Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan

Matlamat pendidikan Matematik adalah untuk memperkembangkan pemikirananalitis, bersistem


dan kritis, Kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehanmenggunakan ilmu pengetahuan
matematik adalah penting supaya individu dapatberfungsi dalam kehidupan seharian dengan
berkesan. Bagi mencapai matlamat ini,maka proses pengajaran dan pembelajaran Matematik di
sekolah

perludipertingkatkan.

Oleh

itu,

kemahiran

guru

dalam

aspek

strategi

dan

perancangansemasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran matematik dalam


bilikdarjah adalah sangat penting.Berikutan dengan itu, saya telah menemubual dua orang guru
matematik

disekolah

saya

tentang

isu-isu

utama

yang

menyebabkan

berlakunya

miskonsepsibagi tajuk bentuk dan ruang yang biasa berlaku dalam kalangan murid
sekolahrendah.
Miskonsepsi untuk Membezakan Bentuk 3 Dimensi dan 2 Dimensi
Menurut seorang guru Matematik Tahun 4 dan 5 yang telah saya temubual(guru A),
berdasarkan pengalamannya, beliau memberitahu bahawa kebanyakanmurid terutama murid
darjah 4, masih tidak dapat membezakan bentuk 2 dimensidan 3 dimensi. Miskonsepsi ini
terbukti apabila murid tersebut ditanya tentangapakah bentuk bola? Dan mereka menjawab
bola berbentuk bulat, walhal bolaberbentuk sfera. Di sini dapat dilihat dengan jelas bahawa
murid-murid tidak dapatmembezakan di antara bentuk 2 dimensi dan 3 dimensi
Pada hemah saya, hal seperti berlaku kerana murid tidak didedahkan dengancontoh objekobjek konkrit atau bahan-bahan maujud semasa aktiviti pengajarandan pembelajaran. Ketika
murid-murid ini belajar tajuk bentuk dan ruang sewaktutahun 3, mereka hanya diperkenalkan
dengan bentuk 2 dimensi dan 3 dimensidengan hanya melihat gambar di kertas lembaran kerja.
Murid-murid ini tidak bolehmerasai, menyentuh dan memegang bentuk 3 dimensi seperti
silinder, kubus,kuboid, sfera, kon, prisma dan lain-lain lagi. Oleh sebab itulah mereka tidak
dapatmembezakan bentuk 2 dimensi dan 3 dimensi.Sebagai langkah penambahbaikannya,
saya mencadangkan supaya guru-guru menggunakan bahan-bahan maujud ataupun objekobjek konkrit ini sewaktumenjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Antarabahan-bahan

maujud

untuk

objek

dimensi

yang

guru

boleh

sediakan

di

antaranyaadalah kerangka (skeleton) yang boleh dibina daripada lidi, net objek 3 dimensiseperti
kubus dan sebagainya. Murid-murid akan berpeluang untuk menyentuh,memegang dan
memanipulasikan setiap objek ini. Guru akan membimbing murid-murid untuk membezakan
bentuk 3 dimensi dan 2 dimensi melalui bahan-bahanmaujud ini.Pengalaman menggunakan

bahan-bahan maujud ini penting supaya murid-murid ini memperolehi pengalaman konkrit
dahulu sebelum pengalaman konkrit itudibawa kepada konsep yang abstrak. Pendapat saya ini
turut disokong oleh MokSoon Sang (1986) yang menyatakan bahawa mengajar daripada
perkara maujudkepada perkara abstrak merupakan prinsip pengajaran matematik yang
amatpenting dan penggunaan alat bantu mengajar dapat membina konsep matematik,di
samping mengurangkan kesempatan murid-murid daripada hanya menghafal

bahan-bahan pembelajaran mereka secara membuta tuli sahaja tanpa memahamikonsep.

Secara konklusinya, peranan guru sewaktu proses pengajaran danpembelajaran memainkan


satu peranan yang amat penting dalam membantu kanak-kanak membina pengetahuan
matematik mereka. Melalui penggunaan bahan-bahanmaujud, ianya dapat membantu kanakkanak membina pengetahuan matematikyang sering dikaitkan sebagai abstrak. Interaksi di
antara rakan sebaya memainkanperanan utama dalam membantu kanak-kanak memahami
konsep untuk mencariperimeter sesuatu gambarajah dengan betul. Sebenarnya, tidak terlalu
sukar untukmengajar kanak-kanak itu tentang sesuatu konsep matematik, tetapi seorang
guruitu haruslah menggunakan teknik dan kaedah yang betul. Oleh itu, sebagai seorangguru
matematik, adalah sangat mustahak untuk kita mempelajari dan

mengaplikasikan teknik-teknik di atas bagi meningkatkan kefamahan anak-anakmurid kita


terhadap sesuatu konsep matematik itu.
(830 patah perkataan)RUJUKAN
Johnson & Johnson (1989).
Why Use Cooperative Learning?
Retrieved

August

2011from

the

World

Wide

Web:http//serc.carleton.edu/introgeo/sooperative/whyuse.htmlMok Soon Sang, Siew Fook


Cheong. (1986).
Pengajaran dan Pembelajaran Matematik.
Kuala Lumpur: Sun U Book Co Sdn. Bhd

Anda mungkin juga menyukai