Anda di halaman 1dari 18

Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006

KEUSAHAWANAN DAN DAYA SAING USAHAWAN


MELAYU DI SEK.TOR PELANCONGAN
Yahaya Ibrahim
N orsiah Ahmad
Pengenalan
Aktiviti perniagaan clan keusahawanan di kalangan masyarakat negara ini,
terutamanya di kalangan orang Melayu telah lama digerakkan iaitu selepas
Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan bagi mengimbangi kosentrasi
sesuatu biclang ekonomi itu kepacla sesuatu kaum sahaja. Namun usaha
para usahawan Melayu yang masih baru clan kecil bilangannya berbanding
kaum lain, dilihat begitu sukar untuk menempatkan diri clalam sesuatu
biclang yang agak baru clan kurang diceburi oleh mereka. Keaclaan ini
clapat disaksikan sebelum DEB lagi, clan hingga ke hari ini pun, majoriti
ahli perniagaan Melayu yang bergelar usahawan yang berjaya masih jauh
untuk menandingi jumlah kaum bukan Melayu.
Sejarah telah membuktikan bahawa fenomena keticlakseimbangan
ekonomi antara kaum telah mencetuskan rasa ticlak puas hati terhaclap
penguasaan ekonomi oleh satu kaum sahaja yang membawa kepacla
tercetusnya insiclen berclarah 13 Mei 1969, yang juga mempamerkan
kegagalan integrasi nasional. Melalui Dasar Ekonomi Baru clan seterusnya

16

Keusahawanan Dan Daya Saini Usahawan Melayu Di &ktor Pelancongan

kini Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah menggariskan tekad


untuk mencapai pembangunan yang seimbang bagi mewujudkan
masyarakat yang lebih bersatu padu dan adil. Usaha ini dibuat bagi
memastikan daya saing dapat dipertingkatkan dalam semua sektor utama
ekonomi serta saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan
pertumbuhan. Meskipun matlamat tersebut tidak tercapai seratus peratus,
namun kini jelas dilihat bahawa dasar tersebut telah berjaya
mengurangkan keadaan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan sosial dan
ekonomi dalam negara seterusnya menggalakkan perkongsian secara
lebih adil dan saksama di mana faedah yang diperoleh dapat dinikmati
oleh semua rakyat.
Salah satu strategi dalam usaha mempertingkatkan daya saing dalam
bidang ekonomi ialah dengan melahirkan lebih ramai usahawan baru.
Meskipun usaha ini telah lama disarankan, namun tindakan yang lebih
serius hanya dibuat sekitar tahun 1980-an dengan mewujudkan
kementerian khusus berkaitan usahawan dengan hasrat untuk melahirkan
lebih ramai usahawan baru terutama bumiputera yang mampu bersaing
di pentas ekonomi yang terbuka luas. Pelbagai program pembangunan
perniagaan dan keusahawanan telah dianjurkan oleh agensi-agensi seperti
MARA, Unit-unit Perancang Ekonomi Negeri (OPEN) dan PUNB ke
arah mempertingkatkan bilangan usahawan Bumiputera dalam pelbagai
bidang. Ramai yang telah berjaya dan tulin dari segi inisiatif, serta
pencapaian yang boleh diiktiraf. Namun terdapat juga keadaan di mana
mereka yang disebut dan dikelaskan sebagai usahawan oleh masyarakat
umum hanyalah mereka yang berjaya memperolehi 'projek'. Adakalanya
sebahagian daripada mereka ini ialah pelobi dan bukan usahawan dalam
ertikata sebenar. Hingga kini, kritikan yang paling bernas dalam konteks
pembangunan usahawan ialah 'kelahiran seseorang usahawan
Melayu/Bumiputera yang berjaya masih tidak dapat melahirkan semula
usahawan-usahawan baru yang lain'. Ini menunjukkan bahawa rantaian
kewujudan usahawan ini tidak berterusan sebagaimana yang diharapkan
dan keadaan ini lebih serius terutamanya dalam bidang-bidang yang

17

Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 17, 2006

berprofail tinggi.

Usahawan dan Daya Saing


Para peniaga kecil boleh diibaratkan sebagai anak benih kepada
usahawan, Bermula dari sinilah selalunya mereka berjaya menerokai
bidang perniagaan yang lebih luas sebagai pembekal atau pemborong,
seterusnya menjadi usahawan yang berjaya, Kelahiran para usahawan
berskala kecil pada asasnya ialah berpunca daripada adanya mereka yang
bercita-cita ingin memajukan diri melalui aktiviti yang boleh memberikan
pulangan yang lumayan ekoran daripada perkembangan aktiviti ekonomi
setempat, Mereka dikenali sebagai individu yang gigih, mempunyai
wawasan dan sasaran, kreatif serta optimis akan kejayaan daripada usaha
yang dilakukan. Oleh itu, kelahiran mereka ini seharusnya disambut dan
dipupuk agar mereka dapat terns memperoleh peluang, bersaing,
mengembangkan perniagaan dan seterusnya mengagihkan semula
peluang-peluang terse but kepada mereka yang baru menceburi bidang ini.
Perubahan paradigma daripada peniaga kecil kepada usahawan
selalunya memerlukan banyak persediaan. Banyak pihak yang perlu
memainkan peranan dengan saling melengkapi bagi menyediakan
keperluan agar usahawan baru tidak mudah gagal dalam persaingan.
Usaha melengkapi mereka ini tidak semudah usaha memberikan
pengiktirafan setelah mereka berjaya. Penilaian perlu dibuat seawalnya,
kekurangan perlu dikenalpasti satu-persatu serta kelemahan perlu
diperbaiki dari semasa ke semasa.
Dalam konteks pembangunan mega, usahawan Melayu kecil
tempatan seringkali dikatakan terpinggir apabila kapasiti pembangunan
yang dibawa ke sesuatu tempat itu adalah di luar kemampuannya. Mereka
yang terhad dari segi modal, pengalaman dan perhubungan (contact),
dilihat begitu sukar memperolehi peluang (meskipun sekadar serpihan da-

18

Keusahawanan Dan Daya Saing Usahawan Melayu Di Sektor Pelancongan

ripada projek besar), apatah lagi untuk bersaing dengan para usahawan
yang telah lama maju serta mempunyai kepakaran dalam bidang masingmasmg.
Kajian menunjukkan bahawa usahawan mempunyai sifat yang
'universal' merentasi ras, budaya mahupun batasan geografikal. Sifat-sifat
tersebut adalah seperti kecerdasan clan kecelikan (Danco 1994),
berwawasan, berpandangan jauh, yakin diri, kuat usaha, tidak putus asa,
berdikari clan berani mencuba (Herron & Sapienza 1992; Boatler 1992),
boleh berimaginasi serta kreatif (Doescher 1992) clan banyak lagi.
Mengikut Lawlis (1971) seseorang usahawan ialah individu yang
mempunyai daya motivasi yang tinggi, sifat-sifat berdikari,
bertanggungjawab clan sering bertindak sebagai pernimpin. Sifat-sifat ini
melambangkan tahap dorongan dalaman yang tinggi, yang juga
dirumuskan sebagai sifat-sifat dominan bagi mereka yang mempunyai
daya saing yang tinggi (Gronemann & Lear 1985). Dalam hal yang sama,
Niehouse (1986) menekankan bahawa kedinamikan individu dalam
menguruskan sesuatu urusniaga ialah faktor penting yang mendorong
usahawan atau peniaga untuk terns berdaya saing. Usahawan yang
berdaya saing dikenalpasti mempunyai tahap tanggungjawab yang tinggi
terhadap diri sendiri, pekerja bawahan clan terutama sekali pelanggan. Di
Malaysia, terdapat juga beberapa pengkaji seperti Yep Putih (1985), Sudin
Haron (1990), Suhairni Mansor (1991), Mohd Taib & Mahmood Nazar
Mohamed (1993), Sabitha & Mahmood (1994), Mahmood Nazar
Mohamed (1993), Moha Asri Hj. Abdullah (1999) yang juga menyatakan
profil personaliti usahawan yang sama.
Dalam usaha menjadikan seseorang itu usahawan Melayu yang
berdaya saing ia seharusnya berteraskan kepada kecenderungan,
keinginan, clan kemahuan yang tinggi dalam melaksanakan sesuatu
tugasan yang turut menyumbang pula kepada faktor kepuasan,
tanggungjawab, clan penglibatan secara menyeluruh dalam menjayakan
sesuatu projek. Melihat kepada konsep keusahawanan sedemikian, ia me-

19

Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006

liputi ciri-ciri kebolehan, kemampuan, dan kecendernngan untuk


mencari, mengesan, dan merebut peluang-peluang perniagaan,
mengusahakan perniagaan, membuat pembaharnan serta pengubahsuaian
yang produktif, yang berfaedah bagi meningkatkan daya pengeluaran dan
bercitakan kejayaan perniagaan untuk diri sendiri, masyarakat dan negara.
Oleh yang demikian, seseorang usahawan seharnsnya kreatif, inovatif,
dinamik, dan berkebolehan untuk menghasilkan barangan atau
perkhidmatan untuk memuaskan kehendak pengguna. Ciri-ciri
keusahawanan dapat diukur dari segi inisiatif, kreatif, inovatif, kebolehan
menghadapi risiko dan juga orientasi kejayaan.
Bertitiktolak kepada ciri-ciri tersebut, maka usaha untuk melahirkan
seseorang usahawan Melayu seharnsnya berpandukan kepada penelitian
terhadap kebolehan atau kemungkinan seseorang calon untuk terns
berdaya maju sebaga.i seorang usahawan. Mereka juga seharnsnya sentiasa
bersedia untuk menghadapi persaingan. Harns difahami bahawa konsep
'persaingan' bukannya memusuhi lawan, tetapi lebih kepada proses
penambahba.ikan diri (i\fuhammad 1993).
Manakala kemampuan untuk berdaya saing memerlukan perancangan
serta persediaan. Keghairahan mereka yang ingin bersaing adalah lebih
besar daripada pihak yang menanti untuk disaingi. Pihak ini juga lebih
yakin, lebih mantap persediaannya dan selalunya telah membuat pelbagai
percaturan awal agar segala dasar serta peraturan dalam persaingan
tersebut lebih memihak kepada mereka. Persaingan dalam dunia ekonomi
sekarang walaupun nampak lebih bebas, ianya memberikan kelebihan
kepada mereka yang mampu dan telah lama maju, tetapi bukan untuk
mereka yang barn bercita-cita ingin maju. Oleh itu seseorang yang ingin
menjadi usahawan Melayu yang berdaya saing seharnsnya mampu
membuat persediaan untuk menghadapi persaingan yang sentiasa
dinamik dan mencabar. Dalam konteks masyarakat Jepun misalnya, sifatsifat seperti asertif, tegas, degil, berfikiran kritikal, kreatif, inovatif,
berkesinambungan, berfikiran terbuka dan bertanggungjawab begitu jelas

20

Keusahawanan Dan Daya Saing Usahawan Me/ayu Di Sektor Pe/ancongan

di kalangan para usahawan Jepun yang sentiasa bergerak ke tahap


competitive edge yang membolehkan mereka bersaing bukan sekadar di
kalangan mereka, tetapi juga di pasaran antarabangsa. Malah dalam keskes yang ekstrim, mereka sanggup melakukan "harakiri" jika mereka
gagal atau tewas dalam persaingan. Sebenarnya bukanlah perbuatan
bunuh diri itu yang mahu dicontohi, tetapi tekad meletakkan komitmen
pada tahap tertinggi dalam persaingan yang menjadi inti moral yang
boleh ditauladani. Beginilah kemuncak semangat daya saing yang perlu
dihayati oleh setiap mereka yang ingin bergelar usahawan.

Pelancongan dan 'Bebas Cukai' di Pulau Tioman


Sektor pelancongan merupakan sektor barn bagi komuniti tempatan di
Malaysia, namun ianya telah lama bertapak di kalangan pengusaha sektor
perhotelan clan pengangkutan yang telah lebih awal berkecimpung dalam
bidang ini semenjak 1960-an clan 1970-an lagi. Mereka inilah dikatakan
sebagai golongan yang mula-mula meneroka clan memajukan sektor
pelancongan negara seterusnya berperanan bersama-sama kerajaan
menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terkenal di Asia
Tenggara. Mereka ini juga merupakan golongan kapitalis yang bermodal
besar, mempunyai rangkaian di luar negara clan telah banyak berjasa
mempromosikan Malaysia, tetapi usaha mereka adalah atas dasar
mengaut keuntungan daripada para pelancong yang sedia membayar
setiap perkhidmatan yang diberikan. Seterusnya faktor kadar tukaran
wang yang rendah, beserta dengan keunikan budaya clan juga pelbagai
pakej istimewa yang ditawarkan, telah menjadi daya tarikan kepada para
pelancong asing untuk datang.

21

Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006

Jadual 1: Sorotan Pelancongan (1997-2003)


1997

1998

1999

2000

2001

2002

2003

6,211

5,551

7,931

l0,221

12,775

13,292

10,576

Ase an

715

65.5

75.0

70.4

72.1

74.3

Japan

5.0

4.5

3.6

4.5

3.1

2.7

2.0

Australia

2.1

2.6

l.7

2.3

l.7

1.5

1.4

UK

2.6

2.9

l.7

2.3

2.1

2.0

l.2

18.8

24.5

18.0

20.5

21.0

19.5

19.4

10,51

9,334

13,452

18,756

25,832

26,878

22,113

Bil. Hotel

1,365

1,419

1,404

1,492

1,776

1,878

1,989

Bil Bilik

Sorotan
Bil. Pelancongan ('000)
Negara Asal

Yang Lain-lain
Jumlah Pendapatan
Daripada Pelancongan

76.0

(RM Juta)

98,440

107,791

109,413

134,586

130,757

136,542

144,380

Purata Masa Tinggal

5.3

5.5

5.5

5.5

6.1

7.8

72

KadaT Purata

5.0

4.5

3.6

4.5

3.1

2.7

2.0

2.6

2.9

l.7

2.3

2.1

2.0

1.2

Kependudukan (%)
Jumlah Kuasa
Pelancongan

Sumber:

Laporan Ka;ian Fasa Pertama Rancangan Malaysia Ket;ijuh (1999:248),

Laporan Kajian Fasa Pertama Rancangan Malaysia Kelapan (2003:376) dan


http://www.tourism.gov/ report/ 2002 1a.html

Jadual 1 di atas menunjukkan bentuk kedatangan para pelancong dari luar


negara dari tahun 1997 hingga 2003. Jumlah pelancong menurun
sepanjang tahun 1997 dan 1998 berikutan berlakunya krisis ekonomi yang
melumpuhkan banyak ekonomi negara-negara dunia. Jumlah pelancong
dari negara-negara ASEAN (Singapura, Thailand, Indonesia, Taiwan,
Hong Kong dan Jepun) yang datang ke Malaysia juga menunjukkan
kemerosotan kerana negara-negara tersebut juga ditimpa krisis ekonomi
seperti Malaysia.
Berikutan daripada peningkatan jumlah ketibaan pelancong luar dan

22

Keusahawanan Dan Daya Saing Usahawan Me/ayu Di Sektor Pelancongan

juga aktiviti pelancongan di kalangan masyarakat tempatan yang semakin


meningkat pada setiap tahun (kecuali tahun-tahun kemelesetan ekonomi,
1997-1998) pihak kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk
menjadikan industri pelancongan sebagai sektor ekonomi yang teguh,
berdaya maju, berdaya saing dan tumbuh secara berterusan. Usaha-usaha
ke arah peningkatan peranan sektor ini telah dipergiatkan ke semua arah
dan peringkat termasuklah latihan, pemasaran, penggalakan dan strategi
bagi menarik para pelancong dari dalam dan luar negara. Pelbagai
promosi telah dijalankan terutama di luar negara bagi memperkenalkan
negara ini. Penyediaan kemudahan asas dan prasarana seperti pembinaan
lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan lebuhraya
misalnya ialah sebahagian daripada usaha kerajaan bagi mencapai impian
terse but.
Jadual 2: Statistik Pelancongan Pulau Tioman (1995-2002)

Ketibaan Pelancong

Purata

Kadar

Pendapatan

Tempoh

Penginapan

(RM)

Tinggal

Purata (%)

(Hari)
Tahon

Domestik

Jumlah

Loar Negara

Bil

(%)

Bil

(%)

1995

34,283

21

131,221

79

166,046

4.50

51.00

108,345

1996

48,284

28

124,588

72

172,850

4.20

68.10

108,896

1997

51,428

28

131,221

72

182,649

2.50

47.74

70,778

1998

85,037

42

115,172

58

200,209

3.50

46.44

112,117

1999

74,257

40

111,687

60

185,209

2.00

42.50

61,362

2000

72,383

36

128,144

64

200,527

2.50

41.71

58,244

2001

12,675

53

115,377

47

243,052

3.00

42.30

127,602

2002

111,094

58

93,778

44

212,872

2.50

40.41

95,927

Sumber:

Lembaga Pembangunan Tioman (TDA)

Meskipun pelbagai cabaran yang dihadapi dengan kadar kemasukan


pelancong yang turun naik bergantung kepada isu global dan juga

23

Jurnal Pengajian Me/ayu, Ji/id 17, 2006

nasional, akhirnya Malaysia terns mencatat pertumbuhan yang


memberangsangkan dalam sektor ini. Pembangunan ini bukan sahaja
dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara,
malah dapat membantu para usahawan kecil dalam bidang ini membina
kekuatannya sendiri dalam usaha memperteguhkan perniagaan ke arah
menjadi usahawan Melayu yang berdaya maju.
Pengistiharan Pulau Tioman ini sebagai 'Pulau Bebas Cukai' pada
September 2002 telah mengembirakan banyak pihak dengan harapan
lebih ramai pelancong akan mendarat di pulau ini. Namun di sebalik
pengistiharan sebagai pulau bebas cukai ini, sebenarnya inilah peluang
yang ditunggu-tunggu oleh para pengusaha luar untuk membina
empayarnya di sini. Oleh itu diperhatikan bahawa dasar liberalisasi
ekonomi melalui pengistiharan 'bebas cukai' ini dilihat tidak banyak yang
memihak kepada komuniti tempatan. Pengistiharan ini sebenarnya
tidakpun memberikan impak yang besar dari segi kedatangan pelancong
asing. Kesan daripada peristiharan tersebut juga sebenarnya telah
membesarkan lagi jurang antara pengusaha tempatan dengan pengusaha
luar yang barn bertapak tetapi kukuh dari segi pemilikan modal,
pengalaman serta jalinan hubungannya. Jika dulu pengusaha ini hanya
memiliki kedai rnncit, kini telah muncul beberapa mini market yang
menjual pelbagai barangan yang berorientasikan pelancong dan juga
untuk penduduk tempatan. Jika dulu mereka hanya mengangkut
barangan dengan bot nelayan, kini para pengusaha luar memiliki bot
kargonya sendiri selain stor besar tempat penyimpanan barangan untuk
suatu tempoh jangkamasa yang panjang. Inilah pesaingan sebenar bagi
pengusaha tempatan. Jika cabaran ini tidak bernpaya disaingi maka
sukarlah untuk mereka terns bernafas di tanah pulau milik mereka
sendiri. N amun tidak dinafikan juga bahawa kenaikan taraf
pembangunan pelancongan di pulau ini telah sedikit sebanyak
menyerlahkan ekonomi segelintir usahawan kecil tempatan yang gigih
dan sanggup bersaing.

24

Keusahmvanan Dan Daya Saing Usahawan Melayu Di Sektor Pelancongan

Persepsi Keusahawanan
Kajian ini telah dijalankan di Pulau Tioman, Pahang iaitu sebuah
pulaupelancongan yang terkenal di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Sejumlah 40 responden yang terdiri daripada para pengusaha di sektor
pelancongan yang terdiri daripada pengusaha chalet, pengusaha feri dan
bot sewa, kedai cenderamata, kedai sewaan peralatan menyelam,
pengusaha restoran, pemborong dan peniaga barangan runcit telah
ditemubual menggunakan soal selidik. Selain itu, pengkaji juga meneliti
persepsi daripada penduduk pulau ini yang tidak menyertai sektor
pelancongan tetapi hanya terlibat sebagai pemerhati terhadap
perkembangan sektor pelancongan.
Secara umumnya, hasil kajian ini mendapati sejumlah 89.3 peratus
daripada penduduk pulau ini mengakui penglibatan mereka dalam aktiviti
berkaitan pelancongan. Ini membuktikan bahawa sektor pelancongan
merupakan tulang belakang kepada ekonomi penduduk pulau ini.
Didapati mereka amat bergantung kepada industri ini setelah ianya
mengambil tempat aktiviti tradisional semenjak lebih 10 tahun lalu.
Namun bila dibicarakan tentang tahap penglibatan dalam perniagaan,
rata-rata mengakui bahawa tahap penglibatan mereka amat terhad. Faktor
modal merupakan halangan utama terhadap perkembangan perniagaan
yang mereka ceburi walaupun mendapat sambutan yang baik daripada
pelanggan yang majoritinya para pelancong. Keperluan terhadap modal
adalah untuk mendapatkan bekalan bahan mentah, membeli aset dan
peralatan, belanja memulakan operasi, untuk modal pusingan dan
sebagainya. Walaupun rata-rata mengetahui bahawa pinjaman modal
boleh diperolehi daripada pihak bank atau agensi lain yang memberikan
bantuan, namun soal birokrasi dikatakan menjadi penghalang utama
mereka untuk mendapatkan pinjaman mahupun bantuan modal.
Kekurangan maklumat yang jelas juga dikenalpasti sebagai antara sebab
mereka tidak berupaya berurusan dengan pihak-pihak berkenaan.

25

Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006

Bagaimanapun, sebenarnya dalam menggiatkan aktiviti perniagaan


berkaitan pelancongan, banyak pihak telah menawarkan pinjaman kewangan bagi memaju dan membangunkan industri pelancongan dengan
menyediakan pelbagai bentuk galakan untuk menarik pengusaha
menceburi bidang pelancongan sebagai usahawan yang berdaya saing.
Namun ada juga maklum balas yang diperolehi bahawa di peringkat awal
memulakan perniagaan dahulu mereka ingin merealisasikan cita-cita
dalam bidang ini tanpa ada sebarang ikatan atau beban hutang dengan
pihak lain. Oleh itu, mereka lebih senang mengeluarkan modal sendiri
meskipun bermula dengan modal yang kecil.
Hasil kajian juga mendapati rata-rata sumber modal awal bagi
memulakan perniagaan ini majoritinya iaitu 60. 7 peratus adalah daripada
simpanan sendiri. Namun terdapat 21.4 peratus daripada mereka
memperolehi sumber modal daripada pihak bank. Seterusnya 14.3
peratus mendapatkan pinjaman modal daripada saudara-mara yang
berada, dan cuma 3.6 peratus responden yang berkongsi modal
permulaan dengan rakan kongsi yang lain. Disedari juga bahawa masalah
modal boleh membawa kepada risiko penutupan sesuatu entiti
perniagaan sama ada bagi perniagaan yang besar mahupun kecil bila
mereka tidak mampu membuat pusingan modal ataupun berhutang
dengan jumlah yang besar daripada mana-mana pihak. Keadaan ini juga
boleh menyebabkan perniagaan mereka akan tergadai dan diambil alih
oleh pihak lain terutama pemodal luar atau pengusaha lain yang lebih
besar.
Rajah 1: Sumber Modal Awai Memulakan Perniagaan

Modal Sendiri
Perkongsian
Saudara-mara
D Bank dll

14.30%

60.70%-

26

Keusahawanan Dan Daya Saing Usahawan Melayu Di Sektor Pelancongan

Namun berasaskan hasil kajian ini juga didapati, bagi mereka yang
telah berjaya dalam perniagaan telah mula berani membuat pinjaman
daripada pihak bank. Didapati sejumlah 64.3 peratus responden yang
terdiri daripada pengusaha yang berjaya ini telah membuat pinjaman
modal untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. Manakala 21.4
peratus responden pula telah menerima bantuan dan subsidi daripada
pihak-pihak tertentu, manakala 14.3 peratus mengatakan bahawa mereka
tidak menerima sebarang bentuk pinjaman mahupun bantuan.
Seterusnya kajian ini juga ada mengutarakan persoalan terhadap para
responden yang terdiri daripada penduduk yang bukan dari kalangan
pengusaha dalam bidang pelancongan. Hasil analisis mendapati majoriti
berminat untuk menyertai sektor pelancongan, namun 42.9 peratus
daripada responden berkenaan mengatakan bahawa mereka juga
memerlukan bantuan modal untuk menyertai sektor ini. Manakala 35.7
peratus lagi berhasrat mendapatkan kemahiran kerana mereka tidak
berpengalaman dalam bidang perniagaan terutama dalam sektor
pelancongan. Seterusnya 17.9 peratus berpendapat mereka akan
berhadapan dengan masalah tenaga kerja sekiranya ingin menjalankan
.
.
perruagaan 1111.
Rajah 2: Bantuan Yang Diperlukan Untuk Ceburi
Bidang Pelancongan
Lain-lain
3.6%
Tenaga Kerja
17.9%
Modal
42.9%

27

Jumal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006

Jika clitinjau tahap keseclaran komuniti terhaclap kepentingan sektor ini,


rata-rata menyeclari bahawa ianya sangat penting clan terbukti telah
memberikan pulangan yang lumayan kepacla mereka yang terlibat. Oleh
itu, mereka juga menclakwa turut sama bertanggungjawab clalam pelbagai
perkara untuk menjaga imej pulau ini sebagai pulau pelancongan.
Ditinjau clari segi inisiatif komuniti pulau ini terutama yang terlibat secara
langsung clalam sektor pelancongan ini, cliclapati 50 peratus claripacla
responclen telah cuba memberikan kerjasama clengan meningkatkan
kualiti perkhiclmatan yang cliberikan kepacla pelancong. Sementara itu
32.1 peratus responclen menyatakan mereka menjaga kebersihan sekitar
gerai atau keclai mereka, 14.3 peratus mengatakan mereka menginclahkan
kawasan sekitar clengan claya kreativiti masing-masing clan 3.6 peratus
pula mengatakan mereka mengenakan harga yang berpatutan terhaclap
barangan clan perkhiclmatan yang cliberikan kepacla para pelancong yang
berkunjung ke pulau Tioman.

28

Keusahawanan Dan Daya Saing Usahawan Melayu Di Sektor Pelancongan

Rumus an

Proses perubahan dan pembangunan yang berlaku secara drastik di


sesuatu tempat seringkali mengabaikan kemampuan komunitinya untuk
turut sama bersaing. Perubahan yang dibawa oleh pembangunan
sebenarnya juga telah mendiskriminasikan golongan yang lembab untuk
berginjak dari alam kehidupan lama kepada alam kehidupan baru yang
menuntut kepada perkongsian ekonomi dan perubahan sosial. Selalunya
pembangunan ekonomi dan fizikal mendahului pembangunan mental
dan sosial komunitinya. Lantaran itu mereka ini sering tercicir dari segi
pembangunan.
Dalam konteks keusahawanan, para usahawan kecil Melayu tempatan
seringkali terpinggir oleh pembangunan besar yang baru, di mana mereka
ini terus kekal dalam haluan kehidupan sedia ada. Pada masa inilah pihak
kapitalis luar yang lebih berdaya saing akan mengambil tempat yang
sememangnya dinanti-nantikan oleh mereka. Sedikit demi sedikit aset
warisan milik komuniti tempatan terpaksa dipajak demi menyaingi taraf
hidup yang semakin tinggi. Namun bagi mereka yang telah awal-awal lagi
menyedari akan peluang serta prospek pembangunan di tempat mereka,
telah mula mengambil langkah dan mengatur strategi, sama ada sebagai
usahawan Melayu tulin yang bersedia untuk bersaing ataupun cuba
menempatkan diri sebagai orang tengah yang turut berkongsi komisyen
daripada projek pembangunan. Bagaimanapun usaha untuk
membangunkan sesuatu kawasan pembangunan seharusnya merangkumi
perancangan ke arah melahirkan lebih ramai usahawan Melayu yang bakal
mempamerkan perubahan kualiti hidup di kalangan komuniti tempatan.
Dalam konteks kajian ini, penglibatan usahawan Melayu amat penting
dalam usaha memupuk komuniti melibatkan diri dan memajukan lagi
industri ini. Pelaburan dalam sektor pelancongan ini sememangnya terbuka
luas kepada sesiapa sahaja, terutamanya yang berpengaruh dari segi
politik dan mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Meskipun

29

Jurna! Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006

para usahawan Melayu tempatan juga dipelawa untuk terlibat secara


langsung, persoalannya ialah sejauhmanakah mereka dapat
menguruskannya secara efisyen tanpa sebarang bekalan dan persediaan
untuk menyesuaikan diri dan menyertai arus perkembangan semasa.
Namun kesediaan majoriti ahli komuniti tempatan melibatkan diri dalam
aktiviti pelancongan merupakan suatu petanda terhadap sokongan dan
kecenderungan mereka terhadap sektor tersebut. Mereka ini memberikan
reaksi yang positif terhadap perkembangan sektor ini sebagai 'harapan
baru' untuk mereka. Sebab itulah didapati ada antara ahli komuniti
melihat kehadiran para pelancong dari sudut positif dengan mengambil
peluang berurusan dengan mereka bagi memperolehi manfaat ekonomi
(Yahaya Ibrahim & Norsiah Ahmad 2001).
Dalam usaha melahirkan usahawan Melayu dalam sektor pelancongan,
memerlukan bukan sekadar pemilikan tempat yang berpotensi untuk
dimajukan sebagai lokasi pelancongan, malah ia juga menuntut kepada
kebolehupayaan mengurus dan mengendalikan perniagaan ini dari segi
pemasaran dan juga menyediakan perkhidmatan yang terbaik. Perkara
inilah yang menjadi ukuran daya saing dalam sektor ini selain daripada
faktor pengalaman, kontak yang luas, modal yang besar, serta sokongan
daripada pihak kerajaan. Selain itu, para usahawan kecil ini juga
seharusnya mempunyai keupayaan sosio-psikologis yang kuat agar
keberhasilan dalam bidang ini berterusan sehingga boleh diwarisi dari
generasi ke generasi.

Rujukan
Boatler, R.W, 1992. "Worldminded Attitudes of International Division
Managers". Southwest Journal of Business and Economics, 9 (2):22-26.

30

Keusahawanan Dan Daya Saing Usahawan Melayu Di Sektor Pelancongan

Danco, L.A., 1994. "The New Business". Agenry Sales Magazine, 24 (1):4246.Doescher, W.F., 1992. Pioneering the New Russia. D & B Reports,
40 (3):10-11.
Gronemann, C. & Lear, R.N., 1985. Corporate PhD: Making the Grade in
Business. New York: Fact on File Publication.
Herron, L. & Sapienza, H.J., 1992. The Entrepreneurs and the Initiation
New Venture Lounch Activities. Entrepreneurship, 17 (1 ):49-55.
http://www.tourism.gov/ report/2002 la.html

of

Laporan Kajian Fasa Pertama Rancangan Malaysia Kelapan 2003:376.


Laporan Kajian Fasa Pertama Rancangan Malaysia Ketujuh 1999:248.
Lawlis, G.F., 1971. Motivational Factors Reflecting Employment Stability.
Journal of Small Business Management. 18(1):11-19.
Lembaga Pembangunan Tioman, 2003. Taklimat Pembangunan Pulau
Tioman.Mahmood Nazar Mohamed, 1993. Bolehkan Usahawan
Mengurus. Usahawan. Jul-Ogos. 60-63.
Mohd Asri Hj. Abdullah, 1999. Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Mohd Taib Ariffin & Mahmood Nazar Mohamed, 1993. Lahirkan
Usahawan Berjaya Perlu Ada Strategi. "Usahawan. Mei-April, 20-21.
Muhammad Haji Muhd Taib, 1993. Melqyu Baru. Kuala Lumpur: ITC
Book Publisher.
Newin, T., 1999. All Share in Goden Egg. African Business 245:42-43.
Niehouse, D.L., 1986. Just Who Are These Entrepreneurs.
Management World, 15, 8, 7-8.

31

Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006

Sabitha Marican & Mahmood Nazar Mohamed, 1994. "Usahawan


Wanita: Cabaran dalam Usahaniaga. "Usahawan, Mac-Apr, 26-29.
Seiichiro, Y., 1984. Entrepreneurship and Innovative Behavior of
Kawasakil Steel: The Post World War II Period. Discussion Paper
120. Hitotsubishi University, Tokyo: Institute of Business Research.
Sudin Haron, 1990. Ke Arah Menjadi Usahawan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.
Suhaimi Mansor, 1990. Keusahawanan. Kuala Lumpur: Percetakan Watan
Sdn. Bhd.
Yahaya Ibrahim & Norsiah Ahmad, 2001. Usahawan Kecil di Pulau
Terpencil: Keupayaan dan Masa Depan. Prosiding Persidangan Kebangsaan
Pertama Keusahawanan & Perniagaan Kecil. Universiti Utara Malaysia.
Yeop Putih, 1985. Keusahawanan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.
Mahmood Nazar Mohamed, 1993. Bolehkan U sahawan
Mengurus. Usahawan. Jul-Ogos. 60-63.
Mohd Asri Hj. Abdullah, 1999. Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Mohd Taib Ariffin & Mahmood Nazar Mohamed, 1993. Lahirkan
Usahawan Berjaya Perlu Ada Strategi. Usahawan. Mei-April, 20-21.
Muhammad Haji Muhd Taib, 1993. Melayu Baru. Kuala Lumpur: ITC
Book Publisher.
Newin, T., 1999. All Share in Goden Egg. African Business 245:42-43.
Niehouse, D.L, 1986. Just Who Are These Entrepreneurs. Management
World, 15, 8, 7-8.

32

Keusahawanan Dan Daya Saing Usahawan Melayu Di Sektor Pelancongan

Sabitha Marican & Mahmood Nazar Mohamed, 1994. Usahawan Wanita:


Cabaran dalam Usahaniaga. Usahawan, Mac-Apr, 26-29.
Seiichiro, Y., 1984. Entrepreneurship and Innovative Behavior of
Kawasakil Steel: The Post World War II Period. Discussion Paper
120. Hitotsubishi University, Tokyo: Institute of Business Research.
Sudin Haron, 1990. Ke Arab Menjadi Usahawan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.
Suhaimi Mansor, 1990. Keusahawanan. Kuala Lumpur: Percetakan Watan
Sdn. Bhd.
Yahaya Ibrahim & Norsiah Ahmad, 2001. Usahawan Kecil di Pulau
Terpencil: Keupayaan dan Masa Depan. Proszding Persidangan
Kebangsaan Pertama Keusahawanan & Perniagaan Kecil. Universiti Utara
Malaysia.
Yeop Putih, 1985. Keusahawanan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

33

Anda mungkin juga menyukai