Anda di halaman 1dari 21

2.

1Muka surat pertama


Penerokaan teknik
Teknik lipatan
Helaian
Persembahan

Lipatan sudut
Helaian dengan tampalan
Persembahan 180

Catatan:
Kami telah melukis gambar berudu dalam muka surat pertama kerana ia adalah
watak utama dalam buku cerita pop-up kami. Dalam perjalanan cerita Si berudu
mencari ibunya, sekumpulan berudu telah membuat keputusan untuk berenang ke zoo
yang berdekatan.Tujuannya adalah untuk mencari ibu mereka.Selepas berbincang
antara satu sama lain, kami terfikir untuk membuat seekor berudu pop-up sebagai ketua
dalam kumpulan berudu. Manakala, berudu-berudu lain telah kami lukis secara
manual.Mula-mulanya, kami melukis seekor berudu besar dalam kertas lukisan dengan
merujuk kepada kamus bergambar.Kemudian, gunting dan warnakan berudu tersebut.
Untuk ketua berudu, kami telah memilih teknik lipatan sudut, helaian dengan
tampalan dan persembahan 180.Dalam muka surat pertama ini, kami mahu
menggerakkan berudu supaya ia kelihatan sedang berenang di dalam air. Maka, kami
telah mendapat sumber inspirasi daripada teknik yang digunakan dalam templet The
Swing Bridge yang diedarkan oleh pensyarah.Kami berasa gembira kerana kami telah
berjaya menghasilkan tadpole pop-up selepas percubaan kali kedua.Memang tidak
dapat dinafikan bahawa teknik pop-up ini adalah senang kerana kami belajar daripada
pensyarah.

1) Percubaan kali pertama:


2

Dalam pembuatan berudu pop-up, kami telah mendapati bahawa lipatan sudut
yang dibuat adalah sangat mempengaruhi pergerakkan berudu supaya ia betulbetul kelihatan sedang berenang dalam air. Kami telah menggunakan lipatan
yang bersudut 90 seperti yang ditunjukkan pada lampiran 1.0.Kami telah
mendapati bahawa lipatan sudut ini adalah sesuai digunakan dalam berudu popup seperti yang ditunjukkan dalam templet The Swing Bridge.Namun begitu,
tadpole pop-up kami masih terdapat kelemahan.Hal ini kerana lipatan sudut
yang kami gunakan adalah terlalu besar.Keadaan ini telah menyebabkan berudu
terkeluar dari buku pop-up.
2) Percubaan kali kedua:
Setelah membuat percubaan kali pertama, kami telah mempelajari kesilapan
terdahulu.Maka

kami

meneruskan

percubaan

kedua

dengan

jayanya

mengaplikasikan teknik The Swing Bridge ini.Untuk memperbetulkan kesilapan


yang telah kami lakukan pada percubaan kali pertama, kami telah menggunakan
lipatan sudut yang bersaiz kecil dan saiz berudu juga dikecilkan agar ia tidak
terkeluar dari kertas. Akhirnya tadpole pop-up telah dihasilkan seperti yang
ditunjukkan dalam muka surat pertama.

Lampiran Percubaan
Lampiran 1.0
3

Penerangan cara pembuatan

Langkah 1: bahan-bahan seperti kertas warna, kertas lukisan, gunting, pensil kayu dan
pisau disediakan.
Langkah 2: lukiskan seekor berudu di atas sehelai kertas lukisan yang agak tebal.
Langkah 3: guntingkan berudu tersebut
Langkah 4: ambillah sehelai kertas warnauntuk membuat lipatan sudut seperti yang
ditunjukkan dalam templet The Swing Bridge.
Langkah 5: lekatkan kertas lipatan sudut pada kertas lukisan yang baru.
Langkah 6: tampalkanbahagian ekor berudu pada permukaan lipatan sudut dengan
menggunakan gam UHU supaya ia kukuh dan tidak mudah tertanggal.
Langkah 7: tambahkan corak-corak pada kertas lukisan dan warnakannya.
2.2 Muka surat kedua
Penerokaan teknik
Teknik lipatan

Lipatan selari
5

Helaian
Persembahan

Helaian tanpa tampalan


Persembahan 180

Catatan:
Mengikut perjalanan cerita dalam muka surat yang kedua, si berudu membawa
adik-beradiknya berenang ke zoo untuk mencari ibu mereka. Haiwan pertama yang
mereka jumpai di dalam zoo ialah itik.Untuk watak itik, kami telah membuat keputusan
untuk menjadikannya sebagai duck challenge. Kami telah menggunakan lipatan selari,
helaian tanpa tampalan dan persembahan 180 dalam pop up duck challenge.Maka,
kami telah mendapat sumber inspirasi daripada teknik dinasour challengeyang diajar
oleh pensyarah dalam kuliah sebelum ini.
Dalam duck challenge ini, kami telah melukis parallel fold pada bahagian bawah
itik. Parallel fold ini adalah penting, setiap ukuran perlulah diukur dengan tepat dan jitu
agar hasilan kelihatan kemas dan cantik.Sebaliknya, jika parallel fold dilukis terlalu
panjang, maka itik kami tidak boleh berdiri dengan tegak.

1) Percubaan kali pertama:


Dalam pembinaan duck challenge, kami hanya membuat sekali percubaan
sahaja. Hal ini demikian kerana kami pernah belajar tentang teknik pop-up ini
daripada pensyarah.Dalam log mingguan pun, kami telah membuat aktiviti
penerokaan tentang Dinasour Challenge. Maka, Duck Challenge dalam muka
surat kedua ini bukanlah sukar dibina. Dengan penggunaan ukuran parallel fold
yang tepat, Duck Challenge kami dalam muka surat kedua telah berjaya
dihasilkan.

Penerangan cara pembuatan

Langkah 1: bahan-bahan seperti kertas warna, kertas lukisan, gunting, pensil kayu dan
pisau disediakan.
Langkah 2: lukiskan seekor itik di atas sehelai kertas lukisan yang agak tebal.
Langkah 3:lukiskan parallel fold pada bahagian bawah badan itik tersebut.
Langkah 4:gunting gambar itik dan potong parallel fold dengan menggunakan pisau
yang tajam. Semasa menggunting, ambil sehelai kertas supaya bertindih
antara satu sama lain, kemudian gunting sekali bersama gambar itik.
Tujuannya adalah untuk memperoleh depan dan belakang itik.
Langkah 5: Warnakan kedua-dua belah itik dengan menggunakan warna yang sama
seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas.
Langkah 6: tampalkan kedua-dua belah itik dengan menggunakan gam UHU. Maka itik
3D terhasil.
Langkah 7: lekatkan duck challenge pada kertas lukisan. Kemudian tambahkan corakcorak lain pada kertas lukisan tersebut.

2.3 Muka surat ketiga


Penerokaan teknik
7

Teknik lipatan
Helaian
Persembahan

Lipatan sudut
Helaian dengan tampalan
Persembahan 180

Catatan:
Kami telah menggunakan flower pop-up dalam muka surat yang ketiga. Dalam
perjalanan cerita pop up kami, sekumpulan berudu telah berenang berdekatan dengan
seekor lebah yang sedang bersinggah pada sekuntum bunga.Selepas lama kami berfikir
dan berbincang antara satu sama lain, akhirnya kami membuat keputusan untuk
membina flower pop-up dalam muka surat ini. Maka, kami telah mendapat sumber
inspirasi daripada teknik yang digunakan dalam templet The Dove of Peace yang
diedarkan oleh pensyarah.Dalam pembinaan flower pop-up, kami telah memilih teknik
lipatan sudut, helaian dengan tampalan dan persembahan 180. Kami mahu menjadikan
bunga berkembang apabila buku pop-up dibuka.Kami telah melakukan beberapa kali
percubaan sepanjang proses pembinaan flower pop-up ini. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa pembinaan teknik pop up ini adalah satu cabaran kepada kami kerana
beberapa aspek perlu dititikberatkan seperti saiz bunga, teknik menampal dan
sebagainya semasa proses pembinaannya.

1) Percubaan kali pertama:


Dalam percubaan kali pertama, kami telah salah memilih material iaitu ketebalan
kertas

yang

digunakan.Dalam

pembinaan

flower

pop-up,

kami

telah

menggunakan kertas tebal untuk membuat kelopak bunga. Kami beranggapan


bahawa kertas tebal adalah lebih sesuai digunakan jika dibandingkan dengan
kertas biasa.Namun begitu, kami telah salah sangka.Kami mendapati bahawa
pengembangan bunga menjadi tidak begitu elok akibat penggunaan kertas yang
agak tebal.Kesilapan kami ditunjukkan dalam lampiran 1.0

2) Percubaan kali kedua:


Setelah membuat percubaan kali pertama, kami telah mempelajari kesilapan
terdahulu.Oleh itu, kami telah bijak memilih material.Kali ini kami telah
8

menggunakan kertas biasa untuk membuat kelopak bunga.Dalam pembinaan


flower pop-up, helaian dengan tampalan adalah sangat mempengaruhi
pengembangan bunga semasa buku pop up dibuka. Namun begitu, dalam
percubaan kali kedua ini, kami telah salah menampal bunga seperti yang
ditunjukkan dalam lampiran 2.0.Kesilapan ini telah menyebabkan bunga kami
tidak terjadi kerana ia tidak dapat dibuka dengan sempurna. Teknik menampal
kami rujuk dari templet The Dove of Peace.
3) Percubaan kali ketiga:
Dalam percubaan kali ketiga, kami telah memperbaiki kedua-dua kesalahan
yang telah kami lakukan sebelum ini.Maka kami meneruskan percubaan ketiga
dengan jayanya mengaplikasikan teknik The Dove of peace ini.Untuk
memperbetulkan kesilapan yang telah kami lakukan pada percubaan kali
pertama dan kedua, kami telah menggunakan kertas yang sesuai dan juga
menampal bunga dengan berhati-hati agar kesilapan tidak diulangi lagi. Maka
flower pop-up kami telah terbentuk seperti yang ditunjukkan dalam muka surat
yang ketiga.

Lampiran Percubaan
Lampiran 1.0

Lampiran 2.0

Penerangan cara pembuatan

10

Langkah 1: bahan-bahan seperti kertas warna, kertas lukisan, gunting, pensil kayu dan
pisau disediakan.
Langkah 2: lipatkan kertas A4 berwarna putih, kemudian mengguntingkan tujuh kuntum
bunga kecil seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas.
Langkah 3: warnakan ketujuh-tujuh kuntum bunga tersebut dengan warna kegemaran
sendiri.
Langkah 4: gunakan double side tapeuntuk melekatkan bunga antara satu sama lain
dengan menggunakan cara yang betul.
Langkah 5: bunga ditampal pada sekeping kertas lukisan yang tebal. Kemudian,
menghiaskan kertas lukisan dengan corak-corak yang berkaitan.
Langkah 6: flower pop up terhasil apabila buku dibukakan.Ia adalah idea daripada
templet The dove of peace.
2.4 Muka surat empat
Penerokaan teknik
11

Teknik lipatan
Helaian
persembahan

Lipatan sudut
Helaian tanpa tampalan
Persembahan 180

Catatan:
Kami telah memilih teknik lipatan sudut untuk muka surat yang keempat. Selain
itu.Kami juga menggunakan helaian tanpa tampalan dan persembahan 180 . Tujuan
kami adalah untuk menggerakkan tangan gorilla supaya menandakan gorilla akan
memukul dadanya semasa bercakap. Kami mendapat inspirasi untuk menghasilkan
teknik ini melalui templet The Gorilla seperti yang telah dinyatakan di atas.Selain itu,
kami menggunakan teknik ini terhadap gorilla kerana gorilla merupakan salah satu
watak yang terdapat dalam cerita ini. Muka surat keempat ini menceritakan berudu
berenang pergi ke kandang gorilla dan bertanya kepada gorilla tentang ibu mereka.
Maka gorilla dengan garang menjawab pertanyaan berudu tersebut.
1)

