Anda di halaman 1dari 3

JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN

JURNAL MINGGU KE : 5
(22 FEB 2016 26 FEB 2016)
Nama pelajar : Gogilavani Mahakrishnan

No. K/P

: 870617-23-5360

Program

: PISMP

Ambilan : Jun 2013

Major

: Matematik

Elektif

: Bahasa Tamil / PKE

Nama sekolah : Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bukit Mertajam


Isu / peristiwa / masalah yang difokuskan
Segelintir murid seringkali mengabaikan latihan dan kerja rumah yang diberikan oleh
guru kepadanya setiap hari. Pelbagai sebab dan punca masalah ini sering berlaku dan terus
menjadi masalah biasa bagi semua sekolah di negara kita. Seringkali juga, guru berasa pening
apabila murid membuat kerja secara sambil lewa dalam melaksanakan tanggungjawab mereka
dalam menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru. Murid kelihatan seperti terlalu letih semasa
membuat latihan yang diberikan oleh guru terutamanya bagi kumpulan yang lemah. Murid juga
tidak menyiapkan kerja sekolah pada masa yang ditetapkan dan sering tidak membawa buku
latihan untuk menampal lembaran kerja dan nota yang diberikan. Keadaan ini seumpama
mematahkan semangat seorang guru dalam impiannya bagi membentuk murid yang cemerlang
serta berkaliber.
Analisis masalah
Segelintir murid di kelas saya malas dan tidak berusaha untuk menyiapkan kerja dan
latihan yang diberikan pada waktu-waktu tertentu. Ada pula yang menggunakan masa yang
diberikan bukannya untuk membuat latihan tetapi untuk berbual dengan rakan atau bermain.
Berkali-kali telah saya tegur mereka tetapi apakan daya, pada masa kini, hendak memberikan
denda dengan berdiri sahaja pun tidak boleh apatah lagi mencubit murid.
Tindakan ini juga mengganggu rakan lain yang ingin membuat kerja sekolah. Apabila
ditanya tentang masalah yang dihadapi untuk menyiapkan kerja yang diberi, murid-murid akan
mendiamkan diri dan cuba mencari alasan, pelbagai alasan yang sama sering diberi untuk

melarikan diri. Antara alasan yang diberikan seperti letih, sibuk, tidak larat, lupa dan pelbagai
alasan yang tidak logik.
Selain itu, terdapat murid-murid yang sering tidak membawa buku latihan untuk
menampal lembaran kerja dan nota, walaupun telah diberi peringatan beberapa kali. Masalah
ini jarang berlaku bagi kumpulan yang pandai dan ia selalunya berlaku bagi kumpulan lemah
dan kelas yang belakang sahaja. Dalam hal yang sedemikian sebagai seorang guru tiada pilih
kasih dalam memastikan murid-murid dapat menimba ilmu pengetahuan yang berguna.
Cadangan
Sistem kawalan sosial mengkehendakkan tentang ganjaran dan dendaan. Penyelesaian
masalah ini dilakukan dengan mengenalpasti murid -murid yang sering tidak membuat latihan
dan kerja rumah. Saya akan menyenaraikan nama murid yang bermasalah ini dengan bergerak
ke setiap kumpulan untuk mengenalpasti nama mereka. Teguran dan amaran lisan akan
dikenakan dahulu. Sekiranya murid-murid masih leka, saya akan menyuruh mereka datang ke
hadapan saya dan membuat latihan tersebut di hadapan saya. Ini membolehkan saya
memerhatikan kerja mereka dan murid-murid itu akan membuat lembaran kerja supaya dapat
balik ke tempat masing-masing. Tetapi saya khuatir kerana pada masa kini, sudah bermacammacam jenis berita mengenai ibu bapa yang mengadu tindakan guru mendenda anak
kesayangan mereka.
Manakala untuk menaikkan semangat belajar murid-murid, saya akan memberikan
peneguhan positif yang baik seperti bagus, pandai dan rajin apabila menyemak lembaran kerja
mereka. Teori Bandura menekankan bahawa motivasi akan mendorong penglibatan murid
dengan lebih berkesan dalam sistem pembelajaran. Kata-kata perangsang sedemikian juga
akan memberi motivasi kepada murid-murid untuk terus berusaha dengan lebih gigih untuk
menyiapkan kerja mereka kerana mereka akan berasa kerja mereka dihargai dan disanjungi.
Tempoh penyelesaian
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dari masa ke semasa untuk memperbaiki segala
kelemahan saya dalam pelbagai perkara ini. Masih belum terlewat untuk saya memperbaiki
mutu kelemahan saya dalam menjayakan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.

Penilaian kejayaan
1. Lembaran kerja yang diberi harus diteliti dan disemak selalu bagi mengenalpasti muridmurid yang sering tidak menghantar buku-buku mereka.
2. Lembaran kerja murid yang tidak sempat dijawab disediakan dengan menggantungnya di
tepi kelas yang berdekatan dengan meja murid bagi memudahkan mereka mendapatkan
lembaran kerja tersebut.
3. Pertandingan berbentuk kuiz berkumpulan akan diberikan kepada murid-murid yang dapat
menjawab dengan betul akan diberi hadiah sebagai perangsang dan motivasi.
Tindakan susulan
Saya yakin sekiranya semua usaha-usaha yang dicadangkan di atas diaplikasi dan
diambil perhatian oleh semua pihak, masalah ini dapat diatasi dengan segera. Murid-murid juga
harus diberi kesedaran oleh guru tentang kelemahan diri mereka. Guru perlu sabar dan
sanggup berusaha keras untuk mempertingkatkan prestasi murid melalui pemantauan
berterusan terhadap latihan dan kerja rumah murid.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, masalah latihan dan kerja rumah murid ini bukanlah menjadi isu
besar yang menjadi masalah utama saya untuk menjalankan sesi P&P. Sebaliknya, kebijaksaan
guru itu sendiri memainkan peranan yang lebih penting untuk menarik minat murid. Murid-murid
adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan
datang. Maka, setiap masalah yang berlaku ada penyelesaiannya, terpulanglah kepada guru itu
sendiri untuk mengatasinya.

Tandatangan Pelajar Guru :

Tandatangan Guru Pembimbing:

Tandatangan Pensyarah Penyelia :

..

..

..

)
Tarikh :

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai