Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

KM 7.75, JALAN KLUANG


83000 BATU PAHAT

TUGASAN PROJEK
NAMA: GAN SIEW HUAT
NO I/C: 930526-01-6789
KUMPULAN/UNIT: PISMP TESL SJK(C) SEM 6
KOD DAN NAMA KURSUS: WAJ3042 LITERASI BAHASA MELAYU
TAJUK TUGASAN: TUGASAN PROJEK LITERASI BAHASA
MELAYU
NAMA PENSYARAH AKADEMIK: DR. HUSSIN BIN SARIF
TARIKH HANTAR: 27 OGOS 2015

1.0 Pengenalan
Pendidikan Seni dapat dibahagikan kepada seni visual, seni muzik, seni sastera,
seni mempertahankan diri dan sebagainya (SKKBSR, 2012). Namun begitu, Pendidikan
Seni yang dijalankan di sekolah rendah Malaysia lebih menjurus kepada seni visual
daripada pendidikan seni lain. Pendidikan Seni Visual yang dijalankan di sekolah rendah
berdasarkan pada empat bidang iaitu bidang menggambar, bidang corak dan rekaan,
bidang membentuk dan membuat binaan serta bidang mengenal kraf tradisional. Melalui
tugasan ini, saya telah memilih topik cara menggunakan teknik gurisan dalam
penghasilan sesuatu gambar di bawah bidang menggambar untuk mengajar pelajarpelajar Tahun Lima. Menurut Athrun Gurl (2011), menggambar bermaksud satu imej
yang berbentuk dua dimensi atau satu visual yang menjadi representasi bagi sesuatu
objek yang dihasilkan di atas permukaan yang rata seperti kertas lukisan. Apabila
pelajar terlibat dalam bidang menggambar, satu kecenderungan dapat dihasilkan
terhadap sesuatu objek atau imej.

Tujuan pembelajaran bidang ini dapat membantu pelajar meneroka pelbagai


jenis teknik dalam menghasilkan sesuatu gambar seperti teknik lukisan, teknik catan,
teknik kolaj, teknik cetakan dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung dapat
memperkembangkan kreativiti pelajar dalam penghasilan sesuatu gambar. Tambahan
lagi, pelajar juga dapat menguasai asas seni reka dalam menghasilkan sesuatu gambar
seperti garisan, ruang, jalinan, rupa, bentuk dan warna. Pelajar-pelajar dapat
menggunakan asas-asas seni reka ini untuk menghasilkan satu kerja hasil seni yang
kreatif dan inovatif berasaskan tema imaginasi pelajar-pelajar.

2.0 Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan


Seni Visual di Sekolah Rendah (KSSR&KBSR)
Pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Seni Visual Tahun Satu hingga Tahun
Lima di sekolah rendah pada zaman moden ini adalah berasaskan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) yang mula diperkenalkan pada tahun 2011. Namun begitu,
pembelajaran dan pengajaran Tahun Enam masih dijalankan berdasarkan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada zaman sekarang. PSV yang diajar
berdasarkan KBSR dan KSSR mempunyai matlamat dan objektif yang sama. Matlamat
PSV sekolah rendah bagi KSSR dan KBSR adalah untuk memupuk asas seni visual
untuk melahirkan insan yang kritis, kreatif, produktif dan harmonis sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (SKKBSR, 2012). Objektif pembelajaran PSV
berdasarkan KSSR dan KBSR adalah untuk memastikan pelajar-pelajar boleh
menghargai keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan, menguasai dan mengenali
kemahiran asas seni reka dalam pelbagai jenis aktiviti seni visual yang dijalankan di
sekolah rendah dan sebagainya.

Tambahan lagi, organisasi kurikulum bagi KSSR dan KBSR adalah dijalankan
berdasarkan empat bidang utama iaitu bidang menggambar, bidang corak dan rekaan,
bidang membentuk dan membina serta bidang mengenali kraf tradisional. Hal ini
bertujuan untuk memastikan pelajar-pelajar dapat terlibat dalam semua aktiviti seni
visual yang dijalankan mengikut bidang-bidang tersebut. Organisasi kurikulum ini juga
meliputi empat aspek utama iaitu: permerhatian secara aktif, interaksi secara kritis dan
kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai
baik dalam semua aspek kehidupan.

