Anda di halaman 1dari 10

30 Disember 2011

5 Safar 1433H

JASAMU DIKENANG
Selamat bersara diucapkan kepada bekas Timbalan Ketua Pengarah
Penyelidikan dan Pembangunan TKP(P), Tuan Haji Mansor Bin Abd
Rahaman dan pegawai di Bahagian Direktorat Strategik dan
Perhubungan (DS), En Abd. Halim Bin Abd. Aziz yang masing masing
bersara pada 15 September 2011 dan 1 September 2011. Buat
Tuan Haji Mansor dan Encik Abd. Halim, sekalung penghargaan dan
ucapan jutaan terima kasih daripada seluruh warga ARSM di atas
pengorbanan masa, tenaga, ilmu, dan keringat yang telah diberikan
bagi memastikan ARSM sentiasa terus maju ke arah
kecemerlangan.
Sesungguhnya, kedua-dua permata ini tiada galang gantinya dan kenangan
bersama akan terus mekar dan segar sentiasa. Semoga Tuan Haji Mansor dan
En Abd. Halim sentiasa dilimpahi rahmat dan diberkati Allah serta terus
mengecapi kebahagian bersama keluarga.

Edisi 3, Sesi 2011-2013


Menarik di dalam:
Setitis Tinta,
Secoret Kata....2
Majlis Jasamu
Dikenang..3
Ceramah
Kepenggunaan..4
Buletin Sukan ARSM5
Selamat Datang dan
Selamat Maju Jaya7
Walimatulurus.8
Kelahiran
Cahayamata.9
Aktiviti Biro Agama10

Sidang Editor
Penasihat
Adnan Hj. Ismail
Ketua Pengarang

Mohd Hakimi Abdul


Rahman
Pengarang
Mohd Adha Abdul Majid
Muhammad Nazir
Siham
Noorlydia Ahmad

SETITIS TINTA
Assalamualaikum w.b.t.
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Bertemu kita kembali dalam buletin kelab bagi edisi ketiga tahun 2011. Setiap perkara ada awal dan
akhirnya, ini termasuklah tahun 2011 yang akan berakhir tidak lama lagi. Menjelang tahun 2012 yang
akan menjelma, ini merupakan buletin kelab edisi yang terakhir bagi tahun 2011. Pihak editor ingin
merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli kelab ARSM yang telah memberikan kerjasama
dan semangat kepada pihak editor buletin kelab di sepanjang tahun 2011 ini.
Pihak editor juga ingin mengucapkan salam perpisahan kepada para pegawai yang telah berpindah
dan juga yang telah bersara. Segala jasa, pengorbanan dan sumbangan yang telah diberikan oleh
mereka untuk menjadikan ARSM sebagai agensi yang disegani dan berdaya maju amatlah dihargai dan
semoga para pegawai yang masih berkhidmat di ARSM dapat mencontohi teladan dan sumbangan
yang telah diberikan.
Selain itu, berkenaan dengan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bakal dilaksanakan
pada tahun 2012 bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), diharap ia dapat menjadikan
perkhidmatan awam di Malaysia akan lebih proaktif dan berdaya saing seterusnya dapat memberikan
perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih berkesan.
Akhir kata, semoga kita dapat bersua kembali dalam keluaran buletin kelab pada tahun 2012 dan
sidang editor mengakhiri coretan kata pada buletin kali ini dengan serangkap pantun.
Daun Palas Jatuh Keriba,
Layu Berguguran di Angin Deru,
Tahun 2012 Menjelang Tiba,
Menanti Cabaran di Alaf Baru.
Sekian daripada kami sidang editor, terima kasih.

MAJLIS JASAMU DIKENANG


Pada 19 September 2011, satu Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan Tuan Haji
Mansor Bin Abd Rahaman dan En Abd. Halim Bin Abd. Aziz telah diadakan di Dewan Seminar, ARSM.
Suasana ceria dan hiba menyelubungi sepanjang majlis berlangsung khususnya semasa persembahan
multimedia dan juga semasa mereka menyampaikan ucapan perpisahan.

Ucapan dan amanat terakhir Tuan Haji


Mansor Bin Abdul Rahaman

Ucapan perpisahan Encik Abd. Halim Bin Abd.


Aziz

Cenderahati Kelab ARSM kepada Tuan


Haji Mansor Bin Abdul Rahaman

Cenderahati Kelab kepada Encik Abd.


Halim Bin Abd. Aziz

Serba sedikit latar belakang yang dapat dicoretkan tentang dua insan berjasa ini buat tatapan
semua khas untuk buletin pada kali ini. Tuan Haji Mansor Bin Abd Rahaman telah berkhidmat dengan
kerajaan selama 33 tahun di dua jabatan iaitu 17 tahun (1978 - 1995) di Jabatan Pertanian dan 16 tahun
(1995 - 2011) di ARSM. Beliau merupakan anak jati Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang lahir pada 15
September 1953 dan merupakan anak ke-4 daripada 8 orang adik beradik. Di atas sumbangan beliau
kepada perkhidmatan awam, beliau telah dianugerahkan Pingat Kesatria Mangku Negara (K.M.N) oleh
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 7 Jun 2008.
Insan berjasa kedua adalah Encik Abd. Halim Bin Abd. Aziz. Beliau telah menabur khidmat
selama 35 tahun dengan kerajaan, juga di dua jabatan yang berbeza iaitu Jabatan Kerja Raya selama 18
tahun (1976 -1994) dan di ARSM selama 17 tahun (1994 2011). Beliau yang merupakan anak jati
Jelebu, Negeri Sembilan ini merupakan anak ke-2 daripada 6 adik beradik. Di atas sumbangan beliau
kepada perkhidmatan awam, beliau telah dianugerahkan Ahli Mangku Negara (A.M.N) oleh Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong ada 16 Julai 2009 di Balairong Seri, Istana Negara.

CERAMAH KEPENGGUNAAN

Kelab Remote Sensing Malaysia telah mengorak langkah dengan menambah kesedaran kepada
ahlinya dengan pengetahuan tentang kepenggunaan. Satu sesi ceramah berkaitan dengan hal-hal
kepenggunaan telah berjaya dianjurkan dan disampaikan oleh penceramah dari Tribunal Tuntutan Pengguna
Malaysia (TTPM) pada 25 Oktober 2011 yang lalu, bertempat di Bilik Bunga Raya, ARSM. Kita juga amat
bertuah kerana ceramah tersebut disampaikan sendiri oleh Pengerusi TTPM iaitu Puan Reihana Binti Abd.
Razak.

Di antara pengisian ceramah yang disampaikan adalah tentang latar belakang penubuhan, tugas
dan tanggungjawab TTPM itu sendiri, hak-hak sebagai pengguna, jenis-jenis tuntutan yang boleh
dikemukakan kepada Tribunal, pengertian terma-terma di dalam bab kepenggunaan dan perkhidmatan,
tatacara mengenai pemfailan, pendaftaran dan pendengaran tuntutan di Tribunal, peraturan-peraturan dan
Akta yang digunakan untuk melindungi hak pengguna, penguakuasaan Award dan penalti jenayah dan
semakan kehakiman. Fakta-fakta dan contoh-contoh kes terdahulu seperti di dalam kategori perkhidmatan
dan barangan turut juga disampaikan oleh Pn Reihana secara bersahaja dengan penggunaan grafik dan
gambar yang menarik telah berjaya mencuri perhatian semua warga ARSM yang hadir mendengar ceramah
tersebut.
Untuk makluman, TTPM adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85,
Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang beroperasi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan. Objektif utama penubuhan Tribunal adalah untuk menyediakan
saluran alternatif kepada pengguna untuk memfailkan tuntutan gantirugi secara mudah, murah dan cepat.
Untuk maklumat lanjut tentang TTPM, bolehlah melawati portal rasmi mereka di
http://ttpm.kpdnkk.gov.my/portal/index.php
Sebagai warga ARSM yang rata-ratanya adalah termasuk di dalam kategori pengguna barangan
dan perkhidmatan samada untuk diri sendiri mahupun ahli keluarga kini diharapkan sudah memahami dan
mempunyai pengetahuan asas tentang hak-hak pengguna. Semoga kita sama-sama menjadi pengguna yang
lebih proaktif.

Ada sesuatu yang melucukan dan menarik


perhatian pendengar

Pn Reihana sedang menyampaikan


ceramah

BERITA SUKAN ARSM


Tahun 2011 mencatatkan pelbagai suasana suka dan duka bagi aktiviti sukan yang
dilaksanakan sepanjang tahun ini. Sukan pingpong merupakan acara sukan terakhir yang dilaksana
pada tahun 2011 di mana kumpulan Alpha berjaya menjadi juara dalam acara ini. Juara
keseluruhan Karnival Sukan ARSM Tahun 2011 pula menjadi milik kumpulan Beta selepas
mengungguli kutipan mata keseluruhan diikuti kumpulan Gamma selaku naib juara, kumpulan
Delta di tempat ketiga dan kumpulan Alpha di tempat keempat. Tahniah diucapkan kepada Biro
Sukan Kelab ARSM yang telah bekerja keras dan para peserta yang terlibat bagi memastikan
kelancaran aktiviti sukan yang dijalankan.
Keputusan Sukan Pingpong

Alpha
Alpha

Beta
3-2

Beta

2-3

Gamma

1-4

1-4

Delta

0-5

2-3

KEDUDUKAN

Gamma

Delta

4-1

5-0

4-1

3-2

0-5

5-0
PASUKAN

Markah

3
JUMLAH
MARKAH

JUARA

ALPHA

5 MARKAH

NAIB JUARA

BETA

4 MARKAH

KETIGA

DELTA

2 MARKAH

KEEMPAT

GAMMA

1 MARKAH

KEPUTUSAN MUKTAMAD KARNIVAL SUKAN ARSM 2011

KEDUDUKAN

PASUKAN

MARKAH
AKHIR

JUARA

BETA

25 MARKAH

NAIB JUARA

GAMMA

17 MARKAH

KETIGA

DELTA

16 MARKAH

KEEMPAT

ALPHA

14 MARKAH

KEJOHANAN FUTSAL MAHABBAH (PUSAT ZAKAT SELANGOR)


Pada tarikh 20 November 2011, Satu Kejohanan Futsal Mahabbah anjuran Pusat Zakat
Selangor telah diadakan bertempat di Ampang Sports Planet dimana ARSM telah menghantar
2 pasukan iaitu ARSM (A) yang diketuai oleh En. Mohad Fairus dan ARSM (B) diketuai oleh
En. Izul Akmal. Prestasi ARSM (A) dan ARSM (B) agak membanggakan walaupun tidak layak
ke peringkat suku akhir dimana kedua-dua pasukan menduduki tempat ketiga dalam
kumpulan masing-masing. Warga Kelab mengucapkan jutaan terima kasih serta tahniah di
atas penglibatan dan kejayaan yang dikecapi.

Pasukan ARSM bergambar kenangan selepas


kejohanan

Orang-orang kuat ARSM sentiasa


bersemangat!!

Pasukan ARSM memberikan tentangan sengit


kepada pasukan lawan

Wajah-wajah staf ARSM yang mewarnai


Kejohanan Futsal Mahabbah anjuran PZS

SELAMAT DATANG & SELAMAT MAJU JAYA


Selamat datang diucapkan kepada ahli kelab yang baru sahaja memulakan kerjaya di ARSM.

En. Mohd Hairul Anuar Bin Bohro


Tarikh Mula Berkhidmat : 21 Nov. 2011

En. Che Ludin Bin Che Mahmood


Tarikh Mula Berkhidmat : 17 Okt. 2011

Selamat berjaya kepada ahli kelab yang baru sahaja bersara dan berpindah kepada alam
pekerjaan yang baru. Selamat maju jaya diucapkan.

Tn. Haji Mansor B. Abdul Rahaman


(Bersara)
15 September 2011

Cik Rozilah Bt. Azhar


(Berpindah Secara Pinjaman Ke JPM)
21 November 2011

WALIMATULURUS
Ucapan Selamat Pengantin Baru buat pasangan mempelai ahli kelab yang telah melangsungkan
perkahwinan baru-baru ini. Semoga Allah memberkati dan melimpahkan berkat kepada setiap
pasangan.

Muhammad Fuad Bin Ahmad


&
Husna Binti Masrom
2 & 8 Oktober 2011

Nurul Izza bt. Zainal


&
Muhamad Shafiq b. Ab Rahim
17 September 2011

Ahmad Zahrullail Bin Safai


&
Noor Emma Hizan Binti Hijas
20 & 26 November 2011

Shamsul Bin Wahit


&
Nor Diana Bt. Zubir
3 & 25 Disember 2011

Mohd Hakimi B. Abdul Rahman


&
Siti Nor Afzan Bt. Abdul Habib
20 & 27 November 2011

KELAHIRAN CAHAYAMATA
Nama : Qisha Bt. Ali
Imran
Tarikh Lahir : 23.11.2011
Nama Bapa : Ali Imran B.
Mohd Drus

Nama : Aminul Wafiy B. Norzaidi


Tarikh Lahir : 14.8.2011
Nama Ibu : Farrah Diba Bt. Hj. Asmawi

Nama : Muhammad Aidil


Zaref b. Azwan
Tarikh Lahir : 31.8.2011
Nama Ibu : Suziyanna Bt.
Arshad

Nama : Harraz Sidqi B. Mohd


Hazwan
Tarikh Lahir : 3/12/2011
Nama Ibu : Nurul Shida Bt. Saari
Nama : Faris Furqan B.

Mohd Fazuwan

Tarikh Lahir : 5.10.2011


Nama Bapa : Mohd Fazuwan B. Ahmad
Fauzi

Nama : Maryam Balqis Bt.


Mohd Tarmizi
Tarikh Lahir : 5/12/2011
Nama Ibu : Nur Dhuha Bt.
Dzulkifli

Nama : Nur Aleeya Alisha


Bt. Mohd Fadzli
Tarikh Lahir : 31.8.2011
Nama Bapa: Mohd Fadzli B.
Abdul Rahman

AKTIVITI BIRO AGAMA


Bil.

Aktiviti

Tajuk

Tarikh

Penceramah/
Jemputan

1.

Penentuan Arah
Kiblat di Surau
ARSM.

18 Okt.
2011

Pej. Mufti WPKL

2.

Ceramah Bulan
Ramadhan

"Ramadhan
Menjana Insan
Cemerlang

4 Ogos
2011

Ustaz Muhammad Yusof


(Pensyarah UM)

Ceramah Bulan
Ramadhan

Hikmah dan
Pengajaran Nuzul
Quran

17 Ogos
2011

Ustza Muhd Azri Ahmad Kamel


(Imam Masjid Saidina Abu Bakar AsSiddiq, Bangsar)

Ceramah Umum

Kepenggunaan :
"Pengguna
Proaktif"

25
Oktober
2011

Pn. Raihana Abd. Razak


(Pengerusi TTPM)

Anda mungkin juga menyukai