Anda di halaman 1dari 13

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Pada masa kini, manusia telah tenggelam dalam teknologi alam yang kita sendiri
tidak mengambil kira hal sebenar yang sedang berlaku. Nielsenwire (2011)
menyatakan bahawa keadaan ini merupakan satu fenomena baru di mana ramai
remaja menggunakan teknologi. Secara tidak langsung manusia berkomunikasi
dengan tangan dan bukan dengan mulut, mengetuk papan kekunci dan touchpads
dengan irama fikiran sendiri. Ini adalah cara manusia berkomunikasi dalam abad ke21. Dalam dekad yang lalu, kemajuan dalam teknologi maklumat telah berubah
dengan ketara melalui cara manusia berinteraksi. Antaranya ialah dengan
menggunakan e-mel, SMS, sosial rangkaian, mesej segera, dan Skype. Oleh itu,
manusia akan menghabiskan masa mereka dengan menggunakan aplikasi tersebut
untuk berhubung tanpa bersemuka dengan orang ramai setiap masa.
Menurut kajian Dokoupil (2012), manusia semakin ketagih menggunakan
internet dan beliau mendapati sebanyak 77% daripada remaja mempunyai telefon
bimbit dan hanya 39% mereka melakukan panggilan telefon setiap hari, manakala
63% menghantar mesej setiap hari. Dari tahun 1995 hingga kini, bilangan pengguna
Internet di seluruh dunia telah meningkat 16.000.000-2280000000 pada bulan Mac
2012, iaitu 32.7% daripada jumlah penduduk dunia (Internet World Stats, 2012).
Seluruh negara di dalam dunia sedang bersaing untuk mencapai kemajuan negara
masing-masing melalui sektor ekonomi, sosial, dan politik. Oleh itu, perintis

pemimpin sesebuah negara perlu mempunyai tahap akademik yang tinggi dan
kemahiran tambahan yang bermanfaat.
Kemahiran yang dimaksudkan ialah kemahiran generik. Kemahiran generik
merupakan kemahiran yang sangat penting dan perlu ada dalam diri seseorang
individu untuk menjadi seseorang yang berjaya terutamanya para graduan universiti
terutamanya kemahiran komunikasi. Semua manusia di dalam dunia perlu
berkomunikasi, menurut Sulaiman (2010), proses komunikasi merupakan tunjang
utama dan tidak dapat dielakkan bagi seseorang itu dalam menjalankan aktiviti
harian mereka. Ini kerana, proses ini akan terjadi dengan sendirinya apabila
wujudnya interaksi antara dua individu. Sekolah dan Universiti merupakan institusi
pendidikan yang sangat menekankan kepentingan komunikasi berkesan di dalam
kelas bagi mewujudkan perkembangan sosial sejagat.
Proses pembelajaran di dalam kelas bukan hanya bermatlamat untuk
melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik semata-mata, tetapi turut terlibat
dalam proses pembentukan sahsiah diri dan penerapan kemahiran-kemahiran yang
diperlukan bagi menjadikan pelajar itu berkualiti. Menurut Abdullah dan Ainon
(2010) komunikasi berlaku apabila seorang guru menyampaikan pengalaman dan
pengetahuannya kepada murid-muridnya. Hal ini disokong oleh Zamri, Norasmah
dan Mohammed Sani (2008), yang menyatakan guru yang memiliki kemahiran
dalam membina interaksi yang berkesan merupakan antara ciri-ciri bagi
menghasilkan kepimpinan bilik darjah yang berkesan. Apabila seseorang itu ingin
menjadi seorang guru yang berkesan, disukai pelajar dan disanjung oleh anak-anak
murid salah satu kemahiran yang perlu ada pada diri guru itu ialah kemahiran
berkomunikasi.
Dalam melahirkan pelajar yang bakal menjadi pendidik pada masa akan
datang kemahiran komunikasi perlu diterapkan dalam diri para pelajar di Fakulti
Pendidikan Teknikal & Vokasional. Komunikasi juga melibatkan penggunaan gadget
seperti komputer riba, telefon bimbit, telefon pintar dan sebagainya menjadi medium
untuk masyarakat berkomunikasi. Penggunaan gadget ini semakin hari semakin
meluas digunakan pada setiap golongan masyarakat tidak mengira usia tua atau
muda. Malahan kanak kanak juga telah mahir menggunakan teknologi yang serba
canggih untuk berkomunikasi. Pengaruh teknologi dalam kehidupan manusia telah

menarik perhatian, Marshall Mcluhan dalam buku beliau yang bertajuk


Understanding Media (1964), beliau menulis mengenai pengaruh teknologi,
khususnya teknologi komunikasi seperti jam,televisyen, radio, filem, telefon dan
permainan.Morrisan (2010).
Telefon bimbit atau telefon pintar adalah sebuah alat komunikasi yang sering
digunakan untuk berkomunikasi jarak jauh. Ia juga menjadi medan untuk
pembelajaran terutamanya bagi pelajar di sekolah dan di institusi pengajian yang
banyak menggunakan komputer serta telefon pintar untuk belajar. Daripada kajian,
Sharples (2000) beliau mengatakan dengan adanya peralatan teknologi, secara tidak
langsung peluang untuk mengubah bentuk kaedah pembelajaran untuk mencipta
komuniti pembelajaran amat luas, serta dapat menghubungkan manusia pada masa
nyata ataupun dunia maya, untuk menyediakan kepakaran yang diperlukan dan
seterusnya menyokong pembelajaran sepanjang hayat. Kemahiran berkomunikasi
merupakan suatu kemahiran yang perlu ada pada seseorang pelajar. Kemahiran ini
perlu diamalkan kerana tanpa komunikasi yang baik seseorang itu dianggap tidak
kompeten dalam sesuatu elemen yang berkaitan.
Kebanyakkan pelajar pada masa kini banyak berkomunikasi melalui gadget
mereka seperti menggunakan komputer riba dan telefon bimbit untuk berkomunikasi
dengan orang lain. Menurut Thurlow & Poff (2011), di Malaysia telefon bimbit
digunakan untuk menghantar mesej. Tetapi akibatnya ramai yang tersalah tafsir dari
segi penerimaan sesuatu mesej yang mereka terima. Ini akan menimbulkan salah
faham dan boleh menyebabkan banyak masalah yang akan berlaku terutamanya
pergaduhan dan sebagainya.

1.2

Latar Belakang Masalah

Perkembangan teknologi komunikasi yang pesat telah memberikan kesan kepada


semua aspek termasuklah cara berkomunikasi. Melalui kemahiran komunikasi
seseorang itu dapat menyampaikan idea, berkongsi pendapat dan berinteraksi dengan
orang lain. Kemahiran komunikasi adalah penting bagi seseorang pelajar . Hal ini
turut disokong oleh Hurley (2008), yang mengatakan keperluan bagi kemahiran
komunikasi ini adalah perlu di dalam semua karier yang diceburi oleh pelajar,kerana
80% daripada masa mereka bekerja akan sentiasa berkomunikasi di antara satu sama
lain, berseorangan atau di dalam kumpulan. Proses komunikasi selalunya berlaku
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Oleh itu, sebagai pelajar yang mengambil kursus sebagai pendidik mereka
perlu mengambil lebih perhatian terhadap komunikasi secara lisan berbanding
komunikasi bukan lisan. Jika kemahiran komunikasi tidak dapat dikuasai oleh pelajar
akan menyebabkan kesukaran kepada pelajar untuk mendapatkan pekerjaan semasa
sesi temuduga untuk mendapatkan kerja. Dalam kajian yang dilakukan oleh Mazilah
(2013), beliau menyatakan bahawa 50% pelajar daripada lulusan politeknik yang
mengambil jurusan teknikal menganggur 9 bulan setiap tahun sebelum mendapat
pekerjaan tetap. Hal ini berlaku apabila terdapat laporan yang menyatakan bahawa
graduan lepasan politeknik dan vokasional kurang dalam kemahiran insaniah.
Antara kelemahan graduan ialah kemahiran komunikasi. Isu pengangguran di
kalangan graduan masih lagi ketara sedangkan terdapat ribuan kekosongan jawatan
dalam pelbagai sektor di Negara kita yang mencukupi untuk menampung ribuan
graduan dari seluruh IPTA di Malaysia. Pelajar gagal dalam temuduga yang
dijalankan kerana mereka lemah dalam penguasaan kemahiran generik. Ini disokong
dengan kenyataan Nurul Najmi (2007) yang menyatakan tahap penguasaan
kemahiran generik di kalangan pelajar-pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan adalah lemah semasa menjalani latihan industri. Akibat dari kesilapan ini,
pelajar tidak dapat menerapkan kemahiran tersebut di alam pekerjaan. Permintaan
terhadap tenaga sumber manusia yang mempunyai kemahiran komunikasi diperlukan
oleh majikan sangat tinggi kerana kebanyakkan kerja menggunakan peralatan yang
canggih dan berteknologi tinggi.