Namun begitu, KSSR mengandungi empat standard kandungan iaitu: perspektif


estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif dan apresiasi seni yang menyusun kandungan
empat bidang tersebut berbanding dengan KBSR. Perspektif estetik boleh membantu
pelajar mempunyai pemahaman dan persepsi tentang unsur seni dan prinsip rekaan
yang terdapat pada objek buatan manusia, alam ciptaan Tuhan dan karya seni. Aplikasi

seni

membantu

pelajar

supaya

mereka

boleh

mengaplikasikan

bahasa

dan

pengetahuan seni visual dalam setiap aktiviti seni yang dijalankan di dalam kelas melalui
pemilihan media dan teknik. Ekspresi kreatif membolehkan pelajar menghasilkan karya
seni melalui penzahiran idea yang kreatif menerusi pelbagai teknologi, sumber dan
kajian. Akhir sekali, apresiasi seni membolehkan pelajar mempunyai apresiasi terhadap
karya sendiri dan rakan mereka dengan berasaskan pada unsur seni, prinsip rekaan,
budaya dan sejarah seni supaya mereka lebih menghargai sejarah dan budaya seni
yang telah diwarisi secara turun-temurun di negara kita dan pada masa yang sama
mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam menghasilkan karya seni yang lebih
menarik pada masa depan.

3.0 Pendekatan/Strategi yang digunakan


Berdasarkan Rancangan Pelajaran Harian (RPH), terdapat dua jenis pendekatan atau
strategi yang telah saya aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas seperti yang berikut:
i. Konstruktivisme
Menurut Brooks & Brooks (1993), konstruktivisme bermaksud pelajar membina
pengetahuan sendiri dengan menyesuaikan pengetahuan dan pengalaman yang
diterima hasil daripada bantuan interaksi dengan guru dan rakan. Apabila proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas, saya memberi ilmu
pengetahuan tentang cara menghasilkan satu gambar yang cantik melalui teknik gurisan
dalam kalangan pelajar. Selepas itu, saya memberi peluang kepada pelajar untuk
mewarnakan kertas A4 dengan menggunakan oil pastel mengikut kreativiti sendiri serta
mengguris satu gambar mengikut kreativiti sendiri. Dengan ini, pelajar dapat membina
pengetahuan sendiri (mengguris gambar dan mewarnakan kertas A4) dengan
menggunakan pengetahuan yang sedia ada (cara mengguris gambar). Tambahan lagi,
saya juga menjadi sebagai pembimbing bagi pelajar dengan berinteraksi dan membantu
pelajar dalam menghasilkan gambar melalui teknik gurisan.

ii. Demonstrasi
Demonstrasi merupakan satu pendekatan yang menunjukkan sesuatu di depan semua
pelajar dengan bantuan bahan bantu mengajar. Sebelum saya mengajar pelajar cara
menggunakan teknik gurisan untuk menghasilkan satu gambar, saya memberi
demonstrasi tentang cara menghasilkan gambar dengan menggunakan teknik gurisan
melalui tayangan video supaya pelajar dapat mengetahui cara menghasilkan gambar
melalui teknik gurisan dan proses penghasilan gambar melalui teknik gurisan dapat
dijalankan dengan lancar.

5.0 Pengenalan Teknik Gurisan

Dalam bidang menggambar, saya telah memilih teknik gurisan sebagai tajuk
pembentangan

saya.

Teknik

gurisan

didefiniskan

sebagai

satu

teknik

yang

menggunakan sesuatu objek atau alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu
bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam
itu akan memberi pelbagai jenis kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.
Alat-alat yang keras dan tajam yang sesuai untuk digunakan oleh pelajar untuk
mengguris gambar adalah seperti pensel, pensel mekanikal dan pen. Hal ini demikian
kerana alat-alat ini tidak mendatangkan sebarang kebahayaan kepada pelajar. Oil pastel
dipilih sebagai bahan yang sesuai untuk dijadikan sebagai bahan lembut yang
diwarnakan di atas permukaan yang rata. Hal ini demikian kerana oil pastel bersifat
lembut, mudah diwarnakan, cerah dan sangat sesuai untuk remaja dan dewasa untuk
digunakan. Penghasilan gambar melalui teknik ini memerlukan beberapa langkah untuk
menghasilkannya. Langkah pertama ialah satu bingkai yang berukuran 6 inci-8 inci
dilukis di atas permukaan kertas A4. Seterusnya, pelbagai jenis warna oil pastel
digunakan untuk mewarnakan seluruh ruang bingkai mengikut kreativiti sendiri. Selepas
itu, warna hitam oil pastel digunakan untuk mewarnakan seluruh ruang bingkai untuk
menutup warna-warna yang diwarnakan sebelum ini. Langkah yang terakhir ialah
penggunaan alat yang keras dan tajam seperti pensel mekanikal untuk mengguris
gambar di atas permukaan kertas.

