Anda di halaman 1dari 8

BAHAGIAN B

[ 100 markah]
[ Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada
350 patah perkataan.

1. Masalah obesiti dalam kalangan murid sekolah semakin membimbangkan.


Huraikan langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk membendung obesiti daripada
terus menular dalam kalangan murid sekolah.
2. Sokongan dan dorongan perlu diberikan oleh keluarga terhadap anak-anak supaya bergiat
dalam bidang sukan.
Huraikan pendapat anda.

3. Media Massa sering melaporkan kejadian jenayah kes ragut yang semakin giat berlaku di
negara kita sejak akhir-akhir ini.
Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh negara kita untuk mengatasi jenayah
ragut.
4. Belakangan ini, penyakit yang berbahaya sangat cepat merebak dari satu negara ke satu
negara yang lain.
Jelaskan cara-cara untuk mengawal penularan wabak tersebut secara global.
5. Peribahasa Melayu ada menyebut, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa di atas.

KERTAS SOALAN TAMAT

SKEMA JAWAPAN BM KERTAS 1

BAHAGIAN A
Amalan Menabung
Pendahuluan
isu : amalan menabung
tugasan : kepentingan amalan menabung
Cadangan isi
1. Persediaan semasa kecemasan
- Hal ini berlaku demikian kerana hasil tabungan yang di kumpul dari usia setahun jagung
sehingga dewasa akan dapat digunakan ketika berhadapan dengan sesuatu kejadian yang
tidak diduga.
- bak kata pepatah Melayu, malang tidak berbau.
- individu tersebut tidak berada dalam keadaan terdesak apabila terjadi sesuatu perkara
yang tidak diingini sekiranya mereka menjadikan aktiviti menabung sebagai suatu
amalan.
- tamsilnya, hasil tabungan yang dikumpul daripada usia muda dapat digunakan untuk
membiayai kos rawatan yang dikenakan oleh pihak hospital sekiranya berdepan dengan
masalah seperti kemalangan, menghidapi penyakit dan sebagainya
- amalan menabung yang dididik sejak anak-anak kecil lagi jelas membantu meringankan
masalah keluarga ketika berdepan situasi rumit.
2.

Persediaan melanjutkan pelajaran


- menjamin masa hadapan yang cerah bagi anak-anak.
- hasil tabungan yang dikumpul mereka daripada kecil sehingga dewasa akan dapat
digunakan untuk tujuan tertentu apabila mereka dewasa kelak.
- jika anak-anak berkehendakkan sesuatu, mereka mampu untuk mendapatkannya tanpa
perlu membebankan atau bergantung harap kepada kedua-dua orang tua mereka.
- contohnya jika anak-anak mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke menara
gading sama ada dalam atau luar negara ibu bapa mereka tidak begitu risau dan akan
menerima tawaran tersebut dengan hati yang terbuka tanpa perlu memikirkan soal
pembiayaan pengajian anak-anak mereka.
- amalan menabung yang dipupuk sejak kecil lagi jelas menjamin masa hadapan yang
cerah buat cahaya mata mereka.

3. Memupuk amalan berjimat cermat


- individu yang menabung akan sentiasa mengawal perbelanjaan harian agar dapat
menyimpan wang.
- individu tersebut akan berjaya mengawal perasaan dan keinginan mereka untuk
memperoleh sesuatu barangan.
- seorang anak yang telah diajar untuk mengamalkan sikap berjimat cermat oleh ibu bapa
mereka akan bijak menggunakan wang yang diberi dengan sebaik-baiknya.

- pendedahan amalan menabung kepada anak-anak sejak kecil lagi akan memberikan
kesan positif kepada mereka sekali gus menyemai sikap suka berjimat dalam diri
mereka.
Kesimpulan
- amalan ini amat mulia
- setiap individu perlu mengorak langkah membuat tabungan
- seandainya tidak mengamalkan amalan tersebut masyarakat akan dibelenggu dengan
masalah kewangan
- merealisasikan impian diri sendiri dan keluarga

