Anda di halaman 1dari 4

Pelacuran

Pelacuran adalah penjualan khidmat seksual, seperti seks oral atau hubungan seks, biasanya untuk
wang, namun kadang-kadang juga untuk dadah, barang kemas ataupun hartanah. Seseorang yang
melacurkan diri disebut pelacur. Kebanyakan pelacur adalah perempuan, namun ada juga pelacur
lelaki.. Kawasan bandar yang berleluasa dengan gejala tidak bermoral ini contohnya, kawasan seperti
Chow Kit iaitu Lorong Haji Taib,Lorong Changkat, Bukit Bintang dan Petaling Street merupakan
antara kawasan utama kegiatan pelacuran di Malaysia. Pelacur juga dapat dikelaskan kepada tujuh
kategori utama seperti bohsia, pelacur pasar, pelacur jalanan, pelacur bermajikan, pelacur tukang urut
dan pelayan pusat hiburan, pelacur bebas serta pelacur kehormat.
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PELACURAN
Faktor ekonomi
Faktor ekonomi merupakan salah satu punca yang mempunyai peratusan yang agak tinggi dalam
gejala perlacuran ini. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu menyebabkan masalah
pegangguran, kemiskinan, hutang, peningkatan kos hidup dan peluang pekerjaan yang tidak
seimbang dengan kelulusan menyebabkan seseorang sanggup melakukan apa sahaja untuk
meneruskan kehidupan. Selain itu,ada juga seseorang yang keinginan untuk hidup mewah dengan
cara mudah tanpa bekerja keras dengan memperolehi wang beribu ringgit dalam satu masa.
Faktor Sosial
Keruntuhan moral seperti kurang didikan asas agama dan pengetahuan serta penghayatan agama
daripada keluarga menyebabkan nilai murni budaya dalam sesetengah masyarakat semakin menipis.
Oleh yang demikian, tidak mustahillah bagi mereka yang kurang pegangan agama atau tidak menurut
perintah agama mudah terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral seperti pelacuran ini.
Selain itu, keruntuhan rumahtangga seperti masalah penceraian dan pergaduhan menyebabkan
anak-anak mereka yang usia remaja di antara lingkungan 12-18 tahun merasa tertekan dan mencari
kebebasan dan keseronokan di luar. Pada usia tersebut, remaja lebih mudah terpengaruh dengan
budaya negatif yang membawa kerugian kepada diri mereka sendiri.

Kezaliman keluarga juga adalah salah satu permasalahan di dalam faktor sosial. Contoh kezaliman
keluarga yang berlaku pada masa ini ialah melacur kan diri iaitu disebabkan oleh paksaan daripada
suami, keluarga dan pemiutang menyebabkan anak gadis atau isteri mereka sebagai pertukaran.
Akhirnya, anak gadis dan isteri dipaksa melacur untuk membayar hutang keluarga. Sekiranya tidak
mengikut perintah yang disuruh, mereka akan dibelasah, diancam dan diseksa tanpa belas kasihan.
Penglibatan ahli keluarga dalam gejala sosial seperti penagihan dadah, meminum arak,merokok,
mencederakan orang dan kaki perempuan juga megakibatkan anak-anak mereka mudah terpengaruh
kepada gejala sosial.Selain daripada itu, ibu-ibu tunggal yang tidak mempunyai kemahiran pendidikan
dan pengalaman kerja mudah terjebak apababila hilang punca sepencarian setelah kematian atau
diceraikan oleh suami.
Faktor persekitaran
Faktor luar yang mempengaruhi pelacur daripada terjerumus ke dalam kegiatan anti-sosial adalah
seperti pujukan muncikari (barua), disebabkan oleh pekerjaan dan mereka dipaksa bekerja. Selain itu
juga,sesetengah golongan remaja yang mudah terpengaruh daripada rakan-rakan apabila mereka
mempunyai permasalahan dalam keluarga, tertekan, perasaan ingin mencuba, pantang dicabar dan
juga terpengaruh kepada perkara-perkara yang negatif daripada media massa dan media elektronik.
Walau bagaimanapun, pelancong luar turut membawa kesan negatif kepada budaya tempatan.
Contohnya seperti segelintir rakyat Malaysia yang mengagung-agungkan bahasa dan budaya asing
terutamanya generasi muda. Hal ini dapat dilihat melalui tutur kata, pakaian, dan kelakuan generasi
muda hari ini yang bertentangan dengan budaya timur.
KESAN-KESAN DARIPADA PELACURAN
Kesan daripada seseorang yang menjadi pelacur adalah penyakit berjangkit melalui alat kelamin
seperti herpes,sifilis, AIDS dan HIV. Selain daripada itu, mereka juga boleh mengalami kesan mental
dan psikologi dalam diri apabila menyedari telah jauh menyimpang daripada landasan kehidupan.
Risiko untuk mengandung anak luar nikah juga adalah tinggi. Walaupun mereka memakan ubat, pil
dan sebagainya untuk mengelakkan daripada hamil, namun kesan daripada melakukan hubungan
seks secara kerap memungkinkan mereka untuk hamil tanpa disedari. Tetapi, adalah mustahil untuk
seseorang pelacur untuk memelihara kandungan apabila mengetahui dirinya mengandung, maka
sudah pastilah mereka akan menggugurkan kandungan tersebut atau berlakunya pembuangan bayi.
Hal ini menambahkan lagi satu permasalahan lain. Kesan lain termasuklah pengambilan dadah

