Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM KEPIMPINAN PELAJAR

SEKOLAH RENDAH AGAMA TENGKU AMALIN AISHAH PUTRI


SESI 2015
1.

PENDAHULUAN
Program Kepimpinan Pelajar yang akan dilaksanakan ini merupakan program bagi
meningkatkan kualiti kepimpinan dan membantu pembinaan personaliti pelajar yang
unggul serta mempunyai daya tahan dan daya juang yang tinggi. Kepercayaan pada
diri dan orang lain serta mempunyai keyakinan diri akan menjadikan pemimpin pelajar
berani dan sanggup melaksanakan tugas masing-masing. Keberanian adalah asas
kejayaan diri. Dengan kualiti yang diperteguhkan serta dimantapkan dalam Program
Kepimpinan Pelajar ini mampu merangsang budaya baru yang positif di kalangan
pelajar lain. Pemimpin adalah acuan kepada orang yang dipimpin.

2.

MATLAMAT
o Pemimpin pelajar diharap berjaya memperkembangkan ciri-ciri kepimpinan
mereka agar berwibawa dalam menjalankan tugas-tugas rutin setiap hari.
Pemimpin pelajar juga harus boleh menjadi contoh atau model yang boleh diikuti
oleh pelajar-pelajar lain.
o Membina disiplin dan ketahanan diri dalam usaha untuk meningkatkan semangat
dan keyakinan diri melalui sikap yang positif dan kecekalan hati.
o Memberi latihan dan kemahiran untuk melengkapkan diri peserta bagi
membolehkan mereka menghadapi cabaran hidup dengan lebih yakin dan bersedia.

3.

OBJEKTIF
Objektif utama kursus ini ialah untuk mendedahkan kepada pemimpin kecil di sekolah
ini berkaitan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin. Peserta juga
didedahkan dengan cabaran yang mereka akan lalui sebagai pemimpin.
Melalui program ini diharapkan pemimpin pelajar dapat :
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

Mengenali potensi diri mereka sebagai pemimpin pelajar yang cemerlang


dan bermotivasi.
Mampu menjadi seorang yang berdisiplin dan menghargai masa.
Dapat menjadi individu yang prihatin, asertif, positif dan menghormati
keunikan orang lain.
Memupuk daya sinergi agar mereka lebih proaktif.
Menjadi seorang yang bertanggungjawab dan tahu tanggungjawab mereka
Boleh berintekasi dengan baik agar mereka lebih berdiplomasi dalam
menjalankan tugas.
Mewujudkan kumpulan pengawas yang bekerja di dalam satu pasukan.
meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.

ix.
x.
xi.

4.

Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.


Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak
sekolah.
Menyedari bahawa mereka adalah pemimpin kecil di sekolah.

SASARAN
Pemimpin pelajar (Tahun 5 & 6) seramai 40 orang terdiri :
i.
Pengawas Sekolah
18 orang
ii.
Pustakawanis
14 orang
iii.
Ketua dan Penolong Bilik Darjah
8 orang
Jumlah
40 orang

5.

TARIKH
15 17 Februari 2015 (Ahad - Selasa)

6.

TEMPAT
Kem Tangok, Pusat Kokurikulum Negeri

7.

KEWANGAN
Senarai perbelanjaan
8.1
Makan/Minum RM 48.00 x 40 orang
= RM 1920.00
Sumbangan ibubapa (pelajar), RM40 x 40 = RM 1600.00
Ditanggung oleh sekolah, RM 8.00 x 40
= RM 320.00
= RM 320.00
8.2
Pengangkutan (Pemandu Bas)
= RM 100.00
8.3
i) Kain rentang RM 7.00 x 4 meter = RM 28.00
ii) Marker RM 2.00 x (4 warna x 4 kumpulan) = RM 32.00
= RM 60.00
8.4
Banner
= RM 30.00
8.5
Sijil 40 pelajar x RM 1.50
= RM 60.00
8.6
Cenderahati
= RM 40.00
Jumlah
RM 610.00
Jumlah Keseluruhan : RM 610.00

8.

PENUTUP
Sesungguhnya program ini merupakan aktiviti yang amat berguna dan penting untuk
meningkatkan keyakinan murid untuk menjadi seorang pemimpin yang boleh
membantu guru. Disamping itu, program ini banyak membantu murid untuk menjadi

seorang pemimpin yang berkesan dan mampu mengurangkan beban guru dalam
mengawal murid-murid sekolah.

Disediakan oleh,

(Nik Aizon bt Nik Baidilleh)


Setiausaha
Unit Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Rendah Agama Tengku Amalin Aishah Putri

SEKOLAH RENDAH AGAMA TENGKU AMALIN AISHAH PUTRI

KEM KEPIMPINAN SEKOLAH 2015


Tarikh
15- 17 Februari 2015
Hari
Ahad - Isnin
Tempat
Kem Tangok, Pusat Kokurikulum Negeri Kelantan

Anjuran :
Unit Hal Ehwal Pelajar
Dan
Unit Bimbingan Dan Kaunseling

Anda mungkin juga menyukai