Anda di halaman 1dari 3

.. ..

Dan salam sejahtera diucapkan kepada Yang berusaha, Puan Haliza bt. Ab.Malib,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jimah,
Yang dihormati, Barisan Penolong Kanan,
Puan Roswati bt Yusof, Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Aliah bt Ali, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,
Encik Badrul Hisham bin Zainal, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
Rakan-rakan guru seterusnya
Yang dikasihi, anak-anak murid sekalian..

Hari ini menanam jagung,


Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis Hari Kanak-kanak penuh ceria

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat


Allah kerana dengan limpah dan izin-Nya, kita dipertemukan lagi pada pagi ini.
Zikir Munajat Pembersih jiwa, Doa dipohon menjana taqwa

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan
penuh kehambaan kepada-Nya,.. untuk itu, majlis menjemput Us Mohd Tirmizi untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.......
Terima kasih diucapkan kepada Us Mohd Tirmizi atas bacaan doa sebentar tadi.

Seterusnya, semua guru dan murid dimohon untuk berdiri bagi menyanyikan lagu
Negaraku.
Semua guru dan murid dipersilakan duduk.

Seterusnya, majlis berbesar hati mempersilakan Yang berusaha, Puan Haliza bt.
Ab.Malib, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jimah untuk menyampaikan ucapan dan
merasmikan Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak dan Jmauan Akhir Tahun 2015.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan#.........

Buah Longan beli sekati,


Buat makan di atas jambatan,
Pesanmu Cikgu kami ingati,
Jadi azimat dalam ingatan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha, Puan Haliza bt. Ab.Malib

Seterusnya, majlis diteruskan dengan upacara memotong kek untuk murid yang lahir
pada bulan Jun - Disember.Diminta murid yang lahir pada bulan Jun Disember untuk
berdiri dan kedepan bagi upacara memotong kek. Dipersilakan

Seterusnya, dijemput wakil daripada pihak Marrybrown untuk meneruskan majlis.

Begitulah seronok dan hebatnya permainan sebentar tadi. (seronok tak????)

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah bagi aktiviti permainan
sebentar tadi dan acara sukaneka pada hari semalam.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput GPK HEM/1 untuk mengiringi Puan guru
besar bagi upacara penyampaian hadiahDipersilakan

Burung kelicap makan padi,


Padi datang dari Medan,
Perut kini sudah berbunyi
Tibalah masa untuk santapan.

Untuk makluman semua murid, sebentar lagi kamu akan diraikan dengan jamuan.

Untuk makluman juga selepas jamuan, sesi bergambar dan cabutan bertuah akan
dijalankan. Diminta kepada semua murid dan guru supaya berada di dewan.

Dengan berakhirnya sesi bergambar dan cabutan bertuah tadi, maka berakhirlah majlis
kita pada hari ini..

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa


Rahmatullahi wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai