Anda di halaman 1dari 6

Sentuhan Merdeka

KEMERDEKAAN -SEJAUH MANAKAH PENCAPAlAN KITA.


Tarikh 31 Ogos 2001 ini, genaplah 44 tahun Malaysia menikmati kemerdekaannya. Kemerdekaan
negara adalah suatu yang harus kita syukuri, bukan sekadar kita sambut dengan perarakan, lampulampu yang bergemerlapan atau bendera yang berkibaran sahaja. Jiwa kemerdekaan itu haruslah diisi
dengan kesedaran kerana tanpa kemerdekaan kita masih dikongkong dan apa yang kita kecapi hari ini
tak mungkin kita rasai. Mengimbau rentetan sejarah sebelum negara ini merdeka, Prof. Datuk Dr
.Ibrahim Bajunid, Presiden Persatuan Penyelidikan Pendidikan Malaysia (MERA) telah sudi membuka
kembali tirai kemerdekaan untuk kita renungkan bersama.

Semangat Kemerdekaan
50 tahun sebelum merdeka iaitu selepas Perang Dunia Kedua, Liga Bangsa-bangsa Bersatu telah
diwujudkan. Kebanyakan negara-negara dibawah jajahan British, Peranchis, Portugis dan Sepanyol
mahu melepaskan diri dari penjajahan ini. Sebelum pencapaian kemerdekaan, negara-negara yang
dijajah ini menuntut universal franchise , ataupun hak untuk mengundi. Ini berlaku pada tahun 1955.
Seterusnya satu demi satu negara mencapai kemerdekaan dan kemerdekaan Malaya ketika itu
merupakan satu pergerakan global yang hanya menjurus ke arah kemerdekaan politik. Momentum ke
arah pencapaian kemerdekaan ini dicetuskan oleh guru-guru serta ahli-ah1i agama pada ketika itu.
Dengan itu pada 31 Ogos 1957 menjadi salah satu negara yang merdeka dan Malaya menjadi ah1i
Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation).

Adakah Kita Masih Dijajah Dari Segi Pemikiran?


Kita tidak boleh menunding jari kepada Barat kerana kemajuan yang kita capai selepas kemerdekaan
sememangnya hasil dari tunjuk-ajar mereka. Kita haruslah akur bahawa kemerdekaan tidak
membawa kemajuan sekaligus. Semuanya memerlukan masa. Kita perlu masa untuk belajar
mentadbir, kita perlu masa untuk mempelajari i1mu yang baru.
Kemajuan mengambil waktu yang agak panjang kerana kita sememangnya tidak ada kemahiran ketika
itu -jadi kita belajar daripada barat. Kolonialism sebenarnya banyak juga memberi kebaikan kepada
negara kita. Misa1nya, ketika mereka memberikan kemerdekaan kepada kita, mereka meningga1kan
sistem perkhidmatan awam yang baik, sistem perubatan dan pendidikan yang tinggi tarafnya untuk
kita teruskan. Jadi, apabila kita menjadi negara yang merdeka, segala tinggalan yang baik ini telah
kita perbaiki dan perbaiki hinggalah menjadi yang terbaik buat masyarakat Malaysia hari ini.
Sebagai masyarakat Malaysia yang merdeka, kita seharusnya membentuk budaya kita sendiri dan
mengambil contoh yang baik dari barat, bukan yang buruk. Budaya barat yang menular pada generasi
sekarang hanyalah berupa budaya sisipan atausub-culture dan bukan budaya perdana. Ini bermakna
kita boleh mengatasi budaya sisipan ini sekiranya kita berusaha.

Mengapa Generasi Muda Tidak Dapat Menghayati dan Menghargai Kemerdekaan?

Generasi muda tidak dapat menghayati erti kemerdekaan kerana mereka tidak pernah merasai
kegetiran sebelum merdeka. Generasi dulu misa1nya terpaksa menyanyi lagu God Save The Queen
setiap hari sebagai menghargai penjajah. Jadi apabila mereka menyanyikan lagu NEGARAKU, mereka
merasa cukup bangga dan megah kerana terdapatnya satu pencapaian hebat dalam lagu kebangsaan
kita. Bagi generasi baru, NEGARAKU hanyalah lagu. Mereka tidak merasa apa-apa. Mereka juga tidak
tahu siksanya datuk moyang mereka menentang komunis pada suatu ketika dulu. Generasi baru lahir
dalam negara yang sudah merdeka, mereka tidak sedar bahawa pada suatu ketika dahulu, apa yang
mereka kecapi sekarang tidak pemah dirasai oleh generasi dulu. Sudah menjadi hukum alam bahawa
kita lebih menghargai apa yang sukar kita dapati. Namun mereka harus disedarkan bahawa konteks
kemerdekaan itu sendiri sebenarnya tiada akhiran.

Bagaimana Memupuk Kesedaran Mereka Terhadap Jiwa


Kemerdekaan.
Semua pihak memainkan peranan tersendiri -pemimpin negara, keluarga, guru, masmedia dan kini
internet. Kesedaran harus dipupuk dengan cara yang lebih positif. Kalau generasi dulu
memperjuangkan kemerdekaan politik, mereka sebagai generasi baru haruslah meneruskan
perjuangan mereka dari segi intelektual. Ini kerana negara yang lebih besar mengongkong negara
yang lemah. Lambat laun kita terjajah semula kerana kita kurang berilmu. Peneraju ekonomi akan
memegang tampuk kemerdekaan sebenar.
Generasi baru harus di beri penjelasan tentang peranan mereka. Tahap-tahap kemajuan yang harus
dicapai dan kepentingan mereka sebagai pemangkin kemajuan akan datang. Hidupkan semangat
kemerdekaan secara formal atau tidak formal. .Ibubapa menyedarkan anak-anak, guru menyedarkan
murid-murid, pusat pengajian menyedarkan graduan dan media pula menghidupkan jiwa
kemerdekaan dalam bentuk dokumentari atau drama.
Generasi muda kita harus berjuang menghadapi saingan hebat globalisasi. Kita harus
bersedia dan melengkapkan diri dengan segala ilmu yang ada tanpa menolak keluhuran budaya
sendiri. Dengan cara itu kemerdekaan yang kita kecapi hari ini akan menjadi lebih bererti pada suatu
ketika nanti.

Bahasa merupakan satu unsur yang membentuk akal budi setiap individu dalam suatu kelompok
masyarakat. Bahasa merupakan pencatat, perakam. penyebar dan pewaris khazanah ilmu pengetahuan
dan kebijaksanaan sesuatu bangsa dan tamadun. Bahasa memerlukan budaya bagi mengeratkan
hubungan jiwa dan emosi pembentukan masyarakat. Gabungan unsur ini mampu membentuk jati diri
yang kukuh, padu dan utuh bagi sesuatu kelompok manusia sebagai asas pembinaan tamadun. Kertas
kerja ini akan membincangkan bahasa Melayu berbagai-bagai asas pembinaan tamadun Melayu. Ia
meliputi tiga unsur iaitu persepsi sejarah kebudayaan, persepsi perbandingan bahasa dan budaya, dan
bahasa Melayu dalam politik kebangsaan. Bahasa adalah jiwa kepada bangsa Melayu yang kini
berkembang menjadi kekuatan kesatuan bangsa dalam pembinaan negara-bangsa di Malaysia.
PENDAHULUAN
Bahasa dan budaya adalah bidang utama kekuatan bangsa dan ianya saling melengkapi dalam
pembangunan dan pembinaan negara bangsa. Bahasa yang mampu berkembang menangani perubahan
keperluan dan tuntutan baru peradaban manusia akan mampu membina tamadun umatnya. Keterikatan
dan kesetiaan pada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa negara boleh
menyemaikan semangat kekitaan dan kesetiakawanan. Bahasa Melayu, baik sebagai bahasa komunikasi
mahupun bahasa ilmu, dapat berperanan lebih utuh dalam program kebahasaan pada peringkat
kebangsaan dan antarabangsa yang saling tunjang-menunjangi dan saling melengkapi. Bahasa
merupakan wahana pengucapan kebudayaan tinggi sesebuah peradaban bangsa. Dengan kata lain,
bahasa adalah tonggak ampuh yang dapat mendukung jati diri sesuatu bangsa. Sejarah perjuangan

bangsa mulai awal abad ke-20 menunjukkan cita-cita mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan, bahasa pengantar dan bahasa utama dalam
sistem pendidikan negara. Sejarah perjuangan bangsa mulai awal abad ke-20 menunjukkan cita-cita
mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi Negara, bahasa perpaduan,
bahasa pengantar ilmu pengetahuan dan bahasa utama dalam pendidikan Negara. Gerakan menjadi
salah satu gerakan politik yang sesungguhnya ingin pengisian kemerdekaan Negara ditunjukkan oleh
sebuah pembinaan Negara-bangsa. Bahasa adalah bidang utama kekuatan bangsa dan pengucapan
kebudayaan Bahasa yang mampu berkembang menangani perubahan keperluan dan tuntutan baru
peradaban manusia akan mampu membina tamadun umatnya. Terdapat tiga persepsi tentang bahasa
dan budaya dalam tamadun Melayu. Pertama, persepsi sejarah kebudayaan kerana selama ini, sejak dua
ribu tahun yang lalu, bahasa Melayu terbukti wujud, kekal hidup, berkembang dan sentiasa terbuka untuk
berubah mengikut arus perubahan kebudayaan rantau ini. Kedua, persepsi perbandingan bahasa dan
pembinaan tamadun manusia oleh pelbagai bahasa dan bangsa dunia. Ketiga, isu dan masalah bahasa
dan budaya dalam sejarah perjuangan politik kebangsaan dan serantau di Nusantara yang menjadi
sebahagian daripada cita-cita gerakan dan perjuangan kebangsaan terutama di Indonesia dan Malaysia.
Persepsi barunya ialah keperluan pengembangan bahasa Melayu dan kebudayaan kebangsaan dalam
pembinaan tamadun baru bangsa Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan persepsi sejarah
kebudayaan dalam asas pembentukan tamadun dan pembinaan negara-bangsa di Malaysia. Selain itu
kajian ini turut menghuraikan persepsi perbandingan bahasa dan budaya dalam asas pembentukan
tamadun dan pembinaan negara-bangsa di Malaysia serta menjelaskan bahasa dalam politik
kebangsaan sebagai asas pembinaan tamadun dan pembinaan negara-bangsa di Malaysia. Tumpuan
kajian ini dibuat hanya adalah meliputi bahasa sebagai asas pembinaan tamadun yang merangkumi
persepsi sejarah kebudayaan. persepsi perbandingan bahasa dan pembinaan tamadun manusia oleh
pelbagai bahasa dan isu dan masalah bahasa dan budaya dalam sejarah perjuangan politik kebangsaan
Persepsi Sejarah Kebudayaan
Persepsi sejarah peradaban manusia memperlihatkan kekuatan sesebuah tamadun dan hidup matinya
tamadun itu terikat pada keupayaan bahasanya. Kekuatan yang sama terpancar dalam sejarah
kebudayaan dan perkembangan bahasa Melayu. Kekuatan sedemikian patut terus terpancar dalam sinar
kekuatan bangsa dan program pembangunan bahasa kini. Kekuatan sejarah sentiasa dirujuk kepada
kekuatan serumpun yang memiliki segala kekayaan. Sejarah ketamadunan wilayahnya menyaksikan
kronologi peradaban yang bermula dari prasejarah, menempuhi ujian dengan kedatangan pengaruh
peradaban Hindu-Buddha, kemunculan Melaka sebagai sebuah Empayar serta pusat tamadun dalam
segenap bidang, terbinanya keperibadian baru dengan kedatangan Islam dan menghadapi konflik nilai
sosial pada zaman kolonial. A. Aziz Deraman ( 2000) menyatakan Valentyn , seorang pendeta dan ahli
sejarah bangsa Belanda dalam penulisan enam jilidnya mengenai segala catatan sejarah di pelabuhan
kepulauan Melayu katanya :
Bahasa mereka, iaitu Bahasa Melayu bukan sahaja digunakan di pantai Tanah Melayu bahkan juga
di seluruh India dan negeri-negeri sebelah Timur. bahasa ini adakah sebagai bahasa Perancis atau Latin
di Eropah ataupun macam bahasa perantaraan di negeri Itali atau Lavwnt. Oleh sebab banyaknya
bahasa ini digunakan maka seseorang yang bertutur dalam bahasa Melayu akan dapat difahami orang
baik pun dalam bahasa Parsi (Persia) ataupun Filifina.
Petikan di sebelah adalah salah satu catatan tentang kemajuan dan perkembangan bahasa Melayu pada
zaman lampau yang dengan sendirinya menggambarkan kemajuan tamadun Melayu sezaman. Catatan
sebelum Valentyn juga menunjukkan kepentingan bahasa Melayu dalam sejarah perhubungan TimurBarat. Antonio Pigafeta menyusun daftar kata Melayu-Itali pada tahun 1522 yang diperoleh melalui
pelayarannya selama tiga tahun di Kepulauan Melayu. Beliau belayar bersama-sama dengan Ferdinand
Magellan ke Kepulauan Filifina dan Maluku pada tahun 1519. Daftar kata Melayu sebanyak 400
perkataan itu merupakan kamus pertama Melayu-Itali yang diberi nama pada mulanya Vokabel De Quedti
Populi Mori. Catatan Jan Huyghen Van Linechotten, orang Belanda yang pernah tinggal di Indonesia
sebagai bahasa antara tahun 1586 hingga 1592 menyatakan bahasa Melayu bukan sahaja amat harum
namanya pada masa itu, bahkan dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati di sebelah Timur.
Orang yang tidak tahu bahasa Melayu pada masa itu dibandingkan dengan orang tidak tahu bahasa
Perancis di Belanda pada zaman tersebut. Bahasa Melayu dikenali di kalangan orang Cina Kun Lun dan
di kalangan orang Hindu disebut sebagai bahasa Dwipantara sejak abad abad pertama Masihi. Bahasa
Melayu telah digunakan pada abad keempat Masihi sebagai bahasa catatan sejarah seperti yang tertera
di batu bersurat di Campa. Bangsa Melayu Campa menggunakan bahasa Melayu sebagai alat

komunikasi bagi mencatat ajaran ajaran moral dan agama yang ada pada waktu itu seperti yang dapat
disaksikan pada batu bersurat Dong Yen Chau di Teluk Tourane, Vietnam selatan. Batu bersurat lain
bertarikh abad ke sembilan, yang terdapat di Phu-thuan-Mison Chempe mencatatkan Raka Indrawarman
raja Negara Campa pada zamannya telah melepaskan sebuah biara daripada cukai tanah dan menyeru
rakyat supaya mengabadikan ajaran agama. Sementara itu prasasti yang lain menyeru rakyat supaya
jangan memberontak terhadap kedaulatan Seriwijaya kerana dengan berbuat demikian mereka akan
dimakan oleh sumpah sendiri. Suatu hal yang menarik lagi ialah bahasa Melayu digunakan sebagai
bahasa kuliah agama Buddha di sebuah pusat pengajian di Seriwija pada abad ketujuh. Pendeta Cina I
Tsing mempelajari bahasa Melayu pada tahun 673 Masihi di Seriwijaya untuk mempelajari falsafah
agama Buddha. Manakala mengikut Abu Bakar Ibrahim al-Hamdani yang terkenal dengan nama Ibnu alFakih dalam kitabnya al-Buldan, orang di Seriwjaya selain menggunakan bahasa Melayu sudah dapat
bercakap dengan menggunakan bahasa Arab dengan fasih, begitu juga bahasa Farsi, Greek dan Hindu.
Setelah kedatangan Islam, penyebatian unsur peradabannya memberi kesan untuk menghasilkan sifat
asasi dan keperibadian kebudayaan Melayu. Bahasa Melayu berkembang dan muncul ahli fakir Melayu
dan alim ulama besar. Kedudukan bahasa Melayu amat penting kerana kini bahasa Melayu mendapat
taraf nilai bahasa tinggi dan menjadi lingua franca bagi seluruh daerah alam Melayu, terutama zaman
kegemilangannya. Bahasa Melayu mula menjadi bahasa yang penting kepada kerajaan yang besar
seperti Aceh dan Melaka. Peranan bahasa dan kesusasteraan Melayu kian penting. Islam menjadikannya
sebagai bahasa umum yang diolah dan diperkenalkan penyatuannya melalui tulisan jawi yang
merupakan tulisan antarabangsa yang amat praktik dan senang dipelajari. Ribuan manuskrip dan hasil
persuratan Melayu sejak awal kedatangan Islam. Tamadun Melayu Islam lahir dengan pesat dan
melahirkan ahli falsafah, ahli fakir, ulama, penulis dan penyair tempatan kerana didorong oleh kreativiti
semula jadi bangsa Melayu. Kita dapat membicarakan tokoh seperti Syeikh Abdul Rauf singkel, Syeikh
Nuruddin ar- Raniri, Muhamad Zain bin al-Faqih Jalaluddin dari Acheh, Syeikh Muhammad Arshad
Banjar, Syeikh Muhammad Khatib dari Minangkabau, Syeikh Muhammad bin Ismail dari Patani, Syeikh
Abdul Malik bin Abdullah, Mohd Yusoff Kenali dan Syeikh Ali Kutan dari Kelantan. Kita dapat mengkaji
pemikiran dan kebudayaan Melayu melalui karangan mereka. Bahasa Melayu kemudian diperkaya bukan
sahaja dengan kitab atau hasil bersifat agama tetapi kemudiannya roman, hikayat, ilmu falsafah, sejarah
dan lain-lain. Apabila Inggeris memperkenalkan sistem pendidikan dan pelajaran baru, lahirlah golongan
terpelajar anak negeri yang terdidik secara barat. Kemerdekaan pula membuka peluang yang seluasluasnya bagi seluruh rakyat memperoleh pendidikan dan terlibat dalam persoalan politik, ekonomi,
kesenian, kesusasteraan dan falsafah. Selepas itu berlaku perkembangan bidang kesusasteraan seperti
penulisan novel, drama, sajak, esei dan kritikan sastera. Perubahan mungkin berlaku kerana perubahan
sejarah dan politik, seperti geopolitik selepas zaman kolonial dan kemerdekaan, mencorakkan munculnya
negara baru, tetapi sebenarnya tidak memisahkan asas kebudayaannya. Rantau geografi yang luas
ditandai pula keluarga bahasa Melayu-Austronesia atau ikatan rumpun Melayo-Polinesia yang
berkembang melalui asas perjalanan budaya yang hamper-hampir sama yang memukau perhatian.
Pengaruh budaya asing disesuaikan tanpa melenyapkan asas keserumpunan atau memusnahkan
bahasanya yang menjadi penerus tamadun.
Persepsi Perbandingan bahasa dan Budaya
Pembinaan tamadun manusia oleh pelbagai bahasa bangsa dunia cukup terbukti. Kekuatan tamadun
Greek-Roman lumpuh kerana kemalapan bahasanya. Walaupun pada suatu masa berkembang luas
membangunkan peradaban empayarnya. Bahasa Inggeris, bahasa Sepanyol dan bahasa Peranchis
tersebar luas kerana pengaruh kolonialisme mereka hampir sama di semua benua. Bahasa itu terus
bertahan di Amerika Latin, Afrika dan Asia. Penerokaan dan penjajahan tidak kurang juga menyebabkan
perpindahan bangsa Eropah dan kewujudan negara baru yang dibina dan dikuasai oleh mereka, seperti
Amerika Utara, Australia, New Zealand dan Afrika Selatan sehingga kehadiran mereka hamper-hampir
meranapkan pembinaan kebudayaan tempatan. Bahasa juga menjadi asas pembinaan dan
pengembangan tamadun cina. Warisan kebudayaan tinggi dan ilmunya masih boleh dirujuk hatta kepada
peninggalan ribuan tahun yang lalu. Warisan itu masih boleh dikaji dan penciptaan baru terus dilakukan
melalui tradisi Mandarinnya. Penyatuan lisan dan pengucapan bahasa yang berlaku sejak Sebelum
Masihi menjadikan cina kekal sebagai sebuah tamadun besar dunia. Bahasa sukuan yang melebihi 50
dialek kelompok kecil menjadikan tidak begitu penting dalam proses pembinaan tamadun yang
berterusan kerana sumbangan masing-masing tetap ada. Sungguhpun Cina tertutup melebihi setengah
abad setelah beralih kepada komunisme, kehidupan budaya dan tamadunnya melalui bahasa yang sama
masih terpelihara. Ilmu yang penting kekal tersimpan, tertulis dan dikaji. Kajian dan pentafsiran baru telah

dilakukan. Bahasa Arab juga tidak terkecuali Sejarah kegemilangan tamadun Islam dari abad ke tujuh
hingga tiga-belas bukan sahaja ditandai oleh wilayah demografi bahasa Arab yang meliputi Asia Barat
hingga ke Afrika Utara. Tamadun Islam tersebar kerana pengaruh bahasa Arab tersebut melampaui
Eropah Selatan dan berpengaruh hingga Asia Tengah, Asia Selatan dan Asia Tenggara. Di Asia Tenggara
bahasa Arab menjadi pelengkap kepada bahasa Melayu dan menyebabkan bahasa Melayu mampu
menjadi salah satu bahasa pengucapan Islam bermula dengan Melaka, diikuti oleh Jawa. Senario baru
perkembangan bahasa Inggeris disebabkan oleh kemaman kemajuan sains dan teknologi, turut di alami,
turut di dalami oleh bahasa Jepun, bahasa Korea dan bahasa Mandarin. Pada masa depan bahasa
Melayu dijangka mempunyai peluang yang sama. Bahasa Melayu akan ikut mampu menjadi salah satu
bahasa antarabangsa abad ke 21. Sekiranya secara sedar kelahiran Malaysia sebagai sebuah negara
maju berjaya diterjemahkan ke dalam acuan sendiri dan didukung bersama oleh negara berbahasa
Melayu yang lain. Keperluan masa kini mungkin tidak dapat disamakan dengan apa-apa yang terjadi
ratusan tahun yang lalu. Sejarah tamadun Melayu memperlihatkan keperluan berbahasa adalah mengikut
keperluan semasa. Tidak ada bahasa yang lain boleh mengasaskan pembinaan tamadun yang berlainan
kecuali penyataan jiwa jauh berbeza. Mengambil iktibar daripada bahasa Greek-Roman, tidak mungkin
bahasa Melayu akan mengalami nasib sedemikian rupa sekiranya perancangan usaha dan cita-cita
pembangunnya sentiasa dimajukan.
Bahasa dan Dalam Politik Kebangsaan
Sejarah perjuangan politik kebangsaan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa nasional atas sifat
kebangsaan dan kenegaraan. Perjuangan bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan politik
kemerdekaan tanah air. Peristiwa kemerdekaan Tanah Melayu 1957 dan apabila bahasa Melayu
dikanunkan dalam Perlembagaan Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Malaysia 1971, sekali gus meletakkan kepentingan
bahasa Melayu sebagai teras pembinaan negara bangsa berlandaskan rasional dan prinsip sebagai
bahasa ikatan kebahasaan dan keserumpunan rakyat asal rantau ini. Selangkah demi selangkah bahasa
Melayu mengambil tempat dalam pembinaan bangsa baru Malaysia dan menjadi bahasa penting di Asia
Tenggara. Ada kebimbangan di kalangan pencinta bahasa Melayu terhadap ketidakmantapan
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa intelektual. Penguasaan dalam
bidang persuratan dan lisan oleh beberapa golongan tertentu yang sepatutnya lebih baik, dikatakan kian
menurun dan tidak membanggakan. Peranan dan kedudukan bahasa Melayu sebagai salah satu teras
perjuangan nasionalisme dan simbol keperibadian kebangsaan tidak memperlihatkan kedudukan
rasminya yang sebenar dalam kehidupan sosial dan politik kehidupan. Usaha untuk memodenkan dan
memantapkannya sebagai alat pengucapan ilmu moden dan kejayaan ahli bahasa mendokumenkan
pertumbuhannya dirasai di Malaysia. Namun kadangkala bahasa Melayu dipolitikkan untuk mencapai
tujuan tertentu. Dalam aspek sejarah bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa kosmologi, baik
dalam hubungan dengan alam fizik dan metafizik, agama dan teknologi semasa, mahupun dalam
pelajaran, perdagangan, pertanian dan pembinaan. Bukti ini menunjukkan betapa bahasa Melayu mampu
mendukung asas dan pembinaan tamadun Melayu. Kepesatan pembangunan ekonomi Malaysia di dalam
negeri dan perkembangan ekonomi Malaysia di arena antarabangsa haruslah berserta dengan
tanggungjawab pengembangan dan penggunaan bahasa Melayu. Tambahan pula dalam perkembangan
pendidikan Malaysia telah menjadi tumpuan pelajar luar negara di pusat pengajian atau universiti awam
mahupun swasta. Sokongan moral dan kebendaan yang lebih hendaklah datang dari semua sektor awam
atau swasta. Sekiranya tidak wujud keinsafan di kalangan komuniti perdagangan, perindustrian,
pengeluaran dan korporat maka ia tidak akan menembusi pasaran pengguna yang lebih luas apatah lagi
ke pasaran antarabangsa. Demikian juga perubahan sikap dan nilai bangsa, apabila beralih kepada nilai
budaya ekonomi melalui kegiatan perusahaan, perdagangan dan pertanian moden mestilah diimbangi
dengan nilai budaya positif yang dikongsi bersama dalam pembinaan bangsa. Bahasa Melayu
berhadapan dengan tuntutan zaman yang begitu cepat dalam pembangunan industri dan teknologi,
kemajuan perdagangan dan kegiatan ekonomi serta perhubungan antarabangsa yang didukung oleh
bahasa asing, terutama bahasa Inggeris. Terdapat juga keperluan penggunaan bahasa Inggeris dalam
sektor industri canggih. Namun, bahasa Melayu tetap mampu mendukung kemajuan sains dan teknologi
PENUTUP
Kekuatan rohaniah dan jasmaniah sesuatu bangsa dan sesebuah negara banyak bergantung kepada
bahasa. Bahasa adalah jiwa kepada bangsa Melayu yang kini berkembang menjadi kekuatan kesatuan
bangsa Malaysia. Dalam kesibukan dan kegigihan kita membina negara menuju ke arah negara maju dan
negara industri, salah satu aspek yang bersifat dalaman tidak boleh diabaikan. Andai kata bahagian ini

