Anda di halaman 1dari 10

RPH PENDIDIKAN JASMANI

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


PENDIDIKAN JASMANI

Tarikh

: 2.3.2011

Masa

: 7.45-8.45 Pagi

Tahun

:4

Bilangan Murid
Tunjang Pembelajaran
Tajuk
Sub-Tajuk

: 20 orang
: Kemahiran
: Lompat Tinggi
: Melompat Gaya Pelana

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini
murid dapat:1. Psikomotor
i.
Murid dapat berlari dan melonjak dengan menggunakan gaya pelana
tiga dari lima percubaan.

2. Kognitif
i.
Murid dapat menjelaskan 1 atau 2 teknik lompatan mengikut keupayaan dan
kesesuaian sendiri.

3. Afektif
i.
Membina keyakinan diri, mewujudkan suasana keseronokan dan
meningkatkan kerjasama antara satu sama lain.

4. Kemahiran berfikir

: Membuat analisis sebelum melakukan lompatan.

5. Pengalaman sedia ada : Murid telah menguasai kemahiran melonjak, melompat

dan berlari.

6. Penerapan nilai

7. BSSP

: Berdisiplin, Bekerjasama, Mematuhi peraturan

: Tiang Lompat Tinggi, Tilam Mendarat, Palang, Skitel


kecil dan besar

FASA/

AKTIVITI

FOKUS P&P

ORGANISASI

MASA

ALATAN/
CATATAN

Permulaan

Memanaskan
badan

(5 minit)

Lari ulangalik

Bergerak perlahan dalam


barisan ke depan dan ke
belakang.

X
O
X
O
X

Lompat
bebas

Lompat dalam kawasan


yang ditetapkan
Berselerak di
dalam kawasan

Skitel

yang dikhaskan.

Lompat
sambil tepuk
tangan

Lompat setempat dengan


bertepuk tangan.

X
X
X

Perkembanga
n

Kemahiran 1. Murid berlari dalam


berlari
bulatan.
berperingkat

(40 minit)

Langkah 1

2. Murid berlari dalam angka


lapan.

Kemahiran
asas
melompat

1. Murid berdiri di hadapan


tilam.

Langkah 2
2. Murid melompat ke arah
tilam dengan cara bergolek

Dalam kumpulan
berlima

Tepung
untuk
membentuk
bulatan dan
angka lapan

Tilam
Mendarat

ke hadapan.
XOXOX

3. Tangan bebas hayun ke


belakang & hayun ke depan
ketika berlari.
OXOXO

4. Mata pandang ke arah


tilam semasa melompat.

XOXOX

OXOXO

XOXOX

Langkah 3

Kemahiran 1. Berlari sambil


melompat dan menghayunkan tangan ke
melepasi
belakang dan ke depan.
palang

Kumpulan

Tilam
Mendarat,
palang,
Skitel kecil
dan besar

2. Melonjak dengan sekuat


boleh untuk melepasi
palang yang ada di atas
skitel kecil dan besar.

Nilai:
3. Mendarat dengan selamat
di atas tilam.

daya

bersaing

o
x
o

Kemuncak
(10 minit)

Pertandingan 1. Murid dibahagikan kepada


2 kumpulan.
(lompat tinggi)

Kumpulan

Tiang
lompat
tinggi,
palang,
tilam
mendarat,
visel

2. Setiap ahli kumpulan harus


melepasi palang lompat
tinggi dengan gaya pelana.
x

3. Ahli yang berjaya melepasi


palang akan memperoleh 1
mata untuk kumpulan
masing-masing.

o
x
o
x

4. Kumpulan yang berjaya


mendapat mata yang
tertinggi akan digelar
sebagai pemenang

Penutup

GK Pemulihan

Individu

(5 minit)
1. Lompat
bintang

Duduk bercangkung

Lonjak dengan tinggi, buka


kaki & buka tangan

2. Tarik nafas

Berdiri kaki rapat dan


tangan di sisi

Angkat tumit dan angkat


tangan ke sisi

Tarik nafas dan hembus

berselerak

Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati dan
sentiasa mendapat perhatian ramai. Lompat Tinggi mula diperkenalkan dalam
tahun 1887 dan dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah diperkenalkan di
dalam sukan Olimpik. Acara ini menjadi perhatian ramai kerana pelbagai gaya
lompatan digunakan oleh para atlit. Dalam acara Lompat Tinggi, seseorang atlit
memerlukan kebolehan semulajadi. Bagi melaksanakan satu lompatan yang baik
hendaklah bergantung kepada diri atlit itu sendiri iaitu dari persediaan fizikal dan
mental. Terdapat beberapa peraturan dalam acara lompat tinggi.
Peraturan asas Lompat Tinggi adalah seperti acara-acara padang lain, Lompat
Tinggimempunyai peraturan dan undang-undang khusus yang telah ditetapkan
oleh IAAF yang harus dipatuhi oleh semua peserta dan pegawai yang terlibat
dalam acara ini.
Antara undang-undang tersebut adalah seperti berikut ;Peserta hendaklah membuat lompatan mengikut susunan yang ditetapkan menerusi
undian yang dilakukan sebelum pertandingan bermula.
Peserta boleh memilih arah atau sudut dari kawasan larian untuk memulakan larian
untuk melompat.
Kedua-dua tiang lompat tinggi hendaklah kekal di tempat yang ditetapkan dan
tiang-tiang itu tidak boleh diubah ke tempat lain. Jika terpaksa berbuat demikian,
pengubahan hendaklah dilakukan selepas semua peserta menamatkan lompatan
pada sesuatu ketinggian tertentu.
Peserta dibenarkan meletakkan penanda yang disediakan oleh pegawai
pertandingan untuk mengukur larian sendiri sebelum membuat lompatan.
Jika lebih daripada seorang peserta yang mampu melepasi suatu ketinggian tetapi
gagal melepasi ketinggian berikut, maka peserta yang melepasi ketinggian itu
dengan jumlah lompatan yang sedikit dikira pemenang. Jika selepas itu, masih ada
lebih daripada seorang peserta yang berjaya, peserta dengan lompatan yang lebih
sedikit pada ketinggian sebelumnya dikira pemenang.
Lompat Tinggi Gaya
Dalam Lompat Tinggi terdapat beberapa gaya dalam lompatan tinggi bagi lompat
dengan tepat. Terdapat beberapa gaya lompat tinggi, iaitu gaya gunting, gaya
timur, gaya guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop.
Gaya Timur
Dalam gaya ini, pelompat menuju ke palang secara bersudut kira-kira 30 darjah.
Pelompat akan menggunakan tujuh hingga sembilan langkah dalam lompat tinggi.
Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri,
memulakan larian dengan kaki kanan dan juga ada sesetengah pelompat akan
melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian
dengan kaki kiri.

Semasa lonjakan pelonjak akan melonjak dengan kaki luar dan semasa melonjak,
kaki melonjak di depan pinggul dan pinggul di hadapan bahu untuk mencondongkan
badan semasa membuat lonjakan. Seterusnya dalam layangan, pelompat mestilah
kaki bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan palang dan juga bahu berhampiran
palang dikekal tinggi dan tidak condong ke arah palang. Kaki lonjak dihayun ke atas.
Dengan itu, semasa mendarat pelompat melompat di atas punggung atau dengan
dua belah kaki.
Gaya Guling Barat
Penujuan akan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat
melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang.Kaki lonjakan berada dalam
keadaan bengkok semasa pelompat berguling selari dengan palang untuk
membuat pelepasan.

Gaya Gunting
Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang
berada diluar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam
keadaan duduk berlunjur.

Gaya Fosbury Flop


Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini. Mengikut gaya ini
pelompat menuju ke palang dengan membelakangkan palang. Gaya ini
diperkenalkan oleh Dick Fosburypada Tahun 1968.
Beliau telah memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang melompat tinggi di
mana pelepasan palang di buat dengan bahagian belakang ( bahu ) dahulu dan
pendaratan dibuat di belakang badan hampir dengan bahagian tengkuk. Dalam
Gaya Fosbury Flop ini penujuan larian dilakukan dengan cepat dan beritma. Guna
larian 5 9 langkah dengan tiga langkah terakhir secara melengkung dan pelompat
yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian
dengan kaki kanan. Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari
sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri.
Manakala, lonjakan dalam Gaya Fosbury Flop adalah pelonjak melonjak dengan
cepat dan kuat menggunakan kaki luar palang dan kaki di hadapan badan. Selain
itu, badan ditegakkan atau condong sedikit ke belakang dan kaki bebas diangkat
tinggi dengan lutut dibengkokkan dan juga tangan yang dibengkokkan juga dihayun
ke atas. Lutut digerak melintang badan untuk membantu pusingan badan semasa
lompat.
Layangan Semasa di udara, pelompat menolak kebelakang (memenadang palang)
sambil melentikan badan.Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua
belah kaki dibengkokkan dibahagian lutut. Lentikkan badan ini akan membantu
bahagian punggung pelompat badan melepasi palang. Setelah badan pelompat
melepasi palang, kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak keatas.
Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan ia juga sebagai
persediaan untuk pendaratan. Pendaratan Serentak dengan mengankat kakinya
keatas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah

tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagian belakang


badannya (tulang belikat).

Anda mungkin juga menyukai