Anda di halaman 1dari 3

Masa

0730-0750 am

Aktiviti
Pelajar berkumpul
Pelajar berada di dalam kumpulan yang telah ditetapkan oleh guru.
Ice breaking
Bermain dengan ruang.

0750-0900 am

Aktiviti sukaneka dimulakan.


1. Belon di kaki
2. Ikatan kasih.(tali)
3. Hoki leret
4. Belon berair.
5. Baldi berair (lumba)
6. Bola jaring.
7. Lumba ikat kaki.
8. Mencari harta karun.
9. Isi air di dalam botol.
10. Lari bawa bola ping pong.

0900-0940 am
0940-0950 am

Explorace
Acara pemberian hadiah kepada kumpulan pemenang.
Pelajar bersurai
Tamat

Maklumat setiap permainan sukaneka.


1. Belon di kaki
Pelajar di minta mencari pasangan masing-masing.
Setiap pasangan diberikan satu belon.
Seorang pelajar dari pasangan perlu mengikat belon tersebut di kaki.
Pasangan yang tidak diikat dengan belon perlu menjadi penghalang supaya
pihak lawan tidak memecahkan belon mereka.
Permainan menggunakan ruang yang telah disediakan oleh guru.
5 pasangan yang masih tinggal dikira sebagai pemenang .
2. Ikatan kasih (tali)
Pelajar diarahkan untuk mencari pasangan masing-masing.
Setiap pasangan akan diberikan 2 tali.
Pasangan cuba untuk memisahkan mereka dari ikatan tersebut.
Masa yang diberikan adalah terhad.
5-10 pasangan yang Berjaya akan dikira sebagai pemenang.
3. Hoki leret
Pelajar berada di dalam kupulan yang telah ditetapkan.
Pelajar akan meleret dan mengelecek bola melalui kon yang berada di
hadapan.
Setelah sampai di hujung kon, pelajar akan mencuba untuk memasukkan bola
ke dalam baldi yang berada di hadapan pelajar tersebut.

Sekiranya tidak masuk ke dalam baldi, pelajar harus kembali dan memberi
peluang kepada pelajar lain yang berada di dalam kumpulan masing-masing
untuk mencuba.
Pemenang dikira dari bola yang telah masuk ke dalam baldi.
4. Belon berair.
Setiap kumpulan akan diarakan untuk membuat satu barisan panjang.
Jarak antara pelajar haruslah jauh.
Guru harus memerhatikan jarak antara setiap pelajar di dalam kumpulan.
Pelajar yang berada di hadapan, akan membaling belon kepada pelajar di
belakang dan perlu ditangkap menggunakan tangan.
Setiap kumpulan disediakan 10 belon.
Setelah selesai acara, guru akan mengira belon dapat dikumpul oleh setiap
kumpulan.
Belon yang paling banyak terkumpul dikira sebagai pemenang.
5. Baldi berair.(lumba)
Pelajar berada di kumpulan masing-masing.
Setiap kumpulan akan disediakan satu baldi yang diisi penuh dengan air.
Kerjasama diantara kumpulan sangat diperlukan untuk memastikan baldi
tersebut dapat dibawa ke garisan penamat.
Pelajar harus duduk dan mengangkat baldi tersebut dengan menggunakan
hujung kaki.
6. Bola jaring.
Guru akan menghadkan masa sebanyak 3 minit untuk setiap kumpulan
menjaringkan bola ke dalam jaring.
Pelajar yang membaling wajib berada di dalam bulatan yang telah disediakan
oleh guru.
Mata dikira melalui bola yang masuk ke dalam jaring.
7. Lumba ikat kaki
Setiap kumpulan perlu mencari pasangan masing-masing.
Satu kaki setiap pasangan akan diikat sebelum memulakan larian.
Kumpulan yang dahulu menamatkan larian akan dikira sebagai pemenang.
8. Mencari harta karun.
Pelajar berada di dalam kumpulan masing-masing.
Pelajar perlu mengambil gula-gula di dalam pinggan yang telah diisikan penuh
dengan tepung.
Pelajar harus menggunakan mulut untuk mengambil gula-gula tersebut.
Seorang pelajar harus mengambil gula-gula tidak lebih dari satu biji.
Kumpulan yang Berjaya mengumpul gula-gula mengikut jumlah yang
ditetapkan dikira sebagai pemenang.
Setiap pelajar didalam kumpulan wajib terlibat.
9. Isi air di dalam botol.
Pelajar berada di dalam kumpulan masing-masing.

Setiap kumpulan akan disediakan satu span dan satu botol kosong.
Masa permainan adalah 3-5 minit.
Setiap kumpulan harus mengisi air di dalam botol dengan menggunakan span
yang telah diberikan oleh guru.
Baldi yang telah diisi penuh dengan air juga disediakan kepada setiap
kumpulan.
Setelah masa tamat, pelajar perlu berhenti.
Guru akan memerhati botol setiap kumpulan.
Pemenang dikira mengikut air yang telah diisikan ke dalam botol tersebut.
10. Lari bawa bola ping pong
Pelajar berada di dalam kumpulan masing-masing.
Setiap kumpulan disediakan 10 sudu plastik dan satu biji bola ping pong.
Bola ping pong haruslah berada di dalam sudu ketika berlari.
Sudu juga haruslah diletakkan di mulut sebelum memulakan larian.
Sekiranya bola jatuh pelajar harus mengambil kembali bola tersebut dengan
menggunakan sudu yang berada di mulut.
Kumpulan yang berjaya menghabiskan pusingan dikra sebagai pemenang.

Alatan
Bil
.
1
2
3
4
5
6
7

Alatan

Span

9
10
11
12

Botol mineral
Baldi
Sudu plastik
Bola ping pong

Tali
Kayu hoki
kon
Bola hoki
Bola jaring
Tepung
Gula-gula

Jumlah

Anda mungkin juga menyukai