Anda di halaman 1dari 10

CABARAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA- ANJAKAN SET MINDA

Prof. Madya Dr. Che Mohd Zulkifli Che Omar


Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim, Malaysia
ABSTRAK
Industri Kecil Sederhana (IKS) Malaysia merupakan antara pemangkin utama terhadap
pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan Keluaran Negara Kasar (KNK)
Negara. Pelbagi usaha dan galakkan diberikan menerusi bajet 2012 bagi membolehkan IKS
membantu meningkatkan pendapatan Negara, mengurangkan jurang kemiskinan dan
seterusnya meningkatkan pendapatan perkapita penduduk, mewujudkan agihan pendapatan
yang sekata, mengurangkan kadar inflasi, mewujudkan imbangan pembayaran yang
seimbang serta bertindak sebagai pelengkap kepada industri yang lebih besar. Namun, tidak
boleh diambil ringan juga sesebuah perniagaan yang dijalankan termasuklah IKS bukanlah
sesuatu yang mudah. Malah ia tidak lari dengan masalah serta cabaran yang perlu dihadapi
dan atasi. Maka dengan itu cabaran-cabaran yang dihadapi oleh IKS dibincangkan seperti
factor pasaran tempatan yang terhad, globalisasi, persaingan antara pengusaha IKS dan set
minda pengusaha IKS. Dengan itu, para pengusaha IKS khasnya perlu membuat perubahan
anjakan set minda mereka untuk mengatasi cabaran-cabaran ini.
Kata kunci: Industri Kecil Sederhana; cabaran; anjakan set minda
ABSTRACT
Malaysian Small Medium Industry (SMI) is between major catalyst on Gross Domestic
Product growths and Gross National Product Country. A various of effort and
encouragement given through 2010 budget to enable SMI helps increase country revenues,
reduce poverty gap and further improving citizens per capita income, create regular income
distribution, reduce inflation rate, creates balancing in balance of payment and acts as
complement bigger industry. However, cannot be taken lightly also includes a business
carried on SMEs is not easy. In fact, it does not run away with the problems and challenges
to be faced and overcome. Thus, the challenges faced by SMIs are discussed as factors that
such as limited local market, globalization, competition between SMIs and SMIs mindset.
Thus, the SMIs in particular need to make changes to shift their mindset to overcome these
challenges.
Keywords: Small medium industry; challenges; shift mindset

PENGENALAN

Perniagaan merupakan suatu bidang kerjaya yang menjamin satu pulangan yang lumayan.
Bidang ini juga mulia di sisi Islam sekiranya setiap aspek urusan jual beli yang dilakukan
berlandaskan hukum dan syariat yang telah ditetapkan. Di samping itu, bidang perniagaan
dapat membantu menambah serta meningkatkan pendapatan isi rumah dan
memperkembangkan tahap ekonomi sesebuah negara. Kebelakangan ini, perniagaan kecil
seringkali mendapat perhatian meluas dari banyak pihak. Media massa seringkali melaporkan
perkembangan, isu dan permasalahan serta cabaran perniagaan kecil dari semasa ke semasa.
Perhatian yang cukup tinggi ini adalah selaras dengan kesedaran umum mengenai peranan
dan sumbangan perniagaan kecil kepada pembangunan ekonomi negara secara
keseluruhannya.
Sebelum Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (NSDC) ditubuhkan pada jun 2004, tidak
ada definisi standard IKS yang digunakan di Malaysia. Agensi yang berbeza mentakrifkan
IKS berdasarkan kriteria mereka sendiri, biasanya tanda aras terhadap perolehan jualan
tahuan dan jumlah pekerja sepenuh masa atau dana pemegang saham. Tambahan pula,
definisi sedia ada lebih tertumpu kepada IKS di sektor perkilangan. Sebagai contoh, SMIDEC
(Small Industries Development Corporation) mentakrifkan IKS sebagai perusahaan dengan
perolehan jualan tidak melebihi RM25 juta dan dengan pekerja-pekerja sepenuh masa tidak
melebihi 150 orang pekerja.
Bank Negara Malaysia pula mentakrifkan IKS sebagai perusahaan dengan dana pemegang
saham kurang daripada RM10 juta (NSDC, 2005). Langkah memperkenalkan dan menerima
pakai definisi standard bagi IKS akan memudahkan lagi usaha mengenal pasti kewujudan
IKS di semua sektor, sekali gus memudahkan kerajaan mengubal dasar, pelaksanaan program
pembangunan dan penyediaan bantuan teknikal dan kewangan untuk IKS dilaksanakan
dengan lebih berkesan. Langkah ini turut memudahkan lagi pemantauan prestasi sektor IKS
dan sumbangannya kepada ekonomi negara.
Majlis pembangunan IKS Kebangsaan telah meluluskan definisi umum bagi IKS di semua
sektor ekonomi untuk diguna pakai oleh setiap kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat
dalam pembangunan IKS serta institusi kewangan. Kriteria ini menggunakan takrifan IKS
berdasarkan perolehan jualan tahuanan dan jumlah pekerja-pekerja IKS itu. Satu definisi IKS
umum diperuntukan bersama-sama takrif khusus mikro, perniagaan kecil dan sederhana.
Industri kecil dan sederhana (IKS) di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu
mikro, kecil atau sederhana. Kumpulan ini akan ditentukan bergantung kepada jumlah jualan
tahunan dan bilangan pekerja sepenuh masa. Jumlah jualan tahunan adalah berbeza mengikut
saiz dan jenis IKS. Ini dapat dilihat dengan jelas seperti yang ditunjukkan jadual 2.1 di
bawah.
Jadual 2.1: Jumlah jualan tahunan
Saiz
Mikro

Kilang
Kurang daripada
RM250,000

Pertanian
Kurang daripada
RM200,000

Sektor Perkhidmatan
Kurang daripada
RM200,000

Kecil

Antara RM250,000 dan

Antara RM200,000

Antara RM200,000
2

Sederhana

kurang daripada RM10 juta

dan
kurang daripada RM
1juta

dan
kurang daripada
RM1
juta

Antara RM10 juta hingga


RM25 juta

Antara RM1 juta


hingga RM5 juta

Antara RM1 juta


hingga
RM5juta

* termasuk kilang berasaskan pertanian dan yang berkaitan dengan pekhidmatan


** termasuk ICT
Sumber: Laporan tahunan SME 2007
Oleh hal yang demikian, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri (MITI) serta badan yang khusus ditubuhkan berusaha keras untuk membangunkan
sektor ini dengan pelbagai kemudahan bagi memastikan sektor ini terus menjanakan ekonomi
negara. Antaranya kemudahan yang disediakan termasuklah menyediakan pembiayaan,
khidmat nasihat dari segi pemasaran dan produk, di samping menyediakan premis
perniagaan. SME Corporation dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
(MATRADE) adalah antara peneraju penting yang diamanahkan untuk membangunkan
sektor ini.
CABARAN- CABARAN IKS
PASARAN TEMPATAN YANG TERHAD
Bidang perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah dan IKS tidak terkecuali dalam mendepani
cabaran yang banyak yang perlu dihadapi bagi menjamin kelangsungan sesebuah identiti
perniagaan. Antara cabaran yang dihadapi termasuklah mendepani pasaran tempatan yang
terhad.
Jumlah penduduk sebanyak 28 juta orang bagi pasaran di negara ini dilihat agak terhad untuk
menjamin kelangsungan IKS. Hal ini ditambah lagi dengan bilangan IKS yang banyak yang
menyebabkan persaingan antaranya amat sengit Menurut Pilihan yang ada bagi pemain
dalam sektor IKS adalah dengan meneroka pasaran global dan bersaing di persada
antarabangsa yang memerlukan kualiti produk yang setanding, kecekapan dalam pemasaran
dan pembiayaan yang besar.
Dalam menangani hal ini, pengalaman IKS di Sweden dapat dijadikan contoh. Dengan
jumlah penduduk Sweden hanya sembilan juta orang, IKS di sana tidak mempunyai pilihan
selain meneroka pasaran Eropah dan global. Pada masa yagn sama, kerajaan Sweden
memainkan peranan yang utama dengan penubuhan Swedish Trade Council yang menyokong
dan membantu IKS di negara itu meneroka pasaran global.
GLOBALISASI
3

