Anda di halaman 1dari 1

# Sikap Tidak Mengambil Berat Oleh Ibu Bapa

Sikap ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja terjerumus dengan gejala sosial.
Terdapat ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan dan kasih sayang
terhadap anak-anak. Anak-anak amat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa.
Ada segelintir ibu bapa begitu sibuk dengan kerjaya bagi menambahkan pendapatan
sehingga anak-anak terabai dan tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya. Sikap ibu
bapa ini menyebabkan anak-anak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya lalu mereka
melakukan perkara-perkara tidak berfaedah untuk mehilangkan kebosanan. Selain itu, tidak
kurang juga ada yang melakukan gejala sosial ini semata-mata untuk mendapat perhatian
daripada ibu bapa mereka.