Anda di halaman 1dari 8

TOPIK 11

PERKUMUHAN TUMBUHAN

Sinopsis
Perkumuhan tumbuhan melibatkan dua proses iaitu transpirasi dan gutasi. Proses
kehilangan air secara pemeluwapan bagi menyejukkan tumbuhan dikenali sebagai
transpirasi. Transpirasi mempunyai kepentingan tertentu iaitu memberikan satu daya
tarikan air dari akar ke daun. Ini membolehkan daun memperoleh bekalan air untuk
fotosintesis dan mineral bagi proses biosintesis. Selain itu, turut mempunyai
kepentingan untuk menyejukkan tumbuhan kerana hanya 1-2% sahaja air pada daun
digunakan untuk fotosintesis. Transpirasi dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti
suhu persekitaran, pergerakan angin, kelembapan tanah, kelembapan udara, keamatan
cahaya dan tekanan atmosfera. Manakala gutasi ialah kehilangan air yang berlebihan
melalui titisan air pada liang hidatod pada daun tumbuhan. Gutasi berlaku disebabkan
oleh kelembapan tanah yang tinggi dan kadar transpirasi yang minimum atau tiada
menyebabkan tumbuhan mengalami tekanan air yang tinggi dalam xilem tisu vaskular.
Tekanan ini dapat diseimbangkan dengan pengeluaran air berlebihan di liang
hidatod pada daun.

Hasil Pembelajaran
1.

Jelaskan proses transpirasi dan gutasi pada tumbuhan.

2.

Menyatakan kepentingan transpirasi tumbuhan.

3.

Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi proses transpirasi


tumbuhan.

116

Ringkasan Topik

Perkumuhan
Tumbuhan

Proses Transpirasi
dan Gutasi

Kepentingan
Transpirasi

Faktor-faktor yang
Mempengaruhi
Proses Transpirasi

Rajah 11.1: Ringkasan Topik

11.1 Proses Transpirasi


Transpirasi ialah proses kehilangan air oleh tumbuhan melalui proses pengewapan air
untuk mengawal suhu tumbuhan. Proses transpirasi berlaku sebanyak 80% pada stoma
di daun, sebahagiannya pada lentisel di batang dan dalam peratusan kecil pada kutikel
daun. Proses transpirasi berlaku dengan kehadiran cahaya seperti pada waktu siang
untuk membolehkan proses fotosintesis berlaku bagi membantu proses pembukaan
stoma untuk mengewapan air berlaku melalui liang stoma yang terbuka. Stoma yang
berbentuk seperti dua biji kekacang yang dikenali sebagai sel pengawal dengan
mempunyai lapisan dinding luar yang nipis dan dinding dalam yang tebal (Rajah
11.2).

117

Kloroplas

Sel Pengawal
Vakuol

Dinding Tebal

Dinding Nipis

Mikrofibril Selulose

Liang Stomata

Rajah 11.2

Sel Stoma pada Daun

[Sumber:http://www. sciencevogel.wikispaces.com]

Kloroplas yang terdapat pada sel pengawal akan menjalani proses fotosintesis
sehingga berlaku pengumpulan produk akhir fotosintesis iaitu glukosa yang mana
berlaku peningkatan kepekatan osmosis di sel pengawal. Kecerunan kepekatan
osmosis yang berbeza antara sel epidermis yang berhampiran dengan sel pengawal
menyebabkan air dari sel epidermis masuk ke dalam sel pengawal. Sel pengawal
mengalami tekanan segah yang tinggi hasil daripada kemasukan air telah menolak
dinding nipis keluar seterusnya turut menarik dinding tebal sel pengawal ke arah luar,
maka liang stoma terbuka. Air daripada sel mesofil terpeluwap menyebabkan ruang
udara antara sel mesofil berkepekatan tinggi berbanding dengan persekitaran
menyebabkan wap air meresap keluar daripada daun melalui liang stoma yang terbuka
(Rajah 11.2). Dalam keadaan tiada cahaya seperti pada waktu malam, proses
fotosintesis tidak berlaku dan sel stoma akan tertutup maka tiada proses transpirasi
berlaku.

118

Kutikel
Epidermis atas
Klorofil
Tisu Palisad
Tisu Mesofil
Ruang udara
Epidermis bawah

Wap air

Sel Pengawal

Rajah 11.3

Keratan Rentas Daun

[Sumber: http://www.tutorvista.com]

11.2 Gutasi
Gutasi ialah proses pengeluaran air yang berlebihan oleh tumbuhan dengan cara
pengeluaran titisan air (air gutasi) melalui liang hidatod pada daun bagi mengimbangkan
tekanan air yang tinggi dalam tumbuhan yang diakibatkan oleh tekanan air pada xilem
akar (Rajah 11.3). Hidatod ialah liang pada hujung urat daun. Biasanya gutasi berlaku
pada waktu malam apabila proses transpirasi adalah minimum.