Sementara itu, selain cabaran pasaran yang terhad, faktor globalisasi merupakan satu lagi
cabaran yang nyata yang tidak dapat diketepikan oleh pengusaha IKS tempatan. Globalisasi
yang sedang melanda ekonomi di segenap pelosok dunia termasuk Malaysia ini telah
menghalang pembangunan IKS. Fozian Ismail (2001) mengaitkan fenomena globalisasi
sebagai aspek pengugat utama perkembangan IKS di Malaysia. Menurut beliau, fenomena ini
secara tidak langsung mampu melemahkan semangat para pengusaha IKS tempatan dalam
persaingan global akibat keterbukaan ekonomi dipersada dunia yang turut sama membabitkan
negara China sebagai anggota baru Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO). Hasil kajian
Fouzian Ismail (2001) lagi telah mendapati bahawa persaingan dipasaran global diibarat
melalui keupayaan produk memenuhi pesanan dan jangkamasa pendek pada harga yang
rendah tetapi pada tingkat kualiti yang terjamin. Biasanya, syarikat gergasi multinasional
akan menggunakan syarikat tempatan bagi membekalkan produk sokongan mereka dan
menuntut kualiti yang tinggi serta keupayaan bekalan yang berterusan. Ini merupakan
cabaran bagi IKS di dalam negara untuk memenuhi keperluan tersebut. Hal ini disokong kuat
oleh Kavrakoglu (1993) yang turut mendapati kualiti yang rendah merupakan masalah utama
yang dihadapi oleh IKS.
Di samping itu, isu persekitaran juga mempengaruhi syarikat multinasional ini dalam
memilih pembekal mereka. Menurut Fierro, Carrasco dan Centeno (2009), mengatakan
bahawa IKS mesti mengambilkira pasaran yang dinamik dan global sebagai peluang
perniagaan yang penting daripada ancaman. Oleh hal yang demikian, produk yang mesra
alam dan berteraskan teknologi hijau tidak boleh dipandang ringan oleh IKS tempatan bagi
membolehkan mereka terus bersaing. Antara keperluan yang amat ditekankan oleh syarikat
multinasional ini ialah amalan perniagaan yang beretika.
Dalam hal ini, IKS tempatan dituntut untuk mengamalkan tanggungjawab korporat yang baik
yang merangkumi usaha meminimumkan impak negatif terhadap operasi perniagaan, seperti
pencemaran, keselamatan dan kebajikan pekerja, keselamatan produk dan rasuah. Sebagai
contoh, syarikat Mattel, pengilang mainan kanak-kanak, mempelajari pengajaran yang
berguna apabila produknya gagal melepasi piawaian minimum ujian kesihatan dan
keselamatan produk Amerika Syarikat akibat daripada kecuaian pembekalnya.
PERSAINGAN ANTARA PENGUSAHA IKS
Sehubungan dengan hal itu, aspek cabaran untuk meningkatkan daya saing dalam kalangan
pengusaha IKS tidak boleh dipandang ringan juga. Ini diperkukuhkan oleh rasa kebimbangan
Y.A.B Perdana Menteri Malaysia ketika merasmikan Forum Pemiagaan dan Pameran IKS
ASEAN di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 7hb Ogos 1997 . Beliau berpendapat bahawa
survival IKS Malaysia dan negara-negara ASEAN yang lain banyak ditentukan oleh
keupayaan masing-masing untuk melaksanakan perancangan strategik dan bersaing daiam
pasaran dunia yang lebih terbuka tanpa sempadan. Untuk bersaing di pasaran global,
peningkatan dalam daya saing amat diperlukan. Hal ini berkaitan dengan kualiti produk dan
pengurangan dalam kos pembuatan. Ozdamar (1993) pula mendapati selain kualiti, kos-kos
pengeluaran yang lebih tinggi juga merupakan masalah kepada usahawan. Pengeluaran dan
masalah kos melemahkan kedudukan firma untuk bersaing di dalam pasaran negara ataupun
antarabangsa (Budak, 1993). Untuk menjadi kompetitif dalam persekitaran antarabangsa,
pengusaha-pengusaha IKS mestilah menghadapi cabaran seperti kitaran hayat produk yang
pendek, kepelbagaian produk, inventori yang minimum, pemprosesan serentak untuk produk
yang berbeza dan mempunyai masa penghantaran yang singkat (Jovan, 2002; Jiang, Zhou,

