Anda di halaman 1dari 4

LANGKAH-LANGKAH

REMAJA

MENERAPKAN

NILAI MURNI

DALAM

KALANGAN

(T) Nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala tindakan
mereka terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam
masyarakat. Amalan ini penting untuk melahirkan insan yang mulia, unggul dan utopia demi
merealisikan misi nasional negara ke arah Wawasan 2020. Iman al-Ghazali mengatakan,
Apabila kamu hendak mengenali wajah lihatlah pada cermin, tetapi apabila kamu hendak
mengenali diri lihatlah pada wajah. Kata-kata tersebut mengambarkan betapa keperibadian dan
akhlak mulia menjadi tali pengukur kepada setiap individu. Sesungguhnya berakhlak mulia amat
dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. (I) Namun begitu, dalam mengharungi era
ledakan sains dan teknologi, amalan nilai murni dalam kalangan masyarakat semakin lenyap
dalam sanubari golongan dewasa dan remaja. Berita tentang remaja bertindak liar di luar batasbatas kehidupan dengan terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah seperti gengsterisme, vandalisme
dan pornografi sering terpampang di dada akhbar dan kaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan
betapa kroniknya masalah kelunturan amalan nilai murni dalam kalangan
masyarakat. (A) Sebelum keadaan menjadi lebih parah, amalan ini perlulah dijadikan sebagai
budaya dalam kehidupan seharian kita kerana seribu satu kemaslahatan boleh diperoleh.

(L1): Menyedari akan pelbagai kemaslahatan, kita haruslah mengambil langkah-langkah yang
pragmatik dan efektif untuk memastikan amalan ini dapat dipupuk dalam setiap sanubari remaja
kita. Oleh itu,kita perlu bertindak mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu-ribu batu
mestilah bermula dengan langkah yang pertama. Salah satu langkah yang dominan adalah
melalui rombakan sistem pendidikan. Dalam hal ini, kita terpaksa meletakkan tanggungjawab
penting ini kepada pihak pendidikan. (M) Pendidikan merupakan wahana yang berkesan untuk
mentarbiah masyarakat. Melalui pendidikan, kita diajar, dibimbing dan diasuh untuk menjadi
insan yang kamil dan holistik sama ada dari aspek jasmani, rohani dan intelek. Bukan itu sahaja,
pendidikan juga mampu melahirkan insan yang berhemah tinggi dan sentiasa mengamalkan
nilai-nilai murni.(B) Hal ini juga turut disedari oleh Menteri Pelajaran kita. Oleh sebab itu, beliau
telah mengarahkan agar kurikulum semua mata pelajaran yang sedia ada dirombak semula.
Rombakan ini dapat dilihat melalui penerapan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan amalan
budi bahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu melalui cerpen, novel, drama dan puisi
yang diajarkan dari peringkat Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Mantan Perdana Menteri,
Tun Dr. Mahathir Mohamed pernah menyatakan bahawa kita perlu mencontohi sikap masyarakat
Jepun. Walaupun negara mereka semakin maju namun, masyarakatnya masih mengekalkan nilainilai murni di samping mengamalkan budaya dan adat resam bangsa mereka. (K) Mereka
percaya bahawa dengan mengenali asal usul bangsa serta keindahan bahasa dan budaya mereka,
mereka dapat melahirkan rakyat yang tinggi semangat cinta akan negaranya. Semangat inilah

yang membawa negara mereka pada kemajuan kerana rakyatnya sanggup berkorban jiwa dan
raga demi negara yang tercinta. (P) Jelaslah bahawa dalam usaha untuk memupuk amalan nilai
murni, maka tidak boleh tidak, perubahan dalam sistem pendidikan perlu dilaksanakan.

(L2): Jika kita lihat dari sudut yang lain, pihak sekolah perlu juga melaksanakan aktiviti
kokurikulum dengan lebih giat dan berkesan. (M) Kita perlu sedar bahawa aktiviti kokurikulum
merupakan wadah yang paling berkesan dalam membentuk nilai-nilai murni seperti
bertanggungjawab, bekerjasama dan hormat-menghormati dalam diri para pelajar. Para guru pula
dianggap sebagai arkitek pembangunan manusia diarahkan untuk mengadakan pelbagai program
bagi memupuk amalan nilai murni ini kerana pelajar ibarat pohon yang baru ditanam. Lantaran
itu, mereka perlu dibajai, diairi dan diberi cahaya matahari yang secukupnya. (B) Sebagai
contoh, aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh badan-badan beruniform seperti Pengakap
dan Kadet Remaja Sekolah akan membentuk semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan
ahlinya. Mereka akan bersama-sama mendirikan khemah, mematuhi giliran memasak dan
sebagainya, sepanjang perkhemahan diadakan. Selain itu, aktiviti bergotong-royong oleh
persatuan-persatuan dan kelab-kelab sama ada di sekolah, mahupun di kawasan sekitar sekolah
pula akan menanamkan nilai bertanggungjawab para pelajar terhadap alam sekitar serta sekolah
mereka bak kata pepatah, tak kenal , maka tak cinta. (K) Melalui program-program yang
dijalankan ini, para pelajar akan membentuk jati diri dan sikap positif dalam diri mereka. Mereka
akan lebih bersikap membina daripada meruntuhkan atau membinasakan sesuatu. Mereka
juga akan lebih bertanggungjawab terhadap segala kemudahan yang disediakan untuk kegunaan
ramai. Oleh itu, melalui pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang lebih berkesan, kita berharap
agar tidak ada lagi telefon awam yang dirosakkan, atau tandas awam yang diconteng dengan
kata-kata yang tidak menyenangkan mata memandang. Sebaliknya, kita akan dapat menyaksikan
masyarakat yang lebih bertolak-ansur, umpamanya, mereka tidak berebut-rebut lagi ketika
menaiki bas awam atau komuter. Anak-anak muda kita juga akan lebih menghormati golongan
yang tua. (P) Pendek kata, amalan nilai murni sememangnya dapat dipupuk melalui aktiviti
kokurikulum yang dijalankan oleh pihak sekolah.

(L3): Seperkara lagi, peranan ibu bapa juga amat penting dalam melahirkan insan kerdil yang
mengamalkan nilai-nilai murnil. (M) Bagaimana acuan, begitulah kuihnya, begitulah
peribahasa yang membawa maksud bahawa peribadi serta perlakuan ibu bapa akan menjadi
ikutan kepada anak-anak mereka. Memang tidak dapat kita nafikan ibu bapa merupakan guru
pertama dalam kehidupan anak-anak sejak dalam rahim ibu lagi. Hal ini membuktikan bahawa
ibu bapa merupakan ejen pembentukan karakter anak-anak yang paling ampuh untuk melahirkan
insan yang kaya nilai murni. (B) Oleh itu, sesuatu perkara itu perlu dipupuk dari kecil oleh ibu
bapa kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya agar apabila anak-anak memasuki alam
persekolahan, nilai-nilai asas yang positif seperti hormat-menghormati, beradab sopan dan

bertolak-ansur telah sedia wujud dalam diri anak-anak mereka. Sebagai contoh, anak-anak yang
lebih muda perlu menghormati kakak atau abang mereka yang lebih tua. Anak-anak juga diajar
agar menghormati harta benda milik adik-beradik mereka serta harta benda bersama. Dalam hal
ini, ibu bapa tidak boleh bersikap seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul. Oleh itu,
ibu dan bapa perlu sentiasa menunjukkan bahawa mereka juga saling menghormati sesama
mereka agar nilai positif ini diikuti oleh anak-anak. (K) Dengan ini, hubungan kemesraan
keluarga akan dapat ditingkatkan di samping dapat mewujudkan baiti jannati. Malah yang lebih
penting, anak-anak akan lebih beradab dan bernilai murni yang akan mencerminkan maruah
keluarga tersebut. Anak-anak seumpama ini tidak akan bersikap biadab yang mampumenconteng
arang ke muka keluarga sendiri. (P) Sesungguhnya, peranan ibu bapa yang mempamerkan
contoh terbaik kepada anak-anak dapat memupuk amalan nilai dalam diri anak-anak.
(L4) Pilihan kita yang terakhir untuk membentuk masyarakat yang bernilai murni adalah melalui
kempen yang berkesan. (M) Hal ini dikatakan demikian kerana kempen-kempen yang diadakan
mampu menyedarkan masyarakat tentang kepentingan amalan ini dipraktikkan dalam kehidupan
seharian kita. Masyarakat pada hari hari lebih mudah dipengaruhi dan dikuasai dengan kempenkempen yang diadakan. (B) Sembilan tahun lalu iaitu pada 11 Februari 2005 Kementerian
Kebudayaan dan Warisan (KEKWA) melancarkan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni.
Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni sama sekali tidak diwujudkan kalau masyarakat kita
mengamalkan nilai murni. Kempen yang dicetuskan oleh Dr. Rais Yatim semasa memimpin
KEKWA ini mengejutkan kita yang terlena dalam mengejar fatamorgana hidup sehingga sanggup
merendahkan tahap nilai murni kita. Suatu ketika dahulu , majalah Readers Digest telah
menyiarkan hasil kajian kesantunan di 36 bandar raya di dunia. Hasilnya, Kuala Lumpur menjadi
bandar raya kedua paling biadab. Kajian ini amat membimbangkan dan memalukan kita. Oleh
itu, kempen seumpama ini haruslah diadakan secara berterusan serta giat dan bukannya
sekadarmelepaskan batuk di tangga. (K) Dengan ini, diharapkan kempen yang bersungguhsungguh ini dapat menyemarakkan dan menyemai semula nilai-nilai murni ke dalam jiwa remaja
serta meletakkan nilai murni sebagai satu asas dan tunjang dalam kehidupan kita. Secara
implisitnya, negara akan menjadi agung jika warganya terdiri dari insan-insan yang
mengamalkan budaya murni. Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia kaya dari segi
kebendaan tapi muflis dari segi keperibadian. (P) Izharlah bahawa peranan kempen juga penting
untuk membudayakan amalan murni ini dalam kehidupan seharian kita.

Dari kaca mata yang berbeza pula, amalan nilai murni dalam kalangan remaja dapat dipupuk
melalui aktiviti komuniti yang dianjurkan oleh masyarakat setempat. Masyarakat sekeliling
mampu mempengaruhi tingkah laku para remaja yang dianggap separa matang dan belum keras
ubun-ubunnya. Aktiviti komuniti seperti gotong-royong, kenduri-kendara dan rukun tetangga
dapat dijayakan dengan penglibatan dan kerjasama daripada masyarakat setempat. Biar kita
ambil contoh aktiviti gotong-royong. Aktiviti ini diadakan dengan tujuan untuk membersihkan

kawasan kediaman bersama-sama tanpa mengira status, agama dan bangsa. Sikap enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing tidak wujud ketika menjalankan aktiviti ini malah
sikap bekerjasama bagai aur dengan tebing terpapar semasa aktiviti ini dijalankan. Kesannya,
pelbagai nilai murni dapat diterapkan seperti nilai kerjsama, prihatin, tolong-menolong dan
sebagainya.Tun Dr.Mahathir, mantan Perdana Menteri ke-4 pernah menegaskan bahawa dengan
melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerapkan pelbagai nilai
murni dalam diri. Bukan itu sahaja, kebersihan kawasan kediaman juga akan terjamin dan sekali
gus dapat menghindarkan penyakit berbahaya seperti demam denggi. Izharlah bahawa aktiviti
kemasyarakatan yang diadakan mampu memupuk nilai-nilai murni dalam diri remaja kita.

PENUTUP
(K) Sudah terang lagi bersuluh bahawa dapat disimpulkan bahawa terdapat pelbagai langkah
yang dapat diimplementasikan untuk memupuk amalan nilai murni dalam sanubari remaja kita.
Amalan nilai murni amat mustahak untuk negara mencapai taraf negara maju yang disegani oleh
negara-negara gergasi yang lain di dunia. Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi, yang indah
itu bahasa, yang elok itu budi, demikianlah ungkapan yang menggambarkan kepentingan
berbudi bahasa dan amalan nilai murni dalam kehidupan masyarakat kita. (C) Oleh itu, sifat sifat
luhur dan amalan berbudi bahasa yang dahulunya menjadi kebanggan masyarakat timur tetapi
kian terhakis ini wajarlah dipulihkan dan dihidupkan semula. Lantaran itu, semua pihak wajarlah
bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengelakkan sikap masing-masing perahu, masingmasing kayuh dalam menanam amalan berbudi bahasa dalam diri setiap individu. Kita tidak
seharusnya mengharapkan sebelah pihak sahaja untuk memupuk amalan murni ini dalam setiap
jiwa rakyat Malaysia kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kempen Budi Bahasa
dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan
kesedaran rakyat. (H) Profesor DiRaja, Ungku Aziz pernah berkata, Malaysia yang aman dan
damai akan lenyap dalam sedikit masa jika rakyatnya tidak bermoral dan nilai budi bahasa yang
kian terhakis dari jiwa mereka. Jadi, kita mengharapkan agar menjelang tahun 2020, tabiat
buruk seperti kegiatan gengsterisme dan bercakap kasar sudah lupus dari memori setiap rakyat
Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Biarlah pepohon terus
bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah negara Malaysia terus disegani kerana
ketinggian nilai murni rakyatnya

Anda mungkin juga menyukai