Anda di halaman 1dari 6

Pengenalan

Kaunseling berasal daripada perkataan Inggeris counseling. Maksud kaunseling


yang lebih mendalam adalah hubungan peribadi bersemuka antara dua orang,
seorang adalah kaunselor manakala seorang lagi adalah kaunseli atau klien.
Kaunselor, melalui perhubungan ini dengan menggunakan kemahiran khususnya,
menyediakan satu situasi atau suasana, apabila kaunseli ( seorang yang normal dari
segi mental) dibantu memahami masalah dirinya, memahami dibantu memahami
masalah dirinya, memahami situasi semasanya serta kemungkinan situasi masa
hadapannya, supaya dia dapat menggunakan sifat-sifat peribadinya dan potensinya
dengan cara memuaskan dirinya dan memberikan faedah kepada masyarakat. Dan
selanjutnya dan mempelajari cara-cara menyelesaikan masalah dan memenuhi
keperluannya pada masa akan datang. Selain itu, kaunseling juga dapat ditafsirkan
sebagai satu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsipprinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kepada etika
kaunseling untuk mencapai satu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang
holistik baik dan sukarela pada siri klien supaya perubahan kemajuan dan
penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien ( Majalah Kaunseling, Bil 1
2001). Ini dapat disimpulkan bahawa, kaunselor merupakan perorangan yang boleh
membantu kaunseli yang mempunyai masalah menggunakan kemahiran sedia ada
mereka supaya masalah tersebut boleh diatasi dan di jadikan satu titik tolak kepada
klien untuk menjadi lebih baik.
Perkhidmatan kaunseling ialah perkhidmatan peribadi yang diadakan bagi membantu
insan dalam menangani permasalahan yang berlaku ke atas mereka. Kaunseling
juga berperanan sebagai satu tempat dimana seseorang yang bermasalah membuat
rujukan bagi menangani masalah kehidupan dalam seharian. Boleh dikatakan juga
bahawa kaunseling merupakan satu sesi antara kaunseli yang cuba meluahkan
masalah, atau pandangan yang didapati kepada kaunselor secara bersemuka dalam
suasana yang terkawal. Mereka cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut jadi
sebagai kaunselor yang mempunyai pengetahuan sepatutnya mereka menjadi
penasihat atau pembimbing kepada insan yang memerlukan bantuan ini dengan
memberi mereka cadangan atau membantu mereka dalam mencari penyelesaian
sendiri mengenai masalah mereka tadi.

Perkhidmatan kaunseling bukanlah hanya bagi murid, pelajar, atau individu yang
bermasalah namun ia juga merupakan satu wadah untuk seseorang menyampaikan
isi hati dan seterusnya meningkatkan potensi dalaman individu secara lebih
mendalam. Selain itu, ia juga digunakan untuk mengeksploitasi segenap sudut dan
situasi bagi kegunaan diri supaya dapat mencapai kehidupan sejahtera dan
membantu mewujudkan komuniti yang aman dan tenteram. Objektif utama dalam
Kaunseling yang dapat difahami adalah satu cara atau kaedah untuk membantu klien
dan individu dalam masalah. Matlamat lain dalam kaunseling adalah kepuasan klien
yang mendapatkan sesuatu nikmat hasil daripada kaunseling. Selain itu, kaunseling
juga berupaya meningkatkan pembangunan personel potensi diri dan kematangan
sosial. Individu juga lebih bertanggung jawab dan berkeupayaaan mengendalikan
tingkah lakunya sendiri. Ia juga membantu individu lebih bersikap terbuka dan
mampu membuat pilihan yang terbaik bagi dirinya.
Kaunseling membimbing individu mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada
isu yang dihadapinya. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam
menghasilkan perubahan diri. Melalui kaunseling keserabutan yang dihadapi akan
dapat dirungkaikan sedikit demi sedikit.

