Anda di halaman 1dari 2

KEMAHIRAN KOMUN1KAS!

GURU 169

6.0 Pengenalan

Komunikasi bermakna penghantaran sesuatu mesej sama ada secara


tulisan, lisan atau bukan lisan oleh seseorang kepada pihak lain dan
akan berlaku tindak balas daripada penerima mesej. Komunikasi
yang berkesan adalah apabila sesuatu mesej yang disampaikan
dapat diterima oleh penerima dengan jelas. Selain menghantar
mesej, komunikasi juga adalah sesuatu yang berkaitan dengan
kemahiran menerima mesej. Sesuatu mesej yang diterima perlu
difahami dan berupaya memberikan tindak balas yang paling tepat
walau dalam apa jua keadaan. Komunikasi juga difahami sebagai
interaksi manusia dalam perkongsian idea, pandangan danperasaan
sama ada secara pertuturan mahupun melalui gerak isyarat atau
simbol. Komunikasi berkesan apabila mesej yang dihantar berjaya
difahami dan penerima mesej melakukan tindakan sejajar dengan
maksud mesej. Namun, sekiranya sesuatu halangan berlaku dalam
komunikasi, maka mesej yang hendak disampaikan terhalang dan
matlamat komunikasi tersebut gagal. Komunikasi boleh berlaku
secara lisan atau bukan lisan. Hal ini menegaskan bahawa sesuatu
mesej tersebut boleh tiba kepada penerima sama ada melalui katakata yang dipertuturkan ataupun melalui simbol dan gerak badan
yang membolehkan penerima mentafsir maksud mesej tersebut,
contohnya apabila guru meletakkan jari telunjuknya ke bibir,
murid-murid menerima mesej tersebut sebagai petanda meminta
mereka berhenti bercakap. Hakikatnya, selain kemahiran lisan,
manusia juga menguasai kemahiran bukan lisan yang mendorong
manusia menyampaikan sesuatu mesej. Malahan, kemahiran bukan
lisan ada kalanya mampu menjelaskan maksud lebih jelas daripada
ungkapan perkataan.

6.1 Kepentingan Kemahiran Komunikasi


kepada Guru
Seseorang guru perlu membuat persediaan sebelum berdepan
dengan muridnya dalam pelbagai aspek terutama dalam aspek
komunikasi. Guru bukan sahaja perlu mahir dalam menyampaikan
mesej, malah guru juga perlu bijak mentafsir mesej yang diterima
dan menganalisis mesej tersebut sehingga mampu memberi

Anda mungkin juga menyukai