Anda di halaman 1dari 6

ISU / PERISTIWA / MASALAH YANG DIFOKUSKAN

Pada minggu pertama untuk praktikum fasa 2 penulisan jurnal ini


tertumpu kepada tahap pengurusan kelas semasa saya mengadakan sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Saya memfokuskan isu ini
berdasarkan selama 3 hari saya masuk mengajar ke dalam kelas tersebut.
Kelas yang saya ajar adalah kelas tahun 4.
Kelas tersebut adalah kelas 4 Arif. Murid di dalam kelas tersebut
mempunyai bilangan murid seramai 20 orang. Walau bagaimanapun, setelah
3 hari memasuki kelas tersebut saya dapati terdapat beberapa orang pelajar
yang sukar di kawal terutamanya pelajar-pelajar lelaki. Hal ini kerana apabila
saya mengajar di hadapan mereka akan turut bercakap di belakang dan juga
membuat hal sendiri sehingga kadang-kadang mereka tidak memberikan
tumpuan dan juga tidak dapat menjawab soalan yang saya ajukan kepada
mereka. Saya amat mementingkan perhatian dan tumpuan ketika di dalam
kelas. Hal ini kerana apabila memberikan sepenuh perhatian semasa di
dalam kelas kita dapat memahami apa-apa jua yang guru sampaikan kepada
kita. Sesuatu pengajaran amat sukar dilakukan tanpa disiplin dan kawalan
kelas. Hal ini disokong oleh Coombs (2010) yang menyatakan pengajaran
menjadi lebih sukar tanpa disiplin.
Pada mulanya saya berasa marah tetapi apabila di fikirkan semula
tidak berguna apabila saya menunjukkan kemarahan kepada mereka. Hal ini
kerana mereka akan tetap bising di dalam kelas tersebut.
ANALISIS ISU/MASALAH YANG DIFOKUSKAN
Menurut Harry K. Wong (1998) yang menyatakan kebanyakan masalah
tingkah laku disebabkan oleh kegagalan guru itu sendiri untuk mengajar
murid tentang cara mengikut peraturan.
Most behavior problems in the classroom are caused by the teachers
failure

to teach students how to follow procedures.


Hal ini kerana semasa hari pertama masuk ke dalam kelas saya tidak
begitu tegas kepada mereka. Hal ini telah menyebabkan mereka membuat
sesuka hati mereka untuk membuat bising dan juga mengganggu kawankawan mereka yang lain.
Mereka akan mencari pelbagai cara untuk melakukan kebisingan
sehingga mengganggu kawan-kawan mereka. Apabila diberikan latihan
mereka akan membuat latihan tersebut sambil bercakap sesama sendiri
sedangkan meja mereka amat jauh. Hal ini menyebabkan kelas bertambah
bising dan bingit.
Pelajar-pelajar yang lebih bijak atau pandai yang berada di dalam kelas
tersebut tidak memberikan masalah kepada saya dan mereka akan
membuat latihan yang diberikan dalan keadaan yang diam dan dapat
menyiapkannya

dengan

baik.

Selain

itu,

faktor

persekitaran

juga

mempengaruhi kebisingan pelajar ini. Hal ini kerana kelas mereka berada di
di atas dan sering terganggu dengan keadaan pelajar yang sering mengintai
dari luar pintu. Seterusnya berdasarkan latar belakang yang berlainan juga
mempengaruhi sikap mereka semasa di dalam kelas. Hal ini kerana terdapat
pelbagai latar belakang di dalan kelas tersebut. Ada yang merupakan
seorang anak cikgu tetapi kelakuannya sangat sopan baik tutur bicaranya.

CADANGAN PENYELESAIAN
Untuk mengelakkan masalah kebisingan, disiplin dan meningkatkan
kawalan kelas, saya telah memikirkan beberapa cadangan yang sesuai.
Antaranya ialah:

Apabila masuk ke dalam kelas guru mestilah mengambil masa


selama beberapa minit untuk menegaskan peraturan yang perlu

ii

dipatuhi dan adab semasa guru sedang mengajar.


Memberikan peneguhan yang positif kepada pelajar supaya mereka

iii

akan berasa gembira semasa di dalam kelas


Menempatkan murid yang nakal di hadapan kelas supaya dapat

iv

mengawal diri mereka dan keadaan kelas.


Menegaskan pelajar yang ingin menjawab soalan perlulah
mengangkat tangan tanpa membuat bunyi bising dan menjawab

sooalan sebelum namanya disebut oleh guru.


Menggunakan komunikasi non verbal seperti isyarat tangan untuk
menjawab soalan atau berkomunikasi dengan guru.

TEMPOH PENYELESAIAN
19 Januari 2016 sehingga 25 Januari 2016 iaitu selama 7 hari.

TINDAKAN SUSULAN
Saya perlulah mematuhi serta mengikuti setiap cadangan yang telah
saya berikan. Hal ini kerana apabila saya tidak mengikuti cadangan tersebut.
Kelas yang saya ajar akan menjadi lebih bising kerana mereka akan
menganggap guru tersebut tidak akan membuat apa-apa walaupon mereka
berada dalam keadaan yang amat bising.

KESIMPULAN
Sebagai seorang guru pengurusan kawalan kelas dan disiplin yang
berkesan perlulah sentiasa dititik beratkan agar tidak mendatangkan
masalah kepada diri sendiri dan juga murid-muridnya. Hal ini kerana apabila
kawalan kelas tidak dapat dilaksanakan dengan baik ini bermakna sesi
pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut tidak berkesan kerana
terdapat murid yang tidak memberikan tumpuan sepenuhnya semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

PANDANGAN / KOMEN GURU PEMBIMBING

Tarikh
:
..
Tandatangan
:
..
Nama :

PANDANGAN / KOMEN PENSYARAH PEMBIMBING

Tarikh
:
..
..

Tandatangan

Nama :

PANDANGAN / KOMEN GURU PEMBIMBING

Tarikh
:
..
Tandatangan
:
..
Nama :

PANDANGAN / KOMEN PENSYARAH PEMBIMBING

Tarikh
:
..
Tandatangan
:
..
Nama :

Anda mungkin juga menyukai