seperti pil khayal dan ecstasy akan dipandang hina oleh masyarakat, menjatuhkan maruah keluarga
dan tiada harga diri. Justeru itu, memberi kesan kepada masyarakat di negara ini sekiranya kegiatan
pelacuran semakin berleluasa. Masyarakat yang tidak bermoral boleh terbentuk dan meningkatnya
masalah sosial lain di negara ini.
Manakala kesan pelacuran kepada negara pula ialah menjejaskan imej negara sebagai sebuah
negara Islam atau reputasi negara akan tercemar. Para pelancong asing juga akan memandang
negatif terhadap negara ini dan mereka boleh membuat spekulasi yang tidak sepatutnya. Malah
negara terpaksa menanggung kos yang tinggi bagi membiayai perubatan mereka yang telah dijangkiti
penyakit AIDS dan HIV kerana terpaksa mendapatkan vaksin untuk memperlambatkan perebakan sel
tersebut dan mereka ini seolah-olah mayat hidup serta tidak mendatangkan hasil kepada negara.
Selain dari itu, terdapat juga kesan negatif terhadap ekonomi negara seperti terpaksa menanggung
perbelanjaan yang besar untuk program pemulihan dan pencegahan, daya pengeluaran negara
terjejas kerana sumber tenaga yang lemah, membantutkan pembangunan negara serta kurangnya
sumber tenaga yang berkualiti.
CARA-CARA MENGATASI PELACURAN
Mempelbagaikan hukuman seperti mengenakan sebatan, hukuman penjara dan denda mengikut
tahap kesalahan yang dilakukan. Selain itu, bayaran denda yang dikenakan daripada sindiket-sindiket
ini boleh digunakan untuk tujuan kebajikan bagi membantu rumah kebajikan atau ibu tunggal yang
memerlukan pertolongan. Selain daripada itu, pelucutan visa harus dikenakan terhadap warga asing
terutama bagi ibu ayam dan bapa ayam yang datang ke Malaysia supaya mereka tidak berpeluang
untuk masuk semula ke negara ini. Bagi pelacur pula,memberi hukuman denda dan membuat kerja
kebajikan kepada pelacur supaya mereka menyedari apakah erti kehidupan yang sebenar pada diri
mereka. Terdapat juga saranan supaya hukuman mati dikenakan terhadap sindiket-sindiket pelacur
atau dalang besar di sebalik kegiatan ini. Relevannya hukuman ini adalah tindakan penyeludupan
manusia iaitu melibatkan golongan wanita ini telah menyebabkan pencabulan hak asasi manusia
yang serius. Seperti manusia lain, semua orang berhak untuk hidup dengan aman tanpa sebarang
gangguan dan berhak terhadap kebebasan dirinya. Namun, nasib malang telah menimpa diri mereka
yang dipaksa, ditipu, diperdaya, diculik dan diperangkap untuk menjadi pelacur oleh sindiket-sindiket.
Selain itu, mewujudkan kempen kesedaran mengenai kesan-kesan negatif pelacuran sama ada
dilacur atau melacur haruslah didedahkan kepada masyarakat umum supaya mereka sentiasa
berwaspada dan mengingatkan orang yang tersayang agar mengelakkan diri daripada terjerumus ke
lembah pelacuran.
Saluran pendidikan juga memainkan peranan yang sangat penting bagi generasi muda yang bakal
menjadi pemimpin pada masa akan datang agar tidak terlibat dengan jenayah dan keruntuhan akhlak.
Pendidikan dapat membina pengetahuan, pemikiran yang bijak, rasional, tidak tamak haloba dan
tidak mudah diperdaya oleh orang lain. Dengan mempunyai pegangan hidup dan pendirian diri yang
kukuh maka tidak mudah untuk seseorang ditipu dengan janji-janji manis sindiket pelacuran. Selain
daripada itu, didikan agama dan pegangan agama yang kukuh adalah sangat mustahak bagi seorang
individu. Individu yang mempunyai pegangan agama yang kukuh tidak akan melakukan perkara yang
boleh merosakkan akhlak dan menyalahi undang-undang. Ibu bapa juga perlulah memainkan
peranan dengan sentiasa memantau dan prihatin terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa perlu
mengetahui rakan pergaulan anak mereka supaya tidak terlibat dengan gejala sosial. Komunikasi dua
hala iaitu antara ibu bapa dan anak adalah lebih baik untuk diamalkan dalam menyelesaikan
sebarang konflik dan permasalahan. Masalah tidak akan selesai dengan cara kekerasan kerana
anak-anak akan lebih memberontak dan lari daripada rumah.Terdapat kajian yang menyatakan