Percubaan pertama
Kami

telah

mendapati

bahawa

lipatan

sudut

yang

telah

dibentuk

mempengaruhi pergerakan tangan gorilla.Kami memilih sudut 90

amat
untuk

melakukan lipatan tetapi kami telah melukis tangan gorilla lebih kecil daripada ruang
yang telah disediakan. Oleh itu, apabila kami menarik kertas yang boleh
menggerakkan tangan gorilla tersebut, tangan itu akan masuk ke dalam dan tidak
dapat digerakkan dengan begitu baik sekali seperti di lampiran 1.0
2) Percubaan kedua
Setelah percubaan pertama kami gagal, kami meneruskan usaha kami dengan gigih
dan kami mempelajari kesilapan yang telah kami lakukan. Oleh itu, kami kami
meneruskan percubaan kedua kami dengan mengaplikasikan teknik yang sama.
Kami juga telah mengubah suai tangan tersebut supaya lebih besar sedikit daripada
lukisan percubaan pertama kami dahulu.Kami juga memastikan supaya tangan gorilla
dapat digerakkan dengan baik dan sempurna. Untuk memastikan pop up dapat
digerakkan dengan baik ruang untuk menggerakkan tangan gorilla itu tidak perlu

12

terlalu besar atau pun kecil dan lipatan sudut hendaklah 90. Rujuk muka surat empat
pada buku cerita pop up.
Lampiran percubaan
Lampiran 1.0

13

Penerangan cara pembuatan

Langkah 1: bahan-bahan seperti kertas warna, kertas lukisan, gunting, pensil kayu dan
pisau disediakan.
Langkah 2: lukiskan gambar gorilla dan warnakannya.
Langkah 3: tebukkan lubang dan masukkan tangan yang telah dibuat.
Langkah 4: lukiskan pemandangan dan warnakannya.
Langkah 6: tangan gorilla bergerak pun terhasil apabila buku dibukakan. Ia adalah idea
daripada templet The Gorilla.

14

2.5 Muka surat kelima


Penerokaan teknik
Teknik lipatan
Helaian
persembahan

Lipatan sudut
Helaian dengan tampalan
Persembahan 180

Catatan:
Kami telah memilih teknik lipatan sudut untuk muka surat yang keempat. Selain
itu.Kami juga menggunakan helaian dengan tampalan dan persembahan 180
.Tujuan kami adalah untuk menunjukkan bahawa burung itu sedang terbang apabila
buku cerita pop up ini dibuka.Kami mendapat inspirasi untuk menghasilkan teknik ini
melalui templet The Flying Kite seperti yang telah dinyatakan di atas. Selain itu, kami
menggunakan teknik ini terhadap burung tersebut kerana burung itu merupakan salah
satu watak yang terdapat dalam cerita ini. Muka surat kelima ini menceritakan semasa
berudu sedang berenang mereka ternampak seekor burung sedang terbang secara
rendah dan mereka bertanya tentang ibu mereka kepada burung tersebut. Burung
tersebut menjawab pertanyaan mereka sambil terbang di udara.
1) Percubaan pertama
Kami telah mendapati bahawa lipatan sudut yang telah dibentuk amat mempengaruhi
bentuk burung tersebut supaya boleh menampakkan bahawa burung tersebut sedang
terbang. Kami memilih sudut 90 untuk melakukan lipatan tetapi pada percubaan ini
kami telah melakukan kesilapan apabila salah lipat pada bahagian sayap burung
tersebut.. Oleh itu, apabila kami membuka muka surat kelima burung tersebut tidak
menampakkan bahawa ianya sedang terbang seperti apa yang kami mahukan.
Kesilapan tersebut telah di lampirkan pada lampiran 1.0
2) Percubaan kedua
Setelah percubaan pertama kami gagal, kami meneruskan usaha kami dengan gigih
dan kami mempelajari kesilapan yang telah kami lakukan. Oleh itu, kami kami
meneruskan percubaan kedua kami dengan mengaplikasikan teknik yang sama.
Kami juga telah mengubah suai dan memperbaiki lipatan pada bahagian sayap
burung tersebut.Kami juga memastikan supaya burung tersebut dapat dilihat sedang
berterbangan dengan baik dan sempurna.Untuk memastikan pop up dapat
15

