Anda di halaman 1dari 12

1.

PENGENALAN

Terdapat pelbagai perbahasan yang menyentuh tentang status Sejarah


Melayu (Sulalatus Salatin) sebagai satu sumber sejarah yang berkredibiliti
sebagai sandaran pengajian bidang sejarah. Pertikaian ilmiah yang timbul
sesama sarjana lapangan ini menunjukkan bahawa karya tersebut adalah
berkait rapat dengan kelayakannya sebagai satu manuskrip fakta sejarah
yang benar dan boleh dipercayai. Maka, untuk memahami dengan lebih
mendalam isu tersebut, makna mengenai sejarah perlu diketahui dengan
mandatori untuk membina satu analisis yang konkrit dan relevan terhadap
karya tersebut.
Disiplin sejarah adalah bidang ilmu yang menghampiri kepada sains
positivisme.

Terdapat

pelbagai

metodologi

yang

digunakan

bagi

mentakrifkan akan fenomena sebenar bidang tersebut termasuklah unsurunsur yang terdapat dalam sesebuah konteks sejarah serta pendekatan
kajian yang digunakan dalam membuktikan sesuatu kejadian dan denomena
sebagai sejarah. Maka, dengan kata lain menunjukkan bahawa pengajian
ilmu dalam sejarah memerlukan daya kepekaan dan penelitian yang tinggi
dalam mentafsir sesuatu data. Sehingga ke hari ini, tiada hujah muktamad
yang boleh menentukan akan bentuk analisis dan pendekatan yang tetap
dalam menilai sesuatu yang dianggap sebagai sejarah. Ini berikutan dengan
kecaman yang diberikan oleh sarjana lain terhadap gelaran Bapa Sejarah
Dunia kepada Herodotus walaupun beliau amat mementingkan kaedah
temuduga dan pemerhatian dalam setiap kajian karya beliau1.
Namun, konseptual terhadap pemahaman sejarah dan persejarahan adalah
perlu didalami dan difokuskan bagi memberikan identifikasi yang jitu
mengenai unsur-unsur yang perlu ada dalam mengiktiraf sesuatu keadaan
1 Arbayah M. Noor. Ilmu sejarah dan Persejarahan. 2002 hlm. 14
1

sebagai sejarah. Aristotle dengan tegas menyatakan bahawa sejarah


merupakan satu sistem yang meneliti sesuatu kejadian sejak awal dan
tersusun dalam bentuk kronologi. Malah, ia adalah peristiwa-peristiwa masa
lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti yang konkrit 2. Ini
bermaksud, sejarah mencakupi satu unsur yang penting iaitu penggunaan
masa yang mengikut urutan dan dibuktikan melalui bahan-bahan fizikal atau
artifak.

Ini

disokong

dengan

kenyataan

bahawa

sejarah

merupakan

penyelidikan tentang hal-hal yang telah dilakukan pada masa lampau dan
benar-benar terjadi3. Sidi Gazalba cuba untuk mengungkapkan akan prospek
sejarah sebagai panduan kepada masyarakat semasa mengenai apa yang
telah berlaku di masa lampau dengan didokong oleh bukti dan penemuan
yang sahih. Ini kerana, sejarah dianggap sebagai agen yang menimbulkan
kesedaran kepada manusia. Keseluruhannya menjelaskan bahawa sejarah
adalah terdiri daripada tiga dimensi utama iaitu epistemologi (sumber),
Metodologi atau kaedah sesuatu peristiwa dirakamkan untuk menjadi bahan
kajian serta falsafah yang terkandung dalam sesuatu kejadian yang telah
berlalu.
Sejarah Melayu yang juga turut dikenali sebagai Sulalatus Salatin adalah
memberi makna sebagai Salasilah raja-raja Melayu. Pada awal pembentukan
Melaka, Sejarah ini menceritakan tentang asal-usul Kerajaan Pasai yang
berasal daripada semut merah dengan pengasasnya adalah Merah Silu.
Namun, semasa Melaka berada di kemuncak keagungan, maka karya ini
menumpukan akan kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan Kesultanan
Melayu Melaka yang dipercayai ditulis oleh beberapa pengarang Melayu. Ini
termasuklah kedatangan Portugis ke Melaka serta penaklukan ke atas
kerajaan tersebut. Menurut Shellabear, Yang Dipertuan Raja Di Hilir Sultan
Abdullah Muayat Syah Ibni Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutuskan Seri
2 E.H Carr. What is history . Pelicon Book. London. 1965
3 Collingwood The idea of History dalam Lembaga Penelitian Sejarah Aceh.
2

Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintahkan Bendahara Paduka Raja


Tun Muhammad atau dikenali sebagai Tun Sri Lanang pada hari Khamis, 12
Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting Salinan Sejarah
Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dan pada ketika itu, Sultan
Johor Lama, Sultan Alauddin Riayat Syah Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil
Syah telah ditahan di Istana Raja Acheh iaitu Raja Iskandar Muda.4
Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad atau Tun Sri Lanang adalah individu
yang bertanggungjawab mengarang Karya Sejarah Melayu tersebut. Beliau
merupakan anak kepada Paduka Raja Tun Ahmad, Temenggung Johor dengan
ibunya, Tun Ganggang. Bendahara Tun Mutahir adalah datuknya dan sekali
gus menunjukkan bahawa beliau adalah cicit kepada Tun Kudu. Peranan
beliau dalam menulis dan menyusun Sejarah Melayu adalah menjadi
perdebatan dan penentuukur akan sejauhmanakah karya tersebut berdiri
sebagai sumber sejarah. Ini kerana, Tun Sri Lanang menyusun karya tersebut
adalah atas dasar perintah sultan ataupun golongan pemerintah. Maka,
berlaku keadaan berat sebelah dalam hal ini kerana Sejarah Melayu dilihat
untuk mengagung-agungkan sultan.
Setelah fakir allazi murakabun ala jahili (mendengar titah yang
Maha

Mulia

itu),

maka

fakir

perkejutlah

diri

fakir

pada

mengusahakan dia, syahdan memohonkan taufik ke hadrat


Allah, Tuhan saniil alam, dan minta huruf kepada Nabi sayyidilanam, dan minta ampun kepada sahabat yang akram; maka
fakir karanglah hikayat ini, kama samituhu min jaadi wa abi,
supaya akan menyukakan duli hadrat baginda. Maka fakir namai
hikayat ini Sulalatus Salatin, yakni pertuturan segala raja-raja,
hazihi durratul-akhbar wal-amsal, inilah mutiara segala ceritera
4 Sejarah Melayu mempunyai 29 versi dan versi yang terkenal adalah yang
dianalisis oleh Shellabear.
3

dan cahaya segala peri umpamanya. Maka barang siapa


membaca dia, jangan dibicarakan dengan sempurna bicara.

Sungguhpun banyak pertikaian dan persoalan yang diwujudkan, namun


karya

ini

dianggap

agung

dan

penting

dalam

persejarahan

Melayu

khususnya apabila menjelaskan dan mendidik masyarakat akan identiti dan


kedudukan Melayu. Kandungannya yang menggariskan dan menceritakan
adat istiadat kerajaan, susun lapis kesultanan Melayu dan sejarahnya
dikatakan hampir menyerupai sistem rekod sejarah tamadun China yang
menyusun

dan

menyimpan

sejarah

setiap

dinasti

yang

memerintah

khususnya jika terdapat pertukaran dalam tampuk pemerintahan. Pada masa


yang sama, Sejarah Melayu diiktiraf oleh sejarahwan tempatan sebagai satusatunya

sumber

terpenting

dalam

pengkajian

Sejarah

Alam

Melayu

khususnya perihal Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan tiada manuskrip


