Anda di halaman 1dari 28

Terbitan Unit Penerbitan Pusat Islam Universiti Selangor BIL 6 : 2012 ( APRIL 2012 ~ JULAI 2012 )

Assalamualaikum Wrt. Wbt.


Penaung
Prof. Dr. Hj. Anuar bin Ahmad
Penasihat
Prof. Madya Hj. Zainal Abidin Bin Kidam
Tuan Haji Saedal Atas Bin Abd. Ghani
Editor
Ustazah Noor Azzah binti Mohd Yusof
Pengarang
Tuan Haji Saedal Atas Bin Abd. Ghani
Ustaz Abdul Rahman bin Ridewan
Ustaz Nurdin bin Darman
Ustazah Zahidah binti Muhd Zain
Ustazah Noor Azzah binti Mohd Yusof
Ustaz Ahmad Tarmizi bin Zakaria
Pengarang Jemputan
Majlis Perwakilan Nuqaba ( MPN )
Saudara Amar Arif
Wartawan & Grafik
Encik Mohd Azlizad bin Sulaiman
Edaran
Ustaz Mohd Sofyan bin Razali
Jurufoto
Encik Mohd Azlizad bin Sulaiman
Penerbit
Pusat Islam ,
Universiti Selangor ,
Jalan Timur Tambahan ,
45600 Bestari Jaya ,
Selangor Darul Ehsan .
Tel
Email
FB
Blog

: 03 - 3280 5059 / 5140 / 5132 / 5134


: pusat_islam@unisel.edu.my
: PUSAT ISLAM UNISEL
: unisel-pusatislam.blogspot.com

Sidang Redaksi Ad-Deen amat


mengalu-alukan sumbangan Fakulti / Institusi /
Pusat / Bahagian untuk diterbitkan diruangan
Ad-Deen. Sumbangan artikel hendaklah
berkaitan dengan urusan keilmuan dan
aktiviti universiti. Sila hantarkan
bahan - bahan tersebut kepada :
Pejabat Editor ,
Pusat Islam Unisel .

Salam diungkap pembuka bicara


Dipanjatkan syukur hanya padaNya
Terjalin ukhuwwah menuju jalanNya
Semoga kita diredhaiNya sentiasa
Syukur yang tidak terhingga kepada Maha Pencipta Rabbul Izzati, pemilik
alam semesta dan seisi penghuninya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia
kekasih Allah Rasulullah S.A.W dan para sahabat serta ahli keluarga baginda.
Semurni KasihSejambak Restu Betapa besarnya pengorbanan dan kasih
sayang bagi insan yang bernama ayah dan juga ibu. Pernah diungkapkan dalam bait
lagu, Ayah dan IbuAyah dan IbuEngkaulah permulaan kami dapat

melihat bulan dan matahariYang dikurniakan dari Ilahi...Ayah dan ibu


lah, Mesti dihormati Allah mentakdirkan ayah dan ibu sebagai sebab
kelahiran kita di alam ini. Kepayahan, perit jerih pengorbanan mereka menjaga kita
sejak di dalam kandungan dan seusia kelahiran, memberikan pendidikan dan kasih
sayang yang tidak berbelah bahagi. Adalah menjadi kewajipan setiap seorang anak
mentaati selagi mana ianya tidak bertentangan dengan hukum Allah dan juga wajib
menghormati ayah dan ibu kerana Allah SWT mengangkat tinggi kedudukan mereka
di sisi Allah. Ini jelas dalam firman Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat 36 yang
bermaksud : Dan sembahlah Allah, jangan kamu sekutukan-Nya dengan

sesuatu apa pun. Dandengan kedua orang tua (kamu) hendaklah berbuat
baik. Kemudian Allah menegaskan lagi dalam firmanNya : Dan Tuhanmu
telah memutuskan (memerintahkan),bahawa janganlah kamu menyembah
melainkan kepada-Nya(sahaja). Dan dengan kedua orang tua (kamu)
hendaklah berbuat baik. (Al-Israk: 23).
Berbuat baiklah kepada ibu bapa adalah maksud dari firmanNya

yang memerintahkan kita agar sentiasa mencari keredhaan ibu bapa


kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan keduanya. Seterusnya beramal bakti,
menunaikan hak kedua mereka, mencurahkan kasih sayang serta tidak menyakiti hati
mereka dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka semasa hayat mahupun yang
telah meninggal dunia. Allah SWT berpesan dalam firmanNya yang bermaksud :

Dan berdoalah, Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka sebagaimana


mereka mengasihani diriku sewaktu kecil dahulu. (Al-Israk: 24)
Belajarlah untuk menjadi anak yang berakhlak baik dan belas ihsan kepada
ibu bapa. Apakah wajar untuk menjadi Si Tanggang Anak Derhaka setelah kita
mula dewasa, mengenal erti kehidupan, menjadi seorang yang berjaya, ada pangkat
dan harta. Itu semua tidak menjanjikan kebahagiaan selamanya, hanya sementara.
Alangkah beruntung bagi mereka yang berbuat baik kepada ibubapa, bukan sahaja di
dunia tetapi menyemai ganjaran di akhirat sana. Apa yang diharapkan ayah dan ibu
bukanlah hadiah wang ringgit kita tetapi di sebaliknya adalah ungkapan rindu dan
untaian kasih sayang serta serumpun bakti anak-anak yang telah mereka besarkan.
Ketika itu mereka teringat anak yang amat mereka sayangi, tidak rindukah
pada ibu dan ayah yang sering menanti . Sekilas di hadapan mata tergambar kenangan
bersama sewaktu anak anak itu masih kecil minta dimanja dikasihi dipujuk mesra.
Lalu menitis air mata kerinduan yang berpanjangan.Adakah si anak dapat merasakan
rintihan ayah dan ibu ini. Di manakah anak-anak yang amat mereka sayangi dan
rindui? Hayatilah firman Allah Taala yang bermaksud: Ibunya mengandung-

kannya dalam keadaan susah payah danmelahirkannya juga dalam


keadaan susah payah.(Al-Ahqaf:15) Allah SWT menegaskan lagi dalam
firmanNya dalam surah Luqman ayat 14 mafhumnya: Ibunya mengandungkannya
dengan menderita kelemahan di atas kelemahan.(Luqman: 14). Akhir kalam untuk
para pembaca yang dirahmati Allah sayangi dan hormatilah ibu dan ayah, iringi doa
sentiasa, ziarahi ketika ada, rindu bertamu terubat di hati, moga kita dirahmati
Allah InsyaAllah.

(azzah_yusof@unisel.edu.my)

ADDEEN BIL.6 - M/S 02

Oleh : Tuan Haji Saedal Atas Bin Abd. Ghani

pendinding kepada pencerobohan musuh. Sebuah


rumah yang utuh adalah kerana pasak tiang
serinya yang mantap dan gagah, yang memaut
erat bumbung, lantai, dinding, pintu dan segala
sosok yang menjadi pelengkap kepada sebuah
rumah. Apakah pula yang menjadi tiang seri
utama kebangunan dan kekebalan sebuah sistem
kekeluargaan itu?
Makanya Islam melestarikan sebuah
kehidupan kekeluargaan dengan kebahagiaan dan
keselamatan melalui tanggungjawab dan amanah
yang diterajui oleh seorang pemimpin bernama
suami atau lelaki. Ia umpama pautan kasih sayang
dan untaian tali keselamatan yang akan mengikat
erat isterinya, anak-anaknya dan siapapun yang
menjadi rangkaian terjalinnya rumpun anggun
sebuah rumah tangga.

Institusi kekeluargaan
umpama barisan benteng kukuh yang seharusnya
berfungsi menjadi dinding dan pelindung bagi
individu muslim. Seperti sebuah rumah yang ada
tiang, bumbung, lantai dan dindingnya, yang
melindungi sebuah keluarga dari hujan, panas,
ribut, ketakutan dan kebimbangan. Maka sebuah
keluarga yang tinggal di dalamnya juga mestilah
berfungsi menjadi pelindung dari apa juga petaka
yang mengancam dan meresahkan.
Musuh Islam telah lama menyedari dan
memerhati, bahawa antara kekuatan umat Islam,
adalah berpunca dari kekukuhan institusi
kekeluargaan ini, di samping tidak melupakan
aspek utama terhadap pembentukan individu
muslim, yang menjadi pemangkin keutuhan
sesebuah institusi kekeluargaan. Kehancuran
sosial ummah dan dunia dewasa ini tuntas,
adalah lantaran kerapuhan ahli dan keanggotaan
kekeluargaan. Sesungguhnya inilah yang gagal
dipertahankan oleh kehidupan dunia moden hari
ini. Gagal menjadikan sistem kekeluargaan
sebagai asas pembentukan keharmonian
kehidupan dan ummah.
Justeru, untuk merosakkan Islam dan
ummahnya, maka Institusi kekeluargaan mesti
diledak
dengan bom kucar kacir
dan
kehancuran, agar ia tidak lagi mampu menjadi

Bagaimana jika pautan kasih dari seorang


bapa peneraju bahtera keluarga longlai dan tidak
bermaya? Ibarat tiang seri rumah yang rapuh dan
goyah, sudah pasti menanti rebah dan patah.
Lantaran itu
Islam meletakan pundak
tanggungjawab ke atas para bapa dan suami, agar
bersedia menjadi lestari untuk mengangkat darjat
kekeluargaan menjadi benteng dari huru hara,
maksiat dan kebatilan yang datang dari berbagai
sudut dan penjurunya. Asasnya jelas, iaitu
bagaimana si bapa mampu memurnikan kasih dan
sayangnya kepada anggota keluarganya dengan
iman dan taqwa, sehingga keluarga akan marasai
mawaddah dan rahmah sekaligus meraih
sejambak restu dari Ilahi, yang sangat
didambakan oleh semua insan.
Secerah mentari selorong di hadapan sana,
betapa Islam sebagai agama akhir zaman telah
memberikan penyelesaian jitu supaya sistem
kekeluargaan, di mana suami sebagai pemimpin
kepada isteri dan anak-anaknya, sederap bersama
mengambil tanggungjawab waspada dan berjagajaga dari terpengaruh dan dipengaruhi oleh unsur
-unsur luar yang meracun dan merasuk
kebahagiaan. Mari kita koreksi kembali
sejauhmana kemungkinan kekebalan sistem
kekeluargaan hari ini mampu bertahan dari
ombak nafsu dan kemaharajalelaan syaitan.

Renungkan dan fikirkan....


ADDEEN BIL.6 - M/S 03

Oleh : U

STAZ A

HMAD
TAR
BIN ZA MIZI
KARIA

ALHAMDULILLAH!
Selamat datang wahai insan baru.
Demikianlah ungkapan pertama yang biasa diucapkan apabila
setiap kali menyambut kelahiran
seorang bayi yang ditunggutunggu bukan sahaja oleh ibu bapanya tetapi turut dinantikan oleh
segenap lapisan keluarga. Perhatian yang bakal diberikan
kepada insan baru tersebut pastinya meliputi segala keperluan
hidupnya hinggalah dia membesar
dan mampu berdikari. Siapa lagi
yang akan memelihara dan membesarkan anak tersebut melainkan
kedua-dua ibu dan ayahnya.
Semua mengakui bahawa
ibu bapa adalah sepasang insan
yang paling istimewa. Tanpa
mereka, tidak adalah kita di dunia
ini. Kedua-dua mereka sanggup
berkorban segala-galanya demi
melihat kebahagiaan dan kesejahteraan kita.
Jasa serta pengorbanan
mereka terlalu besar dan mustahil
seseorang anak itu dapat membalas atau membayarnya. Justeru,
seseorang anak wajib menghormati serta mentaati mereka.
Jika dilihat hari ini, sesetengah ibu bapa terpaksa keluar
rumah seawal pagi semata-mata
untuk mencari rezeki bagi menampung keperluan keluarga. Pengorbanan itu sepatutnya dibalas
dengan anak menghormati, mentaati dan berbuat baik kepada ibu
bapa. Ini sebagai suatu penghargaan tertinggi anak membalas jasa
ibu bapa.
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan tuhanmu memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya
semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
Jika salah seorang dari keduanya,

atau kedua-duanya sekali, sampai


kepada umur tua dalam jagaan
dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada
mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'uuh',
dan janganlah engkau menengking
mereka, tetapi ucapkanlah kepada
mereka perkataan yang mulia
(yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri
kepada keduanya kerana belas
kasihan dan kasih sayangmu, dan
doakanlah (untuk mereka, dengan
berkata): Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua
seperti mana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa
kecil." (Surah al-Israk, ayat 2324)
Secara jelasnya, ibu bapa
mempunyai kedudukan yang
tinggi di sisi Allah sehingga Allah
memerintahkan kita berbuat baik
kepada mereka selepas perintah
mengabdikan diri kepada-Nya.
Dalam satu riwayat, Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki: Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik? Jawab Rasulullah:
Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi:
Kemudian siapa lagi? Ujar
Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa
lagi? Jawab Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi?
Baginda menjawab: Bapamu.
Hadis Rasulullah SAW
tersebut mengangkat kedudukan
istimewa ibu sehingga berbakti
kepada ibu mengatasi berbakti
kepada orang lain walau kepada
bapa sekalipun.

Alangkah sedihnya melihat


masyarakat hari ini apabila ada
anak sanggup mendera, membiarkan malah mencederakan ibu bapa
apabila kehendak hati tidak dipenuhi atau disebabkan nasihat untuk kebaikan diberi. Anak yang
menderhaka terhadap ibu bapa
disebabkan oleh hilangnya nilai
keimanan dalam diri dan jiwa dikuasai hasutan nafsu. Ini ditambah
dengan tekanan hidup hari ini
yang menjadikan hubungan kekeluargaan kian jauh dan institusi
keluarga makin rapuh.Namun, apa
juga cabaran, itu bukan alasan untuk anak melupakan tanggungjawab kepada ibu bapa mereka.
Ada kalanya, ibu bapa tidak memerlukan wang ringgit tetapi cukuplah perhatian yang diberi oleh
anak kepada mereka.
Anak yang derhaka kepada
ibu bapanya pasti menghadapi pelbagai kesulitan hidup ketika di
dunia dan di akhirat. Selain itu,
menderhaka kepada kedua ibu
bapa juga bererti menderhaka
kepada Allah.
Daripada Abdullah Amru,
Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: Keredaan Allah terletak atas keredaan ibu bapa dan
kemurkaan Allah terletak atas
kemurkaan ibu bapa. (Hadis
riwayat Tirmizi)
ADDEEN BIL.6 - M/S 04

Perlu disedari, menderhaka


kepada ibu bapa adalah dosa besar
selepas syirik. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Nabi SAW
pernah menceritakan mengenai
dosa besar. Baginda bersabda yang
bermaksud: "Menyekutukan Allah,
menderhaka kedua-dua ibu bapa,
membunuh dan berkata dengan
kata-kata palsu." (Hadis riwayat
Muslim)
Selain itu, banyak peristiwa
dan kejadian menimpa orang yang
menderhaka kepada ibu bapanya.
Salah satunya ialah peristiwa yang
menimpa Alqamah, sahabat yang
kuat beribadah kepada Allah tidak
dapat melafazkan kalimah syahadah di saat kematiannya kerana
mengguris hati ibunya.Betapa beratnya dosa menyakiti ibu bapa,
lidah
Alqamah
seakan-akan
terkunci. Tiada sepatah perkataan
pun terkeluar dari mulutnya. Azab
menimpa Alqamah berakhir setelah ibunya memaafkan kesalahan
dilakukannya.
Oleh
itu,
jadikanlah
peristiwa Alqamah sebagai pengajaran dan iktibar bahawa ibu bapa
itu wajib dihormati dan dipatuhi.
Janganlah kerana suatu perkara
remeh, seseorang anak sanggup
melupai dan menderhaka terhadap
ibu bapa. Melihat kepada jasa
yang dicurahkan oleh ibu bapa,
ianya tidak boleh dinilai oleh
segala harta yang ada di dunia ini.
Ini kerana, ibu bapa sanggup mengorbankan kepentingan diri dan
mengharungi pelbagai cabaran
demi memastikan kesenangan
hidup anak.

MENDATAR

MENURUN

Justeru, kewajipan
menghormati ibu bapa tidak
terhenti walaupun kedua-dua
mereka sudah meninggal dunia
kerana walaupun ibu bapa sudah
meninggal dunia seseorang anak
dikehendaki berdoa supaya roh
kedua-duanya sentiasa bahagia di
sisi Allah. Selain itu, anak juga
digalakkan menziarahi kubur ibu
b a p a
m e r e k a .
Jelaslah menghormati, mentaati
dan berbuat baik kepada ibu bapa
adalah suatu amalan utama serta
berterusan sepanjang masa.
ADDEEN BIL.6 - M/S 05

Oleh : U

STAZ S

AEDAL
ATAS B
IN
ABD. G
HANI

Semua orang, tiada


kecuali mengimpikan sebuah
keluarga bahagia, ungkapan
Baiti Jannati dirasakan terlalu
muluk frasanya. Tetapi itulah
hakikatnya
manusia
yang
inginkan sesuatu yang terbaik
di dalam hidupnya. Adakah
mungkin sebuah kehidupan
dalam rumah tangga disamakan
dengan kehebatan ganjaran
syurga Allah yang maha hebat?
Tidak akan sama kebahagian di
dunia dengan kebahagiaan di
akhirat.

mengatakan, tanpa faham apa


yang diungkapkan.Sementelah
pula kata-kata baiti jannati
(rumahku syurgaku)
sering
dingiang-ngiangkan di telinga
kita.

Apapun niat baik ini


bukanlah salah untuk dicitaharapkan, malah amat perlu
dicari, dijaga dan dijelmakan.
Kerana ia adalah perintah dan
Sunnah dari Rasulullah SAW.
Sabda
Rasulullah
SAW
bermaksud: daripada Abu
Hurairah RA katanya, Sabda
Rasulullah
SAW
Orang
Mukmin yang paling sempurna
Imannya ialah mereka yang
mempunyai akhlak terbaik.
Orang yang terpilih di antara
kamu ialah mereka yang baik
pergaulan serta hubungannya
dengan isteri-isteri mereka Riwayat Tarmizi dan Ibnu
Hibban.

Adakah kita tidak mampu


dengan penuh yakin untuk
mengungkapkan kata-kata ini
(baiti jannati) , atau sebenarnya
kita gagal menjadi yang terbaik
di kalangan yang terbaik itu?
Atau kita hanya ngawur dan
merawak rambang, mengikut
orang lain berbicara dan

Namun apa yang ingin


diperkatakan apakah mafhum
dari ungkapan muluk tersebut.
Jangan sekali ia hanya menjadi
kata-kata yang diungkap ketika
ngarai dan mengigau di siang
hari.

Dan di antara tandatanda


yang
membuktikan
kekuasaanNya dan rahmatNya,
bahawa Ia menciptakan untuk
kamu (wahai kaum lelaki) isteri
-isteri dari jenis kamu sendiri,
supaya kamu dapat bersenang
hati
dan
hidup
mesra
dengannya dan dijadikanNya di
antara kamu (suami isteri)
perasaan kasih dan belas
kasihan. Dan sesungguhnya
yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang
menimbulkan kesedaran) bagi
orang-orang yang berfikir.

dalam ayat di atas adalah hasil


dari perasaan kasih dan belas
kasihan
yang lahir
dari
pertemuan dua jantina atas
iradah
dan rahmah Allah.
Inilah asas keluhuran rumah
tangga untuk menuju istana
baiti jannati. Sesungguhnya
Islam telah menggaris-tentukan
bebarapa tanggungjawab untuk
mempastikan
istana
baiti
jannati tertegak jitu dan padu.
Al Sabuni di dalam
Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir
bependapat bahawa perkataan
Litaskunu Ilaihi adalah
bermaksud: kamu merasa
tenang dan hidup mesra, iaitu
tenang dari sudut fizikal dan
kerohanian (al Sabuni
1979/2/476). Melalui jalinan
kasih sayang berlakulah
perhubungan jiwa, keserasian
perhubungan
badan,
penyerahan diri untuk dimesrai
dan memesrai. Telah terbukti
betapa kalutnya hidup lantaran
terhakisnya hamparan
ketenangan dalam interaksi
suami dan isteri.

Kesenangan
dan
kemesraan yang diungkap oleh
Allah di dalam firmanNya di
ADDEEN BIL.6 - M/S 06

Manakala mawaddah wa
rahmah
akan lahirlah
tanggungjawab, mempercayai dan
lengkap melengkapi antara suami
dan isteri. Inilah hakikat agong
yang Allah tatapkan melalui lafaz
tersebut. Lafaz mawaddah memberi
pengertian mahabbah (kasih
sayang) dan perkataan rahmah
membawa erti syafaah. Mahabbah
adalah jelmaan perasaaan belas
kasihan suami terhadap Isteri, yang
terlahir dari aliran ketenangan dan
kebahagian rumah tangga. Adapun
syafaah adalah perasaan belas
kasihan terhadap Isteri ketika
kesusahan.
Jelasnya mawaddah
menampilkan kasih sayang kendiri
dan rahmah mendorong kasih
sayang yang disayangi secara
timbal balik.(Andek Maznah
1 9 99 / 9 7) . Bi l a t er j a l i n n ya
keharmonian antara mawaddah dan
rahmah, antara mahabbah dan
syafaah, maka ranumlah bebunga
ketenangan dalam tasik kasih
sayang suami isteri, tanpa kocak
yang bertukar menjadi ombak.
Sedar benar-benar akan
tanggungjawab yang besar yang
lahir dari kesediaan mendirikan
rumah tangga :

Semua anggotanya
hendaklah menjadi contoh
dan pembimbing kepada
orang lain, terutama suami
atau bapa.

Suami mestilah mempastikan


sentiasa membuat hubungan
yang baik dengan isteri.

Hidupkan suasana Islam


dalam keluarga. Rancangkan
kuliah dan tazkirah, zikir dan
tilawah.

Beri peluang kepada isteri


dan anak memberi
pandangan dan pendapat.
Suami tidak layak meminpin
dengan kuasa mutlak, dan
semua orang mesti mengikut
pandangannya.

Berusaha untuk mendidik


anak-anak dengan
pendidikan dan akhlak Islam.

Aktifkan
suasana
kegembiraan, seperti
mengingati dan menyambut
hari penting dalam keluarga,
tarikh perkahwinan, lahir,
hari ibu dan sebagainya.

Suami sebagai pemimpin


harus sedar dalam-dalam,
terkadang anak dan isteri
adalah musuh baginya.
Jangan sampai lalai mencari
bahagia
terlupa
tanggungjawab Allah dan
Rasul-Nya.

Sederhana dalam melayan


keluarga, samada keperluan
material atau fizikalnya.
Berlebihan akan mengikis
kasih sayang dan menjadi
asbab terjerangkap dalam
jerat syaitan.

Berusaha meningkatkan
iman keluarga. Ini penting
bagi mempastikan keluarga
sentiasa mendapat barakah
dari Allah.

Jelas di sini bahawa


penghuni Baiti Jannati didiami
oleh keluarga sakinah yang
memberi gambaran semua anggota
keluarganya merasakan
ketenangan, keamanan,
perlindungan, penuh kasih sayang ,
kebahagiaan, keberkatan juga
dirahmati Allah SWT. Seterusnya
menjadikan akidah Islam sebagai
asas rumahtangga yakni paksi
tujuan hidup dalam berumahtangga.
Akidah Islam menetapkan bahawa
tujuan hidup setiap manusia adalah
untuk meraih keredhaan Allah
SWT .
I n i l a h ke l u a r g a ya n g
memperolehi mawaddah wa
rahmah. Prof. Dr. Hamka ada
menjelaskan bahawa rahmah
l ebih t inggi kedudukannya
berbanding mawaddah kerana
rasa kasih sayang murni yang
tumbuh dari jiwa yang paling
dalam sehingga suami isteri
merasakan kebahagiaan yang tidak

bertepi dan ketenangan yang tidak


terbatas walaupun semakin
dimamah usia. Allah SWT akan
menurunkan rahmah ke atas
keluarga yang dibina untuk mencari
keredhaan Allah. Atas sebab itu,
Islam menitikberatkan pemililihan
pasangan dari sudut agamanya iaitu
yang mengutamakan keimanan dan
ketaqwaan daripada kecantikan,
keturunan dan kekayaan.
Hasrat dalam merealisasi
Baiti Jannati amat menitikberatkan
peranan setiap ahli keluarga iaitu
menyedari dan melaksanakan
peranan dan tangungjawab masing
-masing. Maka secara tidak
langsung, tertunailah hak di dalam
ahli keluarga secara timbal balik.
Sebagai contoh, seorang anak
menunaikan tanggungjawabnya
terhadap kedua ibu bapa, maka
secara automatik telah tertunai hak
ibubapa. Jika setiap ahli keluarga
mel aksanakan per anan dan
tanggungjawabnya, maka masingmasing akan memperolehi haknya.
Justeru, keluarga yang dibina atas
dasar agama ini akan memiliki
matlamat yang jelas. Bagi mereka ,
ke h i du p an d un i a ha n ya l a h
sementara, tidak lain ianya adalah
tempat mencari dan menyemai
keredhaan Allah untuk tuaian di
akhirat kelak.
Moga dengan sedikit tip ini
membantu kita membina harapan
ke arah terbentuknya baiti jannati,
iaitu rumah yang menjadi syurga
yang dinaungi dengan payung
ketenangan. Asasnya jelas,
semailah mawaddah dan
semarakkan rahmah, insyaAllah
bahagialah rumah tangga.
Bahagianya rumah tangga maka
tenanglah jiwa, itulah nikmat
syurga di dunia sementara, moga
kekal hingga ke akhirat. Amin....

* Kosa kata :
Ngawur, merawak rambang = berkata
sembarangan (tidak difikir dahulu, asal
berkata)
Muluk = indah
Ngarai = bermimpi
Diniyah = keagamaan

ADDEEN BIL.6 - M/S 07

Oleh : U

STAZA
HZ
BTE M AHIDAH
UHD Z
AIN

"Aku terima nikahnya si


fulanah binti si fulan
dengan mas kahwinnya
RM...."
Termeterai ikatan
perkahwinan antara saat manis
yang mungkin tidak dapat
dilupakan. Jauh di sudut hati, kita
berazam ingin menjadi isteri yang
s o l e ha h , t a at pa da s u a mi
sebagai mana hukum yang
ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Namun hati kita berbeza
dengan hati orang lain malah
kadangkala sukar meneka hati
pasangan sendiri..bagi yang sudah
berkahwin mahupun yang meniti
alam perkahwinan yang bakal
tiba...Jika hanya satu pihak
menganyam matlamat dan impian
sementelah pihak yang lain masih
di awang awangan , mungkinkah
bahagia yang diidam menjadi
kenyataan???
Gerbang perkahwinan dalam
kamus hidup seseorang wanita
adalah untuk selama-lamanya.
Seorang wanita menganggap suami
yang dipilih untuk menjadi teman
hidup mereka merupakan pilihan
yang paling tepat dilakukan
sepanjang hidupnya. Bagi mereka
hidup bersama pasangan adalah
saat indah yang paling dinantinantikan. Ketika menanti saat
menjadi isteri, perasaan menjadi
berdebar-debar di kala upacara
akad nikah dijalankan..pelbagai
perasaan dan emosi bermain di
fikiran.. Persediaan mental dan
fizikal?????
Jika sebelum ini kita hanya
hidup dalam kelompok keluarga
kita, namun setelah berkahwin kita
perlu hidup dalam kelompok
keluarga lain yang mungkin
budayanya amat jauh berbeza
dengan budaya hidup kita sebelum
ini
ADDEEN BIL.6 - M/S 08

Setiap pasangan yang bakal


memasuki gerbang perkahwinan
perlu sedar bahawa mereka akan
menempuh pelbagai dugaan
sepanjang perjalanan sebagai suami
isteri. Sebaik-baiknya jika anda
yang bakal mendirikan
rumahtangga perlulah
melengkapkan diri untuk
menghadapi realiti alam
perkahwinan untuk jangka masa
panjang.
Terdapat satu artikel yang
ditulis oleh Jamilah Samian
cukup menarik perhatian saya di
mana beliau menegaskan
kemahiran tertentu amat perlu
untuk mengendalikan khususnya
tiga perkara : JANGKAAN &
HARAPAN, KOMUNIKASI dan
PENYELESAIAN KONFLIK.
Jangkaan & Harapan
Sebenarnya, perkahwinan
hanya akan berpotensi untuk
berjaya jika kita benar-benar
berusaha ke arah itu. Jika jangkaan
kita tidak realistik, inilah salah satu
sebab berlakunya ketegangan serius
yang mengakibatkan perceraian.
Renung dan insaf diri
sendiri. Setiap kita ada
banyak kelemahan dan
kekuatan. Banyak yang
perlu diperbaiki. Begitu
juga bakal suami atau
isteri. Jangan harapkan
pasangan yang sempurna
kerana hanya Allah
sahaja yang sempurna.
Komunikasi
&
Penyelesaian Konflik
Kata pepatah
sedangkan lidah lagi
tergigit, ini kan pula
suami isteri. Memang
benar bahawa perbezaan
pendapat
dan
kadang-kadang
pergaduhan boleh berlaku

dalam sesebuah rumah tangga. Jika


anda tidak cekap berkomunikasi,
lambat laun perasaan ini akan
terkumpul sehingga suatu hari nanti
menjadi punca pergaduhan yang
besar.
Perlu diingat, sebaik-baik
perkahwinan adalah di mana suami
d an i st e r i sal i n g l e n gka p
melengkapi antara satu sama lain.
Namun tanpa kemahiran
komunikasi yang efektif, sukar
untuk mencapai keadaan ini.
Realiti Konflik
Sebenarnya konflik boleh
menjadi sesuatu yang positif atau
negatif, bergantung pada reaksi
anda terhadap konflik tersebut. Ia
positif bila anda menggunakannya
sebagai suatu batu loncatan untuk
lebih memahami suami atau isteri
anda.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah
kepada kami dari isteri-isteri kami
dan anak pinak kami, penyejuk
mata kami, dan jadikanlah kami
penghulu bagi orang-orang
bertaqwa."

Isteri Solehah Penyejuk


Hati Suami sungguh indah
gelaran tu di mana menjadi impian
semua isteri. Sungguh, ia bukan
tugas yang mudah. Kalau anda
fikir ia akan berhasil dengan anda
berhias diri, memakai wangian
dan berbaju cantik di hadapan
mereka setiap hari, sesungguhnya
anda silap sama sekali. Anda
harus sedar, ramai sekali golongan
cantik dan menawan di luar sana
yang gagal untuk menjadi
penyejuk mata kepada suami
mereka.

terutama tentang sikap dan


perangai. Jika anda dapati diri
anda masih dibelenggu sikap
meninggi diri, degil, ego yang
tinggi, kurang rasa hormat pada
orang, suka mengumpat, pemalas
dan seribu satu sikap negatif yang
lain, maka perkara pertama yang
wajib anda buat adalah ; kikis
sedaya upaya semua sikap tersebut
dari terus melekat dalam diri anda.
Percayalah, ia antara faktor yang
bakal menggagalkan anda dari
menjadi penyejuk mata suami.

Pertama sekali, bagaimana


hubungan anda dengan Allah?
Solat wajib dan sunat. Bacaan alQuran. Zikir munajat. Selawat
serta amalan-amalan yang
lain.Tahukah anda, faktor paling
besar yang menentukan samada
anda berjaya atau tidak menjadi
penyejuk mata suami adalah;
cemerlang atau tidak hubungan
anda dengan Allah? Justeru,
marilah kita perbaiki diri dan
bermuhasabah.

Ketiga, lihat balik luaran


diri anda. Khususnya
pemakaian. Sempurnakah anda
d a l a m
m e n u t u p
aurat? Sesungguhnya aurat
perempuan itu adalah maruah
seorang perempuan. Perkahwinan
ibarat menanam pokok. Selagi kita
siram air, cukup cahaya matahari,
baja, sihatlah dia. Jika diabaikan
dan tersilap baja, pastinya layu
dan suram tidak bermaya.

Kedua, sikap dan


perangai. Carilah seorang kawan
yang jujur dan yang anda kira
agak rapat serta kenal dengan
anda. Sekiranya anda yakin akan
kejujurannya,
minta
pandangannya tentang diri anda,

Rujukan:
Buku : Gerbang perkahwinan ditulis dan
disusun oleh Ust Muhammad Sofwan,
Ust Hj Shihabudin A.M.P dan Mohd
Najib.
Artikel : Isteri Solehah Penyejuk Hati
Suami ditulis oleh Dr. Hafidzah
Mustakim.Petikan dari http://
www.iluvislam.com
Artikel : Elak Kesilapan Menjelang
Pernikahan ditulis oleh Jamilah Samian.
Petikan dari http://www.iluvislam.com

( Penanda Buku )

Mudah-mudahan tips di atas


menjadi sumber ilham kepada
anda untuk lebih bersedia
melangkah ke alam perkahwinan
dan memilih cara-cara terbaik
demi perkahwinan yang bahagia
dan berjaya yang diberkati oleh
Allah..... Wallahua'lam.
ADDEEN BIL.6 - M/S 09

EPISOD BERCAKAP BENAR


Umur merupakan isu sensitive di kalangan
ramai wanita. Kisah berikut memaparkan hakikat
ini. Seorang wanita dipanggil ke mahkamah untuk
menjadi saksi.
Peguam

: Sila nyatakan nama, pekerjaan


dan umur anda.

Wanita

: Nama saya Samiah binti Samion.


Bekerja sebagai seorang eksekutif
jualan dan berumur 27 tahun
beberapa bulan.

Peguam

: Anda telah bersumpah untuk


berkata benar. Wajah anda tidak
kelihatan 27 tahun. Sila nyatakan
dengan jelas umur anda.

Wanita

: Umur saya 27 tahun 240 bulan!

KISAH
RUK

HADIAH TERBAIK & TERBU-

Seorang ibu yang dermawan telah


menghadiahkan seekor kambing kepada Luqman
al-Hakim. Ibu itu berpesan, Sembelihlah kambing
ini dan berikan saya bahagian yang terburuk
daripadanya untuk saya makan. Setelah disembelih,
Luqman mengirim hati dan lidah kambing kepada
ibu itu.
Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi
menghadiahkan seekor kambing. Kali ini dia
berpesan agar dikirimkan bahagian yang terbaik
daripada kambing itu. Setelah kambing disembelih,
Luqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu
yang dermawan itu.

EPISOD SI GILA
Sebuah kereta mewah yang melalui hospital
mental secara kebetulan telah mengalami kebocoran
tayar. Tuan milik kereta berkenaan terus berhenti dan
membuka tayar yang bocor untuk digantikan dengan
tayar simpanan. Sambil beliau membuat kerja
berkenaan maka ramailah pesakit mental dari hospital
berhampiran memerhatikan tuan punya kereta itu
melaksanakan kerja penukaran tayar.
Seorang pesakit telah mengambil ke semua
empat skru tayar yang telah dibuka dan dibawanya ke
asrama tanpa disedari pemilik kereta. Kemudian
pemilik kenderaan mendapati skru telah tiada dan
terus bertanya kepada pesakit yang berhampiran
dengannya.
Pemilik Kereta

: Di mana skru yang saya letak


di sini tadi, ada sesiapa yang
ambil ke?

Pesakit

: Tak tahu.

Pemilik Kereta

: Mesti ada orang yang ambil,


tadi saya letak di sini semuanya.

Pesakit

: Tak nampak pun.

Pemilik Kereta

: Habis macam mana saya nak


pasang tayar ni dan nak
teruskan perjalanan?

Pesakit

: Itu pun tak tahu.

Pemilik Kereta

: Ya lah, kan semua skru


dah tak ada!

Pesakit

: Kan kereta tuan ada lagi tiga


tayar yang mempunyai empat
skru, ambillah satu dari tiap-tiap
tayar dan pasanglah tayar
simpanan itu. Jadi semua tayar
ada tiga skru, mesti boleh jalan
paling tidak untuk tuan sampai
ke bengkel kereta yang
berhampiran!

Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya


lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang
terburuk, dan dikirimkan bahagian yang sama ketika
saya memesankan bahagian yang terbaik? tanya ibu
tersebut kepada Luqman.
Luqman menjawab, Hati dan lidah amatlah
baik ketika ia baik dan menjadi buruk apabila
keduanya buruk.
Mendengar jawapan tersebut, mengertilah ibu
itu akan maksud Luqman. Hati dan lidah itu adalah
tunjang segala kebaikan dan juga ibu kejahatan serta
keburukan.

Pemilik Kereta
Pesakit

: Ya tak ye juga ye ! Baguslah


kamu.
: Mestilah, memang saya gila tapi
tak bodoh. Sebab terlalu bijak
lah kami masuk sini.

ADDEEN BIL.6 - M/S 10

Oleh : U

STAZA

Pasti

ramai pernah

mendengar sebutan Real Madrid


atau pun dahulunya lebih dikenali
sebagai Kota Andalus. Saya yakin
ramai yang tidak mengetahui sejarah
yang tercipta di sebaliknya, di mana
ianya ada kaitannya dengan perkembangan tamadun Islam dan kegemilangannya suatu ketika dahulu di
Andalusia.
"Sekiranya Islam tidak mencipta
kertas, kompas dan senjata, nescaya
barat akan sentiasa berada pada
keadaan yang tidak membangun
hingga sekarang." Ungkapan
Barat.
Di sini, dikongsikan bersama
beberapa fakta menarik dan iktibar
untuk kita selusuri serta fahami
sejarah kegemilangan pemerintahan
Islam di Andalusia hasil kajian yang
ditulis oleh Dr. Mohd Roslan Bin
Mohd Nor1 dalam beberapa kertas
kerjanya yang terdahulu2. Dalam kajiannya telah menyatakan, kegemilangan Andalusia terserlah di bawah
pemerintahan Islam selama hampir 8
abad, bermula dari kejayaan pasukan
Tariq ibn Ziyad menguasai Andalusia
pada tahun 711M sehingga 1492M,
iaitu zaman yang cukup membuktikan
sesungguhnya kemunculan Tamadun
Barat mempunyai kaitan dengan kecemerlangan Tamadun Islam yang
telah terbina di Andalusia..
Sehingga kini, Andalusia
menjadi tempat bersejarah di mana
dapat dilihat kesan peninggalan Islam
dan sumbangannya dalam ketamadunan moden. Pada pemerintahan Islam
ketika itu juga dikatakan sebagai
kepesatan zaman intelektual dengan
munculnya tokoh dalam kalangan
Islam seperti Ibn Rushd (1126M1198M). Sekaligus menjadikan Andalusia (Sepanyol) sebagai Jambatan
Kecemerlangan Tamadun Eropah.
Kegemilangan Islam di Andalusia
telah membuka ruang kepada kegemilangan barat pada hari ini kerana
masyarakat Eropah berada pada
zaman kegelapan sebelum berlaku
proses pemindahan ilmu dari tamadun
Islam ke tamadun barat. Andalusia
merupakan wilayah yang menjadi
tapak permulaan kemasukan ilmuilmu Islam ke barat.

H NOO
RA
MOHD ZZAH
YUSOF

Ketika pemerintahan Islam,


Baitul Hikmah menjadi kebanggaan
umat dengan tradisi perpustakaan dan
ilmu. Ini ditambah apabila zaman
Abbasiyyah muncul sebagai zaman
yang menampilkan keunggulan tradisi
sains dan matematik yang mengagumkan dunia. Justeru Andalusia
menjadi tempat rujukan ilmu dan para
ilmuwan tertumpu ke situ untuk
menggali khazanah ini. Ramai di
kalangan masyarakat barat melihat
Islam di Andalusia sebagai agama
yang bertamadun. Darinya lahir ilmuan terbilang dalam berbagai
bidang.
Barat cuba memindahkan ilmu
dan karya tersebut yang diperolehi
dari pakar-pakar Islam melalui penterjemahan ke bahasa Latin dan Ibrani
dan ilmunya diambil untuk dijadikan
sandaran dalam membangun ilmuilmu falsafah, astronomi, sains, perubatan, geografi, matematik, muzik
dan sebagainya. Sikap mereka yang
bersungguh-sungguh dalam mencari
ilmu membolehkan mereka membina
tamadun secara mandiri.
AWAL ISLAM DI ANDALUSIA
Kedatangan Islam ke Andalusia secara tuntasnya adalah di bawah
pimpinan Tariq ibn Ziyad yang telah
memimpin pasukan tentera menyeberangi lautan Gibralta menuju ke
Semenanjung Iberia itu.
Ketika Andalusia di bawah
pemerintahan Rom, mereka telah
membawa masuk orang-orang Yahudi
yang mengakibatkan berlaku ketegangan antara orang Yahudi dan Kristian
dan mereka sering berebut menduduki
takhta pemerintahan. Ini telah melemahkan kerajaan Andalusia sehingga
memberi peluang untuk Islam menakluki rantau itu. Kemenangan tentera
pimpinan Tariq bin Ziyad telah membuka ruang untuk pasukan Islam terus
menguasai Andalusia sehingga Tariq
dapat meneruskan penguasaan ke
Cordova dan Toledo. Sejak dari itu,
Islam mula tersebar luas ke seluruh
Andalusia dan bermulalah penguasaan Bani Umaiyyah di Andalus.
Khalifah Bani Umaiyyah yang berpusat di Damsyik telah mewakilkan
Gabenor untuk mentadbir Andalus.

Sejak dari itu, kemenangan


demi kemenangan dapat dicapai oleh
tentera Islam dalam usaha melebarkan
kerajaan Islam di bumi Eropah.
PEMERINTAHAN
ANDALUSIA

ISLAM

DI

Secara umum, pemerintahan


Islam di Andalusia dilihat sebagai
satu pemerintahan yang mementingkan kecemerlangan ketamadunan dari
sudut ilmu, sosial dan masyarakat.
Terdapat beberapa faktor kejayaan
mereka yang boleh dijadikan iktibar,
iaitu:
1. Andalusia telah menyarankan
sekiranya ingin sentiasa maju ke hadapan, kita seharusnya berfikiran terbuka, kreatif dan idea yang
inovatif. Mereka telah mencapai kejayaan dari segi sains dan teknologi
dengan menyemarakkan tradisi ilmu
dan fleksibel menerima ilmu-ilmu
baru.
2. Kecemerlangan Andalusia dalam
bidang pertanian dan industri
memungkinkan kita untuk mempertingkatkan kemajuan dalam bidang
ini dengan bantuan teknologi maklumat, dan mengambil sumber bioteknologi.

ADDEEN BIL.6 - M/S 11

3. Lahirnya ilmuwan seperti Ibn


Bajjah (1082 1138M), Ibn Zuhr
(1091 1162M) dan lain-lain
menuntut kita melahirkan cendikiawan Muslim moden ini yang serba
boleh, mahir dari segi ilmu turath dan
juga ilmu moden yang mantap jati diri
dan mampu memberi sumbangan
kepada negara.
4. Ketamadunan yang dibina telah
meninggikan Eropah yang pada
waktu tersebut berada pada zaman
kegelapan. Bandar Cordova di
Andalusia dilihat sebagai Bandar
yang terulung dalam kalangan negaranegara Eropah yang lain dan mereka
telah memajukan intelektualisme dari
aspek falsafah, senibina, matematik,
teologi, perubatan dan banyak lagi
sehingga Islam digambarkan begitu
ke hadapan dalam soal ini. Mereka
dapat me-asimilisasi-kan Islam dengan falsafah dan pusat kecemerlangan
Greek sehingga ia menyumbang
kepada pembangunan keseluruhan
negara Barat yang didominasi kaum
Kristian.
5. Kejayaan mereka membina
tamadun
yang
berlatarbelakang
pelbagai bangsa dan penganut agama
samawi juga sesuatu yang unik. Ianya
ada kaitan dengan kefahaman terhadap ajaran Islam yang dipraktikkan
melalui contoh keperibadian seperti
Khalifah Islam di mana mereka saling
menghormati dan boleh hidup aman
damai di bawah pemerintahan Islam.
Ukhuwah dan akidah Islamiah adalah
tunggak kekuatan yang mempertautkan masyarakat pelbagai kaum di
Andalusia menerima sistem pemerintahan Islam selama 8 abad. Walaupun
khalifah memiliki autokrasi politik,
namun penasihat dan tulang-belakang
mereka adalah ulama.
Perundangan Islam dilaksanakan secara integriti dan efisien. Bagi
golongan non Muslim, mereka
dibenarkan mengamalkan agama
mereka secara bebas dan mengambil
bahagian dalam pentadbiran negara.
Toleransi khalifah mengurangkan
polarisasi kaum. Namun, jika berlaku
penentangan terhadap agama Islam,
khalifah tidak akan teragak-agak melancarkan jihad terhadap golongan
tersebut.
Jelas terbukti seperti yang
dilaksanakan di wilayah pemerintahan Andalusia. Sejarah telah merakamkan di mana umat Islam, Kristian
dan Yahudi saling membantu mewujudkan suasana keilmuan yang baik

terutama di Cordova. Hal ini kelihatan begitu relevan dengan negara


kita mempunyai kepelbagaian latar
bangsa dan penganut agama. Justeru
perlu ada kefahaman dan kerjasama
di kalangan rakyat.

jajahan Islam ke Sepanyol untuk


mengajar di Masjid dan sekolahsekolah. Tokoh ulama yang lahir
ketika itu termasuklah Imam alGhazali r.a, Ibn Khaldun dan Ibn
Rusyd.

6. Pemerintahan Islam digambarkan


berjaya menjamin hak-hak asasi kaum
lain sehingga mereka boleh membantu dalam usaha meninggikan
tamadun. Perpaduan antara kaum
berasaskan jaminan terhadap hak-hak
kaum minoriti sebenarnya boleh
membantu mewujudkan kestabilan
selagi mana ia tidak bertentangan
dengan hasrat pemerintahan.

9. Sistem pendidikan pada zaman


Bani Umayyah di Sepanyol terbahagi
kepada tiga tahap iaitu rendah, menengah dan tinggi. Di peringkat rendah, para pelajar diajar membaca alQuran dan nahu. Guru-guru mengajar
mereka di masjid dan diberi elaun.
Pendidikan menengah lebih khusus
dan tidak mempunyai sukatan pengajian yang tetap seperti agama, nahu,
sastera, sejarah, sains kesihatan, astronomi, matematik, metafizik, khat
dan lain-lain.

7. Sistem pemerintahan tersusun sistematik. Khalifah sebagai ketua tentera dan ketua kehakiman. Di bawahnya adalah perdana menteri yang dibantu para menteri lain bagi mengendalikan kerja-kerja pentadbiran yang
berpusat di istana Cordova. Setiap
wilayah ditadbir seorang gabenor.
Setiap kawasan majoriti non Muslim
pula mempunyai ketua di kalangan
mereka sendiri yang bertanggungjawab memungut jizyah atau cukai
untuk diserahkan kepada pemerintah.
Mereka juga bebas mempunyai
mahkamah dan hakim sendiri. Toleransi ini menyebabkan di kalangan
masyarakat non Muslim Andalusia
(Sepanyol) berasa terlindung dan
aman. Menurut mereka ; Kami lebih
suka hidup di bawah pemerintahan
orang Islam dari pemerintahan orang
Franks atau Goth.
8. Ilmu pengetahuan dan kesusasteraan sangat padu dan erat dengan
kelangsungan politik di Andalusia.
Sesetengah sarjana mengatakan, pada
waktu itu sesiapa yang mahu menjadi
ahli intelektual Sains, falsafah dan
agama maka perlulah datang ke
Cordova;
pusat
pemerintahan
Andalusia.
Khalifah al-Hakam II misalnya
telah mengumpulkan naskhah ilmu
dari dalam dan luar Sepanyol termasuk Damsyik, Baghdad dan Kaherah.
Jumlah kitab yang terkumpul di Perpustakaan Cordova berjumlah 400
000 salinan. Bahkan semuanya ditulis
tangan dengan seni yang halus oleh
para penulis dan penyalin Professional kerana belum ada teknologi
percetakan pada waktu itu. Pada akhir
abad ke 10M, bidang Fikah adalah
yang paling pesat berkembang di
Sepanyol selain ilmu Hadis, al-Quran,
tafsir, tauhid dan lain-lain. Khalifah
telah menjemput ulama dari pelosok

Pelajar yang lulus dikurniakan


ijazah dan ditauliahkan untuk menjadi
tenaga pengajar. Banyak universiti
didirikan di Cordova dan Toledo serta
diuruskan oleh para profesor dan intelektual Islam. Malahan, Cordova
adalah pusat pengilangan kertas dan
mengimport sebahagiannya dari negara China. Persekitaran ilmu mewujudkan masyarakat Andalusia yang
cendekiawan serta menjadi rujukan
golongan barat yang masih hidup di
zaman kegelapan.
10. Khalifah juga sangat menyanjung
golongan sasterawan. Mereka dibayar
digaji sehingga 2000 dinar jika mengarang syair dan cerita. Penyemarakan seni sastera seterusnya berkembang di seluruh peringkat masyarakat.
Tukang-tukang cerita memeriahkan
pasar-pasar perniagaan dengan kisah
klasik dan legenda, yang popular tentunya Hikayat 1001 Malam.
11. Golongan petani dan tuan tanah
lebih dimuliakan dan mereka kebanyakannya tinggal di desa. Justeru,
Bandar sebagai kawasan strategik
terabai. Pemerintahan Islam Andalusia telah mengubah posisi menjadikan
Bandar Cordova setanding bandar elit
Islam yang lain seperti di Damsyik,
Basrah, Kaherah, Makkah dan
Madinah.
Ahli
Perbadanan
Bandar
dilantik untuk memajukan pembangunan kota Cordova. Masjid, sekolah,
hotel, bangunan kedai antara yang
dibina. Malahan, pemerintah memberi
peluang kepada ahli sastera, seni dan
arkitek untuk mengekspresikan bakat
mereka mengukir dan mencantikkan
Kota Cordova.

ADDEEN BIL.6 - M/S 12

12. Pentadbiran yang diberi kuasa


mentadbir secara sendiri tanpa
pengaruh anasir dan pergolakan
luaran yang berlaku. Fokus mereka
adalah untuk mempertingkat daya
usaha ke arah matlamat yang
ditetapkan. Era pemerintahan Abdul
Rahman al-Dakhil telah memperlihatkan perkembangan tamadun yang
pesat . Di zaman beliau, masjid
Cordova telah dibina dan sekolahsekolah telah didirikan di beberapa
kota besar Andalusia. Hisham pula
merupakan orang yang mengungguli
syariat Islam dan Hakam didapati
banyak memberi sumbangan dalam
melengkapkan aspek ketenteraan dari
segi kelengkapan dan latihan yang
sempurna untuk pasukan pertahanan
ini.
Bermula pada zaman Abdul
Rahman III yang dikenali juga
dengan nama Abdul Rahman alNasir, pemerintahan di Andalusia
mula menggunakan gelaran Khalifah.Di atas semangat Abdul Rahman
III inilah telah memperlihatkan
kejayaan pemerintahan beliau dalam
mendirikan pusat kecemerlangan
ilmu, iaitu Universiti Cordova yang
terus berdiri megah sehingga hari ini.
KEJATUHAN ANDALUSIA
Namun begitu, seakan sudah
menjadi lumrah bahawa di sana ada
kitaran ketamadunan seperti yang
dibicarakan oleh Ibn Khaldun.
Kitaran ketamadunan itu menyebabkan kita berfikir bahawa segala apa
yang berada dipuncak pasti akan
melalui zaman kejatuhan. Kitaran
inilah yang turut melanda Andalusia
sehingga kejayaan yang dibina
semakin lama semakin sukar
dipertahankan dari sudut politik
pentadbiran, walaupun sebaliknya
cemerlang dari sudut intelektual dan
fizikal.Namun bibit-bibit perpecahan
awal telah pun wujud atau dapat
dilihat 20 tahun lebih awal iaitu
s e ma s a K h a l i fa h H i s h a m I I
memegang tampuk pemerintahan.
Perpecahan adalah jelas ketara setelah
Al-Mansur Ibn Abi Amir meninggal
dunia pada tahun 392H/ 1002 M.
Faktor pencetus fenomena ini berlaku
setelah pucuk pimpinan di Cordova
menghadapi masalah perselisihan
dalaman, malah ada yang saling
menindas untuk merebut kuasa
khalifah. Secara tidak langsung,
kerajaan-kerajaan kecil ini wujud
pada dekad akhir pemerintahan Bani
Umayyah di Andalusia, iaitu kira-kira
sekitar tahun 403 H / 1012 M.

Cordova yang masyhur di


d ala m B a ha sa Arab s eb a gai
al-Qurtubah merupakan bandar
terakhir di bawah penguasaan Islam
sebelum Andalusia jatuh sepenuhnya
ke atas tangan golongan Kristian. Ia
berlaku pada zaman pemerintahan
terakhir Islam di bawah Bani
al-Ahmar yang menguasai wilayah
terakhir Andalusia iaitu Granada dari
tahun 620 897H. Penyerahan
wilayah terakhir ini terpaksa
dilakukan demi menyelamat maruah
pemerintah Islam di bawah pimpinan
Abu Abdullah daripada diguling
dengan lebih teruk.
Penyerahan dalam bentuk
perjanjian yang ditandatangani oleh
pihak Islam dan Kristian itu
dilakukan dan penyerahannya kepada
Raja Kristian Sepanyol iaitu
Ferdinand dan Isabella. Isi perjanjian
itu antaranya menjamin keselamatan
orang Islam untuk tinggal di Sepanyol
dan juga jaminan keselamatan
sekiranya mereka ingin keluar dari
Sepanyol menuju ke daerah lain,
terutama untuk kembali ke daerah
Afrika Utara.Namun perjanjian itu
hanyalah satu muslihat, di mana
mereka enggan menunaikannya.
Sementelahan ketamadunan Islam
yang dibina dan seumpamanya telah
banyak dimusnahkan dihancurkan
dan hampir tidak ditemui oleh para
sejarawan dan ahli arkeologi.
Kejatuhan Andalusia berpunca
dari kelemahan pemerintahan yang
sanggup menggadai prinsip mereka
demi mendapat bantuan sokongan
untuk menduduki takhta yang hanya
buat sementara sahaja. Di samping
itu,wujud beberapa faktor lain , iaitu :
i. Usaha agresif Kristian untuk
menakluk kembali wilayah yang
ditadbir oleh kaum Muslimin
sehingga menyebabkan pertahanan
mereka terus rapuh dan tidak mampu
bertahan atas serangan fikri dan
askari yang dilakukan tentera musuh.
ii. Ketiadaan sokongan dari pemerintah Islam di wilayah luar Andalusia,
melainkan sokongan yang sering
diterima hanyalah dari Afrika Utara
sahaja.

iv. Tiada kesepakatan (wehdatul fikri


dan wehdatul amal) dalam mentadbir
wilayah yang dikuasai sehingga
wujud perbezaan pemerintahan antara
satu-wilayah dengan wilayah yang
lain. Perbezaan fikrah (pemikiran)
yang wujud dalam kalangan mereka
banyak membawa keruntuhan dan
kurang usaha untuk bekerjasama
dalam hal-hal yang disepakati.
Kesan daripada kejatuhan
inilah umat Islam dihina dan dihalau
keluar dari Andalusia. Ia turut terpalit
kepada kaum Yahudi, di mana tiada
kuasa yang boleh melindungi mereka
setelah kerajaan Islam menjadi lemah
seterunya runtuh. Kehinaan yang
diterima sepertimana berdasarkan
perintah yang dikeluarkan pada tahun
1492M iaitu setiap orang Yahudi
yang enggan dibaptis, mereka perlulah keluar dari Andalusia dalam tempoh 3 bulan. Ia dikuti perintah yang
dikeluarkan 10 tahun selepas itu
kepada mereka yang tidak mahu dibaptiskan, iaitu perintah pada Februari 1502 di mana pihak Kristian mengusir golongan pendatang yakni orang
Islam dari Seville dan sekitarnya.
Jelas, kejatuhan pemerintahan
yang berlaku bukan sekadar peralihan
kuasa politik, tetapi ia turut memberi
kesan kehinaan kepada umat Islam,
malah ada di antara mereka yang
diperangi ketika sudah bersedia keluar dari Andalusia.
IKTIBAR
SEJARAH
ANDALUSIA: TELADAN DAN
SEMPADAN
Jika diteliti dari sudut perkembangan dan kemajuan Islam di
Andalusia, jelas menunjukkan bahawa pemerintahan Islam telah mementingkan kemajuan intelektual dan
keilmuan, di samping perkembangan
industri dan pertanian.Namun,
disebabkan beberapa masalah
dalaman yang berlaku,pemerintahan
Islam akhirnya tidak dapat bertahan
dan terpaksa menyerahkan
penguasaan mereka selama hampir 8
abad itu kembali kepada Kristian.

iii. Tiada mekanisme dalam mencari


pengganti yang layak (succession
plan) untuk meneruskan pemerintahan di mana kebanyakkan mereka
mewariskan kepimpinan kepada anak
beranak atau ahli keluarga.

ADDEEN BIL.6 - M/S 13

Antara punca yang dilihat


melemahkan umat Islam ketika itu
dan boleh dijadikan iktibar kini ialah:
1. Perebutan kuasa dalam kalangan
pemimpin yang mentadbir wilayah.
Ini dapat dilihat pada peringkat awal
pemerintahan Andalusia di mana para
pemimpin sering berselisih dalam hal
ehwal pentadbiran. Perbezaan pandangan politik itu menyebabkan
seringnya terjadi perang saudara
sesama mereka lalu merencatkan
pembangunan tamadun umat di sana.
2. Tidak mempunyai sifat ketaatan
kepada kepimpinan iaitu tidak mahu
mengikut nasihat khalifah. Oleh
kerana rasa tidak puas hati, mereka
merancang dan bekerjasama dengan
pihak musuh untuk merampas
kekuasaan di kalangan umat Islam.
3. Wujudnya golongan yang ingin
menghancurkan mereka dari dalam
seperti golongan yang ingin bekerjasama dengan musuh tanpa mengambil kira untuk memperkuatkan ikatan
dalaman sesama mereka.
PENUTUP
Jelas melalui kajian yang ada, ilmu
dan kesungguhan umat Islam adalah
faktor kecemerlangan pembinaan
negara di samping persefahaman
pemikiran, kerjasama dan kesatuan
hati. Golongan bukan islam sedaya
mungkin ingin melemahkan dan
seterusnya menghancurkan umat
Islam melalui pelbagai cara. Sejarah
kegemilangan Andalusia sesuai
dengan konsep Baldatun Tayiban.
Semoga kisah sejarah ini menjadi
ibrah umat Islam terdahulu untuk kita
teladani.
Rujukan :
Mahayudin Hj Yahaya (1990),
Islam di Sepanyol dan Sicily
Nota kaki :

Oleh : U

STAZA
HZ
BTE M AHIDAH
UHD Z
AIN

Judul Buku
Penulis
Terbitan

: Istikharah Cinta
: Ummu Anas
: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd

Buku ini adalah siri inspirasi wanita untuk mengenali cinta melalui istikharah .
Keseluruhannya mengandungi 5 bahagian utama iaitu :
BAHAGIAN PERTAMA
BAHAGIAN KEDUA
BAHAGIAN KETIGA
BAHAGIAN KEEMPAT
BAHAGIAN KELIMA

: MENGHAYATI ERTI ISTIKHARAH: MENGENALI CINTA


: MEMILIH CINTA
: BERKAHWIN MENYEMPURNAKAN CINTA
: MEMELIHARA CINTA
: BERJAYA DALAM CINTA.

Setiap bahagian dibincangkan lebih terperinci meliputi keseluruhan 26 bab di mana


membincangkan pengertian cinta dan hala tujunya, di samping penjelasan mengenai :

Mengenal pasti pilihan berkualiti menurut Islam


Tip mengurus, memelihara, dan menyuburkan keserasian cinta
Tips mencari calon yang serasi dan menerima jodoh yang barakah
Istikharah cinta dan langkah-langkah istikharah
Tip mendapatkan cinta bahagia , mengukuhkan dan mengekalkan keikhlasan Cinta.
Kemanisan cinta mawaddah wa rahmah
Kisah menarik bagaimana Ummu Sulaim membuat pilihan dengan menolak pinangan Abu
Thalhah
Pernikahan luar biasa Muslim bin Umran, saudagar terkaya di Kota
Landasan ikhlas menurut Profesor Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Judul Buku : Rahsia Jutawan Islam : Abdul Rahman Bin Auf


Penulis
: Aizuddinur Zakaria
Penerbit
: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd
Pengenalan buku menceritakan biografi Abdul rahman Bin Auf
seorang sahabat Nabi Muhammad yang juga seorang jutawan yang
terkenal dengan gelaran Saudagar Tuhan. Buku ini mengandungi lima
bahagian dan memuatkan 25 jejak bisnes Abdul Rahman bin Auf yang
komprehensif dan praktikal untuk diaplikasikan oleh kita semua. Setiap
bab mengandungi peristiwa dan teladan bisnes beliau.
Bahagian 1 : Nilai - menerangkan pemilikan harta dalam Islam, formula keberkatan harta,
dimensi kaya harta dan kaya hati, kaji proses bisnes, teknik pemasaran, capaian maklumat
yang benar dan bagaimana mencintai Rasulullah.
Bahagian 2 : Proses- penjelasan tentang persepsi kepada wang, bermula dengan apa yang ada
di tangan, Konsep Basyir wa Nazir (kegembiraan dan peringatan), tradisi bisnes perlu hijrah,
menjadi hebat dengan sabar dan syukur gaya Abdul Rahman Bin Auf.

1 Mohd Roslan Mohd Nor, PhD, merupakan Pensyarah


Kanan dan Ketua, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Mendapat
ijazah PhD dalam bidang Islamic Jerusalem Studies dari
University of Aberdeen, UK. Beliau boleh dihubungi
melalui m_roslan@um.edu.my

Bahagian 3 : Strategi - memahami psikologi zuhud bisnes, cara terbaik penjenamaan jenama,
tradisional murabahah, jana wang dengan multi-tasking, sinergi Haji dan Umrah : Didikan
daripada Tuhan.
Bahagian 4 : Quwwah (Kekuatan)- penerangan konsep faraidh, bisnes dengan bukan Islam,
konsep wadiah, dekati masjid, berdoa untuk orang lain, menuju al-Falah : Kejayaan Hakiki di
dunia dan akhirat, konsep tawakkal dengan usaha.

2 Kertas Kerja : Meneladani Sejarah Umat Islam Dalam


Membentuk Masyarakat Hadari yang Gemilang Abad -21,
Kertas Kerja : Sejarah Perkembangan Dan Kejatuhan
Pemerintahan Islam Di Andalusia : Teladan dan sempadan

Bahagian 5 : Matlamat- bahagian akhir mengupas tajuk bisnes patuh syariat, asas halalan
tayyiba, jenis riba, syarat kelayakan menjadi saudagar Tuhan, ukhuwah asas sebuah empayar,
terapi refleksi diri.
Di akhir bab, diberikan bonus kepada pembaca iaitu panduan bisnes sepanjang zaman, lapan
amalan taqwa. Semoga ulasan buku ini memberi sedikit gambaran untuk sukses dalam bisnes
yang digariskan dalam Islam.

ADDEEN BIL.6 - M/S 14

Oleh : WARTAWAN PUSAT ISLAM

IBADAH QURBAN & AQIQAH


Seramai 200 orang
peserta di kalangan staf dan
pelajar UNISEL, staf Jana
Niaga dan penduduk Kg.
Bestari Jaya turut serta
dalam menjayakan gotongroyong sempena ibadah
Qurban 1432H. Program ini
telah berlangsung selama 2
hari. Ia bermula pada sebelah petang 8hb November 2011 (Selasa) di mana lembu sumbangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diqurban dan
seterusnya gotong-royong melapah dan memotong
daging untuk persediaan masakan jamuan pada
keesokan harinya. Hari kemuncak adalah 9hb
November 2011 (Rabu), sebanyak 4 ekor lembu
peserta qurban dan seekor kambing disembelih
untuk agihan qurban.

PROGRAM SILATURAHIM DAN SEMINAR PEMUDA


REMAJA MASJID MALAYSIA & INDONESIA

Pihak UNISEL dengan kerjasama Pejabat Agama


Daerah Kuala Selangor, BKPRMI dan MANDALA Institut
telah menganjurkan Program Silaturahim dan Seminar
Pemuda Remaja Masjid Malaysia dan Indonesia
bertempat di Dewan Senat, Universiti Selangor. Program ini
berlangsung selama 5 hari bermula pada 1 5 Februari
2012. Pada hari pertama, seramai 30 orang dari delegasi
Indonesia tiba dan dibawa melawat ke Masjid Sultan Salahuddin Abd. Aziz Shah, Shah Alam seterusnya ke Taman
Seni Islam sebelum dibawa menginap di UNISEL Kampus
Bestari Jaya. Pada hari kedua,berlangsung Seminar Pemuda
Masjid yang dihadiri oleh 150 orang yang terdiri dari Pihak
Pengurusan Tertinggi UNISEL, Pengurusan Kanan, Pemuda
Masjid Daerah Kuala Selangor, Pelajar UNISEL serta Delegasi
Indonesia. YB Dr. Hajah Halimah Bt. Ali telah merasmikan
seminar ini.
Seminar bermula jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Manakala di sebelah petang, Delegasi
Indonesia dibawa melawat ke Pejabat Agama Islam Daerah
Kuala Selangor dan Madrasah Wa Tarbiah Al-Ansar. Keesokan harinya, delegasi dibawa melawat ke Lembaga Zakat
Selangor (LZS), Jabatan Mufti seterusnya ke Jabatan Agama
Islam Selangor (JAIS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak dan akhir sekali ke Masjid AsySyakirin. Hari keempat, Delegasi Indonesia berkesempatan
membeli-belah di Pusat Bandaraya diikuti lawatan ke Masjid
Putrajaya. Hari terakhir, delegasi Indonesia bertolak ke
KLIA, pulang bersama kenangan sepanjang lawatan 5 hari di

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH SIRI 1/2012

Kursus Pengurusan Jenazah ini merupakan program anjuran Pusat Islam dengan kerjasama JK Masjid UNISEL dan
Pusat Ko-Kurikulum terbuka kepada pelajar UNISEL dan pelajar Diploma Pendidikan & pengajian Islam. Ia berlangsung
pada 7 Januari 2012 bertempat di Masjid UNISEL. Setiap peserta dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM10.
Program bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 1.00 petang. Pihak penganjur telah menjemput 3 orang penceramah.
Slot pertama disampaikan oleh Ustaz Haji Ahmad Fuad Bin Hj Abu, membicarakan tentang Sakaratul Maut. Para pelajar
didedahkan berkaitan persediaan menghadapi kematian. Manakala slot yang seterusnya adalah praktikal pengurusan
jenazah, di mana Ustaz Mutaali Bin Tamami dan Ustazah Kamariah Binti Che Wahab memberi penerangan mengenai
tatacara yang betul dalam memandikan dan mengkafankan jenazah. Peserta kursus dapat merasai pengalaman
memandikan model jenazah yang terdiri di kalangan peserta. Setiap peserta dibahagikan kumpulan, seorang ahli
kumpulan diminta menjadi model jenazah untuk dikafankan. Ahli kumpulan yang lain ditugaskan untuk mengkafan
model dengan cara yang betul sebagaimana penerangan dan tunjukcara oleh penceramah.

ADDEEN BIL.6 - M/S 15

KARNIVAL KHAIRA UMMAH SEMPENA SAMBUTAN


MAULIDUR RASUL 1433H
Program Khair Al Ummah telah diadakan pada 8 Februari 2012 hingga 11 Februari
2012 bertempat di perkarangan Masjid Unisel. Karnival ini julung kali diadakan dengan
bantuan beberapa pihak di mana sebahagian besar khemah pentas ditaja oleh Generasi
Idaman Selangor (Gems). Terima kasih dan ucapan penghargaan kepada staf dan pelajar
Unisel yang turut bekerjasama menjayakan karnival. Sepanjang karnival berlangsung
pelbagai aktiviti telah diadakan termasuklah program ceramah, kutipan tabung untuk
Palestin, pertandingan kanak-kanak dan gerai jualan.
8 Februari - Program bermula selepas asar di mana gerai jualan mula dibuka kepada
orang ramai. Segalanya berjalan lancar walaupun mempunyai masalah komunikasi
dengan pihak yang terlibat . Program Kuliah Maghrib berjalan lancar. Kemudian
diteruskan dengan Program Cerapan Langit Malam dengan daya tarikan teleskop
khas membolehkan penonton melihat planet di angkasa secara percuma.
9 Februari Hari kedua program diteruskan dengan membicarakan tajuk Masam
Manis Cinta. Kehadiran pelajar pada malam tersebut cukup memberangsangkan
malahan mereka memberi kerjasama dalam menjayakan program. Pihak Raudatus
Sakinah telah memberi penerangan yang jelas beserta slaid yang berkaitan berkaitan
masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja dan belia hari ini.
10 Februari - Di sebelah pagi telah berlangsung Perarakan dan Perbarisan Maulidur
Rasul Peringkat UNISEL. Manakala di sebelah malam diteruskan dengan program
khusus untuk pelajar iaitu : Santai Anak Muda : Aku Cinta & Study bersama: En.
Fauzan Madzlan, Imam Muda Aran dan En. Riduan Mohd Nor .
11 Februari - Kemuncak program yang dinantikan adalah Konsert Simfoni Ya
Rasullullah di mana ia merupakan penutup acara Karnival Khaira Ummah..Konsert
simfoni Ya Rasullulah menarik perhatian warga unisel dan masyarakat setempat dengan
kemunculan kumpulan nasyid sperti UNIC, devotees, Fitri Haris dan dan Tuan Nor
Shazni Tuan Muda.

SEMINAR MUSLIMAH BERKARISMA &


BERKETRAMPILAN 2012/1433H
Sepanjang 9-11 Februari 2012 telah berlangsung Seminar Muslimah
Berkarisma & Berketrampilan 2012 sempena Karnival Khaira Ummah bersesuaian
dengan sambutan Maulidur Rasul 1433H Peringkat UNISEL. Seminar ini merupakan
anjuran Biro Muslimat di bawah Jawatankuasa Masjid UNISEL dengan kerjasama
Pusat Islam juga Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia. Perasmian seminar
disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof. Haji Zainal Abidin Bin Kidam selaku Nazir
Masjid UNISEL. Turut hadir dalam majlis tersebut Yang Berbahagia Prof. Dr. Haji
Anuar Bin Haji Ahmad, Puan Hajah Fauziah Bt. Abdul Rahman, En. Mohd Razaki
bin Abdullah, En. Zulfikri Bin Mohd Kamil. Pihak Biro Muslimat telah menjemput
penceramah di kalangan staf UNISEL iaitu Tuan Haji Abdul Rashid Bin Abdul Aziz
bagi menyampaikan slot pada hari pertama iaitu Muslimah menurut kacamata
Islam : Peranan dalam Keluarga dan Tanggungjawab Kerjaya. Pada hari
kedua, seminar diteruskan dengan Slot : Image, Etiquette & Power Dressing
disampaikan oleh Puan Yasmin Siddik selaku Pengasas Positive Grooming Sdn. Bhd.
Manakala slot terakhir pada hari berikutnya disampaikan oleh Dr. Azhar Bin Haji
Sarip, iaitu Pengasas Spiritual NLP Malaysia.
Tajuk pengisiannya adalah The Golden Tongue - Teknik Komunikasi
Berkesan. Seminar ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
warga UNISEL khususnya muslimat dalam membentuk karisma yang tersendiri serta
berdaya maju dan memperkasa jati diri dalam meneruskan kecemerlangan
organisasi juga pembentukan keluarga yang sejahtera.

ADDEEN BIL.6 - M/S 16

KURSUS PRA-PERKAHWINAN SIRI KE-7


Seperti tahun yang sebelumnya, Pusat Islam sekali lagi menganjurkan Kursus Pra-Perkahwinan dengan kerjasama
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 25 & 26 Februari 2012 di Dewan Senat, Kampus Bestari Jaya UNISEL . Ini
adalah kursus siri ke-7 dihadiri seramai 106 orang peserta yang terdiri daripada 37orang lelaki dan 69 orang
perempuan. Para peserta adalah di kalangan staf dan pelajar UNISEL. Pendaftaran seawal 7.30 pagi diikuti dengan
sarapan pagi. Kursus bermula jam 8.30 pagi, berakhir jam 5.00 petang pada hari pertama. Penerangan telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahim Bin Asmungi. Diikuti dengan slot yang seterusnya oleh Ustaz Abdul Rahim Bin Salleh, En.
Sabtuah Bin Royali dan Ustaz Kahfi Bin Ngiso. Hari terakhir kursus diteruskan lagi dengan 4 slot yang disampaikan oleh
Ustaz Nasrul Hadi Bin Rohani, Ustaz Zainal Abidin Bin Mohamad Yusof dan Ustaz Rifat Basya Bin Halik Bassah. Kursus
berakhir jam 3.30 petang. Para peserta diminta mengisi borang kajiselidik berkaitan kursus yang telah dihadiri. Sijil
penyertaan diberikan kepada para peserta yang telah mengikuti kursus sepanjang 2 hari berlangsung.

