Anda di halaman 1dari 2

(Bismillahirrahmannirrahim, Alhamdulillahi Rabbil Alamin,

Was-solatu was-salamu ala Rasulihil-amin, Waala aalihi wasohbihi ajmain: amma badu)
Assalamualaikum wkt, salam satu Malaysia salam KB Gemilang.
Yang Berusaha pibg
Yang dihormati USTAZ .
Rakan-rakan pentadbiran, guru-guru, kakitangan dan yang dikasihi murid-murid sekalian.
Al-Hamdulillahi Rabbil Alamin, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas limpahperkenan-Nya,
dapat kita bersama dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMKTPI,
bagi tahun 1437 Hijriah, bersamaan tahun 2016 Masihi.
Walaupun, penganjuran majlis ini lewat dari tarikh
yang sepatutnya, namun majlis inidianjurkan sebagai medium untuk meningkatkan kefahaman agama se
luruh warga SMK TPI, selain menjana kecintaan terhadap junjungan besar Baginda Rasulullah SAW.
Hadirin yang berbahagia sekalian,
Membesarkan Maulidurrasul samalah seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah (s.a.w) u
mpama simbol bagi agama Islam.
Saya
memetik
ungkapan ImamMutawalli Sha'rawi
yang telah menulis di dalam kitab beliau, Ma'idat al-Fikr al-Islamiyya (ms. 295);
"Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiranbaginda (s.a.w)
dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua
malaikat pun bergembira dan semua jinn Islam bergembiradi atas kelahiran baginda (s.a.w), kenapa ka
mu menghalang kami daripada bergembiradengan kelahiran baginda (s.a.w)?"
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Kelahiran dan perutusan Baginda Nabi Muhammad SAW merupakan satu nikmat danrahmat kepada
seluruh alam. Hal ini telah dinyatakan oleh Allah SWT, di dalam surahal- anbiyak ayat 107 :
( wa ma arsalnaka illa rohmatan lil alamin) Maksudnya :
Dan tidaklah kami utuskan Engkau (Muhammad) melainkan sebagairahmat ke seluruh alam
Justeru
itu,
kita selaku ummat Nabi Muhammad SAW,
wajar untuk sentiasa mengenangperjuangan Baginda Rasulullah SAW dalam menyebarkan dakwah Isla
m. Hasil perjuangandakwah Baginda Rasulullah
SAW dan pengorbanan sahabatsahabat Baginda, maka kitadapat mengecapi nikmat iman dan Islam pada hari ini.
Saya menarik perhatian kepada seluruh pewaris generasi masa hadapan yang berada di hadapan saya
ketika ini, dengan beberapa fenomena keruntuhan jiwa dan akhlak,masyarakat Melayu Muslim mutakhir
ini. Kes-kes bayi yang ditinggalkan di tong-tongsampah, di masjid dan sebagainya.
Kita juga sering mendengar kes si tanggang moden, anak menderhakai ibubapanya,sehingga sanggup
meninggalkan ibubapa di pusat-pusat jagaan warga tua tanpa kerelaanmereka. Ini tidak termasuk
dengan ribuan bayi yang dilaporkan lahir tanpa ikatan perkahwinan yang sah.
Mengikut statistik pula, lebih 95% penghuni di 28 pusat serenti di negara ini adalah mereka yang
beragama Islam. Angka ini tidak termasuk mereka yang masih bebas di luar. Renungkanlah sejenak,
pada ketika remaja dan belia kaum-kaum lain menghabiskan masa membanting tulang mencari
kemakmuran hidup dengan menjana pendapatan, memperkukuh ekonomi, remaja dan belia muslim pula

leka,
sebuk
dengan
merempit,
melepak
serta
Ini membuktikan keruntuhan jatidiri Muslim didalam negara kita.

berpeleseran

tanpa

haluan.

Justeru, apa yang saya harapkan ialah, agar penganjuran Sambutan Maulidur RasulPeringkat
sekolah pada kali ini, akan mengetuk rasa kesedaran kita agar sentiasaberusaha memperbaiki akhlak da
n meneguhkan jatidiri sebagai seorang muslim, bagimenempuh arus kehidupan di dunia yang sementara
ini.
Hadirin yang di rahamti Allah sekalian,
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada USTAZ yang sudi menerima
undangan kami, terima kasih kepada YDP, terima kasih juga kepada guru-guru dan murid-murid yang
sudi
hadir.
Jutaan penghargaan dan tahniah
pula
saya
tujukan kepada jawatankuasa pelaksana majlissambutan Maulidur
Rasul peringkat
sekolah bagi tahun ini, khususnya kepada penyumbang-penyumbang sama ada dalam bentuk wang
ringgit, idea dan tenaga dalam menjayakan program ini.
Sama-samalah
kita berdoa kepada Allah SWT, agar kita semua, digolongkan di dalamgolongan umat Baginda Rasul
ullah SAW,
yang layak untuk memasuki syurga Allah SWT, sesuai dengan sabda Baginda
Rasulullah SAW :
Setiap daripada ummatku akan masuk ke dalam syurga kecuali mereka yangenggan Sahabat
bertanya : Siapakah
yang enggan
wahai Rasulullah.
Rasulullahmenjawab : Barangsiapa yang mentaatiku, masuklah dia ke dalam syurga, barangsiapayan
g mengingkariku, maka sesungguhnya dia enggan masuk ke dalam syurga.
Sidang hadirin yang berbahagia;
Jauh Perjalanan Luas pemandangan,
Mencari Ilmu Merungkai Rahsia,
Muhammad Rasul Nabi Junjungan,
Menjadi Teladan Umat Manusia.
Rasulullah Utusan Mulia,
Kisah hidupnya penuh cabaran,
Menyebar Islam Seantero Dunia,
Membawa kita Cahaya Kebenaran.
Sekian,
Wabillahi taufiq wal-hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.