Anda di halaman 1dari 4

Jawapan

Model Kertas Peperiksaan


Soalan Aneka Pilihan
1 D
2 C
4 B
5 D
7 A
8 A
10 D
11 A
13 B
14 B
16 B
17 B
19 C
20 B

3
6
9
12
15
18

B
C
C
D
D
C

Soalan Struktur
1 (a) Tiga elemen utama budaya setiap
kelompok masyarakat:
(i) Simbol ialah perwakilan kepercayaan
budaya yang menjadi tanda dalam
sesebuah masyarakat. Contohnya,
keris merupakan simbol keberanian
dalam masyarakat Melayu.
(ii) Bahasa merupakan alat komunikasi
yang mempunyai unsur-unsur
perlambangan budaya. Bahasa
membolehkan manusia berhubung
dan berinteraksi dengan orang
lain. Contohnya, bahasa Melayu
mempunyai banyak pepatah yang
menjadi bahasa kiasan untuk
mencerminkan pemikiran serta nilai
yang diamalkan orang Melayu.
(iii) Nilai dan kepercayaan adalah
standard budaya yang menentukan
cara manusia menilai kebaikan dan
sebagainya untuk menjadikannya
sebagai panduan hidup masyarakat
tertentu. Contohnya, dalam
kebanyakan masyarakat, nilai
menghormati orang lebih tua telah
diamalkan oleh anak-anak sejak
turun-temurun.

** Elemen-elemen lain seperti norma, teknologi,


resam dan mores boleh dihuraikan
(b) Dua ciri utama sebuah masyarakat:
(i) BerkelompokManusia suka
berkelompok dalam kumpulan
yang memiliki kesedaran yang sama
tentang keanggotaan ahli-ahlinya,
dan mereka sering berinteraksi
antara satu sama lain.
(ii) BerbudayaSetiap masyarakat yang
terdiri daripada kelompok manusia
mempunyai budaya masingmasing. Setiap kelompok dalam
masyarakat mempunyai budaya
yang merangkumi agama, sistem
organisasi kemasyarakatan, bahasa,
kesenian dan peradaban yang
tersendiri.
** Ciri-ciri lain seperti mengalami perubahan
dan berinteraksi boleh dibincangkan
2 (a) Maksud adat resam:
Adat resam merupakan peraturan
yang sudah sekian lama diamalkan
sejak turun-temurun dalam sesebuah
masyarakat. Ia juga menjadi hukum
atau peraturan yang harus dipatuhi oleh
sesebuah masyarakat.
(b) Tiga adat resam daripada masyarakat di
Malaysia:
(i) Adat resam orang Melayu semasa
wanita hamil ialah adat melenggang
perut di mana upacara dilaksanakan
apabila wanita hamil dalam
lingkungan tujuh hingga lapan
bulan. Bidan menjalankan upacara
untuk membuang kecelakaan yang
mungkin menimpa wanita hamil
yang bakal bersalin.

JAWAPAN

(ii) Adat resam wanita Cina hamil


adalah dia tidak dibenarkan
memaku kerana khuatir bayi
dilahirkan mengalami kecacatan.
(iii) Adat valaikaapu dilakukan
apabila kandungan anak sulung
wanita hamil yang menjangkau
tujuh hingga sembilan bulan di
mana dia dipakaikan sebentuk
gelang tangan baharu. Wanita hamil
juga dimandikan dengan air seperti
air susu, air kunyit dan sebagainya.
** Adat resam orang Iban, Kadazan dan orang
Asli boleh dibincangkan
3 (a) Dua isu mengenai infrastruktur dan
kelengkapan sekolah yang masih belum
ditangani dengan jayanya.
(i) Kekurangan bilik darjah dan bilik
khas seperti makmal sains dan bilik
multi media terutamanya di sekolah
bandar dan pendalaman. Oleh
itu di sekolah bandar, banyak lagi
sekolah terpaksa melaksanakan dua
sesi pengajaran dan pembelajaran.
(ii) Di sekolah pedalaman contohnya di
Sabah dan Sarawak, masih tidak ada
kelengkapan asas seperti bekalan
elektrik, air, telefon dan internet.
(iii) Bangunan sekolah dan kelengkapan
dari segi peralatan untuk
kokurikulum dan bekalan sumber
pembelajaran masih kekurangan.
Ada bangunan yang usang dan
kemudahan yang kurang menepati
piawai. Contohnya, sekolah di luar
bandar di mana penyelenggaraan
tidak berlaku mengikut skedul.
(b) Tiga cara isu ketaksamaan peluang
pendidikan di kawasan pedalaman
boleh ditangani oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM):
(i) Isu kekurangan guru terlatih
terutama dalam bidang kritikal
seperti sains, matematik dan Bahasa
Inggeris. Latihan perguruan telah
dilaksanakan untuk guru sandaran
tidak terlatih (GSTT) melalui program
Diploma Pendidikan Lepasan
Ijazah dan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan di Institut Pendidikan
Guru seluruh Malaysia. Ini adalah

untuk menangani kekurangan guru


terlatih di kawasan pedalaman.
(ii) Jurang pendidikan antara lokasi,
taraf sosioekonomi antara bandar
dan pedalaman amat jauh. KPM
boleh membina asrama dan
rumah guru di kawasan pedalaman
untuk menggalakkan murid dan
guru untuk tinggal berdekatan
dengan sekolah. Tujuannya untuk
menggalakkan guru terlatih dapat
melaksanakan tanggungjawab
mereka tanpa menghadapi masalah
penginapan. Bagi pihak murid
pula, tujuannya adalah untuk
mengurangkan kadar keciciran.
(iii) Isu jurang digital dari segi
kemudahan teknologi maklumat
dan komunikasi (TMK) dan
penguasaan TMK dalam kalangan
guru dan murid. Dengan Bestari
Net yang dilancarkan KPM,
diharap dapat merapatkan jurang
digital guru dan murid di kawasan
pedalaman.
** Isu pencapaian akademik dan sekolah
kurang murid boleh dibincangkan.
4 (a) Tiga aktiviti dalam RIMUP:
(i) Aktiviti kokurikulum/Hari
Kokurikulum antara sekolah aliran
kebangsaan, Jenis Kebangsaan
berdekatan boleh berkumpul
untuk melaksanakan aktiviti seperti
pertandingan kawad kaki, kaligrafi
Cina, tulisan Khat dan tulisan
Tamil.
(ii) Aktiviti Dapur Kita di mana
murid pelbagai kaum mengenali
makanan tradisional setiap kaum.
(iii) Aktiviti bermain dalam program
Buddy Stop untuk murid
pelbagai kaum mengenal dan
bermain permainan tradisional
seperti congkak, batu seremban
dan ketingting, manakala mereka
didedahkan kepada permainan
moden seperti catur, shahibba,
Monopoli dan sebagainya.
(b) Satu strategi pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai untuk murid
orang Asli.

JAWAPAN

Strategi pembelajaran koperatif amat


sesuai untuk murid orang Asli kerana
sebegini dapat memberi peluang
kepada mereka untuk bekerja secara
kumpulan dalam menghasilkan projek
bersama. Mereka diberi peluang untuk
bergerak bebas dengan kawalan agar
tugasan dapat diselesaikan. Mereka
lebih suka hands-on dan aktiviti
koperatif yang mengaitkan pengalaman
mereka akan dapat merangsang
kreativiti mereka dengan penggunaan
visualruang dan sentuhan semasa
melaksanakan projek.
Soalan Esei
1 Seseorang guru dapat menggunakan aspekaspek kepelbagaian sosiobudaya untuk
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran
yang bermakna dan berkesan.
Aspek-aspek yang boleh digunakan:
Kepelbagaian latar belakang kaum yang
berada di dalam kelas.
Guru boleh menggunakan artikel atau
cerita dalam surat khabar atau buku
mengenai latar belakang kaum tertentu
untuk mata pelajaran seperti bahasa
Inggeris atau bahasa Melayu dalam
membincangkan soalan kefahaman.
Ini memberi peluang murid meneroka
dan memahami ciri-ciri, adat resam dan
kepercayaan kaum rakyat di Malaysia.
Dalam perbincangan kumpulan seperti
mata pelajaran Sejarah atau manamana mata pelajaran yang sesuai, murid
pelbagai kaum boleh berkongsi aspekaspek penting tentang kumpulan etnik
masing-masing untuk pemahaman
semua.
Menggunakan sumber pengajaran yang
bersesuaian dengan latar belakang
murid agar mereka berasa diterima oleh
masyarakat di dalam kelas dan sekali gus
memberi motivasi untuk belajar kerana
keperluan asas telah dipenuhi.
Guru perlu menerima dan menganggap
setiap murid daripada kumpulan etnik
itu unik dan menghormati kepelbagaian
amalan budaya. Ini membantu
persefahaman dan penerimaan serta
saling hormat-menghormati antara

guru dan murid yang akan merangsang


pembelajaran.
Guru boleh menggunakan dan
mengubah suai gaya pengajaran
mengikut ciri-ciri dan tingkah laku
murid. Contohnya, guru boleh adakan
pembelajaran secara kumpulan atau
koperatif untuk murid orang Asli
kerana mereka suka bergerak bebas dan
pembelajaran yang eksperiential.
** Lain-lain jawapan yang munasabah
2 Implikasi yang mungkin timbul jika
kepelbagaian budaya tidak diambil kira
semasa menyediakan penilaian terhadap
murid di dalam bilik darjah.
Ketidakadilan akan timbul jika soalan
atau tugasan yang dikemukakan tidak
kontekstual dan murid di semua lokasi
harus memahami apa yang dikehendaki.
Soalan atau tugasan yang dibentuk harus
menilai pengetahuan murid dalam
bidang tertentu berasaskan kurikulum
yang mesra budaya. Ia perlu mengambil
kira budaya semua murid dan bukan
hanya dituju kepada suatu kumpulan
etnik sahaja. Jika tidak, ia akan tidak adil
dari segi keputusan yang dibuat terhadap
kumpulan etnik yang terpinggir.
Jika guru kurang peka dan sensitif
terhadap budaya sesetengah kumpulan
etnik, soalan atau tugasan yang digubal
mungkin menyinggung perasaan murid
kumpulan etnik tersebut. Hal ini akan
menyebabkan ketidakpuashatian dalam
kalangan murid terhadap guru dan sekali
gus menjejaskan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
Guru yang tidak mengambil kira
kepelbagaian sosiobudaya semua murid
di dalam kelas semasa menggubal bentuk
tugasan mungkin akan menyebabkan
murid kurang bermotivasi untuk
melaksanakannya. Sebagai contoh, jika
guru menggubalkan tugasan yang hanya
berkisarkan budaya murid Melayu, hal
ini akan menyebabkan murid seperti
Cina dan Kadazan kurang berminat
seterusnya menyebabkan kurangnya
motivasi untuk melaksanakan tugasan.
Guru perlu mengintegrasikan semua
aspek budaya kumpulan murid di dalam

JAWAPAN

kelas semasa menggubal tugasan dengan


mengambil kira kepelbagaian budaya
dalam kalangan murid.
Jika guru kurang peka dari segi
menyediakan penilaian berasaskan
kepelbagaian budaya, murid akan kurang
berminat dan benci terhadap mata
pelajaran tersebut. Ini akan menjejaskan
pencapaian dalam mata pelajaran
tersebut dan secara tidak langsung
menyebabkan berlakunya tingkah laku
tidak diingini berlaku seperti ponteng
kelas atau tidak menumpukan perhatian
di dalam kelas.
3 Komunikasi lisan lebih berkesan:
Murid pelbagai budaya dapat berinteraksi
secara bersemuka dan apa jua
kemusykilan boleh diselesaikan secara
spontan.
Memberi impak yang lebih terhadap
murid yang mendengar kerana dia bukan
hanya menerima mesej atau kandungan
sesuatu perbincangan tetapi boleh
melihat bahasa tubuh juga.
Komunikasi lisan memberi maklum balas
yang serta merta dan semua persoalan
boleh diselesai dengan cepat.
Pemahaman terhadap mesej akan
diterima dengan lebih cepat dan secara
langsung. Hal ini tidak perlu membuat
interpretasi. Secara terus, murid
dapat menginterpretasi berdasarkan
suara, intonasi dan sebutan orang
yang menyampaikan mesej tanpa ada
keraguan.
Komunikasi lisan kurang berkesan:
Orang yang berkomunikasi secara telefon
adalah tidak bersemuka walau pun secara

langsung. Orang yang mendengar tidak


dapat lihat isyarat tubuh badan kecuali
menginterpretasi melalui intonasi dan
suara. Ini mungkin boleh menyebabkan
interpretasi yang kurang tepat.
Komunikasi bukan lisan berkesan:
Komunikasi bukan lisan berkesan
kerana penghantaran mesej cepat tanpa
menggunakan perkataan. Amalan dan
perlakuan berkait rapat dengan budaya
sebuah masyarakat.
Ia sesuatu yang dinamik dan spontan;
dicorak mengikut budaya masing-masing.
Interpretasi yang betul tentang elemen
komunikasi bukan lisan seperti bahasa
tubuh badan memerlukan pemahaman
yang sama oleh penerima. Maka, amat
penting jika adanya persefahaman
dalam kod supaya interpretasi yang sama
diperolehi.
Komunikasi bukan lisan mengukuhkan
komunikasi lisan. Walau bagaimanapun,
kadangkala mesej yang salah boleh
diterima jika bahasa tubuh badan tidak
selari dengan yang diperkatakan.
Komunikasi bukan lisan kurang berkesan:
Komunikasi bukan lisan mempunyai
pelbagai makna mengikut pelbagai
budaya. Pemerhati dan penerima mesej
perlu sedar mengenai pergerakan,
tenungan dan ton suara pelbagai
budaya agar komunikasi bukan lisan
diinterpretasi dengan betul. Jika tidak,
komunikasi bukan lisan tidak akan
berkesan. Hal ini boleh menyebabkan
keadaan di mana tidak bersefahaman
antara penghantar dan penerima mesej
secara bukan lisan.

Anda mungkin juga menyukai