Anda di halaman 1dari 4

Soalan : Justifikasi model ASSURE boleh membantu guru merancang pengajaran

secara sistematik dan meningkatkan hasil pembelajaran murid.

Menurut Gagne ( 1985 ), pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang


berkembang secara berperingkat. Oleh itu, untuk memastikan murid mencapai
objektif pembelajaran pada akhir pengajaran, guru haruslah menyampaikan
pengajaran secara berperingkat- peringkat dan tersusun. Bagi memastikan guru
merancang pengajaran supaya dapat disampaikan secara tersusun, model ASSURE
digunakan sebagai panduan bagi membantu guru mereka bentuk pengajaran bilik
darjah yang berkesan. Hal ini kerana ia bertepatan dan selari dengan proses
penyampaian pengajaran yang dikemukakan oleh Gagne.
Selain itu, guru dapat membuat perancangan rapi dengan mengaplikasikan
ke enam enam langkah yang telah dinyatakan dalam model ini. Langkah ini
dilaksanakan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran iaitu sewaktu proses
sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Misalnya sebagai
permulaan, guru perlu menganalisis murid murid yang kan diajar dari tiga aspek,
iaitu ciri ciri umum, kompetensi pra syarat, dan gaya pembelajaran murid. Melalui
analisis yang dibuat, guru dapat mengumpul maklumat berkaitan dengan murid
seterusnya dapat merancang, memilih dan menilai nedia yang lebih berkesan untuk
digunakan di dalam kelas sesuai dengan minat dan keupayaan murid. dengan cara
ini barulah guru dapat memenuhi keperluan setiap murid dalam pembelajaran.
Seterusnya, model ini dilihat dapat membantu kedua dua belah pihak
kerana penetapan objektif pelajaran perlu dilaksanakan dalam langkah kedua.
Dalam langkah kedua ( nyatakan objektif ), guru perlu menyatakan objektif atau hasil
pembelajaran

yang

hendak

dicapai

setelah

tamat

sesi

pengajaran

dan

pembelajaran. Hal ini sangat pernting kerana murid murid akan lebih jelas dengan
tujuan mereka mempelajari topik pembelajaran pada hari tersebut. Selain itu, guru
juga boleh mewujudkan suasana demokrasi di dalam kelas dengan berbincang
bersama murid tentang objektif yang hendak di capai. Secara tidak langsung murid
dan guru guru akan bekerjasama untuk mencapai objektif seterusnya
meningkatkan hasil pembelajaran murid.

Tambahan lagi, model ini menekankan perancangan untuk memilih media


yang sesuai dengan kaedah pengajaran dalam bilik darjah. Pengajaran akan
menjadi lebih menarik sekiranya disusuli dengan media yang sesuai sebagai bahan
bantu belajar. Bahan media ini mampu menarik perhatian murid. hal ini kerana
penggunaan bahan yang sesuai dengan kaedah yang hendak dilaksanakan dapat
meningkatkan pemahaman murid mengenai satu satu topik. Misalnya penggunaan
lcd bagi menayangkan slaid berkenaan jenis makanan seimbang. Justeru, murid
dapat meningkatkan keupayaan berfikir secara kreatif dan kritis mereka semasa
proses pembelajaran.
Di samping itu, penglibatan murid ditekankan di dalam model ini di mana
guru perlu memastikan anak muridnya terlbat secara aktif dalam setiap aktiviti yang
akan dilaksanakan. Oleh itu, guru haruslah kreatif dalam merancang aktiviti supaya
perhatian mereka terus kekal sehingga ke akhir pengajaran. Misalnya melalui aktiviti
lakonan, murid akan berasa seronok.

Tambahan lagi, guru haruslah merancang

aktiviti yang berpusatkan pelajar untuk memenuhi keperluan mereka. Secara tidak
langsung, guru dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar serta dapat
meningkatkan tingkah laku yang diingini.
Akhir sekali, setiap perancangan yang dilaksanakan tidak akan menunjukkan
keberkesanan

sekiranya

tidak

disusuli

dengan

penilaian

terhadap

hasil

pembelajaran dan penambahbaikan bagi segala kekurangan yang berlaku


sepanjang proses pengajaran. Melalui langkah terakhir yang dinyatakan dalam
model ini, guru dapat menilai dan menyemak perancangan yang telah dibuat bagi
memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber yang digunakan sewaktu
pengajaran sesuai dengan keupayaan murid. Misalnya, di akhir pengajaran, didapati
terdapat sebilangan murid yajng tidak dapat menguasai kemahiran yang telah
diajarkan, oleh itu, guru perlu membuat tindakan susulan dengan memberikan
mereka beberapa kerja rumah sebagai latihan. Dengan cara ini, guru dapat
membuat perancangan yang lebih efektif dan murid dapat mengatasi masalah
pembelajaran mereka dengan lebih cepat.