Terapi Seni
Secara umumnya, seni adalah salah satu daripada kreativiti manusia yang sangat
sukar dijelas dan juga dinilai. Sesetengah orang menganggap melukis adalah
sebagai salah satu cara untuk menenangkan fikiran, walhal, lukisan juga boleh
dianggap sebagai salah satu cara yang terbaik untuk berkomunikasi. Ini bertepatan
sekali dengan Teori Pelbagai Kecerdasan yang diperkenalkan oleh Howard Gardner
(1983), manusia dilahirkan dengan potensi dalam tujuh jenis kecerdasan. Melalui
terapi seni, ia akan dapat meningkatkan komunikasi individu. Ia juga boleh dikatakan
sebagai hasil karya yang dihasilkan oleh manusia untuk melahirkan emosi atau
perasaan mereka sama ada suka, asedih, amarah gembira dan sebagainya.
Bagi mengupas definisi terapi seni, perkataan terapi dan seni perlu diberikan
penelitian secara literal. Menurut Oxford Dictionary of Psychology (2003), perkataan
terapi seni berasal daripada perkataan Greek iaitu therapeuein yang bermakna
untuk memulihkan atau untuk dijaga manakala perkataan terapi seni merupakan satu
bentuk psikoterapi di mana klien atau pesakit digalakkan untuk meluahkan perasaan
dan konflik dalaman diri mereka menerusi seni. Seni bermakna karya seperti sajak,
lukisan, muzik dan lain-lain; yang diciptakan dengan bakat (kecekapan), hasil
daripada sesuatu ciptaan. Kesimpulannya secara harafiah dapatlah ditakrifkan terapi
seni merupakan rawatan yang terhasil daripada sesuatu ciptaan atau karya.
Terapi

seni

juga

adalah

berdasarkan

kepada

pengetahuan

tentang

teori

perkembangan dan psikologi manusia yang dilakukan sepenuhnya mengikut


penilaian dan rawatan model spektrum termasuk pendidikan, psikodinamik, kognitif
dan transpersonal. Terapi juga berpotensi untuk mendamaikan konflik emosi
dalaman seseorang, mendidik keinsafan diri dan memperkembangkan kemahiran
sosial,

mengurus

tingkah

laku,

menyelesaikan

masalah,

mengurangkan

kebimbangan, membantu penyesuaian kenyataan dan meninggikan sanjungan diri.


Namun demikian Terapi Seni merupakan gabungan antara seni dan psikoterapi. Ini
kerana seni merupakan ciptaan yang mempunyai nilai estetika yang berupaya
merangsang gambaran alam realiti, manakala psikoterapi merupakan rawatan
secara psikologikal kepada individu yang mengalami kecelaruan. Ini menunjukkan

bahawa terapi seni merupakan pendekatan teraputik menerusi aktiviti seni visual
seperti melukis, mewarna, fotografi dan seni arca yang berupaya membantu klien
meluahkan emosi dan perasaan yang terpendam, seterusnya memberi makna
kepada terapi dan diagnosis yang dilakukan kepada klien. Manakala Oxford
Dictionary of Psychology (2003) mendefinisikan terapi seni sebagai salah satu
bentuk psikoterapi, di mana klien digalakkan meluahkan perasaan dan konflik
dalaman mereka menerusi seni. Penggunaan material seni seperti warna air, krayon,
dan non-toxic magic colour digunakan sebagai medium perluahan diri klien.
Manakala dalam American Art Theraphy Association Inc menjelaskan bahawa, terapi
seni merupakan satu kaedah terapuetik yang menggunakan seni melalui hubungan
profesional oleh individu yang mempunyai pengalaman kesakitan, trauma atau
cabaran hidup dan individu yang mencari perkembangan kendiri.
A form of theraphy in which the making of visual images in the presence of a
qualified art theraphist contributes toward externalization of thoughts and feelings,
which may otherwise remain unexpressed. The images may have a diagnostic as
well as theraphutic function in thar they provide the patient and the therapist with a
visible record of the session and give indicators for further treatment.
(

