Anda di halaman 1dari 5

AKU BUKAN DIA..

Ehemmm2...

Assalamualaikum..
Entry kali ni aku tak berniat untuk tulis pasal cinta, sebab aku tau dah, bab cinta ni even kita tak cerita
pun, orang dah master bahkan PhD..mungkin.. Jadi, kali ni, aku nak cerita pasal pengalaman aku
disalahorangkan oleh orang lain..senang cerita, ada orang ingat aku ni orang-orang tu, padahal
bukan. Sebab jadi macam ni ialah tak lain tak bukan, sebab muka aku dengan orang-orang tu agak
sama dan seiras.. Btw, sapa orang-orang tu??

Haaaaaaaanak tau sapa, scroll lar bawah ni haaa..

Opppp2.....dah lar scroll tu, jangan bawah sangat, kang terlepassikit dah lar

Orang-orang tu adalah.....*rentak anugerah skrin TV3

MAT LUTHFI..

Haaaaa Mat Luthfi..sapa tak kenai kan..

Ok, pengalaman ni berlaku masa aku kat sebuah kedai buku yang terkenal di Alor Setar, Pustaka Darul
Salam. Kat situ memang banyak lar buku-buku akademik dan kitab-kitab Arab. Aku p situ nak cari buku
karangan Syeikh Mustafa Masyhor. So, masuk lar aku dalam kedai tu, dengan berbaju jersey kedah
season 2013-2014 home punya, bersweater nikey hitam dan berseluar khaki coklat.

Masuk ja kedai tu, nampak lar kaunter depa tak jauh dengan pintu masuk tu. Ada dua orang cashier
perempuan dok jaga situ, sorang tu kulit putih sikit, sorang lagi kelabu asap sikit *I mean tak putih sangat
lar.. masa aku lalu depan kaunter, akak yang kelabu asap tu dok usha aku.. haishhh,,pehal akak ni usha
aku gitu..seram dohh.. aku buat derkk ja.. pi cari buku..

Selepas selesai thowaf dekat 7 kali seluruh kedai tu, aku pun jumpa lar yang aku nak beli tu.. ada dua
pulak karangan Mustafa Mashor, tajuk lebih kurang sama.. tak taw nak pilih, aku call lar kawan aku,
Syaza, dia dok alostaq gak..lpas call, dia kata better beli dua dua sebab dua dua nak guna nanti..tapi
kalau nak beli satu dlu pun takpa..then dia gitaw lar buku yang mana perlu lebih diutamakan..

Lepas call tanya apa suma, aku pun belek lar kejap buku tu.. masa dok asyik belek buku tu, aku
terperasan akak cashier tu yang tadi dok usha aku, masih usha aku.. dalam fikiran dok pikir, aku ada
buat salah ka? Ada apa apa ka kat muka aku? Hurmmmmm, perasaan aku ja kowt.. abaikan akak tu..
aku sambung belek buku.. lepas puas hati dengan buku tu, aku pi kat kaunter nak bayar.. akak cashier
yang putih tu serve aku, yang dok usha aku tadi jaga mesin duit tu. Masa nak bayar tu, terjadilah
sedikit perbualan antara aku ngan akak cashier tu:

Aku: Kak, berapa harga buku ni??


Cashier: Hurmmmm, jap nak scan..ok..RM12 dik..
Aku: Owhh,, ok..nah..*sambil hulur duit..
Cashier: Adik2,, adik ni Mat Luthfi kan??
Aku: Ehh,, bukan lar..
Cashier: Betul ke?? Adik memang pakai spec ke?? Ke taknak orang kenal??
Aku: Hurmmm,, betul lar kak, saya bukan Mat Luthfi lar..
Cashier: Hurmmmm..Ok.. *buat muka pelik

Keluar ja dari kedai tu, terus gelak sorang2..Mat Luthfi?? Tak sama langsung kowt..haha..