PROGRAM BICARA FATWA


Pada 28 Februari 2012 (Selasa)
telah berlangsung Program Bicara
Fatwa anjuran Jabatan Mufti
Selangor dengan kerjasama UNISEL
yang bertempat di Dewan Senat,
Universiti
Selangor.
Ia
telah
dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Hj.
Anuar Bin Hj. Ahmad selaku
pemangku Naib Canselor/ Presiden
UNISEL. Program ini dihadiri oleh staf dan pelajar UNISEL.
Penerangan mengenai fatwa disampaikan oleh Tuan Mat Jais Bin
Kamos selaku Ketua Penolong Mufti (Bahagian Fatwa), manakala
Ustaz Rizal Bin Ramli sebagai moderator. Program bicara ini khusus
diadakan bagi tujuan menjelaskan dan menjalankan pendidikan
fatwa kepada masyarakat dengan berhikmah . Seterusnya memberi
khidmat nasihat dan perkhidmatan dalam hal-hal berkaitan akidah,
syariah dan akhlak Islamiyyah. Bicara fatwa menjelaskan dan
menghuraikan hukum permasalahan yang berlaku dalam rutin
kehidupan. Penerangan lebih jelas
diberikan beserta slaid yang berkaitan
supaya lebih mudah difahami. Ianya
menyentuh keseluruhan pembahagian
fatwa berkaitan aqidah, ibadah, sosial
dan syariah,
perubatan , munakahat,
makanan
dan
minuman,
perhiasan/kecantikan, mualamat dan
ekonomi seterusnya berkaitan haiwan.
Para hadirin mengemukakan pelbagai kemusykilan
hukum dan
permasalahan yang timbul dan ianya telah mendapat penjelasan dari
pihak Jabatan Mufti.

KURSUS PENYEMBELIHAN
Kursus ini terbuka kepada pelajar
UNISEL. Ianya berlangsung pada 16 & 17
Mac 2012 anjuran Pusat Islam dengan
kerjasama Majlis Perwakilan Nuqabak.
Sebanyak 60 ekor ayam hidup
disembelih pada petang Jumaat,
manakala 20 ekor ayam lagi disembelih
pada keesokan harinya. Taklimat dan
teori penyembelihan disampaikan oleh
Ustaz Saedal Atas Bin Abd. Ghani dan
Ustaz Mohammad Sofyan Bin Razali.
Kemudian setiap peserta kursus
dikehendaki membuat praktikal
penyembeliha n. Selepa s proses
penyembelihan , setiap peserta diminta
menguruskan ayam ( mencabut bulu
ayam yang telah disembelih dengan
sempurna). Ayam yang disembelih
kemudiannya dimasak oleh pihak
penganjur untuk jamuan para peserta
kursus.

ADDEEN BIL.6 - M/S 17

MAJLIS BERBUKA PUASA & SOLAT HAJAT


Pusat Islam dan Jawatankuasa Masjid UNISEL dengan kerjasama
Majlis Perwakilan Nuqabak mengadakan majlis berbuka puasa dan solat
hajat pada 22 Mac 2012 sempena menjelang hari peperiksaan akhir
semester 2 bagi sesi 2011/2012. Semua warga UNISEL di kalangan staf dan
pelajar mengambil peluang ini untuk turut sama mendoakan kejayaan para
pelajar. Dianggarkan seramai 400 orang warga UNISEL menghadiri majlis
solat hajat. Gotong-royong memasak di sebelah petang berjalan lancar,
disertai oleh staf dan pelajar UNISEL bagi menyediakan juadah berbuka
puasa dan jamuan kepada para hadirin. Seusai solat maghrib berjemaah
diadakan bacaan Yaasin dan tahlil. Para jemaah dihidangkan sedikit jamuan
sebelum menunaikan solat Isyak berjemaah diikuti dengan solat hajat.

MINGGU TEKAD SISWA ( MTS KHUSUS )


Ucapan tahniah dan selamat datang kepada pelajar baru Unisel sesi
2012..Alhamdullilah Pusat Islam telah menganjurkan Minggu Tekad Siswa Khusus untuk
pelajar Muslim seramai 141 orang. Pelbagai program telah diatur khas untuk pelajar
baru selama dua hari dengan pelbagai pengisian rohani. Pada 2 mei 2012, pendaftaran
pelajar baru dimulakan pada jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi. Kemudian pelajar solat
dhuha dan seterusnya pengisian kerohanian yang disampaikan oleh Tuan Haji Abd
Rashid dari Pusat Kokurikulum. Tajuk yang disampaikan iaitu Masihkah Kau Ingat.
Jam 2.00 petang pelajar mengikuti Program Bimbingan dalam Kumpulan di mana
setiap pelajar dinilai berkaitan fardu ain dengan tujuan untuk membantu mereka untuk
memahami dan menndalami asas-asas agama.
Pada malamnya, para pelajar
mendengar kuliah agama . Selepa s Solat Isyak diadakan forum Bicara : Islam itu
Mudah, Islam Pilihanku.. disampaikan oleh Puan Siti Mariam Abdullah, Encik
Ahmad Ubaidah Isa dan Encik Muhamad Rafee menceritakan pengalaman
memperolehi hidayah memeluk Islam. Aktiviti seterusnya, para pelajar berqiamullail
dan solat subuh berjemaah. 3 Mei 2012 Para pelajar diberikan tugasan dan diminta
menyampaikan pembentangan mengikut kumpulan. Setiap pembentangan dinilai
melalui perbincangan dan pemahaman mereka berkaitan agama Islam tu sendiri.
Program berlangsung dengan jayanya dan berakhir tepat jam 12.30 tengahari. Tahniah
atas komitmen pelajar yang telah mengikuti program ini.

ADDEEN BIL.6 - M/S 18

Oleh : S

AUDAR

A AMA

R ARIF

Mencintai tanah air atau


negara itu merupakan suatu
kewajipan dalam perundangan
tidak kira mana-mana bangsa
sekalipun dan ini merupakan
penghormatan kepada anak
bangsa dan kesejahteraan
negara itu sendiri.
Salah satu asas yang
perlu ada
untuk mencintai
negara ialah pembentukan
akhlak dan sahsiah yang baik di
kalangan remaja dan belia.
Golongan remaja dan belia
yang baik datangnya dari
individu yang memahami
betapa
pentingnya
tanggungjawab sebagai seorang
anak kepada ibu bapa dan mana
-mana agama lain pun
khususnya Islam sangat
menitik
beratkan
tanggungjawab anak kepada
ibu bapa.
Sekiranya anak-anak
tidak dididik untuk
menghormati dan mengasihi
ked u a or an g t ua n ya ,
bagaimana pula generasi akan
datang mampu menghormati
negaranya dan undang-undang
disebabkan tiada didikan asas
yang terutama sekali
menghormati kedua orang tua
nya.
Dan Allah swt telah
berfirman dalam surah AlBaqarah ayat
83 yang
bermaksud Dan (ingatlah)
ketika kami mengambil
perjanjian dari Bani Israil
janganlah kamu menyembah
selain dari Allah dan berbuat
baiklah kepada ibu bapa,

kerabat, anak-anak yatim dan


orang-orang miskin. Dan
bertutur katalah yang baik
kepada
manusia,
laksanakanlah solat dan
tunaikan zakat kemudian
kamu berpaling (mengingkari
perintah itu) kecuali
sebahagian kecil dari kamu
dan kamu tetap berpaling. Ini
bermaksud bahawa pada zaman
Bani Israil, Allah telah
memerintahkan supa ya
menghormati ibu bapa dan
melaksanakan perintah Allah
SWT seperti solat dan zakat.
Kedaulatan negara
itu boleh tercemar
sekiranya masyarakat
m e n g g a d a i k a n
kedaulatan negara.
Mengulas
kembali
kata- kata Allahyarham
Ustaz Dato Fadzil Noor
dalam Dewan Rakyat
yang berkata kasih
sayang
pertama akan
diberi oleh seorang kanak
-kanak kepada ibu bapa
yang sentiasa mengasuh
dia, yang membelai dia tetapi
kalau dia tidak tahu siapa bapa
dia, siapa ibu dia, ibu dia
mengkhianati dia, bapa dia
mengkhianati dia, kepada siapa
dia akan berikan kasih sayang?
Kepada negara?
Kasih, kecintaan,
kesetiaan akan dimulai dengan
orang yang paling dekat.
Adalah penting memberikan
hak kepada ahli keluarga yang
terdekat lebih awal untuk
membentukkan kasih sayang
ini.

Kecintaan kepada negara


tidak akan timbul jika tidak ada
kecintaan kepada ibu bapa,
kepada keluarga. Di manakah
keluarga mereka?Ini
merupakan persoalan yang
besar. Bagaimana kita hendak
m em bina satu t am adun
sekiranya generasi akan datang
tidak tahu siapa ibu bapa
m e re k a. T an ggu n gj a wab
sebagai ibu bapa dan anak-anak
amat berkait rapat dengan
keamanan dan kesejahteraan
sesebuah negara.

Diharapkan supaya ibu


bapa menerapkan nilai-nilai
murni dalam pendidikan anakanak seterusnya melahirkan
generasi yang mengasihi dan
menghormati ibu bapanya
seterusnya dapat menyemai
perasaan
cinta
dan
mempertahankan kedaulatan
tanah air Malaysia khususnya.
RUJUKAN:
Al-Quran Karim surah Al Baqarah ayat 83
Hansard Sidang Dewan Rakyat bertarikh 13
Mac 2002 m/s 15.Parlimen Malaysia

ADDEEN BIL.6 - M/S 19

Oleh : U

STAZA

Bulan Rejab dan Syaaban


adalah antara 12 bulan Islam.
Bulan ini dinyatakan mempunyai banyak kelebihan serta berlakunya peristiwa penting dalam
Islam. Bulan Rejab merupakan
salah satu dari bulan bulan
Haram dalam Islam sebagaimana yang telah dipersetujui
oleh para ulamak iaitu Zulkaedah, Zulhijjah,Muharam dan
Rejab. Bulan haram bermaksud
umat Islam di diharamkan pergi
berperang di dalam bulan-bulan
ini, kecualilah jika mereka
diugut.
Di dalam bulan haram
dijalankan ibadat Haji iaitu pada
Zulhijjah, di mana pada hari
Arafah disunatkan bagi mereka
yg tidak menunaikan haji
melakukan ibadat puasa.
Rasulullah
saw
juga
menggalakkan umat Islam
melakukan puasa sunat pada
hari Asyura pada 10 hb
Muharam.
Allah SWT
berfirman,
S es u n gg u h ny a
bi l a ng a n
bulan pada sisi Allah adalah
dua
belas
bulan,
dalam
ketetapan Allah di waktu Dia
menciptakan langit dan bumi,
di antaranya empat bulan
haram. Itulah agama yang
lurus, maka janganlah kamu
menganiaya diri kamu dalam
bulan yang empat itu, dan
perangilah kaum musyrikin
itu semuanya sebagaimana
merekapun memerangi kamu
semuanya, dan ketahuilah
bahwasanya Allah beserta
orang-orang yang bertakwa.
(Surah At-Taubah: 36)
Menurut Sheikh Mahmud
Al-Syarawi (1) berkaitan amalan
di bulan Rejab, beliau memetik
hadis berikut yang diriwayatkan
oleh Masnad Ahmad : Seorang
lelaki telah bertanya kepada
Rasulullah SAW , katanya :
Bulan
mana
kamu
perintahkan aku berpuasa

selepas
Ramadan?
Maka
Rasulullah SAW berkata :
Jika aku berpuasa selepas
Ramadan , maka berpuasalah
di bulan Haram, maka sesungguhnya di dalamnya taubat
dari Allah SWT ke atas satu
kaum, dan terdapat taubat di
dalamnya untuk satu kaum
yang lain.
Jelas di sini menunjukkan
bulan-bulan haram (Rejab) ini
disunatkan berpuasa dan juga
terdapatnya keampunan Allah
swt di dalam bulan-bulan
tersebut. Allah menjanjikan
keistimewaan dalam bulan Rejab
di mana pintu rahmat terbuka
luas kepada umat-Nya untuk
bertaubat dan memohon ampun
di atas dosa-dosa yang lepas.
Walaubagaimana pun tidak
terdapat hadis sahih yang
menyatakan fadhilat bulan rejab
secara khusus melainkan
fadhilatnya sama seperti
bulan-bulan haram yang lain
seperti yang telah dijelaskan oleh
Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi
dan Dr. Sayid Saabiq. Kebanyakan hadis fadhilat rejab adalah
lemah dan palsu. Akan tetapi,
apa jua amalan kebaikan dan
mendekatkan diri kepada Allah
adalah digalakkan.
Selain kelebihan dulan
Rejab,
telah
berlakunya
beberapa peristiwa penting iaitu
Israk Mikraj dan disyariatkan
solat
fardhu,
kemudian
berlakunya peperangan Tabuk
dan pembebasan al-Aqsa dari
tangan tentera salib.

H NOO
RA
MOHD ZZAH
YUSOF

1.Memperbanyakkan
sunat.

puasa

Rasulullah SAW lebih


gemar untuk berpuasa sunat
dalam
bulan
Syaaban
berbanding dengan bulan-bulan
yang lain. Justeru itu adalah
patut bagi kita selaku umat
Baginda mencontohinya dalam
memperbanyakkan puasa sunat
bagi
menyemarak
dan
mengagungkan bulan Syaaban
ini.
Di dalam kitab Durratun
Nasihin ada menyebut sebuah
hadis yang menyatakan bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang
maksudnya: " Barangsiapa
berpuasa tiga hari pada
permulaan Syaaban dan tiga
hari
pada
pertengahan
Syaaban dan tiga hari pada
akhir Syaaban, maka Allah
Taala
mencatat
untuknya
pahala seperti pahala tujuh
puluh
nabi
dan
seperti
orang-orang yang beribadat
kepada Allah Taala selama
tujuh
puluh
tahun
dan
apabila dia mati pada tahun
itu maka dia seperti orang
yang mati syahid."

Selepas bulan Rejab, tiba


pula bulan Syaaban . Syaaban
adalah bulan persediaan
membersihkan
diri
dan
memantapkan diri bagi Umat
Islam menjelang Ramadan, di
mana digalakkan melakukan
amalan-amalan sunat di bulan
ini,iaitu :
ADDEEN BIL.6 - M/S 20

2. Memperbanyak doa, zikir


dan
berselawat
kepada
Rasulullah SAW
Sabda
Rasulullah
SAW:
"Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa
kepada Allah, taat kepada-Nya
ser t a me n ah an di ri d ar i
perbuatan maksiat, maka Allah
Taal a mengampuni semua
dosanya dan menyelamatkannya
di dalam tahun itu dari segala
macam
bencana
dan
penyakit." (Dipetik dari kitab
Zubdatul Wa'izhin)

Sebahagian ulama sirah


meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15
Syaaban semasa beliau mengimamkan solat.

Tindakan Rasulullah SAW


ini telah memberi banyak faedah
kepada umat Islam ketika itu, di
antaranya ialah ramai di
kalangan Bani Mustaliq yang
memeluk
Islam
dan
terpadamnya
dendam
permusuhan di antara umat
Islam dan Bani Mustaliq.

3. Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al
Bahili Radiallahuanhu, dia
berkata: Rasulullah SAW bersabda
yang
maksudnya:
"Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan
perbaiki niatmu."