bahawa anak-anak yang dididik di bawah persekitaran yang sihat dan penuh dengan kasih sayang
kurang terjebak dengan gejala sosial yang tidak baik.
Pihak polis perlu berkerjasama dengan polis rantau Asia dan antarabangsa bagi menghapuskan
sindiket pelacuran antarabangsa yang biasanya melibatkan golongan yang amat berpengaruh.
Masalah kegiatan pelacuran ini tidak akan selesai sekiranya pihak polis hanya dapat menangkap
sebahagian kecil daripada kumpulan sindiket ini. Dengan erti kata lain, pihak polis haruslah lebih
berusaha melancarkan operasi mengejut di kawasan yang sentiasa mendapat langganan pelacuran
yang tinggi. Pemantauan secara berterusan juga perlu dilakukan bagi membolehkan mereka
menangkap dalang sebenar sindiket terbabit.
Manakala pula,masyarakat juga perlu mengambil berat tentang pelacuran ini dan melaporkan
kegiatan pelacuran kepada pihak polis supaya pusat atau tempat pelacuran dapat dibanteras.
Dari segi pelaksanaan undang-undang, lesen untuk membuka pusat hiburan seperti disko dan pusat
urut haruslah diperketatkan supaya pihak berkuasa dapat mengawasi segala aktiviti pusat hiburan
dengan lebih efektif. Terdapat banyak hotel-hotel murahan, pusat urut dan disko menjalankan
perniagaan pelacuran di sebalik perniagaan yang sebenar.
Pihak imigresen juga harus memantau semua warga asing yang masuk ke dalam negara ini sama
ada untuk tujuan bekerja atau melancong. Ini kerana terdapat kes yang mana warga asing yang
datang ke Malaysia untuk melancong tetapi sebaliknya berlaku iaitu mereka bekerja sebagai pelacur.
Banyak sindiket yang menggunakan jalan mudah ini secara berterusan sebagai laluan utama dalam
menjalankan kegiatan pelacuran. Taktik ini dipercayai dapat mengelak kegiatan mereka daripada
dihidu dan seterusnya mengaburi pihak berkuasa.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, jika dilihat, kegiatan pelacuran terus berlaku kerana selagi terdapat
permintaan selagi itulah kegiatan pelacuran akan tetap dijalankan. Seterusnya, semakin giatlah
sindiket-sindiket pelacuran untuk mencari mangsa bagi dijadikan pelacur untuk memenuhi permintaan
pasaran yang ada. Keuntungan yang tinggi hasil perniagaan pelacuran ini menjadikan mereka tamak
dan tidak mengenal erti takut walaupun tindakan undang-undang boleh dikenakan. Golongan pelacur
yang menjadi mangsa perlu didekati dan diselamatkan agar mereka dapat kembali ke pangkal jalan
dan memulakan sebuah kehidupan baru. Penguatkuasaan undang-undang sedia ada perlu
dipertingkatkan oleh pihak berkuasa dan kesedaran, kerjasama serta rasa bertanggungjawab dalam
anggota masyarakat perlu disemai bagi membantu untuk membanteras jenayah ini agar tidak terusmenerus mencabuli hak asasi manusia lain. Dari Statistik Polis Kuala Lumpur menunjukkan
permintaan terhadap kanak-kanak dan wanita sebagai buruh dan untuk kegiatan pelacuran semakin
meningkat. Dari 1 Mei 2004 hingga Mei 2009, sejumlah 117 kanak-kanak dan wanita warga asing
terbabit dalam perhambaan moden di negara ini.

Anda mungkin juga menyukai