Sebilangan besar lulusan teknikal intitusi pengajian tinggi (IPT) didapati


tidak memiliki kemahiran insaniah yang diperlukan oleh majikan (Mazilah, 2013).
Kaedah baru komunikasi digunakan kerana kaedah berasaskan suara tradisional telah
berkurangan dan mengurangkan komunikasi sebagai beberapa aksara teks yang
mungkin. Ramai penyelidik dan individu bersyukur kerana inovasi ini, menunjukkan
mereka boleh menggalakkan pembinaan hubungan dan penyelenggaraan dan
membolehkan individu untuk berkomunikasi sambil berdiri di hujung bertentangan
dengan dunia (Kavanaugh, Carroll, Rosson, Zin, & Reese 2005).
Kajian yang dijalankan oleh Rahman (2010) menyatakan bahawa 80%
manusia yang gagal dalam kerjaya disebabkan kegagalan mereka untuk
berkomunikasi dan berhubung dengan orang lain. Selain itu, kekurangan dari segi
penguasaan kemahiran komunikasi bukan sahaja akan mengurangkan peluang
graduan untuk menonjolkan diri bagi menarik minat bakal majikan, malah
mengurangkan potensi mereka untuk berdaya saing di peringkat global (Nurul Aini,
2012). Teknologi baru juga menjadikan interaksi lebih mudah dan cepat, serta
membolehkan orang ramai yang mempunyai kebimbangan dalam bersosial untuk
berkomunikasi dengan orang lain dalam persekitaran sosial yang lebih selesa. Oleh
itu, penyelidikan telah mendapati bahawa 20% daripada individu yang lebih suka
berkomunikasi dalam talian atau menghantar mesej kepada seseorang (Thompson,
2012).
Komunikasi teknologi semakin tersebar luas ke dalam budaya manusia.
Walau bagimanapun, ia jelas menunjukkan bahawa banyak kesan negatif daripada
hasil positif yang muncul. Menurut sebuah artikel yang ditulis pada tahun 2005,
majikan mengadu tentang kekurangan kemahiran komunikasi interpersonal bagi
pemohon kerja mereka dan kemahiran komunikasi telah mengakibatkan mereka telah
ditolak ke bahagian atas senarai kualiti yang diperlukan pekerja (McKay,2005).
Menurut A.Rahim N (2013) dalam kajian beliau mendapati,berdasarkan hasil
Laporan Kaji Selidik Pengguna Telefon Bimbit 2007 yang dikeluarkan Suruhanjaya
Komunikasi Multimedia Malaysia, lebih separuh daripada 21 juta pengguna telefon
bimbit di Negara ini gemar menggunakan khidmat SMS atau MMS sebagai medium
komunikasi.

Seperti yang kita sedia maklum, pelajar lebih banyak berkomunikasi dengan
menggunakan gadget berbanding berkomunikasi secara lisan tidak kira bersama
pensyarah atau rakan. Ini mengakibatkan pelajar lebih cenderung untuk
berkomunikasi dengan menggunakan gadget sahaja kerana bagi mereka dengan
menggunakan teknologi yang serba canggih pada masa kini tidak perlu
berkomunikasi secara berhadapan dengan orang untuk berkata- kata hanya dengan
menghantar mesej pesanan ringkas sudah boleh untuk menyampaikan maklumat.
Penyelidikan neurosains telah mula mengkaji bagaimana teknologi komunikasi
mengubah otak manusia. Kajian-kajian ini telah mendapati bahawa otak individu
yang menghabiskan banyak masa di internet menyerupai orang-orang penagih dadah
dengan cara yang ketara. Setiap kali seseorang individu bertindak balas kepada satu
mesej segera atau mesej teks, sejumlah kecil dopamine dirembeskan ke dalam otak
sebagai ganjaran, sama dengan berada di bawah pengaruh dadah (Dokoupil,2012).