Bulan Syaaban telah


merakam peristiwa- peristiwa
penting, iaitu :
1. Penukaran Arah Kiblat dari

Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis


ke arah Masjidil Haram di Makkah.
Per mulaan diwajibkan
perintah solat kepada umat
Islam, Rasulullah SAW dan para
sahabat berkiblatkan Baitul
Muqaddis. Hal ini telah menjadi
satu kontroversi pada waktu itu.
Di mana golongan Yahudi telah
mendakwa bahawa agama
mereka adalah benar dan
diredhai oleh Allah SWT kerana
umat Islam telah meniru arah
ibadat mereka iaitu menghadap
Baitul Muqaddis.
Umat Islam telah dikeji
dengan
berbagai-bagai
tohmahan dan ujian. Para
Sahabat telah mengadu kepada
Rasulullah SAW. Baginda
menyuruh mereka agar terus
bersabar dengan ujian itu
sehinggalah ada perintah baru
dari Allah SWT. Kemudian Allah
SWT telah mewahyukan agar
Rasulullah SAW mengadap ke
Baitullah Kaabah.

Kemudian Rasulullah SAW


pada waktu itu menyetujui
membebaskan Barrah dan
menebusnya dari Sabit bin Qais
dan terus menikahi Barrah dan
Rasulullah SAW mengganti
nama
Barrah
menjadi
Juwairiyah.

2. Peperangan Bani Mustaliq


Peristiwa ini berlaku pada
Isnin hari kedua Syaaban tahun
ke-5 Hijrah, Rasulullah s.a.w
bersama 700 tentera pejalan
kaki dan 30 tentera berkuda
menuju ke wilayah Bani
al-Mustaliq. Bani Mustaliq ialah
salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang
untuk membunuh Rasulullah
SAW dan berita ini disampaikan
kepada Rasulullah SAW oleh
seorang sahabat dari puak
badwi.
Peperangan ini adalah
turutan dari peperangan bani
Quraizah, di mana kaum yahudi
yang telah dihalau oleh Rasulullah
SAW
keluar
dari
Madinah.Sebagian pasukan Bani
Mustaliq ada yang ditawan,
termasuklah salah seorang
puteri pemuka Bani Mustaliq
yaitu Barrah, yang nama
lengkapnya adalah Barrah binti
al-Harris bin Dirar bin Habib bin
Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu
al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar,
ayah Barrah adalah pemimpin
Bani Mustaliq. Barrah telah
menjadi tawanan perang milik
Sabit bin Qais. Disebabkan
Barrah ini seorang perempuan
yang cerdik, ia meminta untuk
dibebaskan dari Sabit bin Qais,
setelah diadakan pembicaraan,
Sabit bin Qais meminta tebusan
yang mahal.
Tetapi, Barrah waktu itu
langsung menemui Rasulullah
SAW untuk membicarakan
masalah tebusan bagi dirinya.

DOA BULAN
SYAABAN :

REJAB

DAN

"Ya Allah, berkatilah kami


pada bulan Rejab dan bulan
Sya'aban serta sampaikanlah
kami ke bulan Ramadhan. Aku
bermohon keampunan Allah
yang Maha Agung dan tiada
Tuhan melainkan Dia, yang
hidup, yang berdiri sendiri dan
aku bertaubat kepada-Nya. Ya
Allah, Engkaulah Tuhanku,
tidak ada Tuhan yang patut
disembah kecuali Engkau yang
mencipta aku. Aku adalah
hamba-Mu dan aku dalam
genggaman-Mu. Aku dalam
perjanjian (beriman dan taat)
kepada-Mu
sekadar
kemampuan yang ada padaku.
Aku berlindung kepada-Mu dari
kejahatan yang (mungkin) aku
lakukan. Aku mengakui atas
nikmat yang engkau berikan
kepadaku
dan
mengakui
dosa-dosaku. Kerana itu aku
memohon keampunan-Mu dan
sesungguhnya tiada yang dapat
mengampuni dosa seseorang
kecuali Engkau Ya-Allah."
Semoga kesempatan yang
ada ini dapat diraih bersama
bagi mendekatkan diri (taqarrub)
kepada Allah serta memperbaiki
diri yang adakalanya terlupa
seketika atau sudah jauh
t er s a s ar . M u d a h - mu d a h a n
me n da p at ma ghf ir a h dan
petunjuk dari-Nya,

InsyaAllah
ADDEEN BIL.6 - M/S 21

Oleh : M

Syair

Arab

menyebut, apabila seseorang yang bercinta di


tanya,
Apakah
kamu
menyintai
atau
sedang
bercinta
dengannya?,
maka
dijawabnya,
Oh,
tidakkawan sahaja atau
apa
sahaja
alasannya,
Ketahuilah sesungguhnya
dia
seorang
pasangan
KAZZAB (penipu)

Rasa hormat adalah asas


penting menjalin hubungan cinta
yang suci sesuai dengan
aturan Allah SWT. Patuh kepada
perintah Allah, ajaran Rasul serta
hormat ke atas hak dan maruah
di antara pasangan amat dititik
beratkan ke arah satu hubungan
yang berkekalan. Seorang lelaki
yang jujur terhadap cinta dan
kasih sayang yang terjalin terhadap seorang wanita tidak akan
sewenang-wenangnya menyentuh
tangan wanita atau memegang
erat tubuhnya. Wanita bukannya
objek yang boleh diperalatkan. Jika ini terjadi, seorang
wanita perlu
berfikir, apakah
pasangan seperti ini mampu
melindungi dan menjaga maruahnya apabila berkahwin nanti?
Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang
yang dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal berlaku satu
h a r i
n a n t i ?

Istilah cinta amat popular


dan menjadi satu ungkapan setiap
di bibir-bibir remaja
yang menganggapnya satu
kalimah suci dan bererti. Ada
yang berbangga memiliki seorang
kekasih yang setia dan mula
memasang angan-angan untuk
mendirikan rumah tangga
bersama pasangan pilihan.

Fenomena ini berlanjutan


dari bangku sekolah lagi malah
adakalanya membawa
kepada sesuatu di luar
jangkauan.Cinta perlu difahami.
Semestinya seorang remaja perlu
memahami kehendak dan definisi
yang tepat.
Di dalam artikel bertajuk
Hakikat Percintaan Dalam Islam,
rasa hati yang dinamakan
cinta merupakan satu perasaan
yang semulajadi di alami oleh
setiap insan baik muda mahupun
t ua.
Al l ah
t el ah
menganugerahkan naluri kepada
manusia untuk meneruskan keturunan (salah satunya, menyukai
pasangan berlainan jantina)
atau dikenali dengan gharizah
Al-Nau.

AJLIS
PERW
NUQAB AKILAN
A ( MP
N)

Ini merupakan salah satu


naluri manusia dari yang tiga
iaitu gharizah Al-baqa (naluri
untuk meneruskan kehidupan dan
mempertahankan), gharizah
Al-Tadayyun (naluri untuk
menyembah dan beragama) dan
gharizah Al-Nau. Oleh yang
demikian, adanya perasaan itu
sememangnya sudah fitrah
manusia dan perkara ini wajar
dan tidak haram di sisi Islam.
Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami kedudukan
cintanya dan ke mana hala
tuju seterusnya. Malangnya
remaja hilang punca dan
meletakkan satu kesimpulan yang
mudah tentang hakikat cinta.
Cinta perlu difahami sebagai satu
rasa kasih sayang yang penuh
rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan, komitmen,
keikhlasan, bermaruah dan ada
matlamat. Jika ciri-ciri ini tidak
ada dalam apa yang dikatakan
sebagai cinta, maka
hubungan sedemikian sekadar
satu permainan dan kepurapuraan sahaja.
Konsep cinta dalam Islam
meletakkan satu aturan yang
sistematik dan teratur tanpa
mengabaikan hubungan antara
manusia dan Allah. Atas dasar
ini, Islam meletakkan cinta pada
satu kedudukan yang bermaruah
dan bernilai baik bagi pihak lelaki
dan perempuan. Ke mana hala
tujun ya destinasi cinta
remaja? Adakah setakat mengisi
usia remaja dan adakalanya putus
di tengah jalan? Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini
lebih kepada konsep ala Barat
ADDEEN BIL.6 - M/S 22

Mulianya cinta berlandaskan Islam


kerana cinta yang dibina bermatlamat. Kerana
ingin mendapat kasih sayang dan keredhaan
Allah, manusia sedia berkongsi rasa cinta dan
kasih sayang sesama insan. Kerana inginkan
kasih sayang Tuhan jua lah, masing-masing
ingin selamat-menyelamatkan antara satu
sama lain dari segi hubungan dan kehidupan
di dunia untuk mengejar sesuatu yang abadi di
akhirat.
Cinta yang dibina bukan cinta kosong
tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur
dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang
bersih yang sentiasa mencari Allah.

Pertemuan antara kita,


Tidak pernah dirancang,
Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil,
Yang mengetahui suara hati antara kita,
Yang mengimpikan kehadiran seorang insan,
Bergelar teman...
Walaupun bukan aku yang diharapkan,
Tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu,
Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti,
Namun, Tiada walau secalit kekecewaan,
Apatah lagi kekesalan di hati ini,
Malah, Aku amat menghargai pertemuan ini,
Kerana dengannya,
Terjalinlah sebuah persahabatan...

( Jadual Program )

Perpisahan...
ternyata amat menyakitkan,
Sering kali mengundang air mata,
Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama,
Bagaikan disentap pergi serta-merta,

Kursus Pengurusan Jenazah


Siri 2/2012

Walaupun begitu, Ingatlah, sahabatku........,


Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah,
Oleh itu, Terimalah dengan penuh keredhaan...

I P I
NFO

USAT

SLAM

Tarikh : 5 JUN 2012 ( Selasa )


Masa
: 8.15 Pagi 4.00 Petang
Tempat : Masjid UNISEL
Yuran : RM10 sahaja.

Seminar Tasawwur Islam


Tarikh : 16 JUN 2012 ( Sabtu )
Masa
: 8.00 Pagi 5.00 Petang
Tempat : Masjid UNISEL
Yuran : RM10 sahaja.

DAN nantikan Program - Program


menarik dari Pusat Islam antaranya :

Sajak MaSaM MaNiS UkHuWaH..::

Sambutan Israk & Mikraj 1433 H


Kursus Sembelihan
Solat Hajat
Sambutan Nisfu Syaaban 1433 H
Sambutan Ihyak Ramadhan 1433 H

Perpisahan adalah sebuah fenomena


dalam sebuah ketidakberdayaan..
kemudian kita harus rela
pergi jauh meninggalkan semua
hanya secerah harapan dan
doa yang kuDAMBA...
Yaa Ilahi..
Sekiranya kepergianku merupakan beban,
Jangan Kau berikan beban itu
Sekiranya perpisahan ini merupakan keharusan,
kuatkanlah ketabahan.
Jadikanlah perpisahan ini pembelajaran kedewasaan,
dan janganlah Kau jadikan sebuah pembebasan.
Yaa Ilahi.
Perpisahan yang ku alami merupakan tahap awal
kehidupan, maka berikanlah kesuksesan dilangkah berikutnya.
Berikanlah cinta dan RahmanMu,
berikanlah kasih dan sayangmu
Demikian gumam doa kecilku

Tarikh akan diiklankan kemudian..

Dikesempatan ini ADDEEN ingin


mengucapkan SELAMAT PENGANTIN
BARU kepada USTAZAH ZAHIDAH &
PASANGAN yang
melangsungkan
PERKAHWINAN pada
26 MEI 2012

Sekiranya ingatanmu singgah padaku,


Kirimlah sepotong doa tika itu,
Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini,
Jika tidak di dunia fana ini,
Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi...
Insya-Allah!!!

~ BARAKALLAHULAKUMA ~

ADDEEN BIL.6 - M/S 23

Oleh : U

STAZA

Pada zaman
Nabi Musa AS, bani Israel
ditimpa musim kemarau yang
berpanjangan. Mereka pun
berkumpul mendatangi Nabi
mereka. Maka berangkatlah Musa
A.S. bersama kaumnya menuju
padang pasir yang luas. Waktu itu
mereka berjumlah lebih dari 70
ribu orang. Nabi Musa pun
berdoa supaya diturunkan hujan.
Setelah itu langit tetap saja terang
benderang, matahari pun bersinar
makin menyilau. Kemudian Nabi
Musa berdoa lagi..
Allah pun berfirman
kepada Nabi Musa, Bagaimana
Aku akan menurunkan hujan
kepada kalian sedangkan di
antara kalian ada seorang hamba
yang bermaksiat sejak 40 tahun
yang lalu. Maka dialah penyebab,
Aku tidak menurunkan hujan
untuk kalian semua.
Maka Nabi Musa pun
ber ser u di t engah -t engah
kaumnya, Wahai hamba yang
bermaksiat kepada Allah sejak 40
tahun, keluarlah ke hadapan
kami, kerana engkaulah menghalang hujan daripada diturunkan
oleh Allah. Seorang lelaki
menjeling ke kanan dan kiri,
maka tidak seorang pun yang
keluar di hadapan manusia, saat
itu pula ia sedar kalau dirinya
yang dimaksudkan. Dalam
hatinya timbullah penyesalan
yang amat dalam.
Ia berkata dalam hatinya,
Kalau aku keluar ke hadapan
manusia, maka akan terbuka
rahsiaku. Kalau aku tidak berterus
terang, maka hujan pun tidak
akan turun. Di manakah akan
diletakkan maruah dan kemuliaan
keluargaku? Tentulah mereka
akan dipandang hina keranaku.

Dan sekiranya aku tetap


bersama mereka, pasti hujan tidak
akan diturunkan oleh Allah
SWT.. Maka hatinya pun
gundah-gulana, air matanya pun
menitis, menyesali perbuatan
maksiatnya sambil berkata , Ya
Allah, Aku telah ingkar dan
derhaka kepadaMu selama 40
tahun, selama itu pula Engkau
masih beri kesempatan dan
menutupi aibku. Sesungguhnya
sekarang aku bertaubat
kepadaMu, janganlah dibuka
aibku di hadapan hamba-hambaMu dan nabi-Mu, maka terimalah
taubatku.
Tidak lama setelah
pengakuan taubatnya tersebut,
maka awan-awan tebal pun
muncul, semakin lama semakin
tebal menghitam, dan akhirnya
turunlah hujan. Nabi Musa pun
kehairanan, Ya Allah, Engkau
telah turunkan hujan kepada
kami, namun tak seorang pun
yang keluar di hadapan manusia.
Allah berfirman, Aku
menurunkan hujan kepada kalian
oleh sebab hamba yang menjadi
sebab hujan tidak turun telah bertaubat kepadaKu.
Musa berkata, Ya Allah,
tunjukkan padaku hamba yang
taat itu. Allah berfirman, Ya
Musa, Aku tidak membuka
aibnya sewaktu dia masih
bermaksiat kepadaKu, apakah
Aku perlu membuka aibnya
sedangkan dia telah kembali mentaati-Ku?

Apakah hidayah Allah?


Dari mana ia datang dan di
mana letaknya hidayah itu?
Layakkah aku mendapat
hidayah?
Mengapa aku masih tidak
beroleh hidayah?
Perlukah aku mencari
hidayah?

H NOO
RA
MOHD ZZAH
YUSOF

Pelbagai persoalan yang


timbul berkaitan hidayah Allah.
Sebahagian di antara kita ada
yang masih buntu mencari
jawapan dan tidak dapat
merungkaikan persoalan tersebut.
Syukur ke hadrat Ilahi..Dia lah
Maha Agung Pemilik alam ini,
pemberi hidayah kepada sesiapa
yang dikehendaki-Nya.. Alangkah beruntungnya bagi mereka
dapat merasai Jangan dibiarkan
ianya terlepas walaupun seketika,
kerana tatkala hidayah itu pergi
tidak pasti sama ada kita
masih berpeluang menemuinya
kerana jambatan kehidupan ini
terlalu singkat..
Manusia seringkali alpa
dengan perhiasan dunia sehingga
terlupa tujuan
dan destinasi
hakiki, kabur pandangan dilitupi
kemewahan serta keseronokan
dan noda menutupi hati sehingga
tidak lagi mampu membezakan
antara buruk dan baik. Mereka
semakin jauh dari hidayah dan
rahmat Allah.
Tanpa hidayah Allah
manusia akan tersesat dalam
kembaranya. Hidayah yang
datang adalah dari pancaran
keinsafan yang hadir dalam diri.
Tanpa keinsafan, mereka tidak
akan dapat merasai hidayah dan
menghargainya. Allah berhak
mengurniakan hidayah dalam
pelbagai keadaan.. ujian atau
musibah yang datang merupakan
peringatan dan petunjuk dari
Allah agar kita tidak terus hanyut
dan tersasar jauh dari landasan
Allah. Sebagaimana yang diceritakan dalam kisah di zaman nabi
tentang seorang yang dahulunya
melakukan maksiat, akhirnya bertaubat setelah mendapat petunjuk
dari Allah. Musibah yang Allah
berikan telah membuka pintu hatinya dan menyesali segala perbuatan dosanya yang telah lalu.
ADDEEN BIL.6 - M/S 24

Hidayah Intibah hidayah


yang datang secara tiba-tiba atau
mengejut. Allah membangkitkan
kesedaran dalam jiwa seseorang
dari kelalaian kembali mengingati
Allah. Ini merupakan jalan
terawal membawa seseorang
m e n u j u ke j a l a n A l l a h .
Seterusnya Allah memngurniakan
Hidayah Istiqamah kepada
orang mukmin supaya terus
istiqamah (berterusan) dalam
mencar i ker edhaan Al l ah
sekaligus meningkatkan tahap
keimanan dan ketaqwaan kepada
Allah SWT.
Justeru
,
untuk
memperolehi hidayah-Nya, Islam
menggalakkan umatnya agar
sentiasa membersihkan hati dari
noda dan dosa serta sifat
mazmumah (sifat yang dikeji),
s yi r i k d e n ga n b e r t a u b a t ,
melakukan amal kebaikan,
berzikir mengingati Allah serta
me mo h o n di j au h kan d ar i
kesesatan, kekufuran dan maksiat.
Hidayah, iman dan taqwa itu
letaknya di dalam hati manusia.
Hati yang bersih mudah untuk
menerima hidayah Allah.
Sebaliknya hati yang sakit
dan hitam disebabkan dosa
menjadikan mereka semakin jauh
terpesong kehidupannya.
Lantaran itu, manusia perlu
memohon hidayah kerana hati
manusia sifatnya sentiasa
berbolak balik. Islam
menganjurkan umatnya membaca
doa supaya ditetapkan di jalan
Allah.

Rasulullah SAW juga


mengajarkan umatnya untuk
berdoa supaya kekal dalam
hidayah Allah . Berkata Ummu
Salamah Radiallahu anha : Doa
ini merupakan doa Nabi
Muhammad SAW yang paling
banyak (dibaca). Doa itu ialah :

Perlu muhasabah diri dan


tekad untuk berubah, belajar
untuk mengawal hawa nafsu serta
melakukan kebaikan. Elakkan
dari berkata sukar untuk
memperolehi hidayah kerana
ianya akan menjadi hijab untuk
beroleh hidayah Allah.

Umat Islam hendaklah


bersangka baik terhadap Allah
sebagai tanda cinta kepada-Nya,
serta berfikiran positif juga
tatkala memohon kepada-Nya.
Sesungguhnya Allah Maha Adil
dan Penyayang,setiap mukmin
yang berusaha, taat, berdoa dan
sentiasa mengingati Allah akan
dapat merasai kemanisan dan
mendapat pertolongan dari Allah
SWT. Seperti dalam riwayat
al-Bukhari menyatakan : Aku

Maksudnya :Wahai Tuhan


yang membolak balikkan hati,
teguhkanlah hati kami di atas
agama-Mu. - Riwayat Ahmad
dan at-Tirmizi

Maksudnya : Ya Allah yang


mengubahkan hati, ubahlah
hati-hati kami kepadamentaati
-Mu Riwayat Muslim.
Hidayah Allah tidak akan
datang jika kita tidak mencarinya.
Mana mungkin seseorang yang
kelaparan akan memperolehi
makanan, sedangkan dia hanya
duduk berdiam diri tanpa
berusaha untuk mendapatkan
sesuap nasi. Sudah tentu dia akan
berusaha untuk mendapatkan
makanan sebagai alas perut.
Analogi ini berhubungkait dengan
Firman Allah SWT dalam surah
ar - Ra d a yat 11 yan g
bermaksud : Sesungguhnya

Allah tidak akan mengubah


keadaan sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah
keadaan diri mereka sendiri.

Maksudnya : Ya Tuhan Kami,


janganlah Engkau pesongkan
hati hati kami kepada
kesesatan setelah Engkau beri
petunjuk kepada kami, dan
kurniakanlah kepada kami
rahmat dari sisi Engkau.
Sesungguhnya Engkau Maha
Pemberi. (Ali Imran : 7)

Sebagai umat Islam, perlu


sentiasa berusaha mengharapkan
hidayah Allah dan menyemai kesedaran dalam diri. Kerana setiap
pencarian itu pasti ada hasilnya,
tiada istilah kesukaran dalam
memperolehi hidayah Allah melainkan bagi seseorang yang tidak
mencari, malas dan ego.

selalu mengikut sangkaan


hamba-Ku. Aku sentiasa
bersama-samanya. Ketika ia
mengingati-Ku di dalam
dirinya, Aku pun mengingatinya di dalam diri-Ku. Jika dia
mengingati-Ku di hadapan
orang ramai, Aku pun akan
mengingatinya di hadapan
orang yang lebih ramai. Jika
dia mendekati-Ku sepanjang
sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika dia
mendekati-Ku sehasta , Aku
akan mendekatinya sedepa.
Jika dia mendatangi Ku
dengan berjalan kaki, Aku
akan mendatangi-Nya dengan
berlari.
Allah sedia mengabulkan
permohonan kita selagi mana kita
mememenuhi segala tuntutan dan
beriman kepada-Nya. Solat
fardhu lima waktu merupakan
kewajipan bagi setiap umat Islam
juga sebagai perisai.
Di sebalik solat itu
terkandung di dalamnya rahsia
dan hikmah Allah khusus buat
umat Islam itu sendiri. Solat
merupakan doa yakni
permohonan hamba kepada
al-Khaliq Allah SWT.

ADDEEN BIL.6 - M/S 25

Bacaan surah al-Fatihah dalam solat yang didirikan mempunyai maksud yang tersirat. Firman Allah SWT dalam
surah al-Fatihah, ayat 6-7 :




Maksudnya :Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan
nikmat kepada mereka; bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat.
Menurut Sayyid Kutub dalam kitab Tafsir Fi Zilal al-Quran menerangkan kalimah ) )
1 ) Berilah taufik ( pertolongan ) kepada kami untuk mengetahui jalan hidup yang lurus.
2 ) Dan berilah kami pertolongan untuk tetap istiqamah (teguh pendirian) di jalan itu setelah kami mengetahuinya.
Hidayah perlu dicari dengan cara mendekatkan diri dengan sumber hidayah itu sendiri. Adapun sumber hidayah
itu datangnya dari Allah SWT. Sumber yang boleh mendekatkan diri kita dengan Allah SWT ialah melalui Kalamullah
iaitu Al-Quran dan tanda-tanda kebesaran Allah (Ciptaan-Nya)..seterusnya sumber yang kedua adalah Rasulullah SAW.
Allah mengutus Rasulullah SAW sebagai pembimbing umat manusia.
Rasulullah SAW bersabda mafhumnya : Maka sebaik-baik kalam itu ialah Kalam Allah ( Al-Quran) dan
sebaik-baik hidayah itu adalah hidayah Nabi Muhammad (as-sunnah/ al-hadis)- Riwayat Ibnu Majah daripada Abdullah
Bin Masud. Setiap diri manusia tidak lari dari melakukan kesalahan. Rasa keinsafan dan kesedaran yang tulus ikhlas
membuahkan kemanisan dan keindahan iman. Jadikanlah Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan dan panduan
dalam kembara kehidupan ini, sentiasa berusaha dan berdoa agar sentiasa dikurniakan petunjuk dan kasih sayang-Nya.

InsyaAllah..

ADDEEN BIL.6 - M/S 26

www.soaljawab.com.my/ustazah nor azzah bte yusoff

Soalan 1:
Benarkah orang yang meninggalkan
solat
dengan sengaja akan
menjadi kafir???

Soalan 3 :
Kalau bersin ketika sedang solat,
bolehkah

Jawapan 1 : Para Ulama bersepakat bahawa orang yang


meninggalkan solat dengan mengingkari kewajipannya,
dia telah murtad dan kafir. Akan tetapi ulama berselisih
pendapat sama ada orang yang solat kerana malas telah
terkeluar dari Islam atau masih Islam. Walaubagaimana
pun para ulama tetap bersepakat bahawa meninggalkan
solat adalah dosa besar.
Firman Allah SWT yang bermaksud : maka

datanglah sesudah mereka, pengganti yang mensiasiakan solat dan mengikut hawa nafsu. Mereka akan
menemui al-ghoyya, kecuali orang yang bertaubat,
beriman dan beramal soleh, mereka akan masuk
Syurga. Sedang mereka tidak zalim sedikit
pun (Surah Maryam : ayat 59-60) . Ibnu Masud r.a.
menyatakan ghoyya adalah sungai di neraka Jahanam
yang makanannya sangat menjijikkan dan tempatnya
sangat dalam. Allah menjadikan sungai Jahanam sebagai
tempat bagi orang yang meninggalkan solat dan mengikut
hawa nafsu. Tempat ghoyya ini merupakan bahagian
neraka paling bawah. Ia bukanlah tempat orang Muslim
yang berdosa, sebaliknya tempat bagi orang kafir.

Dalam ayat 11 Surah At-Taubah , Allah SWT berfirman dengan mafhumnya : Jika mereka bertaubat,

mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka


(mereka) adalah saudara-saudaramu seagama.
Dalam ayat ini, Allah SWT mengaitkan persaudaraan Islam
dengan mengerjakan solat. Ini bermaksud jika solat tidak
dikerjakan, bukanlah saudara seiman. Ia menunjukkan
orang yang meninggalkan solat
bukanlah Mukmin
kerana orang Mukmin itu bersaudara sebagaimana Allah
SWT berfirman : Orang yang beriman itu sesungguhnya bersaudara. (Surah al-Hujurat :10)
Hadis
juga
ada
menerangkan
meninggalkan solat iaitu antaranya ;

Soalan 2 :
Adakah wajib mengqada
solat Asar dan Zuhur apabila
diketahui haid sudah kering
ketika hampir berakhir
waktu Asar???

Jawapan 2 : Para ulama berbeza pendapat bagi wanita yang


suci daripada haid ,jika haidnya suci dalam waktu solat kedua
yang boleh dijamakkan, apakah dia wajib menunaikan solat
yang dia suci ketika itu sahaja atau dia juga wajib menunaikan
solat
sebelumnya yang mana kedua-dua waktu itu adalah
pasangan dalam solat jamak.
Jumhur atau kebanyakan ulama berpendapat seorang
wanita yang mendapati dirinya suci daripada haid dan ketika itu
dia berada dalam waktu solat Asar , maka hendaklah dia menunaikan solat Zuhur dan Asar kerana kedua-dua solat ini adalah
pasangan dalam solat jamak. Demikian juga, jika suci dalam
waktu isyak maka dia hendaklah menunaikan solat Maghrib dan
Isyak.
Ibnu Qudamah di dalam al-Mughni berkata : Jika
seorang haid suci sebelum tenggelam matahari ( sebelum masuk
waktu maghrib), hendaklah dia solat Zuhur dan Asar. Jika dia
suci sebelum terbit fajar, maka hendaklah dia menunaikan solat
Maghrib dan Isyak, berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh
al-Athram, Ibn al- Munzir dan selain mereka berdua dengan
sanad daripada Abd al-Rahman bin Auf dan Abdullah bin
Abbas. Kebanyakan tabiin berpendapat dengan pendapat ini
termasuk juga pandangan Ahl al-Rayi.

Jawapan 3 : Orang yang bersin disunatkan menyebut lafaz ( (


sebagai tanda syukur kepada Allah. Lafaz ini juga termasuk dalam
tasbih. Lafaz ini disebut tamhid. Oleh kerana tasbih dibolehkan, maka
lafaz tahmid juga dibolehkan. Dalam hadis diceritakan bahawa seorang yang bersin ketika solat di belakang Nabi s.a.w. Oleh itu, dia
pun berkata :

tentang

1.
Daripada Jabir Bin Abdillah , Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : (Pembahagi) di antara

)
(


Selesai solat, Nabi s.a.w. menyoal siapakah yang mengucapkan lafaz
tadi? Setelah dijawab, Nabi s.a.w. memberitahu bahawa baginda
melihat lebih tiga puluh malaikat bersegera untuk naik bersamanya.
(Mafhum hadis riwayat Tirmizi).

2.
Diriwayatkan daripada Muaz Bin Jabal, Nabi SAW
bersabda yang mafhumnya : Kepala segala perkara

Rujukan :

seorang Muslim dan syirik dan kafir adalah meninggalkan solat. (Riwayat Muslim no. 257)

adalah

Islam

dan

tiangnya

(Riwayat at-Tirmizi no.2825)

adalah

solat.

Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir, Soal jawab remeh temeh tentang Solat,
Telaga Biru,2006
Soal Jawab Agama, Majalah Fardhu Ain, Edisi 8, 2012
Soal Jawab Muslimah, Majalah Fardhu Ain, Edisi 8, 2012

ADDEEN BIL.5 - M/S 27

Anda mungkin juga menyukai