Anda di halaman 1dari 6

konsep penilaian, pengujian, pengukuran dan pentaksiran.

Pengenalan konsep penilaian, pengujian, pengukuran dan pentaksiran.


1) Konsep penilaian.
Stufflebeam (1971) dalam Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008) telah
dipetik mengatakan bahawa penilaian sebagaithe process of delineating,
obtaining and providing useful information for judging decision alternatives.
Stufflebeam dalam Mok Soon Sang ( 2009 ) telah dipetik berkata penilaian
ialah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul
maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk
membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang
sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan
Gay (1985) juga dalam Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008) telah dipetik
berkata penilaian adalah satu proses yang dianggap bersistem semasa
mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu
objektif itu telah tercapai.
Lee Shok Mee, Mok Soon Sang(1989) telah dipetik berkata penilaian dalam
pendidikan adalah proses menentukan perubahan tingkah laku seseorang
individu dan membuat pertimbangan nilai
Tan Hui Leng, Ee Ah Meng (!996) menyatakan bahawa penilaian merupakan
konsep yang paling menyeluruh dan meliputi pelbagai aspek dalam
mendapatkan sesuatu keputusan. Ianya merupakan proses yang melibatkan
data dan maklumat kualitatif dan kuantitatif untuk membuat pentaksiran dan
mendapatkan hasil penilaian.
Berdasarkan definisi dari hasil pengumpulan maklumat yang pelbagai di
atas, dapat disimpulkan bahawa penilaian merupakan suatu proses yang
luas

menjangkaui

maksud

pengujian

dan

pengukuran

yang

akan

diperjelaskan kemudian. Ianya melibatkan interpretasi hasil pengukuran


kuantitatif,

huraian

kualitatif

atau

gabungan

kedua-duanya.

Secara

kuantitaif,

pencapaian

murid-murid

dinilai

dalam

bentuk

angka

dan

peratusan. Maklumat dengan cara ini mudah dikemaskini, disusun dan


diringkaskan dalam bentuk yang mudah difahami. Secara kualitatif pula
melibatkan pengumpulan maklumat tanpa melibatkan nombor. Contohnya
Fatimah menyiapkan tugasan tepat pada masa yang ditetapkan.
Secara amnya, penilaian membantu guru menilai prestasi murid secara
menyeluruh.

Namun,

pencapaian

keseluruhan

itu

tetap

tidak

dapat

menjamin dan membayangkan kebaikan seseorang individu murid itu lebih


baik dari murid yang lain hanya berdasarkan data kuantitatif sahaja. Sebagai
contoh, murid yang mendapat 95% markah di dalam sesuatu penilaian
belum tentu lebih baik dari murid yang mendapat markah lebih rendah. Oleh
itu, penilaian yang terbaik hendaklah meliputi kedua-dua aspek kuantitatif
dan kualitatif.
Penilaian dalam pendidikan seterusnya pula mencakupi aspek-aspek seperti
hasil pengajaran, perlaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran dan
matlamat ke arah mencapai hasil pengajaran dan pembelajaran.
Ianya juga merupakan suatu proses mendapatkan maklumat berguna
sekaligus

menentukan

pencapaian

sesuatu

objektif

pengajaran

dan

pembelajaran. Perlaksanaan proses penilaian boleh dilakukan sebelum,


semasa dan selepas proses pengajaran berlangsung. Perlaksanaan yang
dilakukan sebelum dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran dapat
membantu guru menilai keadaan murid dan keberkessanan kaedah dan
pendekatan mengajar yang digunakan. Ini adalah berdasarkan perbandingan
keputusan penilaian sebelum dan selepas pengajaran.
Mok Soon Sang (2009) dan Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang(2008)
menyatakan bahawa penilaian melibatkan aspek pengujian, pengukuran,
penganalisisan dan merumuskan data yang diperoleh.Ianya dilaksanakan
dalam 5 peringkat seperti di bawah:

Lee Shok Mee, Mok Soon Sang (1989) dan Mok Soon Sang (2009)
menyatakan bahawa tujuan perlaksanaan penilaian dalam pendidikan adalah
seperti berikut:
1) Mendapatkan maklum balas berkaitan :
Pencapaian murid terhadap hasil pembelajaran yang telah ditetapkan sebelum
proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
Keberkesanan kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
digunakan oleh guru terhadap murid-murid.
2) Mengenalpasti perbezaan individu murid dari aspek fizikal dan mental melalui
pencapaian mereka dalam penilaian yang dilaksanakan.
3) Merekod dan mengumpul malumat pencapaian murid di dalam buku rekod
atau fail murid.
4) Mengenalpasti, memilih dan membina struktur kurikulum yang sesuai dengan
perkembangan semasa murid secara amnya.
5) Menilai keberkesanan perlaksanaan sesuatu program baru seperti KSSR.
2) konsep pengujian
R.M Gagne dalam Mok Soon Sang(2009) telah dipetik berkata pengujian
ialah suatu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku
seseorang individu.
Lee Shok Mee, Mok Soon Sang (1989) telah dipetik berkata pengujian
merupakan satu prosedur yang sistematik untuk mengukur perubahan
sebahagian daripada semua aspek tingkah laku seseorang individu terhadap
pembelajarannya.
Tan Hui Leng, Ee Ah Meng(1996) telah dipetik berkata pengujian
bermaksud