& Lia, 2002). Hal ini sebenarnya memerlukan pengusaha IKS mempunyai tahap kecekapan
dalam pembuatan mereka supaya dapat bersaing di pasaran antarabangsa.
Berkaitan dengan hal ini juga, penggunaan dan penguasaan teknologi maklumat dalam proses
pembuatan dan pengurusan harus diberikan penekanan.IKS tempatan perlu meningkatkan
penggunaan teknologi maklumat bagi membolehkan mereka meneroka dan bersaing secara
sama tara di pasaran global. Tambahan pula dengan perkembangan pesat teknologi
komunikasi baru seperti internet telah mempercepatkan trend ini supaya hari ini, kebanyakan
organisasi besar menggunakan pasukan maya untuk ke beberapa tahap (Hertel, Geister dan
Konradt, 2005). Walaupun kos penggunaan teknologi maklumat tidaklah murah, tambahan
pula untuk mendapat kakitangan yang terlatih di bidang ini agak sukar, sektor IKS perlu
menyedari bahawa hal ni merupakan pelaburan yang tidak boleh dielakkan.
SET MINDA PENGUSAHA IKS
Statistik menunjukkan hanya 25.6 peratus produk perkilangan IKS Malaysia yang dieksport.
Selain faktor luaran, kadar yang rendah ini adalah berkaitan dengan set minda syarikat IKS
itu sendiri. Apabila ditanya punca mereka tidak mengeksport produk, antara jawapan lazim
yang sering diberikan termasuklah faktor perniagaan yang kecil, maka kurang untuk
menembusi pasaran antarabangsa; tidak dapat meneroka pasaran global; atau ingin berjaya di
Malaysia dahulu sebelum memasuki pasaran antarabangsa. Selain itu, antara faktor lain yang
sering diperkatakan oleh pengusaha IKS untuk memasuki pasaran antarabangsa ialah masalah
perbezaan komunikasi antara budaya (Fierro, Carrasco dan Centeno, 2009).
Walaupun kerajaan dan badan yang berkaitan berusaha gigih menggalakkan IKS tempatan
meneroka pasaran global, bilangan IKS yang berbuat demikian amat kecil. Oleh hal yang
demikian, mereka perlu melakukan anjakan set minda, melakukan inovasi, leverej
pembangunan teknologi dan adaptasi model perniagaan yang baharu. Selain itu, inovasi dan
mendapat kompetitif kesempatan di pasaran, PKS perlu mengeksploitasi lain-lain faktor
pemudah dalaman seperti modal insan (Wang, Wang dan Horng, 2010). Hanya dengan
mengambil langkah tersebut mereka akan dapat meningkatkan daya saing dan berpeluang
meraih faedah daripada arus globalisasi.
PERUBAHAN ANJAKAN SET MINDA
KESEDIAAN MEMPELAJARI PERKARA BAHARU
Sehubungan dengan hal ini, apakah set minda yang perlu diubah? Antara yang penting
termasuklah bersedia untuk mempelajari perkara baharu. Daya saing bermula dengan
keupayaan untuk mempelajari sesuatu yang baharu. Menurut Koulopoulos dan Frappaolo
(1999), menyatakan nilai pengurusan pengetahuan adalah membuang pengetahuan lama dan
belajar pengetahuan baru. Pembelajaran dapat mempengaruhi cara seseorang untuk berfikir
dan mengubah sikap mereka dalam menangani sesuatu perkara. Pengurusan pengetahuan
menggunakan pengetahuan sebagai sumber yang paling penting dan digunakan sebagai
modal syarikat. Maklumat dan pengetahuan dikongsi, diaplikasi dan diperbaharui supaya
intelektual bersama dapat diperkembangkan dengan optimumnya (Wang, 1999). Pengurusan
pengetahuan menggunakan intelektual bersama untuk meningkatkan keupayaan menghadapi
perubahan dan menjana idea secara kreatif (Wang, Yang dan Chai, 2000).
5

Selain itu, terdapat usul dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) yang menekankan
pembangunan negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan dan meliputi semua sektor
dan segenap lapisan masyarakat. Oleh sebab itu, semua pihak seharusnya dapat dan
sewajarnya boleh menggunakan pengetahuan secara meluas dan mendalam dalam apa jua
aspek kerja yang akan atau hendak dijalankan.
Penggerak IKS ialah pengasas atau pemiliknya yang memainkan peranan yang penting dalam
menentukan daya saing sesebuah perniagaan. Mereka bukan sahaja perlu mempamerkan
kepimpinan melalui teladan dan sentiasa mempelajari ilmu pengetahuan dan kemahiran
baharu dari pakar industri, bahkan mereka perlu juga menghargai bahawa aspek latihan
kakitangan ialah keputusan strategik dan bukan hanya keputusan ad hoc. Kakitangan atau
modal insan yang berpengetahuan adalah satu aset kepada sesebuah organisasi perniagaan.
Ini disokong dengan pendapat oleh Casey (2005), Modal insan adalah agensi utama untuk
pembelajaran organisasi yang telah diakui sebagai sumber utama pembentukan nilai dan
inovasi infrastruktur kritikal.
Oleh itu, pemimpin dan kakitangan seharusnya menganggap bahawa aspek pembelajaran
merupakan proses sepanjang hayat untuk meningkatkan daya saing yang terhasil daripada
arus globalisasi. Pembelajaran yang berterusan akan mendedahkan kakitangan kepada konsep
dan pendekatan baharu yang akan mengukuhkan teras kecekapan perniagaan. Pembelajaran
bukan sahaja harus juga dilihat berkaitan dengan pendidikan, tetapi juga dilihat sebagai
peluang untuk membina jaringan perniagaan yang merupakan unsur penting yang menjamin
kejayaan sesuatu perniagaan.
PEMASARAN PRODUK YANG TERHAD
Selain itu, aspek memberikan perhatian terhadap pemasaran yang tidak hanya tertumpu pada
produk semata-mata, harus juga dilihat secara lebih mendalam. Lazimnya, setiap IKS
mempunyai kepakaran dalam menghasilkan produk yang berkualiti. Malangnya, kebanyakan
pemain dalam industri lemah dari segi pemasaran, walaupun mempunyai produk yang
bermutu.
Oleh hal yang demikian, apa-apa yang perlu ditekankan juga ialah produk yang berkualiti
tersebut dapat diedarkan secara inovatif kepada pengguna yang disasarkan melalui saluran
yang berkesan pada harga yang berpatutan. Pembungkusan dan pelabelan perlu juga
mempunyai kualiti yang tinggi untuk menembusi pasaran global. Hal ini memerlukan
kerjasama setiap pekerja dari segi delegasi atau kerja berpasukan bagi memastikan kejayaan
syarikat.
LOKASI PERNIAGAAN
Pada masa yang sama, banyak IKS di negara ini yang beroperasi di premis yang tidak sesuai
yang diperuntukkan bagi premis perniagaan semata-mata untuk kemudahan mereka dan
mengelakkan kerumitan untuk mendapatkan premis yang sesuai. Perkara ini dilihat
berlanjutan hampir 20 tahun. Hal ini bukan sahaja menjadi penghalang kepada mereka untuk
mendapatkan skim bantuan daripada kerajaan, bahkan menjadi kekangan untuk
6

