Anda di halaman 1dari 2

BLUEBERRY CHEESE TART

> Kak Azita dan Kak Am-flora


BAHAN PASTRY
1 biji telur
100g butter
75g icing sugar
200g tepung gandum
CARANYA
Semua bahan disatukan dan diuli sehingga menjadi doh
Bulat2 kan doh sebesar ibu jari dan tekan dlm acuan tat & cucuk2 kan sikit dgn garpu.
Bakar selama 15minit - 160C
KRIM CHEESE
250g keju Philadelpia (atau apa2 brand yg halal)
60g icing sugar
1 biji telur
CARANYA
Pukul semua bahan sehingga halus & rata
pipekan dulu sedikit blueberry filling kemudian tutupkan pula dgn krim cheese
lepas tu barulah dilorek mengikut corak disukai
(sedikit krim cheese + sdikit bluberry kaler - dan dilorekkan ke atas prmukaan tat)
kemudian di bakar sekejap

Updated:
Lupa lak nak bagitau, masa uli doh nih aku tambah lebih kurang 1 sudu besar tepung sebab
doh agak lembik dan susah dibentuk..lepas tu aku guna acuan diameter 6cm menghasilkan
24-25 biji tarts. Semasa nak bentukkan kat acuan tu,aku bulat2kan doh sebesar 2 ibujari,dan
diletakkan di tengah2 acuan,barulah ditekan2 sedikit ke tepi-tepi acuan..gunakan satu jari
untuk menekan doh mengikut bentuk acuan supaya doh tak terlebih tebal..
Lebih kurang gitu laa cara aku buat..nak bagi tips banyak2 pun bukan pandai sangat..kot2 ada
yang nak kongsi,sila2 laa yer.. :

BLUEBERRY CHEESE TART


Makes 12
Bahan-bahan:
Untuk doh pastri
125gm butter
40gm icing sugar
1 biji telur
220gm tepung gandum
1/2 teaspn esen vanila
Kaedah penyediaan:
1. Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.

2. Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat. Sila rujuk gambar di
atas.
3. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit
atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.
4. Sementara itu sediakan bahan isian cheese.
Bahan Isian cheese:
250gm cream cheese
3/4 cwn gula icing
1 biji telur
1/2 cwn whipping cream
1 camca teh esen vanila
Blueberry filling secukupnya
*Nota:Sukatan Isian cheese ini sebenarnya boleh cater utk dua sukatan doh pastri di
atas. Jadi, sekiranya anda hanya ingin membuat sedozen tart kurangkanlah sukatan
ini kepada separuh.
Kaedah penyediaan:
1. Pukul cheese dan telur hingga sebati.
2. Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.
3. Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
4. Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi dan sudukan
blueberry filling di tengah-tengahnya. (yang nie saya ubah sikit, saya bubuh
blueberry filling di bawah pastry dan di atas saya campurkan sediki cream cheese
dgn warna purple, dan betukkan corak tersendiri)
5. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175
darj cel. Sejukkan sebelum dialih dari acuan dan diletak dalam papercup.

Anda mungkin juga menyukai