Waller

dan

Gilroy,

1992)
Ia juga merupakan suatu bentuk komunikasi bukan lisan, di mana perasaan dan
fikiran seseorang dapat dikomunikasikan menerusi proses penghasilan seni tersebut.
Ini bermakna terapi seni merupakan psikoteraputik dan proses pembelajaran yang
menggunakan seni sebagai medium interaktif. Menerusi pelbagai aktiviti seni seperti
melukis, mewarna, menyanyi, pergerakan dengan muzik, dan drama. Terapi Seni
berupaya membantu individu untuk mencari makna di sebalik proses kreatif yang
telah dilalui dan menggalakkan perkongsian pengalaman antara klien dan terapis
atau kaunselor (Malchiondi 1998). Justeru itu, terapi seni ini termasuklah hubungan
peribadi antara klien dan kaunselor atau terapis yang mengendalikan sesi tersebut;
di mana klien merasa selamat dan terlindung daripada ancaman apabila
membicarakan masalah yang dihadapi oleh klien, meneroka sebab mengapa
masalah itu terjadi, meluahkan perasaan yang sukar dan juga meluahkan perasaan
dengan cara yang berbeza.

Kepentingan Terapi Seni dalam Kaunseling.


Jika dlihat melalui sudut pandangan dan stigma masyarakat khususnya murid.
Bimbingan dan kaunseling adalah untuk mereka yang bermasalah teruk. Bagi
membolehkan stigma tersebut berkurangan dalam kalangan murid. Aktiviti seperti
terapi seni, terapi muzik dan berbagai lagi terapi boleh digunakan dalam sesi
bimbingan dan kaunseling supaya dapat mengurangkan stigma tersebut.
Kepentingan terapi seni dalam kaunseling adalah dapat mewujudkan suasana
persekitaran kaunseling yang menyeronokkan. Melalui terapi seni dalam kaunseling,
murid lebih seronok. Bagi murid tidak sukakan peraturan, seni merupakan satu
medium yang terbaik untuk menarik perhatian mereka. Ini kerana seni tidak
mempunyai undang-undang yang perlu diikuti. Murid berasa lebih seronok, dan suka
untuk menghadiri sesi kaunseling dan lebih bersikap terbuka berbanding sesi
kaunseling yang tidak menyelitkan sebarang terapi yang menyeronokkan.
Selain itu, terapi seni juga berkepentingan sebagai satu medium untuk melahirkan
emosi, perasaan melalui seni sama ada dari segi lukisan mahupun warna-warna
yang yang digunakan. Melalui hasil seni yang ditunjukkan semasa sesi kaunseling,
guru kaunseling boleh merumuskan dan membuat andaian kasar masalah yang di
alami oleh murid. Kadangkala, murid tidak berupaya untuk meluahkan secara verbal,
namun melalui terapi seni dalam kaunseling, murid mampu meluahkan emosi melalui
hasil seni.
Kebanyakan masalah yang ditimbulkan oleh murid-murid di sekolah akan
dikendalikan dengan menggunakan pendekatan disiplin tetapi pendekatan ini tidak
berkesan pada masalah yang berkaitan dengan ponteng kelas, lambat masuk kelas,
melanggar peraturan kelas. Oleh itu, sesi kaunseling boleh dilakukan. Terapi seni
dalam sesi ini sangat membantu guru dalam mengendalikan masalah murid kerana
terapi seni berupaya membantu kaunselor yang berhadapan dengan kekangan masa
atau time limited counseling. Kaunselor juga kadangkala merupakan seorang guru
di sekolah. Oleh itu, masa yang dapat diperuntukan amat sedikit. Masa yang
optimum dapat digunakan dalam masa yang minima.

Walau bagaimanapun, kajian oleh Paw Eng See, Noriah dan Salleh (2008) telah
membuktikan bahawa terapi seni boleh dilaksanakan dan berupaya membantu
kaunselor memperoleh lebih banyak maklumat daripada klien. Ini kerana dari segi
pemilihan warna, garisan serta gambaran yang digunakan dapat meningkatkan lagi
maklumat. Maklumat yang diperolehi banyak kerana terdapat pelbagai aspek yang
boleh digunakan bagi menginterpretasi hasil seni tersebut.
Selain itu, pendekatan terapi seni juga membantu klien membina strategi dan
meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah. Justeru itu, terapi seni boleh
dianggap sebagai pendekatan tambahan yang berupaya membantu kaunselor
mengendalikan proses kaunseling dengan lancar dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai