Anda di halaman 1dari 11

UNIVERSITI TEKNOLOGI

MARA
PAHANG

PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM


CTU 101

BERBUAT BAIK KEPADA IBUBAPA

Disediakan oleh :
1. Siti Nur Lyana Farah Faqirah Binti Hussin
(No pelajar : 2020836154)
2. Nur Ain Nadhirah Binti Mohd Rafhi
(No pelajar : 2020607162)
3. Nurul Jannah Binti Mohd Ghazali
(No pelajar : 2020451654)
4. Nursyahada Adha Binti Issham
(No pelajar : 2020460816)

PENSYARAH :
NURUL NADZIRAH BINTI ABDUL NASIR

Kod Program (CTU101)

SESI 1 2019/2020

Kelas EC1101G
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

ISI KANDUNGAN 1

PENDAHULUAN 2

TERJEMAHAN & KANDUNGAN AYAT 3-5

ISI 1 (CARA-CARA BERBUAT BAIK)

ISI 2 (KELEBIHAN BERBUAT BAIK)

ISI 3 (AKIBAT DERHAKA KEPADA IBUBAPA)

KESIMPULAN

RUJUKAN
PENDAHULUAN
Kami sekumpulan telah melakukan analisis mengenai ayat al-Quran nul qarim yang berkaitan dengan
menghormati ibubapa.Ayat yang dianalisis merupakan potongan ( surah al-isra’ :23) yang menjelaskan
tentang perintah Allah SWT agar berbuat baik kepada ibubapa.Betapa besarnya tanggungjawab berbuat
baik kepada ibubapa sehinggakan Allah ada menyebut di beberapa surah di dalam al-Quran dengan
menggabungkan perintah untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan berbakti kepada ibubapa.Contohnya
dalam surah (Al-Nisa, ayat 36), (Al-Baqarah, ayat 83), (Al-ana’am, ayat 151). Persoalan mentaati ibu bapa
adalah sesuatu yang sangat rapat dengan persoalan tauhid kerana sesiapa yang mengaku beriman kepada
Allah sedang dia mengabaikan tanggungjawab terhadap para ibu bapanya maka ia bukanlah dikalangan
orang yang beriman .

Tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT dengan menunaikan solat dan tanda berterima kasih
kepada kedua-dua ibubapa adalah berbuat baik kepada mereka dengan cara mentaati,memastikan
keperluan mereka dipenuhi,memberi nafkah,melayani mereka dengan baik,sentiasa merendah diri dan
mendoakan kesejahteraan mereka.Kami telah menjelaskan dengan lebih dalam mengenai cara-cara bebuat
baik kepada ibubapa tersebut.Berbakti kepada ibubapa adalah akhlak yang ada pada semua nabi dan
rasul.Ia menggambarkan tidak mungkin orang yang derhaka kepada ibubapa layak mengajak orang lain
membuat kebaikan apatah lagi memimpin manusia.

Antara nikmat yang Allah berikan kepada kita adalah dikurniakan ibubapa.Justeru,berbakti kepada
mereka tidak terhenti apabila mereka meninggal dunia,tetapi ia berterusan selepas ketiadaan mereka. Pada
hari ini kita menyaksikan penderhakaan terhadap ibubapa menjadi fenomena biasa dalam masyarakat
daripada herdikan,cacian,pemulauan dan sampai ke peringkat membunuh.Sudah pasti orang yang
memahami isyarat daripada al-Quran mengenai kewajipan berbakti kepada ibubapa tidak akan melakukan
perkara seumpama itu.

Sesungguhnya begitu besar sekali peranan dan pengorbanan kedua ibu bapa kita, lebih lebih lagi
terhadap seorang ibu sehingga Islam mengangkat darjat seorang ibu lebih dari seorang bapa. Atas rahmah
dan kasih sayang jualah kita dapat dipelihara dengan penuh kasih sayang seorang ibu sehingga kita
menjadi dewasa . Maka dengan kesusahan para ibu bapa yang membesar kita menjadi atas kewajipan kita
untuk mentaati kedua ibu bapa.
AYAT AL-QURAN

(SURAH AL-ISRA’ : 23)

Maksudnya : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan


menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu
dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-
duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali
janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah
kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang
mulia.

KANDUNGAN AYAT

-Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia-
Kalimah ‫ىض‬
َ ٰ dalam ayat ini bermaksud ‘perintah’, iaitu perintah dari Allah. Yang pertama, amalkan
tauhid dan tinggalkan syirik. Kerana kalau musibah yang menimpa kita adalah kerana kesalahan yang kita
lakukan, terutama sekali amalan syirik. Bila kita buat syirik maka Allah beri peringatan kita dengan beri
musibah kepada kita.Ini adalah arahan yang penting dari Allah kepada manusia: jangan hambakan diri
kepada selain dari Allah. Kalau buat juga, itu adalah kesalahan yang amat besar dan akan menyebabkan
kekal dalam neraka.
-dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu-
Dan hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Lihat bagaimana Allah sebut tentang ibu bapa sebaik
sahaja Allah sebut tentang tauhid kepada DiriNya dan ini memberitahu kepada kita bahawa perkara ini
amatlah penting. Maka, jangan kita main-main tentang perkara ini. Allah kata kita kena berbuat ihsan
dengan ibu bapa kita dan ini bermaksud berbuat sehabis baik dengan mereka. Maka boleh dikatakan
bahawa ini adalah arahan yang paling susah di dalam kumpulan ayat-ayat ini kerana kadang-kadang kita
rasa susah untuk benar-benar buat baik dengan ibu bapa kita sendiri oleh kerana kadang-kadang mereka
mahukan perkara yang berlainan dari kehendak kita.Maka berilah tindakan yang baik kepada ibu bapa
kita kerana sebelum kita kenal Allah dan sebelum kita kenal agama, ibu bapa kita lah yang kita kenal
dahulu. Merekalah yang telah berjasa melahirkan kita dan membesarkan kita, melayan kerenah kita
semasa kita kecil dulu.

-Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam
pemeliharaanmu,-
Memang kita tidak nafikan bahawa apabila ibubapa itu telah tua, memang susah untuk berurusan dengan
mereka, tetapi Allah nak beritahu bahawa walaupun mereka begitu kita tetap kena berbuat baik dengan
mereka. Ini adalah ujian untuk kita.Ayat ini adalah keadaan di mana apabila mereka telah tua dan duduk
bersama dengan kita. Kadang-kadang seorang sahaja yang tinggal dan kadang-kadang kedua mereka
duduk dengan kita. Tidak kira sama ada bapa atau ibu kita disebut, kerana sifat kedua-dua mereka tidak
sama. Kadang-kadang seorang dari mereka itu lebih mencabar lagi dari seorang yang lain. Akan tetapi
walau apa pun yang mereka kata dan walau apa yang mereka buat, kita kena tahan perasaan kita dan kita
jangan kurang ajar kepada mereka.Nasihat ini amat penting, terutama sekali kepada orang-orang yang
telah berkahwin kerana mereka sudah ada keluarga sendiri dan sudah sibuk dengan kehidupan sendiri.
Maka mereka kena berusaha lebih sedikit untuk meluangkan masa untuk ibu bapa.Cara kita bercakap
dengan mereka pun perlu amat dijaga supaya tidak mengguris hati mereka. Ini penting kerana semakin
tua seseorang itu, semakin menjadi terasa dan mudah tersentuh dengan perkara yang kecil-kecil pun.
Semua ini akan diuji kepada kita.
-maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah”-
Kalimah ‫ ٍّ ُ ف‬bermaksud asalnya sesuatu yang menggelikan dan kemudian bertukar membawa maksud ‘Ah
bosannya’. Kadang-kadang perkataan itu tidak perlu keluar atau bunyi tidak perlu keluar pun, tetapi ia
ditunjukkan dalam bentuk memek muka dan perbuatan kita. Kita yang belajar ini janganlah keluarkan
kalimah ataupun perbuatan-perbuatan yang boleh dikira sebagai ‫ ٍّ ُ ف‬ini.Inilah kalimah yang nampak
pendek dan lembut sahaja, tapi sebenarnya ia amat kasar. Kalau bahasa kita, mungkin tidak gunakan
kalimah ‫ٍّ ُ ف‬, tapi mungkin ‘uh’, ‘ah’ atau ‘eh’. Kena bandingkan dengan lafaz daerah masing-masing.Atau
kadangkala kita cakap perkataan yang benar, tapi dengan ‘nada’ yang boleh mengguris hati mereka.Atau
kita tidak cakap tapi membuat bunyi yang mereka faham kita tidak suka seperti mendengus.Atau, kita
tidak cakap dan buat bunyi pun, tapi dengan air muka kita dan perbuatan kita seperti menghentak-hentak
barang dan sebagainya.

-dan janganlah kamu membentak mereka-


Kalimah ‫ اُهَهَت‬berasal dari kalimah ‫ رهن‬yang bermaksud ‘sungai’. Digunakan dalam ayat ini untuk
bermaksud marah kepada seseorang, kerana orang yang kena marah bertubi-tubi itu rasa seperti mereka
dihambur dengan air sungai yang kuat.Ayat ini mengajar kita supaya jaga perasaan kita supaya kita jangan
sampai marah dan menghambur kata-kata kepada ibu bapa kita.Jangan tengking mereka. Amat teruk
sekali kalau sampai kita tertengking ibubapa kita. Marah macam mana pun, kita jangan sekali-kali
tengking ibubapa kita. Kena kawal hati kita – jangan bagi syaitan masuk sampai boleh tengking ibubapa
kita.Tidak disebut tentang memukul ibubapa kita dalam ayat ini dan ayat-ayat lain. Tapi kita boleh faham
begini: kalau tengking dan kata uff pun tidak boleh dengan mereka, apatah lagi kalau pukul mereka. Itu
tentulah lebih teruk jadi tidak perlu disebut.

-dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia-


Sebaliknya kita disuruh di dalam ayat ini untuk bercakap kepada ibu bapa kita dengan kata-kata yang
baik. Iaitu kata-kata yang lembut dan hormat sungguh-sungguh kepada mereka. Maka gunakan perkataan
yang mulia iaitu kata-kata yang tidak menyakiti hati.
CARA-CARA BERBUAT BAIK KEPADA
IBUBAPA
RUJUKAN

 https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/09/84268/hikmah-al-quran-hargai-pengorbanan-
ibu-bapa

 https://www.iium.edu.my/kkk/pdf_tazkirah/MENTAATI%20IBUBAPA%20SATU%20KEWAJ
IPAN.pdf

 https://legacy.quran.com/17/23-24

 https://celiktafsir.net/2017/04/09/isra-ayat-23-27/

Anda mungkin juga menyukai