Soalan : Model Assure dapat membantu guru merancang pengajaran dan


pembelajaran dengan lebih baik dan berkesan. Huraikan beserta contoh bagi mana
mana 5 langkah yang dipilih.
Pelbagai jenis model yang diketengahkan bagi membantu guru dalam proses
penyediaan perancangan reka bentuk pengajaran bilik darjah yang bersistematik.
Dalam hal ini, model ASSURE boleh dijadikan sebagai panduan utama guru guru
dalam proses merancang, memilih dan menilai media yang lebih berkesan utntuk
digunakan dalam kelas sesuai dengan minat dan keupayaan murid. Untuk
memastikan

media

yang

dipilih

sesuai

untuk

digunakan,

guru

haruslah

mengaplikasikan langkah yang ke empat dalam model ini iaitu gunakan media dan
bahan sumber ( Utilize Media and Material ).
Dalam langkah ini, pertama sekali guru perlu merancang bahan. Dalam hal
ini, guru perlu merancang jenis bahan yang hendak digunakan dan bagaimana
hendak menggunakan bahan tersebut sebelum dibawa ke dalam kelas. Misalnya,
guru memeriksa cd-rom dan cuba memainkannya sebelum digunakan semasa sesi
pengajaran. Walaubagaimanapun, guru harus bijak menentukan bahan yang sesuai
dengan objektif yang hendak dicapai agar murid dapat membuat perkaitan dengan
pengetahuan sedia ada mereka. Contohnya, guru menunjukkan model rumah
sebagai rangsangan untuk murid membuat karangan berdasarkan tajuk Rumahku,
Syurgaku.
Seterusnya, guru perlu menyediakan bahan yang telah dirancang untuk
kegunaan ketika mengajar. Dalam langkah ini guru perlu mengumpul dan
menyediakan segala kelengkapan bahan dan rancang langkah penggunaannya
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Misalnya sekiranya guru merancang
untuk menggunakan overhed projector ( OHP ) untuk menayangkan gambar di skrin
layar putih semasa induksi, guru perlulah menyediakan kelengkapan yang berkaitan
di awal waktu sebelum sesi pengajaran dimulakan. Walaubagaimanapun, guru guru
juga perlu meramal masalah di luar jangkaan dan sentiasa bersedia dengan bahan
alternative yang lain. Contohnya, sekiranya OHP tidak berfungsi, guru perlu
mempertimbangkan media yang sesuai sebagai pengganti seperti menggunakan

model 3D kerana ia lebih menarik dan mampu memberi gambaran sebenar dan jelas
tentang sesuatu tajuk.
Tindakan seterusnya yang dinyatakan dalam langkah ini ialah Pemilihan dan
penggunaan bahan dan media akan menjadi daya penarik dan menyediakan
persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran pelajar. Namun begitu dalam
pemilihan dan penggunaan bahan dan media, guru perlu memastikan kesesuaian
dengan pengalaman sedia ada murid. Sekiranya murid tidak pernah melayari
internet, sekiranya pengajaran dan pembelajaran berjalan, murid akan ketinggalan
dan menjdai bosan.Penggunaan media dan bahan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran amat penting kerana penggunaan bahan dan media yang betul akan
dapat menentukan keberkesanan proses pembelajaran tersebut. Mencari sumber
maklumat melalui

internet dalam

menyediakan

bahan

adalah

salah

satu

penggunaan yang baik. Guru juga boleh menggunakan ninternet semasa mengajar.
Buku teks, carta visual dan lembaran latihan juga boleh diaplikasikan.

Guru perlu diingatkan supaya menentukan arah tuju pengajaran dan


pembelajaran. Pada masa kini penggunaan bahan capaian daripada internet, elearning, online learning, laman web dan sebagainya sudah lumrah digunakan.
Namun begitu kawalan, ubah suai, tambah baik dan baik pulih perlu dipastikan agar
sesuai dengan situasi semasa

http://3105tdp.blogspot.my/2014/09/soalan-ulangkaji-berkenaan-model-assure.html

Anda mungkin juga menyukai