Anda di halaman 1dari 1

Punca-punca stress

Punca yang pertama ialah masa belajar yang panjang. Sebagai


contoh,biasanyaanak-anak bangun untuk ke sekolah seawal jam 6 pagi dan
pulang ke rumah jam 2 petang.Selepas itu,murid-murid kena ke kelas agama
hingga jam 4 petang.Bukan itu sahaja, terdapat kelas tuisyen yang begitu
remeh pada sebelah malam dan kekerapan kelas tuisyen akan bergantung
kepada bilangan subjek yang diambil.Dalam dunia yang canggih dan
berteknologi , terdapat ramai anak terpaksa hadiri tiga hingga empat kali
kelas tuisyen seminggu.Malahan,pada masa yang sama mereka perlu siapkan
kerja sekolah yang begitu banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Guru akan memberi denda atau mengambil tindakan jika pelajar tidak
menyiapkan kerja sekolah. Pelajar akan berasa malu. Di samping kerja
sekolah, guru tuisyen juga memberi kerja rumah. Mereka amat memerlukan
ulang kaji terutamanya apabila tahun mereka berhadapan dengan
peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM.Dengan demikian ,waktu cuti
pun tidak dapat cuti. Waktu perayaan pun terpaksa bawa kerja sekolah.
Hinggakan apabila balik kampung, beg sekolah pun terpaksa dibawa
sama.Bukan itu sahaja, Ada juga anak-anak seawal usia tujuh atau lapan
tahun sudah dibebankan dengan semua ini sedangkan itulah masanya
mereka mahu meneroka zaman kanak-kanak mereka Secara tidak
langsung ,pelajar akan berasa risau,gelisah dan lama-lama mereka akan
menghadapi stress.Bak kata pepatah sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.Oleh
yang demikian ,mereka akan menghadapi stress jika setiap hari begitu sibuk
hingga tidak cukup tidur.

Anda mungkin juga menyukai