1.3

Pernyataan Masalah

Berdasarkan kepada latar belakang yang dibincangkan, pengkaji mendapati bahawa


kemahiran komunikasi amat penting dan perlu dikuasai oleh semua pelajar di
Universiti untuk memastikan bakal graduan yang bakal lahir mempunyai kemahiran
psikomotor, afektif dan kognitif. Pada masa kini penggunaan gadget sangat meluas
yang mana tujuannya digunakan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Tetapi
malangnya proses komunikasi yang berlaku tidak melibatkan komunikasi secara
berhadapan dengan orang lain atau dengan kata lain komunikasi secara bersemuka.
Kita menghabiskan lebih banyak masa di Internet dengan orang lain dan
menyebabkan komunikasi secara bersemuka jelas berkurangan.
Satu kajian menunjukkan bahawa masyarakat lebih banyak masa berbelanja
dengan komputer, dan kurang masa yang mereka luangkan bersama keluarga dan
rakan-rakan (Nie & Erbring, 2010). Perkara ini jika sering berterusan dilakukan
untuk berkomunikasi dengan orang lain bagi menyampaikan maklumat akan
menimbulkan masalah seperti penyalahtafsiran maklumat yang diperolehi kerana
terdapat perbezaan komunikasi secara lisan dan tidak lisan. Selain itu, kegagalan
seseorang itu untuk berkomunikasi dengan baik menyebabkan masalah akan berlaku
semasa sesi temuduga untuk mendapatkan pekerjaan. Menurut Tengku Mahaleel

(2002), beliau menyatakan bahawa antara penyebab graduan gagal dalam sesi
temuduga adalah kerana mereka gagal meyakinkan majikan dengan kelebihan diri
masingmasing.
Mereka juga gagal untuk memberi pendapat yang bernas bagi sesuatu isu
walaupun antara mereka mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang. Justeru
itu, jelaslah kelulusan akademik dan teknikal perlulah juga dilengkapi dengan
kemahiran komunikasi yang berkesan. Hal ini turut disokong daripada kajian
tinjauan yang dijalankan oleh Kementerian Sumber Manusia (2005) dan
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2006) telah mendapati ramai siswazah
mengganggur. Antara faktor utama yang menjadi petunjuk utama pengangguran
tersebut ialah kurang kemahiran komunikasi khususnya dalam kemahiran lisan dan
kemahiran pemikiran kritikal khususnya dalam penaakulan yang berkaitan
penyelesaian masalah.
Ia juga akan menyebabkan manusia kurang berkeyakinan semasa melakukan
komunikasi secara bersemuka. Terdapat kajian yang menemukan bahawa pelajar
yang tidak yakin dan takut untuk berucap di khalayak ramai (Kulwindr Kaur Sidhu,
2006). Ini mungkin kerana perasaan gementar serta struktur sesuatu ucapan itu yang
perlu disokong oleh contoh-contoh, ilustrasi, fakta dan angka. Selain itu perasaan
gementar yang timbul juga menyebabkan sesuatu ucapan itu tidak dapat disampaikan
dengan lancar.

1.4

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap komunikasi pelajar FPTV,
mengenalpasti gaya yang mempengaruhi komunikasi dan perbezaan tahap
komunikasi pelajar lelaki dengan perempuan.

1.5

Objektif Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggariskan beberapa objektif seperti
yang berikut:
i)
ii)
iii)

1.6

Mengenalpasti kemahiran komunikasi pelajar FPTV


Mengenalpasti gaya komunikasi pelajar FPTV
Membezakan tahap komunikasi antara pelajar lelaki dengan perempuan

Persoalan Kajian

Secara spesifikasi kajian ini cuba untuk menjawab persoalan seperti di bawah:
i)
ii)
iii)

Apakah kemahiran komunikasi pelajar FPTV?


Apakah gaya komunikasi pelajar FPTV?
Adakah terdapat perbezaan tahap komunikasi antara pelajar lelaki dengan
perempuan?

1.7

Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini dapat memberi manfaat kepada beberapa pihak yang juga
berkepentingan dalam melahirkan pelajar yang mempunyai penguasaan terhadap
kemahiran komunikasi.

1.7.1

Pelajar

Dengan adanya kajian ini, ia dapat memberikan kesedaran kepada pelajar mengenai
betapa pentingnya terhadap kepentingan kemahiran komunikasi serta kepentingan
dalam meningkatkan serta menguasai kemahiran komunikasi di kalangan pelajarpelajar tidak kira di sekolah mahupun di university. Kepelbagaian aktiviti yang
melibatkan

pelajar

berupaya

memberi

pendedahan

kepada

meningkatkan keyakinan mereka bagi menempuh alam pekerjaan.


1.7.2

Pensyarah

pelajar

untuk

Dengan adanya kajian ini, pensyarah dapat menyelaraskan aktiviti pembelajaran


yang menekankan kepentingan kemahiran komunikasi yang berkesan bagi
melahirkan graduan yang berkeyakinan tinggi dalam berkomunikasi. Selain itu,
pensyarah juga dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran serta dapat melahirkan
persekitaran yang kondusif kepada pelajar agar pelajar lebih berkeyakinan untuk
berinteraksi.

