Anda di halaman 1dari 24

ISI KANDUNGAN

MUKA

SURAT
1.0

Penghargaan

2.0

Pengenalan

3.0

Definasi Morfologi

4.0

Proses Pembentukan kata


3.1 Kata tunggal
3.2 Kata terbitan
3.3 Kata majmuk
3.4 Kata ganda

5.0

Rancangan Pengajaran Harian

15

6.0

Kesimpulan

19

7.0

Rujukan

21

1.0 Penghargaan

Bersyukur ke Hadrat Allah S.W.T dengan limpah Kurnia dan izinnya, dapat saya menyiapkan tugasan
HBML 2103 iaitu Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu bagi semester 5 dengan jayanya.. Justeru itu, terima
kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat terutamanya ahli keluarga yang banyak berkorban masa dan
tenaga bersama-sama untuk menjayakan tugasan kali ini.
Ucapan terima kasih juga kepada Tutor saya iaitu En. Raman b Nusi yang banyak memberikan tunjuk
ajar, semangat serta seorang yang prihatin dan bertanggungjawab ketika sesi tutorial dengan menjawab segala
pertanyaan yang diajukan semasa kelas bersemuka ataupun dalam forum dengan cepat dan setiap penerangan
semasa sesi tutorial yang diberikan sangat jelas.
Selain itu itu juga, ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan OUM kerana sudi membantu saya
dalam menyiapkan tugasan dan sentiasa memberikan semangat dan dorongan serta motivasi dalam meneruskan
pembelajaran demi segulung Ijazah.
Akhirnya, berkat dorongan dan tunjuk ajar serta maklumat yang lengkap dari semua pihak dalam
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Setiap orang yang bergelar pelajar jarak jauh, tidak boleh elak daripada
kekangan masa, tugas hakiki dan pelbagai tugasan lain dapat diatasi hanya dengan disiplin diri yang tinggi serta
keazaman untuk mencapai cita-cita.

Sekian, terima kasih.

2.0

Pengenalan.

Bahasa ialah merupakan kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Semakin besar


jumlah penuturnya, semakin luas daerah penyebaran bahasa itu dan semakin banyak pula
perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Justeru itu, bahasa juga merupakan suatu alat
yang digunakan oleh ahli masyarakat untuk menyampaikan sesuatu perkara dalam semua aspek
kehidupan. Oleh itu, bahasa ini juga boleh dituturkan dengan bantuan alat pertuturan manusia
yang pelbagai. Dengan cara ini, manusia mampu membentuk dan membina sebuah tamadun
yang maju dengan bantuan bahasa yang dituturkan oleh segenap lapisan masyarakat setempat.
Begitu juga dengan bahasa melayu, yang merupakan bahasa yang bersistem dan mudah
dipelajari serta mudah dikuasai oleh bangsa asing. Oleh sebab itu, untuk menguasai bahasa
Melayu, seseorang itu hendaklah menguasai sistem bahasa atau sistem pembentukan bahasa itu,
khususnya daripada aspek morfologi dan sintaksis. Bidang morfologi ialah bahagian
pembentukan kata manakala bidang sintaksis pula adalah bahagian pembentukan frasa dan ayat.
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata dan golongan kata.
Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa
yang bermakna. Bentuk kata pula adalah merupakan unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal
atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula
ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota
lain dalam golongan yang sama.
Bidang sintaksis pula ialah bidang yang paling penting dalam pembinaan ayat. Bidang
sintaksis mengkaji persoalan bentuk, struktur dan binaan ayat. Perkataan dan frasa disusun
menjadi ayat-ayat merupakan sebahagian daripada penghasilan bahasa.
Gabungan ilmu morfologi dan sintaksis ini menjadi intipati penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa di dalam bilik darjah dan seterusnya digunakan
secara meluas dalam kehidupan seharian seseorang pelajar.

