Anda di halaman 1dari 2

T4 pembelajaran Abad ke 21 (M20142001800)

Pembelajaran koperatif
Pembelajaran koperatif merupkan suatu pembelajaran yang melibatkan kumpulan atau
pasukan pelajar. Konsep kerjasama dan dalam kumpulan telah diperkenalkan oleh
Johnson dan Johnson (1991) dan Salvin (1983). Mereka percaya bahawa pelajar yang
belajar secara bekerjasama dalam kumpulan akan dapat belajar dengan lebih baik dan
berupaya meningkatkan prestasi mereka. Menurut Steven , mendapati bahawa
pembelajaran koperatif telah dapat meningkatkan motivasi pelajar semasa
perbincangan dalam kumpulan.. Melalui pendekatan koperatif juga, pelajar pelajar
yang berlainan kebolehan akan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai
satu matlamat yang sama .
Pelajar pelajar dalam kumpulan perlu menunjukkan kefahaman masing -masing dan
memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Pelajar akan berinteraksi secara aktif dan
positif dalam kumpulan. Cara pembelajaran yang melibatkan interaksi atau penglibatan
individu ini menyumbangkan kadar pemahaman yang tinggi. Pembelajaran secara
aktif ini akan memberikan kesan yang lebih berbanding pembelajaran secara pasif .
pembelajaran koperatif ini membolehkan perkongsian idea antara satu sama lain.

Kemahiran teknologi maklumat


Kemahiran teknologi maklumat dan inovasi turut melahirkan pelajar kreatif dan inovatif
yang dapat mengembangkan pemikiran mereka dan amat berguna apabila berada di
dunia pekerjaan. Dengan adanya aspek ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi lebih menarik dan berkesan kerana berjaya menarik tumpuan pelajar. Misalnya,
dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pelajar dapat
mengakses maklumat tanpa had dengan hanya menggunakan enjin carian seperti
google atau yahoo mereka dapat memperoleh banyak maklumat dengan hanya
menggunakan hujung jari.

Pembelajaran berasaskan projek


Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah satu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang boleh memupuk kemahiran abad ke 21. Topik-topik
tertentu dalam mata pelajaran Sejarah dan Sains contohnya boleh diberi sebagai
tugasan projek di mana pelajar perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
seperti google.Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan
komunikasi interaktif.

kemahiran interpersonal dan intrapersonal


kemahiran interpersonal dan intrapersonal juga termasuk dalam kemahiran abad ke 21.
Kemahiran interpersonal merujuk kepada kebolehan seseorang itu untuk berkomunikasi
dengan orang lain yang melibatkan penyelesaian masalah. Manakala kemahiran
intrapersonal pula ialah komunikasi yang berlaku di dalam diri seseorang. Komunikasi
ini dibentuk dalam diri seseorang dalam proses untuk menyampaikan maklumat.
Menurut Capstone (2001) maklumat yang dibentuk dalam diri seseorang melalui
komunikasi intrapersonal terbahagi kepada dua iaitu maklumat yang disampaikan
secara lisan dan maklumat yang disampaikan secara tidak lisan. Contoh komunikasi
secara tidak lisan ialah keadaan muka, nada suara dan sentuhan tangan. Kedua-dua
kemahiran ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
dalam menuju pendidikan abad ke 21. Walaupun terdapat perbezaan karakter bagi
kedua-dua kemahiran ini. Namun, kemahiran yang mereka gunakan berkesan untuk diri
mereka dalam proses pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai