Anda di halaman 1dari 1

2.4.

1 prinsip kendalian motor segerak


Apabila bekalan tiga fasa dibekalkan pada pemegun motor, medan magnet
berputar akan terhasil pada pemegun tersebut dengan kelajuan Ns putaran per-minit.
Putaran medan magnet ini tidak berguna bagi menghasilkan arus aruhan di pemutar
kerana pemutar akan digerakkan oleh satu penggerak daripada luar yang berputar
mengikut arah putaran medan magnet.
Kelajuan putaran pemutar (Nr) itu mestilah sama dengan kelajuan medan magnet /
kelajuan segerak (Ns). Setelah kelajuan pemutar dan segerak hamper sama, bekalan
a.t akan diberikan ke pemutar melalui gelang gelincir. Fluks magnet yang terhasil di
pemutar akan bertindakbalas dengan medan magnet berputar.
Seterusnya, akan berputar selaju putaran segerak (kelajuan medan magnet
berputar) iaitu Ns = Nr. Walaupun penggerak pemutar ditanggalkan, motor masih
berputar kerana ini disebabkan oleh tindakan saling kunci di antara medan magnet
berputar dengan medan magnet di pemutar.
Daya yang menguncikan pemutar dengan pemegun diistilahkan sebagai daya kilas
tarik ke dalam (perapat). Bagi motor segerak, pemutarnya mempunyai batang pengalir
sangkar tupai dan motor segerak ini dijalankan mengikut kendalian motor aruhan
sangkar tupai sebelum bekalan a.t dibekalkan pada pemutar apabila pemutar hamper
menyamai kelajuan segerak. Tetapi cara ini terbatas pada motor yang berukuran
sederhana sahaja.
http://www.slideshare.net/mmh301107/motor-3-fasa

Anda mungkin juga menyukai