BAHAGIAN B
Soalan 1.
Pendahuluan
masalah obesiti semakin meningkat dalam kalangan rakyat negara kita
Mengikut laporan akbar, peratusan rakyat Malaysia yang mempunyai berat badan yang
berlebihan ini adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara Asia yang lain.
obesiti ini mendatangkan pelbagai keburukan.
Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan diri kita
daripada masalah ini?
Isi
1. mengamalkan pemakanan seimbang
mengambil kira keperluan karbohidrat, lemak dan zat-zat pemakanan yang sesuai dengan
peringkat umur
menjadikan piramid makanan sebagai panduan dalam pemilihan menu atau jenis
makanan
makan mengikut waktu secara teratur terutamanya tiga waktu makan yang utama iaitu
sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam
kehidupan lebih bahagia dan terjamin tanpa penyakit berbahaya sekiranya kita bijak
dalam memilih makanan yang sihat dan seimbang setiap hari
2. melakukan senaman secara teratur
mendisiplinkan diri dan melakukan senaman sekurang-kurangnya selama dua puluh
minit dalam tiga kali seminggu
aktiviti senaman ini haruslah dijadikan rutin dalam kehidupan
banyak alatan senaman yang mampu dimiliki dan dapat digunakan di ruma
melalui senaman yang teratur akan dapat membantu kita mengekalkan berat badan yang
sihat sekali gus mencegah daripada masalah kegemukan
3. amalkan gaya hidup yang sihat
amalan gaya hidup yang sihat akan memberi kesan yang positif dan dapat meningkatkan
tahap kualiti kesihatan
Sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan nasihat serta motivasi untuk
mengamalkan amalan permakanan yang seimbang
4. mengubah tabiat
mengenalpastikan masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan seperti tekanan
perasaan ,makan mengikut perasaan,bosan dan sebagainya

pesakit juga perlu meletakkan matlamat untuk mengurangkan pengambilan kalori dan
meningkatkan aktiviti fizikal seperti bersenam semasa menonton televisyen dan
sebagainya
perlu menimbang berat badan mereka sekali seminggu untuk melihat perubahan yang
berlaku agar mereka akan lebih yakin untuk meneruskan matlamat untuk menguruskan
berat badan.
pesakit juga memerlukan sokongan yang kuat daripada keluarga dan
5. mengikuti program kesihatan
Pihak media massa seperti radio dan televisyen juga boleh mengadakan pelbagai program
berkaitan dengan kesihatan
Mengetahui maklumat atau info mengenai apa itu obesiti secara menyeluruh iaitu
bermula dari punca berlakunya obesiti hinggalah kepada langkah-langkah mengatasi
obesiti.
Penutup
Konklusinya, kita haruslah sedar bahawa tiada jalan mudah untuk menguruskan dan
mengawal berat badan.
Sebaliknya kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan seimbang dan senaman
dan melakukan aktiviti fizikal secara aktif
masalah obesiti hanya dapat dielakkan jika setiap orang berusaha bersungguh-sungguh
untuk menjaga kesihatan dan mencapai berat badan yang ideal.
Kita haruslah berpegang kepada falsafah peribahasa mencegah lebih baik daripada
mengubati khususnya dalam memastikan kehidupan yang sihat dan terjamin sepanjang
masa.

Soalan 2.
Pendahuluan
Bidang yang penting di negara kita - aktiviti sukan mendatangkan banyak faedah.
nama negara kita akan dikenali dan digeruni di peringkat antarabangsa melalui kejayaan atlet
negara dalam bidang sukan
Isi
1. memberikan galakan dengan cara membeli peralatan sukan
mereka lebih bersemangat untuk bersukan
minat anak-anak dapat dikembangkan sekiranya peralatan yang sesuai dimiliki oleh
mereka

2. menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif
memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan
Bakat dan minat tersebut perlulah dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk dikembangkan
3. menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan
ibu bapa menemani anak-anak atau menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau
bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan.
4. Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh
mereka.
mendapatkan maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan
kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah sukan tersebut
akan menjadi idola dan pencetus semangat serta motivasi kepada anak-anak

Penutup
ibu bapa perlulah diberi kesedaran supaya memainkan peranan yang sepatutnya dalam
usaha untuk melahirkan lebih banyak ahli sukan di negara kita.
Ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata
dan mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka.
Kita mahu agar kecemerlangan akademik dan kecemerlangan sukan bergerak seiring
sekiranya mahu negara kita maju dalam bidang sukan