***

ARIEL PETERPAN/NOAH

Haaaaa,,, ni dia orang yang kedua..kalau orang kata muka aku sama dengan Ariel ni, aku agak
setuju..sikit lar..sebab tambut dan bentuk muka memang sama.. dari segi kehenseman mesti lar
aku..*huhhh,,xnak kalah-..- ..btw, aku memang minat dengan lagu lagu Peterpan dan NOAH dari dulu
sampai sekarang.. selalu ja dok tiru suara si Ariel ni..tp malangnya tak jadi..hukhuk..I redho..ok
abaikan yang tu.. saat pengalaman orang samakan aku dengan Ariel ialah pada suatu hari, di ipg
tempat aku belajar, time tu aku nak keluar guna motor kawan aku. On the way nak pegi garaj motor tu,
jumpa lar dua orang kawan aku, sorang senior (Idris), sorang junior (Izriq), then jadilah conversation ni:

Izriq : Ih(singkatan nama aku versi kelate, asalnya faez), mano tuh?
Aku : Nok tubek meta weyh..
Izriq : Paka jangok molep..supo nok gi jupo gewe..
Aku : Haha..tubek gi bank ja lar..

Kemudian Idris menyampuk..

Idris : Fulamakk ko Fahmi..!! hensem arrrmacam artis indon dah aku tengok..
Aku : Haha,, ye lar tu..
Idris : Weyhh, serius doe, macam Ariel Peterpan.. Smart arr kau!
Aku : Hahaha,, jauh gila beza!!
Idris : Serius kowt, betul kan Izriq?
Izriq : Lamo doh kawe parase tuh

Idris : Haaa.. cer ko nyanyi skit.. Dan Mungkin Bila Nanti *lirik lagu Mungkin Nanti
Aku : Hahaha..merepek ahh sep mu.. dah, gerak dlu..

Haaaaaamacam tu lar kisah yang kedua ni..huhhhh..next!!!

***

VINCE

Hurmmmm,, btw, dulu si Vince ni kan kurus sikit masa remaja..gambar atas ni macam dah chubby
sikit..hehe..ok, kisah yang ketiga ni macam ni plak.. masa tu aku darjah 4, aku rapat dengan dua
beradik ni, Fatin (kakak, tua dua taun dari aku) dan Fatihah (adik, muda setahun dari aku).. depa dua
orang ni anak ustazah ngaji quran aku.. kami memang rapat gila.. dah macam adik beradik..

One day, Fatin dan Fatihah ni mai umah aku, Fatin kawan baik kakak aku, so dia main ngan kakak aku
lar.. Fatihah rapat ngan aku.. kami main sekali.. dok asyik main, tetiba Fatihah tegur aku..

Fatihah : Weyhh, Atan (nama aku kat kampong), hang tau dak kakak aku kan..
Aku : Haaa, menda pa? awat ngan kak hang tu?
Fatihah : Dia kata.. Muka hang macam Vince..
Aku : Vince? Sapa tu?
Fatihah : Alarrrr,,,Vince yang belakon gambaq SEMBILU tu.. yang muka cam cina sikit tu..
Aku : Hurmmm,, yang tu ka..huhhh..

Inilah cerita yang ketigaNext!!

***

Dah lar tu.. tak larat nak taip dah..takdak next2 dah..huhhhhh

Kesimpulan: Kekadang, bukan sekadar rupa paras yang seiras membuat orang menyamakan kita dengan
orang lain, malah juga perwatakan, suara, cara berfikir, penampilan, perbuatan spontan dan banyak
lagi yang kita tunjukkan.. Jadi, aku bukan nak highlight or nak bajet style lar orang samakan aku
dengan mereka yang femes macam kat atas ni, tapi yang lebih penting ialah, some time, apa yang kita
buat atau kita miliki membuatkan orang samakan dengan orang lain..its like simile..sama ada samakan
dengan yang baik mahupun sebaliknya..harap kita sentiasa menunjukkan karakter yang baik dalam
kehidupan seharian di depan manusia dan juga yang jauh lebih penting, di hadapan Tuhan supaya kita
disamakan dengan orang-orang yang baik-baik sahaja..in sha Allah..

Jane!

Anda mungkin juga menyukai