Anda di halaman 1dari 3

Soalan 2

"Kepelbagaian sosio budaya inilah yang menjadi aset utama negara dan perlu
dipelihara dan terus disemarakkan di bawah gagasan 1 Malaysia,"
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (2012)
Berikut merupakan antara petikan ucapan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun
Razak dalam sambutan Hari Malaysia pada tahun 2012. Beliau membuat kenyataan ini demi
memastikan kelangsungan keharmonian dan kesejahteraan di Malaysia dapat terus dinikmati
oleh generasi akan datang.
Konsep kepelbagaian budaya dapat dilihat dari segi enam elemen yang penting. Yang
pertamanya ialah elemen adat. Kebudayaan dan adat ahli masyarakat Malaysia walaupun
berbeza, namun mempunyai asas yang sama iaitu membentuk keperibadian dan jati diri
individu ke arah yang lebih baik. Melalui usaha membentuk identiti dan keperibadian ianya
membolehkan masyarakat negara kita berinteraksi dengan lebih baik di antara satu sama
dalam melaksanakan matlamat yang sama iaitu untuk membentuk masyarakat Malaysia yang
bepegang teguh dengan ajaran agama masing-masing dan mementingkan nilai-nilai murni yang
diajar dalam agama mereka. Interaksi antara kaum ini penting untuk menghindari masyarakat
daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan menyalahi norma-norma kehidupan.
Interaksi antara kaum yang baik juga adalah merupakan satu jalan kearah perpaduan nasional
dan mencetuskan masyarakat yang harmonis dan bersatu padu.
Yang seterusnya ialah kepercayaan. Menurut Kamus Dewan (1994) Kepercayaan
merupakan keyakinan atau mengenai kebenaran berlakunya sesuatu. Kepercayaan juga adalah
sesuatu yang dipercayai dan diterima secara turun-temurun. Dalam konteks dibilik darjah, murid
dapat mengetahui dan memahami kepelbagaian kepercayaan masyarakat di negara kita seperti
kepercayaan masyarakat Melayu, Cina dan India. Murid juga perlu didedahkan kepada
kepercayaan masyarakat lain supaya tidak timbul salah faham ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku di dalam kelas. Kita sebagai penduduk Malaysia hendaklah patut
mengenali adat isitadat dan pantang larang semua kaum. Contohnya, Masyarakat Melayu
mengamalkan pantang larang menjahit pada waktu senja. Jika melakukannya dikatakan mata
mereka akan buta. Sebenarnya adalah ia adalah untuk menjaga kesihatan mata anak supaya
tidak menjadi kabur dan rosak atau jarum tercucuk tangan. Larangan ini membawa kebaikan
kepada anak supaya mereka tahu membezakan masa yang sesuai untuk melaksanakan

sesuatu tugasan. Pantang larang ini digunakan oleh semua masyarakat di Malaysia. Tidak
dikira Melayu, Cina ataupun India.
Satu lagi cara untuk kita memahami konsep kepelbagaian budaya yang wujud di Malaysia
ialah dengan adanya bahasa. Bahasa merupakan satu sistem komunikasi yang menggunakan
bunyi atau simbol dengan pengertian yang tidak harus digunakan sewenangnya- wenangnya,
tetapi mempunyai struktur. Di Malaysia, kepelbagaian budaya ini diterapkan melalui bahasa.
Boleh dikatakan sebahagian besar daripada orang India dan orang Cina fasih Bahasa Melayu.
Ini juga membantu dalam penularan kepelbagaian budaya dalam Malaysia. Tambahan lagi kita
dapat memahami budaya dan adat sesuatu kaum, merapatkan jurang perbezaan antara satu
sama lain.

Dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum


dan budaya, pendidikan dan pengajaran di sekolah seharusnya berupaya menekankan
nilai-nilai persefahaman budaya dan toleransi antara kaum. Menurut Banks (1993),
pendidikan multi-budaya merupakan visi sekolah berdasarkan idea demokrasi yang
mementingkan keadilan dan kesamarataan. Oleh yang demikian, pemahaman antara
satu sama lain adalah sangat penting. Melalui pemahaman tentang budaya pelbagai
kaum ini, penghayatan pelajar tentang hubungan antara kaum akan semakin baik, rapat
dan tidak mewujudkan prasangka. Untuk tujuan itu, pelajar perlu diberikan kefahaman
yang jelas tentang sejarah budaya yang menerangkan tentang kewujudan budaya
pelbagai kaum di Malaysia serta elemen-elemen penting dan keunikan setiap budaya
yang terbentuk.
Sehubungan itu sosialisasi merupakan salah satu sosio budaya. Menurut Sharifah
Alwiah (1985) dalam buku Budaya dan Pembelajaran ( cetakan pertama 2013) pula melihat
proses sosialisasi ialah perihal mengubah dan menjadikan manusia sepenuhnya. Proses
interaksi sosial membolehkan manusia memperoleh sahsiah dan belajar cara hidup
masyarakatnya. Sosialisasi mengubah organisme bilogikal kepada insan sosial. Melalui
sosialisasilah seseorang belajar isi kandung kebudayaannya. Melalui sosialisasilah kebudayaan
manusia dapat dipindahkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Contohnya Di
sekolah kanak-kanak bukan sahaja belajar sosialisasi secara formal yang ditentukan oleh
kurikulum sekolah tetapi ia juga melalui kurikulum tersembunyi dengan cara menyesuaikan diri
dalam suasana baru sekolah seperti beratur mengikut giliran, mengikut peraturan, bekerjasama
dengan orang lain dan bersaing dalam aktiviti-aktiviti sekolah.

Sosio budaya masyarakat negara ini amat penting kerana negara ii terdiri daripada
pelbagai kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Perbezaan dari segi kepercayaan,
adat resam, bahasa serta latar belakang bukan bererti semua pihak tidak dapat bersatu padu
dan bekerjasama. Oleh yang demikian, usaha-usaha meningkatkan kesedaran ini ke atas
generasi muda perlu diteruskan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Dengan ini
kemakmuran negara ini akan dinikmati oleh semua pihak.

Anda mungkin juga menyukai