lain yang dapat menggambarkan cara yang lebih baik dan jelas mengenai
hal tersebut selain daripada Sulalatus Salatin.6
Walau apapun persepsi dan perspektif terhadap Sejarah Melayu, namun
masih mempunyai keunikan dan kebenarannya yang tersendiri. Ini kerana
para pengkaji sejarah tanahair sepakat dalam mengklasifikasikan karya ini
sebagai karya sastera sejarah dan perlu dinilai mengikut sistem persejarahan
tempatan dan bukannya melalui persejarahan moden yang lebih memihak
akan budaya barat yang terlalu etnosentrik. 7 Justeru, unsur-unsur sejarah
dalam Sejarah Melayu juga masih boleh dinilai dan diambil sebagai
memahami konsep sejarah dalam karya agung tersebut.
5 Samad. Sulalatus Salatin Sejarah Melayu hlm.227
6 D. Flaron. Sejarah Melayu: Satu Kajian Dari Aspek Persejarahan Budaya.
1985.hlm. 5
7 Etnosentrik: Menganggap bahawa bangsa sendiri lebih baik daripada bangsa lain.
4

2.0

UNSUR-UNSUR

SEJARAH

DALAM

SEJARAH

MELAYU

(SULALATUS

SALATIN)
Sejarah Melayu menceritakan salasilah sultan Melayu yang secara
mandatory

meyakini

adalah

warisan

daripada

keturunan

Iskandar

Dzulkarnain. Plotnya dimulakan dengan raja yang bernama Raja Suran


masuk ke dalam laut dan mengahwini seorang puteri yang bernama Puteri
Mahtabul Bahri dari negeri Barsam. Begitulah seterusnya sehingga kisah
waadat yang dimeterai oleh Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun. Kisah
tersebut terus memuatkan penceritaan mengenai kisah pembukaan negeri
Melaka yang didahului dengan kisah Kerajaan Samudera-Pasai. Kemuncak
penceritaan persejarahan dalamkarya ini adalah kisah mengenai susltansultan Melaka seramai sepuluh orang yang memerintah dan kedatangan
Portugis8 sehinggalah kejatuhan Melaka di tangan Penjajah tersebut.
Walaupun Sejarah Melayu dilihat sebagai sastera ia adalah sastera
yang berunsurkan sejarah. Tidak perlu wujud persoalan sama ada persoalan
naratif dalam karya tersebut adalah sahih ataupun tidak. Ini kerana, prinsip
sejarah adalah menyatakan bahawa sesuatu kejadian yang telah berlaku
pada masa lepas dan terdapat beberapa persamaan dalam pola yang
dityerima pakai oleh masyarakat.
2.1 JURAI KETURUNAN RAJA-RAJA MELAYU
Doktrin utama yang membina identiti karya tersebut adalah
mengenai salasilah raja-raja Melayu Melaka. oleh itu, karya ini turut
menceritakan tentang salasilah Raja-Raja Melayu Melaka. Sebanyak 10 orang
sultan Melaka yang disebutkan dalam sejarah tersebut dan kesemuanya
adalah bersamaan dengan bukti sejarah yang ditemui dan diiktiraf oleh
8 Dalam karya tersebut digelar sebagai Peringgi
5

pengkaji sejarah tempatan dan antrabangsa.9 Ia bermula dengan Raja


Iskandar Syah (Parameswara), Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah,
Sultan Mahmud Syah dan Sultan Ahmad Syah diperakui wujud dan
diperkatakan di dalam sejarah Melaka. 10 Kesemua angka yang dikira
berdasarkan tarikh setiap sultan tersebut memerintah juga adalah hampir
sama

dengan

tempoh

yang

dikaji

dan

dikalibrasikan

oleh

pengkaji

profesional. Sebagai contoh, Sejarah Melayu menukilkan bahawa Sultan


Muzaffar Syah duduk di tampuk pemerintahan selama lebih 10 tahun 12
purnama.11 Jika diteliti dengan kajian sejarah yang tetap, Sultan Muzaffar
syah memerintah selama 13 tahun di Negeri Melaka. Sungguhpun jurai
keturunan raja-raja dikaitkan dengan Iskandar Dzulkarnain, namun seperti
juga teks sejarah di negara lain seperti Iran, Turki dan Khurasan juga
mengamalkan

pendekatan

yang

sama.

Walau

bagaimanapun,

jurai

keturunan raja-raja melayu Melaka adalah satu fakta sejarah walaupun


disaluti dengan unsur-unsur mitos.
2.2 PEMAKAIAN NAMA WILAYAH ATAU KERAJAAN BERDAULAT
Penggunaan nama negeri yang dinukilkan dalam karya tersebut tetap
wujud sehingga ke hari ini. Antara wilayah berdaulat yang seringkali
disebutkan adalah Melaka, Pasai dan kepulauan sekitar kerajaan tersebut.
Kisah pembukaan Pasai misalnya adalah akibat kewujudan semut yang
besar.

Temasik

yang

digantikan

dengan

Singapura

selepas

Melaka

memperluaskan jajahannya dengan diketuai oleh Sang Nila Utama di


Temasik. Begitu juga dengan pemilihan nama Melaka sebagai mengambil
nama pohon Melaka tempat Parameswara berteduh selepas berburu.

9 Ibid. hlm. 120


10 Zainal Abidin Abdul Wahid. Malaysia Warisan dan Perkembangan. Hlm 49.
11 Ibid dlm. 128
6

Titah baginda Baik tempat ini diperbuat negeri, anjing alah pada

12

pelanduk; jikalau orangnya betapa lagi? maka sembah segala Orang BesarBesar, benarlah seperti titah Duli Tuanku itu. Maka disuruh baginda tebas,
diperbuat negeri. Maka titah Baginda apa nama kayu itu? Maka sembah
orang, kayu Melaka namanya, Tuanku, Maka titah Raja Iskandar Syah,jika
demikian, Melakalah nama negeri ini?
Uniknya, Hikayat Merong Mahawangsa juga menceritakan tentang
riwayat asal nama negeri Perak dan Pattani. Ini bermakna sudah wujud
persamaan dengan epik lain yang turut menyatakan pendirian dan hasil
nukilan yang sama. Buktinya, Pattani masih wujud sehingga ke hari ini
dengan dikenali sebagai Yala (Selatan Thailand), Palembang, Pulau Bentan,
Tanjung Bemban, Minangkabau, Tanjung Pura, Srivijaya, Majapahit, Siam dan
lain-lain lagi masih wujud sehingga kini.

2.3 TOKOH ASING.


Sejarah Melayu juga bersifat universal dan antarabangsa. Ini kerana,
walaupun karya ini dihasilkan di Tanah Melayu tetapi ia masih tetap bersifat
dunia tanpa sempadan. Ini kerana, terdapat tokoh asing yang diselitkan
dalam penceritaan tersebut dan ia diterima pakai oleh lokasi tempat asalnya
tokoh-tokoh tersebut.
Sebagai contoh, riwayat hidup Raja Iskandar Zulkarnain dari Makedonia
(Babylon) yang diagungkan sebagai telah mewariskan raja-raja Melaka
sebagai anak cucu baginda yang dikatakan penakluk agung seluruh Asia dan
Timur Tengah sehingga ke Utara India. Ini kemudiannya dikaitkan dengan
Raja Kerajaan Chola, iaitu Raja Rajendra Chola yang beragama Hindu. Mitos
sebegini ada rasionalnya untuk diletakkan dalam komposisi karya tersebut

12 Ibid.hlm 71
7

memandangkan situasi Tanah Melayu yang menerima pengaruh Hindu selain


kebudayaan tempatan.

2.4 ASAS STRUKTUR SOSIAL MASYARAKAT


Dalam aspek ini, ia banyak memfokuskan akan situasi semasa era
kecemerlangan Kerajaan Melayu Melaka. Tome Pires telah memberikan
gambaran melalui Suma Oriental bahawa terdapat 100 hingga 300 jenis
bangsa yang terdapat di Melaka akibat kemunculannya sebagai pusat
perdagangan

antarabangsa.

Ini

bermakna,

konsep

majmuk

dalam

masyarakat Melayu di Melaka pada ketika itu telah teserlah.


Interaksi golongan aristokrat juga diceritakan dalamkarya ini terutama
sekali

watak

Bendahara

dan

keluarganya.

Secara

tidak

langsung,

menunjukkan bahawa struktur masyarakat Melaka adalah terdiri daripada


pelbagai peringkat masyarakat. Di antaranya termasuklah masyarakat dari
golongan pemerintah dan kerabat-kerabat diraja, kemudian diikuti oleh
golongan

pentadbir-pentadbir

terdiri

dari

pembesar-pembesar

yang

menduduki kelompok bangsawan Melayu.


Adapun apabila raja dihadap orang di balairung, maka bendahara dan
penghulu Bendahari dan Temenggung, dan segala menteri dan Orang
Besar-besar, segala sida-sida duduk di seri balai, dan segala anak raja-raja
itu duduk dikelek-kelekan balai kiri kanan..

Adalah diriwayatkan bahawa orang Melayu hidup dalam keadaan mewah dan
sederhana.

13

kerana pada masa itu orang Melaka ratalah berkapal belaka

13 Ibid, hlm 220.


8

2.5

JALINAN HUBUNGAN ANTARABANGSA


Kemunculan Melaka sebagai sebuah pusat pelabuhan entrepot

menjadikan Melaka sebagai tempat himpunan pedagang dan barangan.


Melaka merupakan pusat tumpuan pedagang-pedagang yang melalui Selat
Melaka. Melaka adalah pusat perdagangan utama pada ketika itu dan barang
dagangan yang paling utama adalah rempah ratus. Ini termasuklah para
pedagang daripada Tanah Arab, China, Siam, Jawa, dan lain-lain. Seperti
politik konvensional hari ini, mana-mana negara yang membina hubungan
ekonomi dan perdagangan secara automatik akan menjalinkan hubungan
diplomatik dengan kerajaan terbabit. Melaka tidak ketinggalan dengan
hubungan baiknya terhadap Terengganu, Kelang, Beruas, Pahang, Sulawesi
dan Kampar.

Hubungan Melaka dengan China dilihat sebagai instrumen

penting dan asas kepada keseluruhan kedaulatan Kerajaan Melaka. Hatta


sehingga ke hari ini.

2.6

BERMULANYA ERA KEJATUHAN MELAKA DI TANGAN PERINGGI


Fasa ini adalah kemuncak kepada Sejarah Melayu dan merupakan fakta

yang penting. Sulalatus Salatin telah menceritakan kemajuan pelabuhan


Melaka menarik minat Peringgi. Serangan pertama orang Peringgi diketuai
oleh Gonsalo Periera. Pertempuran pertama ini dimenangi oleh tentera
Melaka yang diketuai Tun Hassan Temenggung. Kekalahan Peringgi ke atas
Melaka menumbulkan kemarahan Alfonso de Albuquerque yang suka
menjajah dan membuatkan beliau merancang untuk menyerang Melaka lagi.
Alfonso de Albuquerque, bekas wizurai Portugis di Goa telah
menyediakan kelengkapan yang paling besar untuk menyerang Melaka.
Pembesar-pembesar Melaka yang tua dan muda pula berada dalam keadaan
tidak bersatu. Tambahan pula Melaka kehilangan 3 pembesar terutama Tun
Hassan Temenggung yang menjadi wira mengalahkan Peringgi bahulu.
9

Sultan Ahmad dengan beraninya mengetuai angkatan Melaka


mempertahankan Kota Melaka. Hulubalang Melaka telah meminta daripada
baginda Hikayat Muhammad Hanafiah untuk dibacakan bagi menaikkan
semangat para Hulubalang. Tun Sallehuddin yang cuba membantu Sultan
Ahmad telah mati dibunuh Peringgi. Angkatan tentera Melaka gagal
mempertahankan Melaka walaupun Sultan Ahmad sendiri mengetuainya.
Setelah Melaka tewas di tangan Peringgi, Sultan Ahmad berundur ke Hulu
Muar di Pagoh. Serangan Peringgi ke atas Melaka adalah unsur sejarah yang
benar-benar berlaku. Kejatuhan Melaka ditangan Peringgi adalah detik
permulaan penjajahan di Tanah Melayu. Kemenangan Peringgi memaksakan
Sultan Ahmad lari ke Hulu Muar di Pagoh.
Demikianlah bagaimana Sulalatus Salatin cuba untuk memberi penutup
karya tersebut dengan kekalahan Melaka di tangan Peringgi atau Portugis.
Tun Sri Lanang juga telah meriwayatkan bahawa keseluruhan karya Melayu
telah dibawa oleh Portugis ke Goa/Gowa yang menjadi perbahasan para
pengkaji sejarah hari ini.14