Soalan 3
Langkah-langkah untuk Mengatasi Jenayah Ragut.
Pendahuluan
Jenayah ragut semakin berleluasa dan sering dilaporkan media.
Mencetuskan kebimbangan masyarakat.
Kerajaan melakukan pelbagai langkah pencegahan, namun masalah ini masih wujud.
Terdapat pelbagai langkah untuk menangani gejala ini.
Peribahasa : api dalam sekam. duri dalam daging.
Isi 1
Tingkatkan pengawasan polis di kawasan panas.Contoh, tempat tumpuan umum, stesen
bas,LRT, pusat beli-belah dll.
Rondaan yang lebih kerap. dan berterusan.

Tempatkan polis berpakaian awam.


Menambah bilangan polis bantuan.
Peribahasa : mencegah lebih baik daripada mengubati.
Isi 2
Memasang kameralitar tertutup di tempat awam. Disambungkan dengan balai polis
berhampiran.
Tujuannya untuk mengesan pergerakan peragut.
Dapat menghalang peragut kerana bimbang aktiviti mereka dikesan.
Peribahasa : sediakan payung sebelum hujan.
Isi 3
Kesedaran masyarakat tentang jenayah dipertingkatkan.
Mengelakkan pemakaian barangan kemas yang berlebihan.
Tidak membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak.
Menggunakan kad kredit untuk transaksi.
Peribahasa : hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Isi 4
Merancang waktu dan tempat tujuan.
Bergerak dalam kumpulan agar tidak terdedah pada gejala ragut.
Tidak melalui kawasan sunyi.
Mengelakkan waktu puncak dan masa-masa sesak.
Peribahasa : air tenang jangan disangka tiada buaya.

Isi 5
Sentiasa peka dengan persekitaran.
Kaum wanita tidak membawa beg tangan secara sambalewa.
Memastikan barang berharga disimpan di tempat yang selamat,contohnya poket rahsia.
Hindarkan diri daripada orang-orang yang mencurigakan.
Belajar seni pertahanan diri.
Membawa bahan-bahan pertahanan diri seperti serbu cili, semburan pemedih mata,dsb.
Peribahasa : sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada berguna.
Isi 6
Badan sukarela turut berperanan menjaga ketenteraman awam,contohnya Jabatan
Pertahanan Awam, RELA,dsb.

Menempatkan anggota di tempat-tempat strategik untuk memantau keadaan.


Menganjurkan ceramah dan kempen antiragut secara lebih kerap.
Peribahasa : beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.
Kesimpulan.
Jenayah ragut perlu dibendung. Pelbagai langkah dapat diaplikasikan.
Semua pihak perlu memberikan kerjasama untuk mengatasinya.
Jika tidak imej negara akan terjejas dengan teruk.
Keselamatan rakyat perlu diutamakan sejajar dengan semangat 1 Malaysia.
Peribahasa : ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

Soalan 4
Pendahuluan
- Wabak penyakit berjangkit di negara ini terkawal - kerajaan mengambil langkahlangkah untuk mengatasi masalah penyakit berjangkit.
Isi-isi Penting
i. Pesakit-pesakit dikuarantin daripada orang awam supaya tidak berjangkit.
ii. Jangan melancong atau berkunjung ke negara-negara yang dilanda oleh penyakit
tersebut.
iii. Gunakan mesin pengimbas - sekat kemasukan pelancong asing dari negara yang
terlibat memasuki negara Malaysia.
iv. Penyediaan ubat-ubatan seperti vaksin untuk ketahanan tubuh badan melawan
penyakit.
v. Memusnahkan punca penyakit yang berpunca daripada unggas (ayam, burung dan lainlain).
Penutup
- Kerajaan dan rakyat perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling aspek penjagaan
kebersihan dan kesihatan perlu diutamakan - meyakinkan pelancong asing.

Soalan 5
-

Pelajar-pelajar dapat menulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa yang diberi


dengan menggunakan kreativiti masing-masing.
Cerita itu perlu mempunyai binaan plot penceritaan permulaan, perkembangan,
permasalahan, konflik, klimaks dan peleraian.

Anda mungkin juga menyukai