1.7.3

Fakulti

Pihak fakulti dapat menyelaraskan aktiviti pembelajaran yang menekankan


kepentingan kemahiran komunikasi. Penguasaan kemahiran komunikasi ini amat
penting bagi bakal graduan yang akan menjadi seorang guru kelak.

1.8

Skop Kajian

Kajian mengenai kemahiran dan gaya komunikasi dalam kalangan pelajar FPTV
dijalankan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang hanya melibatkan
pelajar tahun 1 dan 2 bagi kemasukkan 2015/2016 di Fakulti Pendidikan Teknikal &
Vokasinal.(FPTV). Oleh itu dapatan kajian ini tidak boleh mewakili selain daripada
pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional.

1.9

Batasan Kajian

Kajian ini terbatas kepada perkara-perkara yang dihadkan oleh pengkaji. Di antara
batasan-batasan tersebut ialah dari segi lokasi kajian, sampel kajian dan faktor yang
dikaji. Dari segi lokasi kajian, kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan Teknikal &
Vokasional (FPTV) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan responden
dalam kajian ini adalah mereka yang terdiri daripada kalangan pelajar tahun 1dan 2
bagi kemasukkan 2015/2016 di FPTV.

10

1.10

Definisi Operasi

Dalam kajian ini terdapat beberapa istilah yang perlu diperjelaskan bagi
menerangkan dengan lebih tepat berkaitan dengan kehendak dan keperluan
penyelidik di dalam kajian ini. Antara istilahnya ialah:

1.10.1 Komunikasi

Dalam kajian ini, komunikasi berdasarkan Kamus Dewan (2005) didefinisikan


sebagai perhubungan (secara langsung atau dengan perantaraan), mengadakan
perhubungan (berbincang, bertukar-tukar fikiran) atau menyampaikan maklumat.
Komunikasi berasal daripada perkataan Latin communiatus yang membawa maksud
berkongsi sesuatu. Komunikasi boleh dikategorikan kepada dua iaitu komunikasi
lisan (verbal) dan komunikasi bukan lisan (non-verbal). Secara amnya, komunikasi
merupakan proses penghantaran dan penerimaan mesej melalui simbol-simbol yang
bermakna. Ia juga merupakan pemindahan maklumat dan kefahaman daripada satu
individu dengan individu lain melalui simbol-simbol yang bermakna.

1.10.2 Kemahiran Komunikasi

Dalam kajian ini, kemahiran komunikasi merupakan kebolehan menyampaikan idea


dan mengamalkan kemahiran mendengar yang didefinisikan oleh Panduan
Pembangunan Kemahiran Insaniah UPSI (2007). Penekanan dibuat berdasarkan
kepada tiga bahagian iaitu komunikasi lisan, bukan lisan dan kemahiran mendengar.

1.10.3 Gaya Komunikasi

Gaya komunikasi telah lahir secara semulajadi pada manusia. Proses komunikasi
akan berlaku apabila seseorang bercakap dengan orang lain, dari itu komunikator

11

yang menyampaikan mesej akanmenyampaikan dengan cara atau gaya mereka


sendiri.

1.10.4 Gadget

Menurut Kuncoro (2009), gadget merupakan sebuah ciri yang berteknologi tinggi.
Gadget juga merupakan alat peranti yang mempunyai tujuan serta fungsi praktikal
khusus yang berguna dan umumnya diberikan terhadap sesuatu yang baru. Gadget
tidak hanya diumpamakan sebagai sebuah telefon bimbit, malah ia juga merangkumi
semua instrumen yang berbentuk seperti tablet,dvd,ipad,windows, komputer riba,
kamera digital dan sebagainya.

12

1.11

Kerangka Konsep

Kajian ini menggunakan dua pembolehubah yang melibatkan pembolehubah tak


bersandar dan pembolehubah bersandar.

INPUT

Pelajar
FPTV

OUTPUT

Gaya
Komunikas
i

Kemahiran
Komunikasi
dalam
kalangan
pelajar FPTV

DV

Rajah 1.11.1 Kerangka Kajian

IV

Kemahiran
komunikasi
dalam
kalangan
pelajar FPTV

13

1.12

Rumusan

Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan latar belakang masalah, pernyataaan


masalah, tujuan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian, skop
kajian, kerangka konsep, kepentingan kajian, dan definisi operasi. Bab ini
mempunyai kepentingan dalam memperkenalkan kajian yang ingin dilakukan oleh
penyelidik kepada umum, dan membantu untuk penyelidik yang lain bagi tujuan
kajian lanjutan.

Anda mungkin juga menyukai