Anda di halaman 1dari 1

Bahan manipulatif

Pengajaran Matematik Dengan Bahan Manipulatif


Bahan manipulatif merupakan bahan yang boleh di aplikasikan kepada deria manusia.
Terutama kanak-kanak sangat memerlukan bahan manipulatif sebagai bahan rangsangan
dalam pembelajaran. Hal ini bertepatan dengan Konsep Perancah (Scaffolding) yang
diperkenalkan oleh Lev Vygotsky iaitu guru berperanan membimbing pelajar supaya dapat
mencapai sesuatu tahap.Bahan manipulatif membantu guru menggalakkan perkembangan
kognitif pelajar kerana pelajar dapat merasai sendiri pengalaman terhadapa apa yang
dipelajari.
Bahan manipulatif juga merupakan satu contoh yang tepat sepertimana teori yang
dikemukakan oleh Jean Piaget iaitu dalam proses pemeringkatan pembelajaran. Pembelajaran
dari peringkat konkrit akan mengukuhkan lagi ingatan dan kefahaman pelajar. Seterusnya
mereka dapat menguasai pengetahuan tersebut dan mudah memahami perkara yang abstrak.
Tumpuan ini amat jelas bagi pelajar yang berada dalam lingkungan 5 hingga 11 tahun. Hal ini
kerana mereka berada dalam lingkungan operasi konkrit dan memerlukan contoh yang jelas
bagi mengukuhkan kefahaman mereka
http://afifabdulmajid.blogspot.com/2011/02/bahan-manipulatif-danpertembungan-idea.html

Anda mungkin juga menyukai