Anda di halaman 1dari 3

TEMA 3 : HIDUP BERMASYARAKAT

OBJEKTIF PEMBELAJARAN :

Menyatakan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam


sekitar.

Menyenaraikan peranan dan tanggungjawab agensi yang berkaitan


dengan penjagaan alam sekitar.

Menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

TEMA 3: HIDUP BERMASYARAKAT


PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Pemeliharaan alam sekitar


Mengekalkan alam sekitar dalam keadaan asalnya.

Pemuliharaan alam sekitar

Usaha atau proses mengembalikan keadaan asal alam sekitar yang


mengalami perubahan akibat tindakan manusia.
LANGKAH-LANGKAH MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR

Mengitar semula, Menguatkuasakan undang-undang, menggunakan kaedah


biologi dalam pertanian, menanam tanaman tutup bumi, penghutanan
semula, mengurus sampah sarap secara sistematik, mewartakan hutan
simpan dan taman negara.

ANTARA AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMELIHARA DAN


MEMULIHARA ALAM SEKITAR

Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia. (FRIM)

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)

Alam Flora Sdn. Bhd.

JABATAN ALAM SEKITAR


PERANAN

Menerima aduan dan mengambil tindakan terhadap isu-isu alam sekitar.

Membincangkan dan menentukan resolusi yang berkaitan dengan alam


sekitar di dalam dan luar negara.

TANGGUNGJAWAB

Memantau aktiviti manusia yang menyebabkan pencemaran.

Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Zon Ekonomi
Eksklusif 1984.

AKTIVITI MANUSIA YANG MENJEJASKAN ALAM SEKITAR


PENEROKAAN HUTAN

Tujuan pembalakan, pembinaan jalan raya, pertempatan , aktiviti pertanian


pindah.

AKTIVITI PERINDUSTRIAN

Penebangan pokok, asap daripada kilang dan kenderaan, perataan lereng


bukit.

KEPEKAAN DAN TINDAKAN TERHADAP ISU DAN MASALAH ALAM SEKITAR


PENCEMARAN UDARA
PUNCA

Asap kenderaan, pembakaran terbuka, proses industri kilang.

KESAN

Kesihatan terjejas, menyebabkan kemalangan, pertanian tidak produktif.

PENCEMARAN AIR
PUNCA

Bahan kumuhan kilang, tumpahan minyak, aktiviti pertanian

KESAN

Hidupan akuatik mati, kesihatan terjejas, kekurangan bekalan air bersih.

PENCEMARAN DARAT
PUNCA

Pembuangan sisa toksik, Penggunaan racun serangga, Pembuangan sampah


sarap.

KESAN

Ketidaksuburan tanah, mengeluarkan bau busuk, membahayakan nyawa.

PENCEMARAN BUNYI
PUNCA

Kenderaan dan jentera berat, kegiatan perlombongan/kauri, kawasan


perindustrian.

KESAN

Menjejaskan produktiviti, menyebabkan pekak, gangguan psikologi.

CONTOH-CONTOH BENCANA ALAM

Banjir, Tanah runtuh, Gempa bumi, Ribut, Tsunami, Kemarau.

KESAN-KESAN BENCANA ALAM

Ancaman penyakit berbahaya, kehilangan nyawa dan haiwan ternakan,


tanaman musnah, mengubah landskap dan bentuk muka bumi, kemusnahan
harta benda.

Anda mungkin juga menyukai