mengembangkan perniagaan mereka sendiri. Sudah pasti keadaan ini perlu diubah demi
manfaat sektor IKS. Para pengusaha IKS perlu menitikberatkan tentang lokasi perniagaan
mereka. Ini kerana menurut Kotler dan Amstrong , (2000) lokasi ditekankan sebanyak tiga
kali iaitu lokasi, lokasi dan lokasi di dalam aspek penubuhan sesebuah perniagaan. Ini
menunjukkan bertapa pentingnya sesuatu lokasi yang baik untuk memulakan sesebuah
perniagaan. Oleh hal yang demikian, IKS yang melakukan kesilapan sedemikian perlu
mengubah lokasi ke premis yang telah ditetapkan, di samping berusaha mendapatkan lesen
yang sah, membeli aset yang berupaya menambah keupayaan mereka dan sekali gus
membuka peluang kepada mereka untuk menerima bantuan kewangan daripada kerajaan.

HAK MILIK INTELEK


Sementara itu, banyak daripada kalangan syarikat yang didakwa kerana kesalahan melanggar
hak milik intelek seperti menggunakan perisian cetak rompak. Walaupun terdapat pemain
IKS yang menyedari kepentingan menggunakan teknologi maklumat dalam operasi syarikat,
masih menggunakan perisian cetak rompak.
Berkaitan dengan itu ini, set minda memainkan peranannya. IKS tidak sepatutnya mencabar
sistem perundangan dan perlu menghormati hak milik intelek. Dalam hal ini, kerajaan
memainkan peranan penting bagi mendapatkan diskaun khas bagi perisian yang biasa
digunakan dalam kebanyakan operasi syarikat dalam sektor IKS di Malaysia. Dengan jumlah
IKS yang banyak, kerajaan dapat merundingkan harga yang berpatutan dan mampu dibayar
oleh kebanyakan IKS.
IKS perlu memahami kelebihan sumber luar dalam penggunaan teknologi maklumat mereka.
Dengan anggapan bahawa membina perisian sendiri menjimatkan wang dan menyebabkan
mereka lebih cenderung ke arah itu, hakikatnya hanya akan menggugat perlaksanaan operasi
syarikat, di samping memberikan risiko peningkatan kos. Hal ini merupakan set minda yang
perlu diubah.
Dalam usaha mendapatkan kelancaran perniagaan dan meningkatkan daya saing, mereka
perlu melihat sumber luar sebagai aktiviti yang mempunyai nilai tambah. Sumber luar
membolehkan mereka mengekalkan fokus yang strategik dan menyelia sistem teknologi
maklumat dengan berkesan. Selain itu, hal ini dapat mengurangkan kos operasi dan
meningkatkan kecekapan.
TAHAP KEBERGANTUNGAN TERHADAP KERAJAAN
Melihat kepada kepentingan IKS dalam membantu meningkatkan ekonomi negara, pada 23
Oktober, 2009, Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Mohd. Najib telah mengumumkan
peruntukan 538 juta ringgit bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan IKS dalam
pembentangan bajet 2010. Peruntukan 538 juta yang diumumkan adalah termasuk peruntukan
sebanyak 281 juta ringgit kepada Perbadanan Negeri dan peruntukan 200 juta ringgit kepada
7

Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) termasuklah 20 juta ringgit disediakan kepada
usahawan kaum india yang merupakan tambahan kepada peruntukan sedia ada 15 juta
ringgit. Untuk meningkatkan kecekapan pengurusan TEKUN, proses pembiayaan dan
bayaran balik pinjaman akan di struktur semula supaya lebih berkesan dan hasilnya boleh
dinikmati oleh ramai usahawan kecil. Selain itu juga, sebanyak 57 juta ringgit untuk
pembelian ruang niaga, penyediaan infrastruktur luar kawasan perindustrian dan skim kilang
bimbingan menerusi SME Bank telah diperuntukan oleh kerajaan. Ini dapat dilihat dengan
jelas peruntukan kepada IKS dalam bajet 2010 seperti yang ditunjukkan melalui jadual 2.2 di
bawah:
Jadual 2.2: Peruntukan kepada Industri Kecil dan Sederhan (IKS) dalam bajet 2010.
Peruntukan
Jumlah (RM juta)
Perbadanan Negeri
281
Tekun
200
Pembelian ruang niaga
57
Jumlah keseluruhan
538
Sumber: Bajet 2010
Walaupun pihak kerajaan telah memperuntukkan dana yang banyak untuk membantu
memperkembangkan IKS ini, faktor terlalu bergantung pada kerajaan juga merupakan aspek
yang memerlukan anjakan set minda bagi membolehkan IKS bersaing di pasaran global.
Walaupun kerajaan banyak menyediakan kemudahan dari segi pembiayaan dan khidmat
nasihat, setelah IKS berjaya dan mampu berdiri sendiri, mereka perlu membebaskan diri
daripada terlalu bergantung pada kerajaan.
KESIMPULAN
Kejayaaan dalam perniagaan, apatah lagi di persada antarabangsa, menuntut usaha gigih dan
kecekalan. Hanya mereka yang mempunyai sifat tersebut akan berjaya. Ahli psikologi
Amerika Syarikat yang terkenal, William James, pernah menyarankan, Jika kita dapat
mengubah set minda, kita akan berhasil mengubah kehidupan kita. Saranan tersebut juga
releven untuk dunia perniagaan, terutama bagi pengusaha di dalam sektor IKS.

RUJUKAN

Budak, G. (1993). Izmir de KOBI ler nerede? Sorunlari nasil cozulur?.


Izmir ticaret Odasi
Yayini, Izmir.
Casey, A. (2005), Enhancing individual and organizational learning, Management
Learning, Vol. 36 No. 2, pp. 131-47.
Fierro, J.C., Carrasco, R.V., & Centeno, E. (2009). The challenges of internationalising
national culture-based hand-crafted products. Marketing Intelligence & Planning,
Vol. 27 No. 7, pp. 900-908.
Fozian Ismail (2001). Peluang dan Cabaran Masa Depan Industri
Pembuatan Dalam Era
Globalisasi. Kertas Kerja yang dibentangkan di Konvensyen IKS:
Persediaan Ke Arah
Perdagangan Global Menjelang AFTA 2003, Kota Bharu, Kelantan,
25-26 Mei 2001.
Hertel GT, Geister S, Konradt U (2005). Managing virtual teams: A review of current
empirical research. Hum. Resour. Manage. Rev, 15, 69-95.
Jiang, P., Zhou, G., Lia, Y. (2002). ASP-driven e-service platform for webbased online
manufacturing. Intergated Manufacturing Systems, Vol. 13, No.5,
pp. 306-18.
Jovan, V. (2002). The specifics of production scheduling in process
industries. Proceedings
of IEEEICIT02. Bangkok, Thailand, pp. 1049-54.
Kavrakoglu, I. (1993). Kucuk sanayide rekabet gucu ve kalite. Kucuk
Sanayinin Sorunlari
Semineri, ITO, Istanbul, No.1993-5.
Kotler, P., Amstrong, G., (2000), Prinsip Pemasaran; Penterjemah Norjaya Mohd Yasin,
Ahmad Azmi Mohd Arifin; Penyunting Ghazali Jaafar, Prentice-Hall, Malaysia
Laporan Bajet 2008.
Laporan Bajet 2010.
Laporan SME (2007).
Malaysia. (2001). Rancangan Malaysia Kelapan, 2001-2005. Kuala Lumpur: Percetakan
Kerajaan Malaysia.

Malaysia Focus volume 3 2011.


National SME Development Council (2005).
Wang, Da Hai, Yang, Du and Chai, Jing Kui (2000)."Xing Shi Ji De Ying Jia." 1 st.ed.
Beijing: Xue Yuan Publisher.
Wang, Fang Hua (1999). "Knowledge Management." 1st.ed. China: Economy Shan Xi
Publisher.

Wang, Yu Lin, Wang, Yau-De, Horng, Ruey-Yun. (2010), Learning and innovation in small
and medium enterprises, Industrial Management & Data Systems, Vol. 110 No. 2,
pp. 175-192.
http://www.smecorp.gov.my/v4/node/53
http://www.bizbeginners.biz/sweden.html
http://www.swedishtrade.se/om-exportradet/in-english/

10

Anda mungkin juga menyukai