.

Sidang Jemaah yang dimuliakan Allah,


Ibubapa perlu berperanan sebagai guru dirumah iaitu
membimbing dan menggalakkan anak-anak untuk
mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan kerja-kerja
sekolah. Ibubapa wajar memberi perhatian sepenuh
masa bersama anak-anak. Jangan pula kita menganggu
pembelajaran anak-anak dengan aktiviti-aktiviti
melalaikan seperti menonton televisyen, melayari
internet, berbual kosong dan sebagainya.
Dorongan dan bimbingan di rumah akan membentuk
daya tahan anak-anak dalam menghadapi cabaran
pendidikan yang kompleks.

Ibubapa perlu sedar bahawa tahap pencapaian


pendidikan anak-anak kita masih lagi rendah berbanding
dengan bangsa-bangsa lain. Setiap kali keputusan
peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM, dan STAM
dikeluarkan, anak-anak kita masih lagi ketinggalan,
terutamanya dalam kursus-kursus Sains dan
Profesional. Mudah-mudahan pengembelingan
usahasama antara ibubapa dan guru-guru serta umat
di sekeliling akan mengangkat kembali martabat
pendidikan dalam kalangan anak-anak kita untuk
lebih berjaya.

Hadirin sidang Jemaah yang berbahagia,


Dalam kita terlalu memberi penekanan terhadap
kecemerlangan pendidikan akademik anak-anak, jangan
pula kita abaikan pendidikan agama dan peribadinya.
Ibubapa perlu memastikan anak itu benar-benar
komited dengan perintah Allah (s.w.t) terutamanya
ibadah solat. Perintah ini perlu disertakan dengan
konsep
oleh ibubapa sendiri. Pembudayaan
ibubapa terhadap amalan solat berjemaah, membaca
Al-Quran, menyelak buku-buku agama, InshaaAllah
akan dapat menyuburkan iman dan taqwa dalam diri
anak-anak.

Amat malang, apabila kita dapati ramai anak-anak yang


tidak menunaikan solat hanya kerana mereka lebih
sibuk melayani rakan-rakan dan urusan mereka sahaja.

Lebih malang lagi, ada dikalangan anak-anak


remaja yang hanya pulang ke rumah untuk tidur
dan makan semata-mata. Sepatutnya di rumah

menjadi benteng pertahanan terakhir keluarga daripada


anasir-anasir yang bertentangan dengan islam, tetapi
benteng ini telah runtuh dan musnah akibat kita
bertindak sambil lewa serta lalai dalam mendidik anakanak.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Bersempena musim peperiksaan umum yang akan
berlangsung pada 7 November ini, terutamanya Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM), mimbar menyeru agar semua
pihak bersama-sama memberi semangat kepada anakanak yang terlibat. Berilah tumpuan yang sepenuhnya
agar anak-anak merasai kebersamaan dalam
mengharungi peperiksaan ini nanti.

Semua pelajar dan anak-anak adalah berpotensi untuk


cemerlang. Pelajar yang cemerlang tidak semestinya

datang daripada keluarga yang berpendidikan


tinggi atau berlatar belakangkan Sosio-Ekonomi
yang baik, tetapi usaha yang berterusan untuk
meningkatkan kecemerlangan diri menjadi
penyumbang utama kepada kejayaan.

Mimbar menasihati pelajar-pelajar yang akan


menghadapi peperiksaan ini haruslah bersedia dari
segi fizikal, mental, emosi dan rohani. Kesihatan
yang baik perlu diberi perhatian bermula daripada
persediaan mengulangkaji hinggalah ke dewan
peperiksaan disamping menjauhkan diri dari aktiviti
lasak dan aktiviti yang boleh membawa kecelakaan.

Tetapkan minda dengan fikiran positif dan jangan


ada perasaan menyerah kalah sebelum berjuang.

Justeru, laksanakanlah formula mencapai kejayaan


merangkumi usaha, ikhtiar, doa dan bertawakal
kepada Allah secara berterusan agar kelak
memperolehi kejayaan cemerlang untuk agama,
keluarga, bangsa dan negara.
Mari sama-sama kita hayati firman Allah (s.w.t) dalam
Surah Ali-imran ayat 159:

Bermaksud:
Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah
bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka
bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

Bermaksud :
Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat (memberi segala
penghormatan dan kebaikan) kepada nabi (Muhamad SAW), wahai
orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta
ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang
sepenuhnya. (Surah Al Ahzab ayat 56)

Sidang jumaat yang dirahmati Allah,


Mimbar menyeru marilah sama sama kita
menunaikan solat solat fardhu secara berjemaah.
Sesungguhnya solat secara berjemaah itu adalah
lebih baik daripada solat secara bersendirian
seperti mana sabda Rasulullah SAW:

Bermaksud:
Daripada Abdullah bin Umar RA, telah menceritakan

bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:


Solat berjemaah lebih utama dua puluh tujuh
bahagian daripada solat sendirian.
(muttafaq alaih)

Daripada Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah


(s.a.w) bersabda:

Bermaksud:
Seandainya mereka mengetahui apa yang terkandung
dalam Solat Al-atamah " " yakni solat Isya dan
Subuh, nescaya mereka akan mendatanginya meskipun
dengan merangkak.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Ya Allah, bukakanlah hati kami untuk


melaksanakan ibadah zakat sebagaimana yang
telah Engkau fardhukan. Berkatilah hidup

hambaMu yang melaksanakan tuntutan


zakat dan para pewakaf yang telah
menginfaqkan harta mereka ke jalanMu.

Sucikanlah harta dan jiwa mereka, lindungilah


golongan fuqarak dan masakin daripada kekufuran
dan kefakiran yang berpanjangan.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan


hidayahMu terhadap Raja kami, Duli yang Maha
Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan,
Sultan Nazrin Muizuddin Shah Ibni Almarhum
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfur Lah dan
Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara
Salim serta kerabat diraja
dan seluruh rakyat jelata sekalian.

Anda mungkin juga menyukai