Anda di halaman 1dari 3

0.

PERATURAN DAN ARAHAN PERKHEMAHAN


20.1 ARAHAN UMUM
20.1.1 Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan menyeluruh. Peraturan
dikeluarkan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti di sepanjang
perkhemahan
20.1.2. Arahan yang dikeluarkan oleh Kem Komandan / Timbalan Kem Komandan / Pihak Urusetia menurut
ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada keperluan semasa perkhemahan
20.1.3 Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan selengkapnya kecuali mendapat
kebenaran bertulis dari Pengurus Pasukan atau pegawai perubatan yang bertugas
20.1.4 Bagi peserta Islam, solat ikut pada waktunya dan dinasihatkan untuk sentiasa berjemaah. Bagi pelajar
bukan Islam, sila ikut arahan untuk aktiviti kerohanian
20.1.5 Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan hormat diutamakan
20.1.6 Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham.
20.1.7 Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim di sepanjang perkhemahan
LAPORKAN SEBARANG KEMALANGAN KEPADA URUSETIA DENGAN SEGERA
20.2 KOMUNIKASI / ALAT KOMUNIKASI
20.2.1 PERHATIAN: Peserta / pelajar tidak dibenarkan membawa `Hand Phone
semasa perkhemahan
20.3 BAHASA PANGGILAN ATAU GELARAN SEMASA PERKHEMAHAN:
20.3.1 TETAMU mengikut protokol / panggilan hormat (Contoh: Datuk/Datin)
20.3.2 URUSETIA DAN JURULATIH Tuan / Puan
20.3.3 PESERTA Saudara / Saudari / Kadet

20.4 KESELAMATAN:
20.4.1 Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak pihak.
20.4.2 Jika berlaku kecemasan, siren akan dibunyikan panjang dan berterusan serta diikuti dengan arahan / arah
pergerakan
20.4.3 PERHATIAN: Patuhi arahan / arah pergerakan yang telah ditetapkan.
20.5 AMARAN KERAS DAN TINDAKAN TATATERTIB
20.5.1 Semua jenis senjata, termasuk pisau dan parang adalah ditegah disimpan dalam khemah peserta (perlu
disimpan di bawah penyeliaan pegawai kontingen daerah)
20.5.2 Semua bentuk perbuatan sumbang atau menjolok mata ditegah
20.5.3 Kawasan perkhemahan Puteri adalah larangan bagi peserta Putera dan sebaliknya
20.5.4 Tindakan Keras dan Tatatertib ( termasuk dihantar pulang ) akan dikenakan jika terdapat peserta yang
ditangkap atau didapati melanggar amaran di atas sama ada disengajakan ataupun tidak disengajakan.

20.6 KETETAPAN & KETEPATAN MASA / PERGERAKAN ANGGOTA


20.6.1 Peserta hendaklah bersiap sedia 15 minit lebih awal daripada masa aktiviti yang telah ditetapkan
20.6.2 Kelewatan mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan/ denda
20.6.3 Semua pergerakan dalam kem perlu dalam kumpulan minimum 2 orang
20.6.4 Peserta dilarang merayau-rayau tanpa tujuan yang sah di kawasan kem
20.6.5 Tiada pergerakan keluar dari kawasan perkhemahan kontinjen selepas jam 12
tengah malam (0000H) sehingga jam 5 pagi (0500H) kecuali terdapat sebarang
kecemasan atau diringi oleh pegawai

20.7 PERATURAN KEBERSIHAN :


20.7.1 Kawasan luar/ dalam khemah mestilah sentiasa berkeadaan bersih dan teratur
20.7.2 Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam khemah
20.7.3 Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kebersihan
20.7.4 Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan
20.7.5 Dilarang menebang, mencantas atau mematah sebarang pokok di kawasan
perkhemahan atau sekitarnya
20.7.6 Tempat solat hendaklah sentiasa berkeadaan bersih dan tersusun
20.7.7 Kumpulan bertugas hendaklah memastikan keadaan yang memuaskan dan
teratur sebelum solat bermula
20.7.8 Sila pastikan tandas dan bilik air dalam keadaan terbaik kerana ia adalah untuk
kegunaan ramai dan bersama
20.7.9 Bagi wanita sila pastikan tuala wanita dibersihkan dahulu sebelum
dibuang ditempat yang sepatutnya.
20.8 PERATURAN KELUAR MASUK
20.8.1 Semua urusan keluar masuk kawasan kem perlu didokumen / dicatatkan dalam
buku keluar masuk serta dimaklumkan kepada urusetia
20.8.2 Dinasihatkan agar dapat meminimumkan pergerakan keluar masuk dari kawasan
kem
20.8.3 Para peserta dilarang sama sekali keluar masuk melainkan mempunyai dokumen
dan tujuan yang sah dari ketua kontinjen masing-masing

1.

PERALATAN YANG PERLU DIBAWA SEMASA PERKHEMAHAN.


INDIVIDU
1. Uniform Pengakap / Tunas Puteri

11. Lampu suluh

2. Pakaian sembahyang / sejadah

12.Tuala

3. Pakaian sukan

13. Pakaian mandi

4. Selimut

14. Beras

5. Kasut dan selipar

15. Telur 2 biji

6. Ubat dan berus gigi dan sabun mandi

7. Pakaian untuk 2 hari


8. Pinggan, cawan dan gelas 2 biji
9. Sudu
10. Barang-barang lain yang difikirkan perlu

2.

IKRAR PERKHEMAHAN
Kami Para peserta Perkhemahan Unit Beruniform NGO Bahagian Sibu
Dengan penuh keikhlasan dan takzimnya berikrar Bahawa kami akan menyertai perkhemahan ini dengan
bersungguh-sungguh
Bahawa kami akan menjalani semua aktiviti yang diprogramkan dengan tabah dan penuh semangat
Bahawa kami akan manfaatkan peluang yang diberi untuk memperkaya pengetahuan dan kemahiran kami, serta
mempereratkan lagi silaturrahim antara kami
Bahawa kami akan menghargai dan menjunjung tinggi segala panduan, nasihat dan tunjuk ajar yang bakal kami
perolehi
Bahawa kami akan mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan dengan penuh kesedaran dan
tanggungjawab
Bahawa kami akan menghadapi setiap kesukaran dan masalah sebagai cabaran dan ujian Bahawa kami akan
berusaha bersama-sama menjayakan perkhemahan ini
Bahawa kami akan kembali dengan semangat perjuangan yang tinggi Dan kamilah Pendukung cita-cita bangsa
dan negara.

Anda mungkin juga menyukai