Anda di halaman 1dari 7

SURAH AL-MUMINUUUN

MUQADDIMAH
Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 118 ayat.
Dinamakan surah Al-Muminuun Perihal Orang-orang Yang
Beriman, kerana sifat-sifat mereka dan
balasan yang sebaik-baiknya yang akan mereka dapati
ada disebutkan pada ayat 1 11.

Terjemahan ayat 1 11, surah Al-Muminun


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman
2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang;
3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang
sia-sia;
4. Dan

mereka yang

berusaha membersihkan

hartanya

(dengan

menunaikan zakat harta itu);


5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya,
6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahaya, maka sesungguhnya
mereka tidak tercela:
7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka
merekalah orang-orang yang melampaui batas;
8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyang;
10. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi11. Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Huraian ayat 1- 11, surah Al-Muminuun


Ayat 1 Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman iaitu
orang-orang yang beriman yang tetap berjaya mencapai keselamatan hidup
di dunia dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak ialah orang-orang yang
mengerjakan suruhan Allah dan menjauhi larangannya yang diterangkan
dalam ayat-ayat yang berikutnya.
Ayat 2 Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya sembahyang yang sempurna ialah yang dikerjakan dengan khusyuk yakni
dengan sepenuh-penuh hormat dan ingatan meliputi anggota-anggota badan
dan hati.
Ayat 3 dan 4 Orang-orang yang beriman ini akan sentiasa menjauhkan diri
mereka dari melakukan perbuatan atau tindakan-tindakan dan mengeluarkan
perkataan yang sia-sia. Malah mereka juga tidak lupa untuk membersihkan
harta mereka dengan melaksanakan kewajipan mengeluarkan zakat.
Ayat 5 dan 6 Dan mereka yang menjaga kehormatannya yakni yang
menjaga nafsu syahwatnya dari perbuatan zina dan sebagainya. Kecuali
kepada isterinya atau hamba sahayanya yakni hamba-hamba perempuan
(gundik), yang berasal dari tawanan Perang Sabil yang berlaku di antara
orang-orang islam dengan orang-orang kafir yang menceroboh.
Ayat 7 - Yakni sesiapa yang mengadakan hubungan (bersetubuh) dengan
yang bukan isterinya atau hamba sahayanya, maka merekalah orang-orang
yang melanggar larangan Allah.
Ayat 8 Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya - yakni orangorang yang beriman yang berjaya itu ialah mereka yang apabila diberikan
memegang amanah, mereka tidak mengkhianatinya, bahkan mereka akan
menjaganya serta menyerahkannya kepada tuannya; dan apabila mereka
berjanji, mereka tidak mencabulinya, bahkan mereka akan menepatinya;

kerana perbuatan khianat dan mencabuli janji itu ialah sifat orang-orang
munafik, sebagaimana yang tersebut di dalam hadis-hadis Nabi (s.a.w).
Ayat 9 Dan mereka yang tetap memelihara sembahyang - yakni yang
tetap mengerjakannya pada waktunya dengan cara yang sempurna iaitu 5
waktu bagi orang yang tetap dan 3 waktu bagi orang musafir (berjalan) begitu
juga bagi orang yang sakit.
Ayat 10 dan 11 - Oleh kerana balasan di akhirat ialah natijah dari amal usaha
yang dikerjakan di dunia, lalu ditegaskan dalam ayat ini bahawa orang-orang
yang beriman yang bersifat dengan sifat-sifat yang mulia itulah yang akan
beroleh sebaik-baik balasan di dalam syurga Jannatul-Firdaus.

Ciri-ciri yang terdapat pada setiap individu bagi orang-orang beriman


iaitu : - (Surah Al-Muminuun)
1. Khusyuk dalam sembahyang
-

orang-orang

yang

melakukan

sembahyang

yang

sempurna,

mengerjakannya dengan khusyuk yakni dengan sepenuh-penuh


hormat dan ingatan meliputi anggota-anggota badan dan hati. Hatinya
akan meninggalkan segala lintasan dunia semasa bersembahyang.
2. Menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia
-

Orang-orang yang menjauhkan diri mereka dari melakukan tindakantindakan yang tidak berfaedah serta omong-omong kosong.