memperoleh

maklumat

dengan

cara

yang

objektif

dan

bersistem
Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008) telah dipetik berkata bahawa
pengujian merupakan proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu

dijawab, atau satu set instrumen atau prosedur yang bersistem bagi
mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu murid.
Cronbach(1970) dalam Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008) telah dipetik
berkata ujian ialah satu prosedur yang bersistem untuk memerhatikan
perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan membuat huraian
dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori
Berdasarkan definisi dari hasil pengumpulan maklumat yang pelbagai di
atas, dapat disimpulkan bahawa pengujian melibatkan suatu proses yang
berlaku secara sistematik. Oleh itu, pelbagai perkara yang berlaku di dalam
bilik darjah boleh dikategorikan sebagai pengujian selagi mana ianya
dilaksanakan secara bersistem dan mengikut sesuatu prosedur yang
ditetapkan. Sebagai contoh, guru meminta murid untuk menulis hobi dan
makanan kegemaran masing-masing di dalam borang khusus.
Maka, perkara ini turut dilihat sebagai pengujian kerana dilaksanakan secara
bersistem dan mengikut prosedur khusus iaitu mengisi borang selain
mempunyai instrumen tersendiri iaitu borang.
Pengujian dilihat sebagai suatu proses yang terhad dan merujuk kepada
suatu teknik untuk mendapatkan maklumat mengenai perubahan tingkah
laku individu. Alat yang digunakan untuk mengukur pencapaian murid dalam
sesuatu pengujian adalah ujian dan pemerhatian. Ia biasanya dilaksanakan
bermula dari peringkat persediaan diikuti dengan peringkat perlaksanaan
dan diakhiri dengan peringkat pemeriksaan. Kebiasaannya, pengujian
dilaksanakan untuk mengenalpasti kemampuan murid dan pencapaian murid
terhadap sesuatu kemahiran atau ilmu yang dipelajari.
Walaubagaimanapun, pengujian merupakan suatu perkara yang tidak
mutlak. Pengujian ketinggian mental seseorang tidak dapat di nisbahkan dan
dikuantitikan secara kuantitatif.

Lee Shok Mee, Mok Soon Sang (1989) dan Mok Soon Sang (2009)
menyatakan bahawa tujuan perlaksanaan pengujian ini adalah seperti
berikut :
1) mengenalpasti pencapaian murid dalam sesuatu kemahiran atau isi pelajaran
yang telah diajar.
2) Menentukan dan mengenalpasti perubahan tingkah laku murid-murid.
3) Mengelaskan murid kepada kumpulan lemah, sederhana dan bijak mengikut
keputusan pengujian yang dilakukan sekaligus melakukan penggredan
kepada murid-murid.
4) Pengujian bertindak sebagai motivasi ekstrinsik kepada murid-murid untuk
terus mengulangkaji pelajaran.
5) Memilih murid-murid untuk tugas tertentu seperti mewakili sekolah dalam
sesuatu pertandingan atau kuiz pendidikan.
3) Konsep pengukuran
Mok Soon Sang (2009) telah dipetik berkata pengukuran ialah suatu proses
atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu
benda, perkara atau keadaan.
Tan Hui Leng, Ee Ah Meng(1996) telah dipetik berkata pengujian biasanya
melibatkan pengukuran. Pengukuran tidak semestinya melibatkan maklumat
yang diperoleh dalam bentuk nombor. Walaubagaimanapun, dalam bilik
darjah,

pengukuran

biasanya

melibatkan

pemberian

markah

kepada

maklumat yang diperoleh.


Lee Shok Mee, Mok Soon Sang (1989) telah dipetik berkata dalam
pendidikan, pengukuran merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai
kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan murid
dalam pembelajaran.
Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008) telah dipetik berkata pengukuran
membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian. Pengukuran

bermaksud sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan secara numeric


atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai
sesuatu cirri yang diukur dengan menggunakan instrumen.
Berdasarkan definisi dari hasil pengumpulan maklumat yang pelbagai di
atas, dapat disimpulkan bahawa pengukuran merupakan suatu proses yang
melibatkan alat untuk mengukur secara kuantitatif pencapaian murid dalam
sesuatu perkara. Pengukuran hanya berfokus kepada penentuan status atau
tahap

murid.

Ianya

tidak

melibatkan

proses

penilaian.pengukuran

merupakan sesuatu yang tidak bersifat mutlak kerana pengukuran lebih


menumpukan kepada penentuan status atau tahap dalam bentuk kuantitatif,
berfokus kepada pengumpulan data secara numerikal dan mengkategori.
Secara kuantitatif: peratus markah seperti 90%, 30% dan 39%
Secara kategori : murid lemah, sederhana dan pandai.
http://pendidikanmy.blogspot.my/2014/06/konsep-penilaian-pengujianpengukuran.html

Anda mungkin juga menyukai