Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH TENUNAN

Tenunan adalah suatu proses hasil jalinan atau sulaman benang-benang secara selangseli antara benang loseng ( yang menunggu ) dengan benang pakan ( yang
mendatang ) untuk dijadikan sehelai kain. Seni tenunan adalah suatu warisan yang
terus mendapat tempat istimewa dalam kebudayaan Nusantara. Faktor yang
mendorong perkembangan seni tenunan ini dapat disorot pada kepentingan kedudukan
rantau ini dari segi geografi. Sebagai tempat persinggahan kapal yang strategik,
Nusantara menjadi tumpuan utama pedagang dari Tanah Arab, India dan China.
Antara barangan yang didagang ketika itu ialah kain termasuk kain tenun. Oleh sebab
itu, seni tenunan di Nusantara banyak dipengaruhi dari negara-negara tersebut. Di
antara tenunan yang paling terkenal ialah Songket Melayu dan Tenunan Pua peribumi
Borneo. Perusahaan tenunan ini banyak dilakukan di negeri Pantai Timur khususnya
di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Teknik hasil kraftangan tenunan utama
yang menampakkan keseragaman tekstil Melayu. Kain tenunan beerti kain atau tekstil
yang dihasilkan dengan teknik tenunan yang dibuat daripada benang.
Tenunan Pahang
Kain tenunan Pahang dipercayai berasal daripada Sulawesi dan dibawa ke Pahang
pada abad ke-16. Tokoh yang bertanggungjawab ialah Tuk Tuan atau Keraing Aji yang
berketurunan Bugis dan bermastautin di Kampung Mengkasar, Pekan, Pahang. Dari
Pahang, corak ini berkembang ke Kelantan dan Terengganu. Tenunan Pahang
menggunakan alat yang dikenali sebagai kei siam. Kedua-dua benang sutera dan
benang kapas boleh digunakan. Motif utama ialah petak-petak dan jalur tegak atau
melintang.
Tenunan benang kapas
Tenunan ini adalah tenunan biasa termasuk dalam kelompok tekstil sederhana iaitu
jenis awal yang ditemui di wilayah budaya tekstil Melayu pesisir. Tekstil ini

khususnya yang diperbuat daripada kapas dipakai oleh kalangan rakyat biasa. Tenunan
biasa berhias corak hasil jalinan tenun benang pakan dan loseng berwarna. Pada
peringkat ini, tenunan biasa masih di peringkat sederhana iaitu belum lagi diberi motif
hiasan. Tenunan bercorak mula memperlihatkan keindahan khususnya apabila benang
sutera atau benang emas diselit untuk mengimbangi motif jalur atau garis kecil seperti
pada kain hujan emas. Hampir seluruh wilayah budaya tekstil melayu seperti
Kelantan, Terengganu, Pahang, Riau-Siak, Sulawesi, Minangkabau, Palembang
menghasilkan tenunan biasa atau tenunan becorak yang seperti ini.
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANtengSEO

Anda mungkin juga menyukai