3.0DefinisiMorfologi
Morfologi merupakan bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan caracara
pembentukannya. Justeru itu, morfologi adalah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur,
bentukdangolongankata.Olehitu,strukturkatabermaksudsusunanbentukbunyiujaranatau
lambangtulisanyangmenjadiunitbahasayangbermakna.Manakalabentukkatapulaadalah,
rupa unit tatabahasa samada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,
pemajmukan dan penggandaan. Oleh itu, golongan kata adalah proses mengkatogerikan
perkataanberdasarkankeserupaanbentukataufungsidengananggotalaindalamgolonganyang
sama.Justeruitu,morfologibahasaMelayuialahbidangyangmengkajistruktur,bentukdan
golongankatadalambidangbahasaMelayu.
Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1,
Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang
mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau
ujaran sesuatu kata itu. Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam
buku Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana
perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, prosesproses membentuk perkataan dan bentuk bentuk perkataan ialah morfem dan kata.
Nik Safiah Karim dan rakan rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ,
2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan
penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau
lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna. Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin
Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah
menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji
soal soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan
makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok belok bentuk kata
dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa
morfologi

adalah bidang mengkaji bagaimana morfem morfem itu bergabung untuk

membentuk ayat.
4

4.0

Proses Pembentukan Kata

Dalam istilah linguistik, pembentukan kata ialah satu proses yang mana perkataan
baru dibentuk. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa
Melayu 1, pada halaman 133, proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu
dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa.
Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat algunatif atau
derivatif.jenis bahasa yang sedemikian membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses
pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan
mendatar iaitu imbuhan digabungkan serentak dengan kata dasar, sama ada imbuhan itu
mnedahului (awalan), menyisipi (sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut.
Kaedah pembentukan kata seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini tidak sama
dengan pembentukan kata dalam bahasa yang bersifat fleksi seperti bahasa Arab. Hal ini
demikian kerana, dalam bahasa Arab, cara membentuk dan mewujudkan perkataan adalah
melalui kejadian perubahan fonem atau bunyi kata dasar bahasa itu sendiri, iaitu berdasarkan
golongan kataatau kasusnya.
(Siti Hajar Abdul Aziz, Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, halaman 134)
Secara umumnya, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu wujud melalui dua sumber,
iaitu melalui asal usul bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu berasal rumpun bahasa
Austronesia dan melalui sumber yang diwarisi itu, sejumlah perkataan yang terdapat dalam
bahasa Melayu telah diwujudkan sehingga hari ini. Kedua, perkataan-perkataan dalam bahasa
Melayu juga wujud melalui proses-proses tertentu seperti akronim, analogi, peleburan fonem,
peluasan makna, pemberian makna khusus, peminjaman kata, penambahan, penciptaan ,
penggemblengan, penyempitan makna, dan penyingkatan.
Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal, terbitan, majmuk
dan gandaan. Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya yang tersendiri serta
membawa makna yang khusus sebagai rujukan. Dalam struktur ayat, kesemua perkataan tidak
boleh ditukar ganti kehadirannya dalam ayat kerana setiap bentuk perkataan itu berbeza dari segi
makna dan mempunyai fungsi yang berbeza.
4.1

Bentuk Kata Tunggal


5

Kata tunggal ialah perkataan yang paling dasar dan tidak mengalami sebarang
imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian. Kata tunggal mengandungi
satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Dalam petikan ini terdapat banyak kata tunggal
yang boleh dikategorikan seperti di bawah :
Kata Tunggal

Contoh Perkataan

Pola Suku Kata

Satu Suku Kata

kes, jom, dan, pun

KVK

Yang

KVKK

Aedes

KVKVK

ada, ini, itu

V + KV

Air

V + VK

Ahli

VK + KV

Baik

KV + VK

lalu, pula, sama, pada, jika, bagi, kita,

KV + KV

demam, wajar, bulan, tahun, sedih,


bebas,

KV + KVK

atau, amat, akan, ikon, orang

V + KVK

denda, perlu, pasti

KVK + KV

Dua Suku Kata

kempen,
rakyat,
Tiga Suku Kata

jumlah,

tempah,

pernah,

KVK + KVK

Semua

KV + KV + V

Akibat

V + KV + KVK

Hospital

KVK + KV + KVK

serius, selain, peluang

KV + KV + VK

usaha, utama

V + KV + KV

Empat Suku Kata

4.2

mereka, berita, bahaya, negara, teliti

KV + KV + KV

menteri, saudara

KVK + KV + KV

kawasan, sekitar, sebelum

KV + KV + KVK

Pelbagai

KVK + KV + KVK

Seperti

KV + KVK + KV

Kategori

KV + KV + KV + KV

Mesyuarat

KV+ KV + V + KVK

Keluarga

KV + KV + VK + KV

Sentiasa

KVK + KV + V + KV

Tanggungjawab

KVK + KVK + KV + KV

Televisyen

KV + KV + KV + KVK

Kata Terbitan ( Pengimbuhan)


Kata terbitan ialah perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu dengan

menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Merujuk kepada kedudukannya dengan kata dasar,
imbuhan terbahagi kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Imbuhan-imbuhan tersebut membentuk pelbagai jenis kata terbitan iaitu kata nama
terbitan dan kata adjektif terbitan. Awalan-awalan peN-, peR-, pe-, ke-, juru-, maha-, dan tatacontohnya, membentuk kata nama terbitan. Antara contoh-contoh dalam petikan adalah seperti
pembunuh, penyakit, pelawak, pengacara, pelakon penduduk dan pesakit. Manakala awalanawalan seperti meN-, beR-, ter-, dan di- membentuk kata kerja terbitan. Contoh dalam petikan
seperti meningkat, mencegah, menjelang, mendadak, mengenal, diberi, dikawal, terbabit,
termasuk, bermula dan berbau. Selain itu, awalan-awalan seperti teR-, dan se- membentuk kata
adjektif terbitan. Contohnya seperti dalam petikan terkenal, terbaru dan sepanjang.

Imbuhan akhiran dalam bahasa Melayu hanya dapat wujud dalam kata nama terbitan (
an, -wan, -man, -wati, -isme, in-, -at dan at) dan kata kerja terbitan (-kan dan i) sahaja. Dalam
petikan terdapat hanya imbuhan akhiran yang membentuk kata nama terbitan sahaja seperti
bawaan, hukuman dan semburan.
Jumlah imbuhan apitan juga banyak digunakan dalan bahasa Melayu. Imbuhan apitan
wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan. Apitan- apitan
peN.-an dan ke..-an akan membentuk kata nama terbitan, contoh dalam petikan adalah
seperti perhatian, pembiakan, persekitaran, dan kementerian. Apitan-apitan meN-.-kan, ber-kan, di--kan, me--i, di-i, diper--kan, diper-i, memper--kan, memper--i dan
ke--an membentuk kata kerja terbitan. Antara contoh yang terdapat dalam petikan ialah
mengatakan,

menunjukkan,

membimbangkan,

melebihi,

menangani,

memperakui,

mengenakan, mengenai, direkodkan, diingatkan, dilakukan, diperhebatkan, kematian dan


kehilangan. Manakala imbuhan apitan yang membentuk kata adjektif terbitan hanya mempunyai
imbuhan ke--an sahaja seperti contoh dalam petikan kesedaran dan kesihatan.

Bentuk sisipan tidak produktif lagi dalam pembentukan kata terbitan dengan maksud kata
terbitan baharu tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku
dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan-perkataan yang lain kecuali
dalam beberapa istilah yang baharu dicipta. (Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 1995 ;73). Sisipan
el-, -e-, -em- dan in- hanya wujud dalam kata nama dan kata adjektif sahaja. Dalam petikan
yang saya cari, tidak terdapat imbuhan sisipan di dalamnya.

4.3

Kata Majmuk (Pemajmukan)


Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar,

dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak
sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Kata
majmuk boleh dipisahkan kepada tiga kelompok iaitu rangkaian kata bebas, berbentuk istilah
khusus dan mendukung maksud kiasan.
8

Berdasarkan petikan minda pengarang yang saya cari terdapat beberapa kata majmuk
yang boleh dikategorikan kepada tiga kelompok tersebut. Antaranya ialah ahli keluarga dan
orang ramai untuk kata majmuk rangkaian kata bebas, demam denggi untuk kata majmuk
berbentuk istilah khusus manakala tanah air, sanak saudara, rakan taulan dan sambil lewa untuk
kata majmuk mendukung maksud kiasan.
Selain itu, terdapat juga kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap
sebagai satu perkataan yang kuat, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata
dasar. Perkataan tersebut tetap dieja sebagai satu perkataan. Dalam petikan hanya terdapat dua
perkataan kata majmuk yang telah mantap bentuknya iaitu tanggungjawab dan kerjasama.
Di samping itu, kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan.
Antara contoh dalam petikan ialah dikenal pasti dan bekerjasama. Apabila kata majmuk
menerima imbuhan yang merupakan awalan dan akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah kecuali
kata majmuk yang telah mantap bentuknya tetap dieja bercantum.

4.4

Kata ganda ( Penggandaan)


Kata ganda ialah perkataan yang mengalami pengulangan pada kata dasarnya, sama ada

secara penuh, separa atau berentak. Penggandaan penuh bermaksud pengulangan keseluruhan
kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan atau pun tidak. Penggandaan separa
bermakna pengulangan sebahagian daripada kata dasar sahaja yang boleh terdiri daripada kata
tunggal atau kata terbitan. Manakala penggandaan berentak pula ialah proses yang
menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi yang tertentu dalam kata dasar. Dalam
penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau
diubah.

Bagaimana pun ada ahli bahasa yang men membahagikan kata ganda kepada tiga jenis
iaitu

penggandaan penuh

penggandaan berentak

pengandaan separa.
Penggandaan penuh

Sesuatu kata nama itu digandakan seluruhnya.

Kata yang digandakan itu boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata nama terbitan,
dan kata nama majmuk.

Kata yang digandakan ini dipisahkandengan menggunakan sengkang.


Contoh-contoh mengikut jenis kata adalah seperti berikut:
Kata nama tunggal
Alat
Budak
Rumah
Murid

alat-alat
budak-budak
rumah-rumah
Murid-murid
Kata nama terbitan

Ke tua
Pe kebun
Makanan
Per satuan
pe juang
Ke dutaan

ketua-ketua
pekebun-pekebun
makanan-makanan
persatuan-persatuan
pejuang-pejuang
Kedutaan-kedutaan

Penggandaan Berentak

Pengulangan kata dasar mengikut rentak bunyi kata dasar.

Seluruh kata nama itu digandakan danbunyi-bunyi konsonan dan vokal tertentu diulang
dan diubah.
10

Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian bunyi
kata dasar.

Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian bunyi
kata dasar.

Penggandaan beretak boleh dibahagikan kepada lima jenis pula, iaitu:


1. penggandaan suku kata awal
2. penggandaan suku kata akhir
3. penggandaan konsonan
4. penggandaan bersisipan
5. penggandaan berakhiran

Bagaimanapun, penggandaan berentak biasanya dilihat daripada aspek fonologi, atau cara
sebutan dan bunyi yang dikeluarkan.

Lihat contoh-contoh di bawah. Kata yang digandakan itu dipisahkan dengan


menggunakan sengkang (-)

Rentak pada pengulangan vokal atau diftong


Cerai
cerai-berai
Hina
Hina-dina
Sayu
Sayur-mayur
Rentak pengulangan konsonan
gunung
Gunung-ganang
susap
Susap-sasap
simpang
Simpang-siur
11

Penggandaan suku kata awal


Vokal dalam suku kata awal diulang, dan vokal dalam suku kata akhir berubah. Contoh:
Bukit
Warna
Batu

bukit-bukau
warna warni
batu-batan

Penggandaan suku kata akhir


Vokal atau konsonan dalam suku kata akhir kekal.Contoh:
Sayur
Kuih
Lauk

sayur mayur
kuih-muih
lauk pauk

Penggandaan konsonan
Penggandaan jenis isni hanya mngulkang konsonan dalam kata dasar, tetapi vokalnya
berubah.Contoh:
Gunung
Guruh

gunung-ganang
guruh-garah

Penggandaan bersisipan
Seluruh kata dasar diulang. Bentuk gandaannya menerima sisipan em- selepas konsonan
pertama bentuk ulangannya.Contoh:
Tali
Gunung
Jari

tali-temali
gunung-ganang
jari jemari

Penggandaan berakhiran
Penggandaan penuh juga bolehmenerima akhiran an. Lazimnya gandaan penuh menunjukkan
jamak. Akhiran an menambahkan maknannya menjadi pelbagai.Contoh:
Sayur
Biji
Barang

sayur-sayuran
Biji-bijian
barang-barangan
12

Penggandaan separa

Penggandaan separa ialah pengulangan sebahagian daripada kata dasar. Penggandaan


boleh berlaku pada kata dasar atau kata terbitan.

(a)

Kata tunggal
Penggandaan separa merupakan varian kepada sesetengah penggandaan penuh. Suku kata

akhir kata dasar digugurkan dan vokal asal suku kata pertama yang dulang dilemahkan menjadi
vokal tengah atau / a /
Contoh:
Kata dasar
laki
langit
suatu

(a)

Penggandaan penuh
Laki-laki
Langit-langit
Satu-satu

Penggandaan separa
Lelaki
Lelangit
Sesuatu

Kata terbitan
penggandaan ini melibatkan kata yang sudah mengalami proses pengimbuhan.

Pengulangan berlaku pada kata dasar dengan dua cara.


1. Kata dasar diulang sepenuhnya dan awalamn dirangkaikan pada bahagian depan kata
yang pertama atau atau penggandaan separa depan.
2. Kata dasar diulang sepenuhnya tetapi imbuhan dirangkaikan di bahagian depan kata yang
kedua atau penggandaan separa belakang. Pengulangan tetapi dipisahkan dengan
sengkang.

Imbuhan di depan kata pertama (penggandaan separa belakang)


Kata dasar
bual

Kata terbitan
Ber + bual

Kata ganda
Berbual-bual
13

cari
gila
borak
akan

Ter + cari
Ter + gila
Ber + borak
Se + akan

Tercari-cari
Tergila-gila
Berborak=borak
Seakan-akan

Imbuhan di depan kata kedua (penggandaan separa depan)

Kata dasar
anak
kejar

Kata terbitan
Ber + anak
Men + kejar

Kata ganda
Anak-beranak
Kejar-mengejar

Penggandaan Makna

Kata nama tertentu digandakan dengan perkataan yang sama maknanya. Contoh:
Ipar
Ipar
Saudara

ipar duai
ipar lamai
saudara mara

Makna Penggandaan
Ada empat makna tambahan kepada kata nama apabila digandakan, iaitu:
a. menunjukkan banyak
buku
buku-buku
ketua
ketua-ketua
jabatan
jabatan-jabatan
gunung
gunung-ganang
bukit
bukit-bukau
b. membentuk nama haiwan
biri-biri
kupu-kupu
kunang-kunang
c. membentuk nama bagi benda yang menyerupai
langit
langit-langit (menyerupai langit)
14

siku
orang
d. Menunjukkan pelbagai jenis
sayur
kuih
saudara

5.0

siku-siku (menyerupai siku)


orang-orang (menyerupai orang)
sayur-mayur
kuih-muih
saudara-mara

Rancangan Pengajaran

Mata Pelajaran

: Bahasa Malaysia

Kelas

: 5 Delima

Bil. Murid

: 36 orang murid

Tarikh

: 23 Mac 2015

Hari

: Isnin

Masa

: 9.00 pagi 10.00 pagi ( 60 minit )

Tema

:Keselamatan
15

Tajuk

:Bersukan dengan Selamat

Standard Kandungan

1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai
sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.
Standard Pembelajaran:
1.4.4 Menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber
menggunakan ayat gramatis dan bahasa badan yang sesuai dalam situasi formal secara
bertatasusila.
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid akan dapat:
i.
ii.

iii.

Membaca dan memahami 9 maklumat tentang cara menjaga keselamatan semasa


aktiviti gimnastik.
Menyatakan 5 daripada 9 permintaan keselamatan semasa aktiviti gimnastik dengan
ayat yang gramatis serta bahasa badan yang sesuai dalam situasi formal dan tidak
formal.
Menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 daripada 9 panduan bersukan dengan selamat
menggunakan kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif

Pengisian Kurikulum : EMK Nilai Murni Hemah tinggi


KB Menghubungkaitkan TKP Verbal-linguistik
i-Think peta buih (rujuk lampiran 1)
Bahan Bantu Belajar: buku teks,radio, CD, peta buih,lembaran kerja
Pengetahuan Sedia Ada Murid: Murid pernah melakukan aktiviti gimnastik
Langkah/Masa
Set induksi
( 5 minit )

Isi Pelajaran
Melakukan aktiviti
memanaskan badan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

1.Guru membimbing murid


melakukan aktiviti regangan.

KB:
Menghubungkait

2.Murid melakukan senamrobik


bersama guru dengan iringan

Nilai Murni:

16

muzik .

Langkah 1

Membaca teks dalam


buku teks .

Hemah tinggi

3.Guru mengaitkan lakuan


memanaskan badan dengan
tajuk pelajaran pada hari ini.

BBM: Radio dan CD

1.Murid diminta mengeluarkan buku


teks dan membuka halaman 46.

BBM:
Buku Teks

2. Beberapa orang murid dipilh


secara rawak untuk membaca teks
dengan intonasi yang betul
dengan bimbingan guru.

Kemahiran :
Membaca kuat

(12 minit )

3.Guru dan murid bersoaljawab


berdasarkan petikan yang telah
dibaca.
Langkah 2
( 13 minit )

Melengkapkan carta i- 1.Murid dibahagikan kepada 6


Think iaitu peta buih
kumpulan
berkaitan panduan
keselamatan semasa
2.Murid diminta menyenaraikan
aktiviti gimnastik
panduan keselamatan semasa
dilakukan.
aktiviti gimastik yang terdapat di
dalam teks.

TKP:
Verbal-linguistik

BBM:
Buku teks
i-Think:
Peta Buih

3.Murid menulis di dalam carta iThink iaitu peta buih yang


disediakan .

Langkah 3
( 15 minit )

Perbentangan hasil
perbincangan
berkumpulan

1.Setiap wakil kumpulan diminta


membentangkan hasil
perbincangan.

I Think:
Peta Buih

2. Seorang wakil ahli kumpulan


diminta menulis jawapan di papan
putih.

Konstruktivis:
Menghubungkaitkan

3. Ulasan guru hasil daripada

Nilai Murni:

17

perbincangan murid.

Langkah 4
( 10 minit )

Penutup
( 5 minit )

Membina ayat
menggunakan kata
kerja aktif transitif
dan kata kerja pasif

Rumusan pelajaran

1.Guru mengedarkan lembaran kerja


2.Setiap murid diminta membina
ayat berdasarkan kata kerja yang
diberi berdasarkan pelajaran hari
ini.

Hemah tinggi

BBM:
Lembaran Kerja

Nilai Murni:
Hemah tinggi

1.Murid dipilih secara rawak untuk


membaca ayat yang dibina.
2.Guru membetulkan jawapan yang
salah.
3.Guru membuat rumusan pelajaran
pada hari ini berkaiatan bersukan
dengan selamat.

Refleksi/Impak:

Pada akhir pelajaran ini, pelajar mempelajari kata kerja transitif aktif dan kata kerja
pasif. Tatabahasa sangat penting bagi pelajar untuk menguasainya, Semua pelajar gembira kerana
pengajaran di mulai dengan aktiviti memanaskan badan bersama guru dengan iringan muzik.
18

Kemudian guru mengaitkan dengan isi pelajaran pada hari ini. Justeru itu, set induksi sangat
penting semasa merancang pengajaran agar lebih menarik dan mudah dirancang.
Selain daripada itu, bahan bantu mengajar juga penting dalam melancarkan proses pdp,
guru hendaklah sentiasa peka dengan peredaran masa, sentiasa memilih bahan pengajaran yang
terkini dan sentiasa kreatif dalam menyampaikan isi pelajaran.
Semasa proses pengajaran ini, pelajar didedahkan dengan peta I-Think (rujuk lampiran 1)
dan diberi latihan seara berkumpulan agar pelajar dapat bekerjasama antara satu sama lain.
Selain itu juga, pelajar melaksanakan perbentangan hasil kerja kumpulan. Situasi ini
sangat penting bagi melatih pelajar untuk membina keyakinan diri pelajar.

6.0

Rumusan/kesimpulan:
Morfologi merupakan aspek penting dalam tatabahasa, dan tatabahasa pula ialah perkara

asas bagi sesuatu bahasa. Morfologi menfokuskan kajian teehadapperkataan dalam bahasa
Melayu yang telah menunjukkan perubahan dan perkembangan yang pesat, terutama dalam
bidang kosa kata dan yang melibatkkan perubahan bentuk-bentuk kata.Selain itu juga suku kata
19

dibina kata tunggal yang terdiri daripada beberapa susunan kata. Suku kata ini pula
dibinadaripada gabungan huruf konsonan dan huruf vocal. Selain daripada itu, dijelaskan juga
peraturan penggabungan huruf konsonan dan huruf vokal. Selain itu juga. Dijelaskan juga
peraturan penulisan majmuk, bentuk-bentuk kata ganda dalam Bahasa Melayu dan kaedah
menerbitkan kata akronim. Dari segi golongan kata pulal, dihuraikan tiga jenis golongan kata
utama bahasa Melayu iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif, manakala perkataan
perkataan yang tidak tersenaraidalam golongan tiga kategori ini dinamakan kata tugas, iaitu
perkataan-perkataan yang tidak tergolong dalam tiga kategori. Terdapat tiga kategori ini
dinamakan kata tugas, iaitu perkataan yang mendukung fungsi atau tugas tertentu dalam binaan
ayaat.
Berdasarkan informasi yang telah dihuraikan, boleh disimpulkan bahawa tatabahasa
menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu,
bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri.
Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hukum bahasa yang menentukan bahasa dapat
berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan kata lain, tatabahasa itu tidak lain
daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan
sintaksis.
Dengan itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas dan mudah difahami serta
mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal. Oleh itu, guru-guru perlu kreatif
untuk memilih teknik pengajaran yang menarik dan berkesan kepada murid-murid. Bagi murid
pula, mereka kebiasaannya kurang berminat untuk belajar tatabahasa kerana menganggap
perkara itu menyusahkan tambahan pula teknik yang digunakan tidak menarik perhatian murid.

Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan
persekitaran dan sosial. Kurikulum Bahasa Malaysia yang terancang dan persekitaran yang
kondusif dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi
individu ke tahap optimum. Jelaslah menunjukkan bahawa tatabahasa ialah suatu perkara yang
tidak dapat dipisahkan dengan Bahasa Malaysia walaupun negara mengecapi era milenium. Oleh
yang demikian, kandungan yang terdapat dalam tugasan ini perlu diangkat menjadi satu sumber
yang berguna kepada murid dan guru agar semua harapan dan cita-cita negara dapat dicapai.
20

7.0

Rujukan.

Abdullah Hassan. (2003). Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan sintaksis. Pahang: PTS
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan (2008) Tatabahasa Pedagogi, Kuala Lumpur: Publishing Sdn. Bhd.

21

Dr Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Dr Seman Salleh, dan Munsyi Zainal Abidin Kasim (2010)
HBML 2103. Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu. Selangor: Meteor Doc.
Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim et.al. (2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur:
Dawama Sdn. Bhd.

LAMPIRAN 1: Carta i-Think (Peta Buih)

Nama kumpulan: __________________________________________

Carta i-Think : Peta Buih

22

LAMPIRAN 2: Lembaran Kerja

Nama : .

Arahan : Bina ayat berdasarkan kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif

23

yang diberi.
1. memanaskan badan

2. mengikut kemampuan

3. patuhi arahan

4. aktiviti dilakukan

5. menggunakan alatan

6. membantu rakan

24

Anda mungkin juga menyukai