Anda di halaman 1dari 6

MEMBENTUK ANAK-ANAK MENJADI INSAN CEMERLANG

(1 Disember 2006 / 10 Zulkaiedah 1427)

‫ َالَّر ْح مُن َعَّلَم اْلُق ْر َءاَن َخ َل َق‬، ‫َاْلَحْم ُد ِهلل اْلَج ِلْي ِل الَّش ْأِن اْلَو اِس ِع الُّس ْلَطاِن‬
‫ِد‬
‫ َو َأْش َه ُد َاْن َّال ِإلَه ِإَّال اُهلل َيُق ْو ُل اْلَح َّق َو ُه َو َيْه ْى‬. ‫اِإل ْنَس اَن َعَّلَم ُه اْلَبَي اَن‬
. ‫ َو َأْش َه ُد َأَّن ُمَح َّم ًد ا َّر ُس ْو ُل اِهلل َمْنَب ُع اْلِح ْك َم ِة َو َفْص ُل اْلِح َط اِب‬.‫الَّس ِبْيَل‬
. ‫َالَّلُه َّم َص ِّل َعَلى َس ِّيِد َنـا ُمَح َّم ٍد َو آِلِه َو َصْح ِبِه َأْج َم ِعْيَن‬
‫ِت ِه‬ ‫ِع‬
‫ ِإَّتُق وا اَهلل َح َّق ُتَق ا َو َال َتُم ْو ُتَّن ِإَّال َو َأْنُتْم‬،‫ َفَي ا َب اَد اهلل‬، ‫َأَّم ا َبْع ُد‬
. ‫ُمْس ِلُمْو َن‬

Marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan melaksanakan titah perintah-Nya


dan menjauhi segala larangan-Nya. Ketahuilah bahawa tidak ada sesuatu yang
diberikan Allah yang nilainya lebih baik selain dari taqwa.

Bersempena dengan musim cuti sekolah yang sedang berjalan sekarang,


mimbar jumaat hari ini mengingatkan jemaah yang dihormati sekelian tentang
pembentukan syahsiah diri anak-anak agar menjadi Insan soleh yang cemerlang
dan muttaqin.

MUSLIMIN YANG BERBAHAGIA,

Anak-anak merupakan aset yang paling berharga kepada kedua-dua ibu bapa.
Mereka merupakan penyeri atau perhiasan dalam sesebuah rumahtangga.
Apatah lagi jika anak-anak berkenaan menjadi anak yang soleh dan berbakti
kepada keluarga, masyarakat dan negara. Sudah tentu kedua ibubapanya
mendapat nikmat di dunia. Manakala ganjaran pahala di akhirat begitu tinggi dan
besar ertinya yang bakal diterima di akhirat kelak.

1
Sebaliknya, jika anak-anak yang tidak mendengar kata nasihat ibubapa, degil
engkar, liar, melakukan dosa dan maksiat kepada Yang Maha Esa, sudah pasti
ianya menjadi beban kepada keluarga, masyarakat dan negara. Firman Allah
s.w.t. :-


(Surah al-Anfal: ayat 28)

Maksudnya: “ Ketahuilah bahawa harta benda kami dan anak-anak kamu itu
hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar
”.

SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI SEKELIAN,

Ibubapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan anak-anak


sepertimana yang dikehendaki oleh Islam, bukan mengikut corak yang mereka
pilih atau sukai. Oleh itu, anak-anak perlu dididik, diasuh dan dijaga dengan
sebaik-baiknya supaya hidupnya kelak sentiasa beriman kepada Allah dan
Rasul-Nya.

Proses pendidikan anak-anak bermula di peringkat awal lagi, iaitu semasa masih
dalam kandungan. Bermula dari sini proses pertumbuhan janin mengikut cara,
amalan pemakanan dan doa si ibu bapa. Dalam hal ini juga, Rasulullah s.a.w.
amat menekan kepada keutamaan memilih pasangan yang beragama daripada
memilih lain-lain kriteria, dalam usaha mempastikan agar zuriat yang bakal
dilahirkan nanti adalah anak-anak yang soleh.

Sabda Rasulullah :

، ‫" َعْن َاِبْي ُه َر ْيَر َة َر ِض َى اهلل َُعْن ُه َعِن الَّنِبْي َص َّلى اهلل َُعَلْي ِه َو َس َّلَم َق اَل‬
‫ ِل اِلَه ا ِلِح ِبَه ا ِل الِه َا ِلِد ْيِنَه ا َف اْظَف ِب َذ اِت‬، ‫ْنَك اْل َأُة َِأل ٍع‬
‫ْر‬ ‫ُت ُح َم ْر ْرَب َم َو َس َو َج َم َو‬
." ‫الِّد ْيِن َتِر َبْت َيَد اَك‬
2
)‫(رواه البخاري ومسلم‬
Maksudnya : Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Nabi s.a.w. bersabda : Kahwini
wanita kerana empat perkara : kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya,
dan kerana agamanya. Maka utamakan isteri yang beragama pasti tidak akan
rugi.

Oleh sebab itu, menjadi faktor utama bahawa ibu bapa yang melahirkan anak,
hendaklah ibu yang beriman kepada Allah s.w.t. dalam erti kata lain, ibu yang
taat menjalankan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Begitu juga
halnya dengan soal pemakanan yang diambil oleh ibu-ibu yang mengandung.
Mereka hendaklah makan makanan yang halal, bersih dan berzat kerana ianya
boleh mempengaruhi perkembangan dan pembesaran anak-anak samada dari
aspek fizikalnya mahupun tabiat akhlaknya. Pengambilan makanan dari sumber-
sumber yang tidak halal (haram), nescaya akan meninggalkan kesan yang
negatif kepada anak-anak yang bakal dilahirkan: seperti kecacatan, kerencatan
akal fikiran, dungu dan sebagainya. Rasulullah s.a.w. bersabda:

."‫"ُك ُّل َلْح ٍم َنَبَت ِم ْن َح َر اٍم َفالَّناُر َأْو لَى ِبِه‬


)‫(رواه مسلم‬

Maksudnya : “ Tiap-tiap daging yang tumbuh dari sesuatu yang haram, maka
neraka lebih layak untuknya “.

SIDANG JUMAAT SEKELIAN,

Bagi membentuk Anak-anak menjadi insan cemerlang, kedua ibu bapa


hendaklah juga terdiri daripada manusia yang cemerlang, bagaimana mungkin
ibubapa yang derhaka, rumahtangga yang porak peranda, dapat membentuk
keluarga yang sejahtera. Pendidikan dan asuhan yang diberikan oleh ibu bapa
adalah asas untuk anak-anak bertapak apabila mereka dewasa kelak. Ibubapa
adalah cermin yang mudah dijadikan tontonan oleh anak-anaknya. Oleh itu
dalam mendidik anak-anak supaya beriman kepada Allah dan berakhlak mulia.
Maka ibubapa juga hendaklah terlebih dahulu memiliki sifat yang mulia ini.
Contoh yang baik dari ibubapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak begitu
3
jugalah sebaliknya. Doa yang baik perlu diamalkan ketika ibu mengandung lagi,
bagi mendapat insan soleh. Antara doa-doa yang dianjurkan untuk dibaca ketika
ibu-ibu sedang mengandung seperti:

Maksud : " Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang ) yang
berdoa' dengan berkata : Wahai tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri
dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati malihatnya
dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang mahu bertakwa".

( Surah al- Furqan : 74 )

Pendidikan Aqidah hendaklah disemai sejak kecil lagi selaras dengan tuntutan
Islam supaya setiap anak yang baru dilahirkan hendaklah diazankan atau di
iqamatkan. Apabila anak-anak mencapai umur mumayyiz hendaklah disuruh
melaksanakan sembahyang dan lain-lain ibadat yang difardhukan ke atasnya.
Ibubapa hendaklah sentiasa menggalakkan anak-anak berakhlak dengan akhlak
yang mulia (mahmudah) dan melarang dari melakukan sifat-sifat cela
(mazmumah)

Jika ibubapa atau penjaga telah dapat menyempurnakan amanah mendidik


dengan sebaik-baiknya, nescaya anak-anak mereka akan menjadi anak yang
soleh. Antara tanda-tanda yang dapat dilihat sebagai anak yang soleh ialah:

1. Taat kepada Allah s.w.t. dan Rasul s.a.w, dalam ertikata


melaksanakan yang diperintah dan meninggalkan segala larangan-
Nya, serta tidak menyekutukan Allah, baik secara terang mahupun
sembunyi.

2. Taat dan hormat kepada kedua ibubapa, dengan berbakti kepadanya,


mengasihi dan mendoakan kebaikan kepada meraka semasa hidup
apa lagi setelah mereka meninggal dunia.
4
3. Memiliki segala sifat-sifat mahmudah serta menjauhi segala sifat-sifat
mazmumah. Antaranya seperti sabar, syukur, ikhlas, tawakkal, taubat,
taqwa dan sebagainya. Manakala sifat-sifat mazmumah yang perlu
dihindari seperti bohong, bakhil, kianat. hasad dengki, riak, takabbur,
ujub dan lain-lain lagi.

KAUM MUSLIMIN SIDANG JUMAAT SEKELIAN,

Sempena dengan musim cuti sekolah yang panjang ini, ibu bapa perlu
menyusun jadual hidup anak-anak. Tidak bererti apabila sekolah cuti anak-anak
turut cuti daripada mentelaah buku-buku pelajaran. Sebagai ibu bapa yang
prihatin, seharusnya kita berusaha memanfaatkan percutian ini bersama anak-
anak dengan aktiviti berfaedah seperti membawa anak-anak ke perpustakaan,
kem-kem berkhemahan motivasi atau balik ke kampung untuk menziarahi datuk
nenek dan juga ahli keluarga.

Mimbar jumaat hari ini ingin menarik perhatian jemaah sekalian, khususnya ibu
bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah, supaya tidak
melupakan persiapan persekolahan anak-anak kita menjelang persekolahan
awal tahun hadapan. Harus diingat, untuk mendapatkan ilmu di zaman moden
ini, memerlukan Uang Rupiah bagi menyediakan kelengkapan persekolahan.
Anak-anak yang bersekolah memerlukan kepada pakaian, peralatan tulis-
menulis, buku-buku teks, yuran dan sebagainya.

Cuba bayangkan bagaimana perasaan anak-anak kita bersekolah dengan


keadaan serba kekurangan, sedangkan rakan di sebelahnya lengkap dengan
semua peralatan dan keperluan. Ini tentu sahaja boleh menimbulkan rasa
rendah diri dan menjejaskan prestasi pembelajaran anak-anak. Menyedari
keadaan ini, pihak kerajaan telah memberikan bonus dan elaun di akhir tahun
bagi menampung sebarang kekurangan, ibubapa pula hendaklah
membelanjakannya bagi kemajuan dan kecemerlangan anak-anak.

5
Anak-anak adalah amanah Allah, maka menjadi tanggungjawab ibu bapa
memastikan anak-anak kita kukuh pegangan akidahnya. Kerana apabila anak-
anak kita kukuh akidahnya ia dapat menangkis sebarang bentuk ancaman dan
tidak mudah terperangkap dengan gerakan ajaran menyeleweng lebih-lebih lagi
ajaran yang telah difatwa oleh pihak berkuasa.

،‫اعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬

Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, Peliharalah diri kamu dan
keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu
(berhala) : neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat-Nya yang keras
kasar (layanannya) meraka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang
diperintahNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang
diperintahkan ”.

( Surah al-Tahrim ayat : 6 )

‫ َف ِنى ِإَّياُك ِب ا ِفْيِه ِم اآل اِت‬، ‫ا َك ا ِلْى َلُك ِفْى الُق اِن ال ِظ ْيِم‬
‫َن َي‬ ‫َو َن َع َو ْم َم‬ ‫ْر َء َع‬ ‫َب َر ُهلل َو ْم‬
‫ َأُق وُل‬،‫ َو َتَق َّب َل ِم ِّنْى َو ِم ْنُك ْم ِتَالَو َت ُه ِإَّنُه ُه َو الَّس ِم ْيُع الَعِلْيُم‬، ‫َو الِّذ ْك ِر الَح ِكْيِم‬
‫ْي‬ ‫ِلِم‬ ‫ال‬ ‫ِر‬‫ ِل اِئ‬، ‫ِلى هَذ ا َأْس ْغِف ا ال ِظ ْي ِلْى َلُك‬
‫َن‬ ‫ُمْس‬ ‫َت ُر َهلل َع َم َو ْم َو َس‬ ‫َو‬ ‫َقْو‬
‫ِف‬ ‫ِف‬ ‫ِم ِت‬ ‫ِم ِن‬ ‫ِل ِت‬
‫ َفاْس َتْغ ُر وُه َفَي ا َفْو َز الُمْس َتْغ ِر ْيَن‬، ‫ َو الُم ْؤ ْين َو الُم ْؤ َن ا‬، ‫َو الُمْس َم ا‬
. ‫َو َيـا َنَج اَة الَّتاِئِبْيَن‬

Anda mungkin juga menyukai