terabai, kita akan kehilangan jati diri yang menjadikan sesuatu bangsa itu unik, bermaruah dan berdaulat.
Bahasa Melayu sebagai salah satu tonggak tamadun atau jati diri bangsa tidak boleh tersisih bahkan
mesti diperkukuh dan diperluaskan peranannya dan ia mesti benar-benar berfungsi dalam era negara
maju menjelang tahun 2020. Pembangunan dan kemajuan yang seimbang dan bersepadu tidak akan
tercapai tanpa bahasa dan budaya. Pembangunan bangsa abad ke-21 akan menjadi tempang sekiranya
anutan kita berat sebelah kepada bahasa semata mata dengan mengetepikan budaya dan juga
sebaliknya. Konsep tamadun tidak hanya merujuk kepada kemajuan ekonomi, industri dan teknologi
kerana manusia tetap memerlukan bahasa, kebudayaan, kesusasteraan dan kesenian dalam kehidupan.
Cuma kadangkala persepsi politik tidak dengan jelas dan nyata mendukung penegasan bahawa bahasa
Melayu adalah tonggak pembinaan tamadun negara kita dan pendekatan kita terhadap bahasa asing.
Negara bangsa asasnya negara cendekia akan terus berdiri dengan kukuh dengan tamadun yang
cemerlang berasaskan peranan yang dimainkan oleh bahasa.
BIBLIOGRAFI

Anda mungkin juga menyukai