Anda di halaman 1dari 3

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MOUNT AUSTIN

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI BIL 3 / ( 2018 )

Tarikh : 11 JULAI 2018 ( RABU )

Masa : 1.40 PETANG

Tempat : BENGKEL REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Pengerusi : EN ANDY LIM TEIK HONG

Kehadiran(Bilangan) : 7 / 7 ORANG

Turut Hadir (Jika ada) : TIADA

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan terima kasih atas kehadiran
guru-guru RBT

1.2. Pengerusi berharap agar mesyuarat ini dapat berjalan dengan lancar.

1.3. Pengerusi juga meminta semua guru RBT memberi tumpuan dan komitmen sepanjang
mesyuarat berlangsung
Tindakan : Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadang untuk disahkan oleh Encik Farid bin Ishak

Disokong untuk pengesahan oleh Puan Er Siew Lee.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1. Pengerusi memaklumkan masih ada guru-guru RBT yang tidak mencatat pada
Rekod Penggunaan Bengkel RBT setiap kali menggunakan bengkel. Perkara ini
perlu direkokd dan didokumentasikan.

3.2. Program panitia akan dilaksanakan pada bulan Oktober.

3.3. Masih ada antara guru yang tidak menampal dan menanda senarai semak
‘Tahap Penguasaan’ pada buku latihan murid.

Tindakan: Guru RBT


1

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT

4.1. AUDIT AKADEMIK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

4.1.1. Berikut merupakan analisis peperiksaan RBT bagi Peperiksaan


Pertengahan Tahun.

DARJAH : TAHUN 4

Bil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E Menguasai


Bil Kelas GPMP
Daftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

1 ARIF 37 37 0 26 70.27 8 21.62 3 8.11 0 0 0 0.00 37 100.00 1.38

2 BESTARI 38 38 0 19 50 16 42.11 2 5.36 1 2.63 0 0.00 38 100.00 1.61

3 CERDAS 39 39 0 3 7.69 21 53.85 15 38.46 0 0.00 0 0.00 39 100.00 2.31

4 DAYA 35 35 0 1 2.86 3 8.58 16 45.7 5 14.3 10 28.57 25 71.43 2.71

Jumlah 149 149 0 49 32.89 48 32.31 36 24.16 6 4.03 10 6.71 139 93.29 1.97

DARJAH : TAHUN 5

Bil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E Menguasai


Bil Kelas GPMP
Daftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

1 ARIF 33 33 0 2 6.06 11 33.33 12 36.36 6 18.18 2 6.06 31 93.94 2.85

2 BESTARI 33 33 0 5 15.15 5 15.15 16 48.48 7 21.21 0 0.00 33 100.00 2.76

3 CERDAS 29 29 0 1 3.45 4 13.79 14 48.28 5 17.24 5 17.24 24 82.76 3.31

4 DAYA 29 29 0 0 0.00 4 13.79 14 48.28 6 20.69 5 17.24 24 82.76 3.41

Jumlah 124 124 0 8 6.45 24 19.35 56 45.16 24 19.35 12 9.68 112 90.32 3.06

DARJAH : TAHUN 6

Bil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E Menguasai


Bil Kelas GPMP
Daftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

1 ARIF 37 37 0 22 59.46 15 40.54 0 0.00 0 0.00 0 0.00 37 100.00 1.41

2 BESTARI 34 34 0 0 0.00 34 100.00 0 0.00 0 0.00 0 0.00 34 100.00 2.00

3 CERDAS 32 32 0 0 0.00 29 90.63 3 9.38 0 0.00 0 0.00 32 100.00 2.09

4 DAYA 28 28 0 1 3.57 9 32.14 5 17.86 6 21.43 7 25.00 21 75.00 3.32

Jumlah 131 131 0 23 17.56 87 66.41 8 6.11 6 4.58 7 5.34 124 94.66 2.14

4.1.2. Guru RBT diminta memastikan pencapaian lulus keseluruhan berdasarkan kelas
diperoleh pada setiap kali peperiksaan seperti berikut.
a) 100% ke atas bagi kelas Arif
b) 90% ke atas bagi kelas Bestari
c) 80% ke atas bagi kelas Cerdas
d) 70% ke atas bagi kelas Daya

4.1.3. Guru RBT perlu mempertingkatkan pencapaian A bagi setiap kertas untuk
penentuan kualiti.

4.1.4. Kebanyakan murid yang lemah disebabkan oleh:


a) Gagal menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru
2

b) Terlupa membawa buku RBT disebabkan keliru dengan giliran TMK

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.1.5. Bagi mengatasi masalah ini :


a) Guru perlu mengenal pasti murid-murid yang lemah dan perlu dibimbing.
b) Guru perlu memastikan latihan diberi dari masa ke masa

Tindakan: Guru RBT

4.2. LAPORAN PERJUMPAAN KECIL

4.2.1. Guru-guru perlu berkongsi ilmu setiap kali perjumpaan kecil dijalankan mengenai
teknik pembelajaran dan pengajaran yang telah dilakukan.

4.2.2. Melalui perjumpaan kecil ini, guru RBT dapat membuat penambahbaikan dalam
pengajaran dan meningkatkan lagi pencapaian akademik murid.

4.2.3. Jadual bertugas akan diedarkan untuk sesi 2018 bagi memudahkan guru terlibat
merancang sesi pengajaran.
Tindakan: Guru RBT

4.3. PENAMBAHBAIKAN

4.3.1. Alatan dan kemudahan di bengkel akan ditambah dari semasa ke semasa bagi
memastikan murid-murid dapat menjalankan projek yang telah dirancang.

4.3.2. Sebelum murid beredar ke kelas masing-masing, murid-murid dikumpulkan


di tengah laluan meja. Dengan cara ini, guru mudah memantau tahap
kebersihan meja kumpulan murid.

4.3.3. Tong sampah telah di kategorikan kepada 3 bahagian iaitu tong sampah untuk
bahan buangan kayu, bahan buangan besi / aluminium dan tong sampah am.
Pastikan murid-murid membuang sampah dalam tong yang disediakan.

5 HAL-HAL LAIN

5.1. Guru RBT diminta memastikan murid membersihkan bengkel setelah selesai aktiviti
dilaksanakan kerana didapati bengkel agak kotor dan alatan tidak disusun selepas
digunakan.
Tindakan: Guru RBT

6 PENUTUP
6.1 Pengerusi Mesyuarat mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua guru
kerana dapat meluangkan masa dalam mesyuarat ini. Mesyuarat ini ditangguhkan dan
akan disambung semula pada satu tarikh mesyuarat yang akan ditetapkan kemudian.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.40 petang.

Disediakan oleh,

( ER SIEW LEE )
Urus Setia
Tarikh : 13 JULAI 2018
3

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai