Anda di halaman 1dari 3

BAHAN BANTU BELAJAR AKTIVITI PRATULISAN

BBM Aktiviti Pratulisan

Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan
kemas dan betul. Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata
diberikan kepada murid. Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus
yang dilakukan secara bebas. Kumpulan kami telah menjana idea bagi aktiviti pratulisan
ini dengan menyediakan satu aktiviti berbentuk pertandingan. Ia adalah latihan
membentuk garisan lurus dan bulatan untuk melaksanakan aktiviti membuat corak,
menyambung titik, memadankan bentuk dan sebagainya. Kami telah menyediakannya
dalam saiz yang besar bagi murid dapat melihat dengan jelas. Bahan-bahan yang
digunakan untuk menyediakan aktiviti ini ialah tali, ‘mounting board’, gambar,magnet
dan wisel.

Cara penggunaan :-

- Guru akan memanggil dua orang murid untuk tampil ke hadapan secara sukarela
atau memanggil nama murid tersebut.

- Aktiviti ini dijalankan secara pertandingan bagi menarik minat pelajar untuk
belajar permulaan menulis dengan secara tidak sedar.

- Guru dapat mengukuhkan minat pelajar dengan memberikan ganjaran seperti


hadiah atau pujian apabila murid dapat menyelesaikan aktiviti yang diberikan
dengan baik dan berkesan.
- Guru akan memberikan arahan dengan jelas sebelum permulaan pertandingan
“Siapa Lebih Cepat Sampai” dan memberikan magnet kepada setiap pelajar.

- Guru akan meniupkan wisel bagi permulaan permainan. Murid akan mengikut
setiap garisan yang disediakan oleh guru secara lurus mahupun bulatan.

- Murid akan mengikut setiap garisan yang disediakan secara perlahan-lahan.


Dengan ini, murid dapat menguasai gerak tangan yang bebas dan dapat
mengkoordinasikan tangan dan mata semasa melakukan aktiviti ini.

- Murid yang akan sampai dahulu ke garisan penamat iaitu gambar rumah akan
dikira pemenang. Dengan ini, para pelajar lain juga akan berasa ingin bermain
apabila dapat bersaing antara satu sama lain dengan rakan sekelas.

- Guru dapat menggalakkan semangat murid untuk memupuk kemahiran menulis


dalam diri dengan aktiviti pengukuhan setelah bermain.

Anda mungkin juga menyukai