Rajah 11.4

Gutasi

[Sumber: http://www.countrysideinfo.co.uk/gutation.htm]

119

Tekanan akar menjadi tinggi apabila tanah berada dalam keadaan lembab atau
sebarang keadaan yang

meminimumkan kadar transpirasi yang mana

akan

merendahkan kehilangan air oleh tumbuhan. Dalam keadaan tanah lembab, tekanan
osmosis tanah menjadi lebih tinggi daripada sel dalam akar menyebabkan akar meresap
secara osmosis ke dalam sel akar. Pada sel endodermis terdapat jalur kasperian yang
menghalang air berbalik semula ke sel epidermis. Ini akan meningkatkan tekanan air di
akar menyebabkan air ditolak naik ke daun melalui xilem. Jika daun mengalami kadar
transpirasi yang minimum, yang mana akan meningkatkan tekanan air di xilem, air akan
terdesak keluar melalui liang hidatod dan tekanan dalam tumbuhan kembali normal.

Rajah 11.5

Keratan Rentas Akar Yang Menunjukkan Jalur Kasperian.

[Sumber: http://www.uic.edu]

Latihan 11.1

Berdasarkan

pada

pembacaan

dan

pemahaman

anda,

nyatakan

perbezaan antara transpirasi dan gutasi. Cari berkaitan dari internet atau
majalah dan kongsikan dengan rakan-rakan anda.

120

11.3 Kepentingan Transpirasi


Transpirasi mempunyai beberapa kepentingan kepada tumbuhan:
1.

Proses transpirasi yang berlaku pada daun menghasilkan satu daya yang dikenali
sebagai daya tarikan transpirasi (transpiration pull). Daya tarikan transpirasi
dapat mempastikan air dapat diangkut dalam satu pengaliran berterusan dari
akar ke daun melalui xilem di tisu vaskular. Daya tarikan transpirasi dapat
mempastikan bekalan air digunakan untuk proses fotosintesis.

2.

Selain daripada air diangkut ke daun, begitu juga bahan mineral yang larut
bersama air akan dibekalkan pada daun untuk digunakan bagi proses biosintesis
pada daun.

3.

Hanya 1-2% sahaja air yang diangkut dari akar ke daun digunakan untuk
fotosintesis.

Selebihnya,

air

terpeluwap

dalam

proses

transpirasi

yang

mempunyai kepentingan untuk menyejukkan tumbuhan.

11.4 Faktor yang Mempengaruhi Proses Transpirasi


Faktor Persekitaran yang Mempengaruhi Kadar Transpirasi ialah:
a)

Suhu Persekitaran
Suhu yang tinggi akan meningkatkan kadar pemeluwapan air pada sel mesofil,
dengan itu peningkatan suhu akan meningkatkan kadar transpirasi. Tambahan
lagi, suhu persekitaran yang tinggi dapat meningkatkan kapasiti atmosfera
untuk meningkatkan proses pemeluwapan lebih banyak air.

b)

Kelembapan udara
Kelembapan udara yang tinggi menyebabkan kadar transpirasi menjadi rendah
disebabkan persekitaran telah menjadi tepu dengan wap air. Kelembapan udara

121

yang rendah membolehkan wap air yang terbebas dapat memenuhi ruang-ruang
udara.

c)

Pergerakan Angin
Apabila adanya pergerakan angin, kadar transpirasi menjadi tinggi kerana angin
meniup wap air yang terpeluwap menjauhi persekitaran daun dengan itu
memberikan lebih ruang untuk lebih banyak air untuk terpeluwap. Sekiranya tiada
pergerakan angin, maka udara di persekitaran daun akan menjadi tepu dengan
wap air.

d)

Keamatan Cahaya
Keamatan cahaya akan mempengaruhi mekanisme penutupan dan bukaan
bukaan stoma. Keamatan cahaya yang tinggi akan meningkatkan kadar proses
fotosintesis pada sel pengawal, seterusnya merangsang bukaan stoma akibat
tekanan segahan yang dialami oleh sel pengawal. Stoma yang terbuka akan
meningkatkan kadar transpirasi. Sebaliknya berlaku jika keamatan cahaya
rendah maka kadar fotosintesis rendah dengan itu stoma akan tertutup.
Penutupan stoma menghalang daripada wap yang terpeluwap, dengan demikian
kadar transpirasi akan menurun.

e)

Kelembapan Tanah
Tumbuhan tidak boleh terus melakukan proses transpirasi jika air yang hilang
tidak dapat diganti semula melalui penyerapan air di tanah oleh akar. Jika
penyerapan air oleh akar tidak pada kadar yang sama dengan kadar transpirasi.
dan menjadi daun layu dan stoma akan tertutup. Seterusnya akan merendahkan
kadar transpirasi dan juga fotosintesis. Jika kelembapan air di tanah tinggi dan
kadar penyerapan air berterusan berlaku, maka kadar transpirasi tinggi selagi
tidak ada faktor persekitaran yang merencat kadar transpirasi.

122

Rujukan

Lee Ching and Arunasalam,J. (2007). Pre-U text STPM Biology. Shah Alam: Pearson Malaysia.
Sdn. Bhd.
Raven, P.H. Johnson, G.B., Losos, J.B. and Singer, S.R. (2005). Biology. Boston: McGraw Hill
Higher Education.

Layari Internet

http://www.users.rcn.com/jkimball.ma.ultranet/.../T/Transpiration.html
http://www.techalive.mtu.edu/meec/module01/Transpiration.htm
http://www.users.rcn.com/jkimball.ma.ultranet/BiologyPages/X/Xylem.html
http://www.medconditions.net/plant-transpiration.html - United States

Tamat Topik 11

123

Anda mungkin juga menyukai