digerakkan dengan baik lipatan tersebut hendaklah tidak kurang daripada 90 dan
untuk memastikan pop up dapat membuat persembahan 180.burung tersebut
hendaklah ditampal di tengah-tengah lipatan yang telah disediakan untuk dijadkan
buku pop up. Rujuk muka surat empat pada buku cerita pop up.

Lampiran percubaan
Lampiran 1.0

Penerangan cara pembuatan


16

Langkah 1: bahan-bahan seperti kertas warna, kertas lukisan, gunting, pensil kayu dan
pisau disediakan.
Langkah 2: lukiskan gambar burung di atas kertas A4.
Langkah 3: warnakan gambar burung tersebut.
Langakh 4: lukiskan gambar pemandangan di atas kertas A4 yang berlainan.
Langkah 5: warnakan pemandangan tersebut.
Langkah 6: tampalkan burung dengan menggunakan gam di atas kertas dan pastikan
burung ditampal di tengah-tengah kertas A4.
Langkah 7: burung terbang terhasil apabila buku dibukakan. Ia adalah idea daripada
templet The Flying Kite.

17

2.6 Muka surat keenam


Penerokaan teknik
Teknik lipatan
Helaian
persembahan

Lipatan sudut
Helaian dengan tampalan
Persembahan 180

Catatan:
Kami telah memilih teknik lipatan sudut untuk muka surat yang keempat. Selain
itu.Kami juga menggunakan helaian dengan tampalan dan persembahan 180
.Tujuan kami adalah untuk menggerakkan sayap rama-rama menandakan bahawa
rama-rama tersebut sedang hinggap di sekuntum bunga untuk menghisap madu.Kami
mendapat inspirasi untuk menghasilkan teknik ini melalui templet The Settling Butterfly
seperti yang telah dinyatakan di atas.Selain itu, kami menggunakan teknik ini terhadap
rama-rama kerana rama-rama juga merupakan salah satu watak yang terdapat dalam
cerita ini. Muka surat keenam ini menceritakan semasa berudu berenang mereka
berhenti seketika dan secara kebetulan mereka terjumpa rama-rama sedang hinggap di
sekuntum bunga. Mereka pun bertanya kepada rama-rama tersebut tentang ibu mereka.
1) Percubaan pertama
Kami telah mendapati bahawa lipatan sudut yang telah dibentuk amat mempengaruhi
bentuk rama-rama tersebut supaya boleh menampakkan bahawa rama-rama
tersebut sedang menggerakkan sayapnya semasa hinggap di sekuntum bunga. Kami
memilih sudut 90 untuk melakukan lipatan dan pada percubaan ini kami telah
Berjaya melakukannya hanya pada sekali percubaan sahaja. Kami juga memastikan
supaya sayap rama-rama tersebut dapat dilihat sedang bergoyang dengan baik dan
sempurna. Untuk memastikan pop up dapat digerakkan dengan baik lipatan tersebut
hendaklah tidak kurang daripada 90 dan untuk memastikan pop up dapat membuat
persembahan 180 rama-rama tersebut hendaklah ditampal di tengah-tengah lipatan
yang telah disediakan untuk dijadkan buku pop up. Rujuk muka surat empat pada
buku cerita pop up.

18

Penerangan cara pembuatan

Langkah 1: bahan-bahan seperti kertas warna, kertas lukisan, gunting, pensil kayu dan
pisau disediakan.
Langkah 2: lukiskan gambar rama-rama di atas kertas putih kemudian warnakan ramarama

tersebut.

Langkah 3: lukiskan bunga dan gambar berudu di dalam kolam kemudian warnakan
seperti

di atas.

Langkah 4: lekatkan rama-rama menggunakan gam di atas bunga dan patikan ramarama

tersebut berada di tengah-tengah.

Langkah 5: rama-rama menggoyangkan sayap


adalah

terhasil apabila buku dibukakan. Ia

idea daripadatempletThe Settling Butterfly.

2.7 Muka surat ketujuh


19

Penerokaan teknik
Teknik lipatan
Helaian
persembahan

Lipatan sudut
Helaian tanpa tampalan
Persembahan 180

Catatan:
Kami telah memilih teknik lipatan sudut untuk muka surat yang keempat. Selain
itu.Kami juga menggunakan helaian tanpa tampalan dan persembahan 180 .Tujuan
kami adalah untuk menggerakkan mulut katak tersebut supaya menunjukkan bahawa
katak

tersebut

sedang

bercakap

semasa

berudu

mengajukan

pertanyaan

kepadanya.Kami mendapat inspirasi untuk menghasilkan teknik ini melalui templet A


Duck Challenge seperti yang telah dinyatakan di atas.Selain itu, kami menggunakan
teknik ini terhadap katak kerana gorilla merupakan salah satu watak dan juga ibu
kepada berudu yang terdapat dalam cerita ini. Muka surat ketujuh ini menceritakan
berudu berenang hingga ke sebuah kolamdan ternampak seekor katak lalu bertanya
kepada katak tersebut tentang ibu mereka. Katak tersebut mengiyakan pertanyaan
berudu tersebut dan mengakui bahawa dia ialah ibu kepada berudu-berudu itu.
1) Percubaan pertama
Kami telah mendapati bahawa lipatan sudut yang telah dibentuk amat mempengaruhi
bentuk bentuk mulut katak

tersebut supaya boleh menampakkan bahawa katak

tersebut sedang bercakap dengan berudu-berudu itu. Kami memilih sudut 90 untuk
melakukan lipatan dan pada percubaan ini kami telah berjaya melakukannya hanya
pada sekali percubaan sahaja.Kami Berjaya memuat sekali percubaan kerana
sebelum ini kami telah belajar teknik yang kami gunakan ini di dalam kelas.Kami juga
memastikan supaya mulut katak tersebut dapat dilihat sedang bercakap dengan
berudu-berudu itu dengan dengan baik dan sempurna. Untuk memastikan pop up
dapat digerakkan dengan baik lipatan tersebut hendaklah tidak kurang daripada 90
dan guntingan pada mulut katak hendaklah tidak terlalu besar serta untuk
memastikan pop up dapat membuat persembahan 180 katak tersebut hendaklah
berada di tengah-tengah muka surat buku cerita pop up itu. Rujuk muka surat empat
pada buku cerita pop up.

20

Penerangan cara pembuatan

Langkah 1: bahan-bahan seperti kertas warna, kertas lukisan, gunting, pensil kayu dan
pisau disediakan.
Langkah 2: lipatkan kertas A4 berwarna putih kepada dua bahagian, kemudian gunting
pada

bahadian lipatan secara melintang.

Langkah 3: lipatkan menjadi bentuk segi tiga.


Langkah 4: tolak lipatan tersebut kea rah dalam.
21

Langkah 5: ulang langkah 3 dan 4 pada bahagian bertentangan.


Langkah 6: lukiskan gambar katak pada permukaan dalam kertas A4.
Langkah 7: warnakan gambar katak tersebut.
Langkah 8 : kemudian lukis pemandangan di atas kertas A4 dan warnakan.
Langkah 9: A Duck Challenge terhasil apabila buku dibukakan. Ia adalah idea daripada
templet A Duck Challenge.

22

Anda mungkin juga menyukai