6.0 Alat dan Bahan

Alat
1. Pencungkil gigi/ pensel mekanikal
Sejenis alat yang keras dan tajam untuk mengguris gambar
2. Surat khabar lama
Sebagai alas kepada lukisan
3. Pembaris
Mengukur bingkai sepanjang 6 inci x 8 inci
4. Pensel
Melukis bingkai
5. Tisu
Membersihkan sisa-sisa oil pastel daripada permukaan kertas

Bahan
1. Oil pastel
Mewarnakan permukaan kertas A4.
2. Kertas A4
Sebagai bahan untuk diwarnakan dan diguris gambar di atas permukaannya.

7.0 Tema dan Tajuk


1. Tema- alam semula jadi
2. Tajuk- buah-buahan tempatan

8.0 Langkah-langkah Penghasilan

Langkah
Langkah 1
Langkah 2

Diskripsi
Penyediaan alat dan bahan.
Satu bingkai yang berukuran 6 inci x 8 inci

Gambar
Sila rujuk ke slaid powerpoint.

dilukis di atas permukaan kertas A4.

Langkah 3

Warnakan seluruh ruang bingkai dengan


pelbagai jenis warna oil pastel.

Langkah 4

Warnakan seluruh ruang bingkai sekali lagi


dengan menggunakan warna hitam oil
pastel.

Langkah 5

Guriskan satu gambar di atas ruang


permukaan bingkai dengan menggunakan
pensel mekanikal atau pencungkil gigi.

9.0 Refleksi
Apa yang dijumpai

Mengapa ia berlaku

Bagaimana ia boleh

Apakah bentuk

dielakkan

inovasi yang boleh


dilakukan untuk
mengatasi masalah

Pelajar-pelajar tidak

Suasana

Guru boleh

ini
Sebelum proses

menumpukan

pembelajaran di

mewujudkan

pembelajaran

perhatian semasa

dalam kelas terlalu

suasana

dijalankan, guru

proses pengajaran

bosan dan tidak

pembelajaran yang

boleh mengadakan

dan pembelajaran

dapat menarik

menyeronokkan.

aktiviti-aktiviti yang

dijalankan di dalam

minat pelajar untuk

Contohnya, guru

menarik dan

kelas.

menumpukan

boleh

menyeronokkan

perhatian dalam

mendemonstrasikan

seperti menyanyi

proses

cara penghasilan

bersama-sama

pembelajaran di

sesuatu produk

yang bertemakan

dalam kelas

melalui video atau

kesenian, aktiviti

membuat produk

permainan yang

secara berkumpulan

berkaitan dengan

dengan dibimbing

seni dan

oleh guru.

sebagainya.

10.0 Rujukan
Brooks,J.G. & Books,M.G. (1999). The Courage To Be Constructivist. Educational
Leadership, 57(3).

Brooks,J.G. & Brooks,M.G. (1993). In Search Of Understanding: The Case For


Constructivist Classrooms. Alexandria, VA:Association for Supervision and
Curriculum Development (ASCD)

Gurl, A. (2011, January 1). Life as an Art Student: PSV KBSR. Diambil pada February
28, 2015, dari http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/p/psv-kbsr.html

Selamat datang: Dunia Seni Visual Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ).
(2012, April 26). Diambil pada February 28, 2015, dari
http://eduskkbsr.blogspot.com/2012/04/dunia-seni-visual-kurikulum-standard.html

Munusamy, K. (2013, March 19). Jom Belajar Seni Visual... Diambil pada February 28,
2015, dari http://jombelajarsenivisual.blogspot.com/2013/03/gurisan-normal-0false-false-false-en.html

ISI KANDUNGAN
NO
1.0

TAJUK
Pengenalan

NO HALAMAN

2.0

Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni

3.0
4.0
5.0
6.0
7.0
8.0
9.0
10.0

Visual di Sekolah Rendah (KSSR&KBSR)


Pendekatan/strategi yang digunakan
Rancangan Pelajaran Harian (RPH)
Pengenalan teknik gurisan
Alat dan bahan
Tema dan Tajuk
Langkah-langkah Penghasilan
Refleksi
Rujukan

Anda mungkin juga menyukai