3. Orang yang menunaikan zakat.


-

Mereka yang selalu melaksanakan kewajipan untuk mengeluarkan


zakat sebagaimana yang dituntut dalam Rukun Islam.

4. Orang yang menjaga kehormatannya.


-

Orang-orang yang menjaga dan mengawal hawa nafsunya dari


melakukan perbuatan zina dan sebagainya.

5. Orang yang menjaga amanah


-

Orang-orang yang tidak akan mengkhianati amanah yang diberikan


kepadanya.

6. Orang yang menepati janjinya.


-

Orang-orang yang berjanji dan menunaikan janjinya.

7. Orang yang memelihara sembahyangnya.

Pengajaran dalam ayat 1 11 surah Al-Muminuun


Menerusi surah Al-Muminuun ayat 1- 11, terdapat banyak pengajaran
yang boleh dijadikan panduan dan pedoman untuk menjadi muslim dan
muslimah yang beriman yang tetap berjaya dan diredhai oleh Allah s.w.t.
Diantaranya ialah sebagai seorang muslim, kita haruslah mengerjakan
sembahyang pada waktunya dengan cara yang sempurna dan khusyuk.
Ini kerana tujuan Allah menjadikan manusia untuk menghuni alam yang fana
ini agar mereka mengabdikan diri kepadanya. Allah sesekali tidak
membenarkan kita meninggalkan sembahyang kerana Allah telah memberi
jaminan bahawa sesiapa yang mendirikan sembahyang akan selamat di
dunia dan di akhirat. Sebagai pengajarannya, orang yang khusyuk dalam
sembahyang hatinya akan meninggalkan segala lintasan dunia. Segala
perhatian dalam sembahyang hendaklah tertumpu kepada menunaikannya
dengan baik. Sembahyang dengan hati yang lalai atau tanpa khusyuk adalah
tidak memberi apa-apa manfaat.
Sebagai seorang muslim kita dikehendaki menjauhkan diri daripada
melakukan perbuatan, tindakan-tindakan dan perkataan yang tidak berfaedah
atau sia-sia kerana perbuatan seperti ini tidak akan mendatangkan manafaat
kepada kita. Kita juga diingatkan supaya menunaikan zakat kerana dengan
berzakat ia boleh membersihkan harta benda yang diperolehi.
Sebagai muslim kita mestilah menjaga kehormatan iaitu tidak
melakukan perbuatan zina dan sebagainya kerana perbuatan ini akan

menjadikan kita sebagai orang-orang yang tercela, melampaui batas dan


melanggar larangan Allah s.w.t.
Setiap sesuatu yang diamanahkan, sebagai muslim kita mesti
menjaganya dengan sebaik mungkin, jangan sesekali mengkhianati amanah
tersebut dan haruslah menyerahkan kembali kepada tuannya. Begitu juga jika
kita berjanji, kita harus menunaikan dan menepati janji tersebut.

Untuk

mewarisi syurga jannatul Firdaus, kita harus menjadi orang yang beriman
yang berjaya dan bersifat dengan sifat-sifat yang mulia dengan mematuhi
perintah Allah s.w.t dan menjauhi laranganNya.

RUJUKAN
1. Ustaz Mahadi bin Dahlan dan Ustaz Azharuddin Sahil (2007),

Al

Quran Rasm Uthmani, Bertajwid dan Disertai Makna, Jilid 6, Selangor:


Pustaka Haji Abdul Majid.
2. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran (1995)
Cetakan keenam, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana
Menteri.

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. Muqaddimah

2. Surah Al-Muminuun ayat 1-11

3. Hukum Tajwid

37

4. Terjemahan ayat 1- 11

5. Huraian ayat

9 10

6. Ciri-ciri yang terdapat setiap individu

10 - 11

7. Pengajaran dalam ayat 1-11

11 12

8. Rujukan

12

Anda mungkin juga menyukai