3.0

RUMUSAN

14 Sulalatus Salatin ditulis dengan huruf jawi. Maka, ejaan Goa dan Gowa adalah
sama. Goa terletak di Portugal manakala Gowa adalah Kerajaan bugis di Sulawesi
yang sukar untuk ditentukan kedudukannya sehingga kini.
10

Sejarah Melayu mempunyai keunikan dan nilai estetika yang tersendiri.


Sungguhpun gagal untuk berdiri sebagai sumber sejarah yang nyata dan
dihukum sebagai cerita dongeng masyarakat Melayu oleh orientalis barat,
namun Sejarah Melayu memberikan sumbangan yang besar terhadap dogma
kebudayaan melayu yang penuh beradat dan menghormati institusi raja.
Walaupun Tun Sri Lanang dikerah untuk menyusun karya tersebut
demi menyukakan Paduka Sultan, dek kerana cintakan budaya dan identiti
bangsa serta agama Islam maka karya yang sebegini telah dihasilkan.
Sekalipun ia tidak boleh diterima sebagai kenyataan yang sahih berdasarkan
kepincangan dalam aspek epistemologi dan ontologi keseluruhan fakta
tersebut, ia tetap akan diterima oleh masyarakat melayu berdasarkan
kesebatian semangat bangsa yang sedia ada.
Sejarah Melayu juga berjaya membuka mata sarjana barat. Ini terbukti
dengan penterjemahan demi penterjemahan yang dijalankan oleh sarjana
asing tersebut sejak tahun 1871 lagi. Orang barat amat berminat terhadap
semua karya estetika Melayu kerana ia bukan sahaja menghampiri konsep
historicisme namun terselit unsur-unsur magis yang cuba dirungkaikan oleh
sarjana-sarjana terbabit.
Pertikaian mengenai kebenaran karya tersebut tidak seharusnya
menjejaskan keseluruhan nilai harta intelek agung yang terkandung di
dalamnya. Sekalipun ia tidak boleh diterima sebagai fakta sahih, namun ia
masih boleh berdiri sebagai karya sastera sejarah yang bersifat dwistatus
dan terpulang kepada para pengkaji untuk mengemukakan rekomendasi
dalam anjakan paradigma kajian ilmu tersebut.

11

RUJUKAN
A. Ismail. Ulasan Buku Sejarah Melayu. 2000. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Sdn.Bhd.
A. M. Musanif. Pemahaman dan Penghayatan Sejarah Melayu. 1992. Masa
Enterprise : Selangor
A.A Samad. Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. 2000. Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur.
Abdul Rahman Haji Ismail. Dlm. "Sejarah Melatyu: Antara dan Dakyah". 1985.
Kajian Malaysia, Jilid III, NO.2.
Muhd. Yusoff Hashim. Pensejarahan Melayu Nusantara: Kajian Mengenai
Sumber, Penghayatan Masalah dan Tafsiran Naskah-Naskah Terpilih
Sejarah Melayu. 1989. Gaints Prints Sdn. Bhd : Singapura.
N. Jamalia Ariffin. Artikel Sejarah. 2008. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Sanusi Samid. Sejarah Melayu Sebagai Satu Sumber Sejarah. 1967. Kuala
Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka
Yusoff & Abdul Rahman Kaeh. Sejarah Melayu: Satu Perbicaraan Kritis Dari
Pelbagai Bidang. 1978. Heineman Educational Book (Asia): Kuala
Lumpur
The malay annals (12 Mac 2009) dlm. www.unesco.com
Historic elements in Malay annals (12 Mac 2009) dlm.

http://www.sabrizain.demon.co.uk/malaya/malays1.htm

12

Anda mungkin juga menyukai