Anda di halaman 1dari 3

Punca Masalah Jerawat

1. Masalah hormone
Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih
banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen.
Hmm. SebabI tulah kalau kita tengok hari ini lebih ramai dari kalangan remaja
perempuan dan awal dewasa yang mengalami masalah jerawat berbanding wanita
dewasa.
2. Masalah Jangkitan Bakteria
Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes. Ini adalah
salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah
sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah
jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Oleh itu,
berhati-hati semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan bakteria ini
ke bahagian yang lain pula.
3. Pengambilan makanan
Isu pemakanan jadi punca jerawat sebenarnya masih tidak dapat dibuktikan dengan
jelas. Tapi memandangkan diet pemakanan kita mempunyai kesan langsung
terhadap insulin dalam badan kita, maka ia juga boleh mempengaruhi hormonhormon lain dalam tubuh termasuklah hormon androgen tadi. Seeloknya elakkan
makanan yang berminyak dan pedas. Makanan pedas jika selalu diambil boleh
mengaktifkan keradangan pada jerawat.
4. Stress
Percaya atau tidak, lagi anda stress, lagi banyaklah jerawat yang akan keluar.
Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi simptom jerawat anda.
Walaubagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah.
Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin
serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan
apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang keluar.
5. Penggunaan kosmetik dan alat solek
Jika anda selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada wajah, tetapi tidak
membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab tumbuhnya
jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi untuk kulit lebih sihat.
Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya hanya akan
memburukkan lagi keadaan anda.
6. Pancaran cahaya matahari
Haba yang dihasilkan oleh cahaya matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh
dan berminyak sekaligus menyebabkan liang roma anda juga tersumbat.

Cara menghilangkan jerawat


Himpunan Petua Hilangkan Jerawat(Secara tradisional)
Sumber: PetuaTradisional.com

1. Rendam sehelai daun sirih di dalam segelas air panas atau di dalam bekas yang
sesuai. Tunggu hingga sejuk dan daun layu. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan
basuh muka dengan air tersebut. Selepas itu jangan dilapkan, biarkan hingga kering
sendiri.
2. Ambil beberapa helai daun jambu biji yang masih muda, bahagian pucuknya. Cuci
hingga bersih dan ramas daun tersebut dengan air. Kemudian cuci muka anda
dengan air perahan jambu biji tersebut. InsyaAllah, anda dapat lihat hasilnya setelah
beberapa hari.
3. Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan
campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu
ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda
mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar
ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.
4. Sediakan campuran bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada
Nabi tiga kali. Sapukan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.
5. Basuh muka dengan air basuhan beras. Biarkan ia kering sendiri. Setelah kering
cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
6. Bersihkan muka sehingga bersih. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia
kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
7. Sediakan campuran air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum
tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih,
itu hanya sementara. Esok paginya ambil beberapa keping asam gelugur (asam
keping) dan rendam dalam air panas. Setelah sejuk atau suam, basuhlah muka anda
dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan
anda pada tempat-tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah
dibasuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.
8. Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang
timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang
parut.
9. Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Rendam dalam
bekas air dan didihkan daun teh tersebut. Kemudian lekatkan ke jerawat.
10. Bancuh satu sudu susu tepung dengan sedikit air. Tempek pada keseluruhan
muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari.
11. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering dengan

sendirinya di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat
berkurangan.
12. Rendam beberapa keping asam gelugur (asam keping) selama satu malam.
Tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu batu hingga halus. Campurkan keduadua bahan dan sapukan pada keseluruhan muka. Amalkan dua kali seminggu.
13. Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung
danminyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan
sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Amalan ini elok untuk kulit
bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan dua kali seminggu.
14. Giling segenggam beras bersama segenggam daun inai hingga lumat. Bulatbulatkan adunan sebesar duit syiling 5 sen dan jemur hingga kering. Simpan dalam
bekas kedap udara. Apabila hendak menggunakannya, titis beberapa titik jus limau
nipis dan sapukan pada keseluruhan muka dengan menggunakan belahan kentang.
Amalkan dua kali seminggu.
15. Asah sedikit kulit kayu manis atau ambil sedikit serbuk kayu manis dan
campurkan dengan sedikit madu. Tempelkan ke muka sebelum masuk tidur. Bilas
dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu.

Anda mungkin juga menyukai