Anda di halaman 1dari 22

KEDUDUKAN AMALAN KHURAFAT DI PULAU BESAR, MELAKA

MENURUT SYARAK1
OLEH:
DR AZMAN AB RAHMAN
PENSYARAH KANAN, FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG,
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
azmanusim@yahoo.com
PENDAHULUAN

Pulau Besar merupakan sebuah pulau tropika eksotik yang terletak di Negeri Melaka dengan
keluasan 129.1541 hektar. Terletak 7 batu nautika dari Bandar Melaka, kira-kira 10 minit
perjalanan bot dari jeti di Umbai, 3 km dari persisiran pantai negeri Melaka dan 16 km dari
pelabuhan Melaka. Pulau Besar dikelilingi oleh pulau-pulau kecil seperti Pulau Undan, Pulau
Lalang, Pulau Serimbun dan Pulau Burung. Pulau Besar boleh dikunjungi melalui bot dan feri
yang disediakan untuk menghubungkan pulau tersebut dengan tanah besar iaitu di Jeti Anjung
Batu dan Pelabuhan Marina Awam Melaka2. Pulau Besar dikelilingi oleh beberapa pulau lain
yang lebih kecil seperti Pulau Nangka, Pulau Serimbun di sebelah barat, Pulau Dodol, Pulau
Hanyut, Pulau Lalang di sebelah timur, Pulau Undan, Pulau Burung, dan sebagainya. Kini,
82.26% tanah di pulau ini dimiliki oleh Pembangunan Pulau Bertuah Sdn. Bhd. yang diterajui
oleh Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah, 12.75% dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri
Melaka (PKNM), 2.82% dimiliki oleh Projects Yield Sdn. Bhd., 1.11% merupakan tanah
Kerajaan, manakala 1.04% dimiliki oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)3. Pulau ini
menjadi tumpuan pengunjung kerana dikatakan memiliki kekeramatannya yang tersendiri,
selain dipercayai menjadi tempat bersemadinya beberapa orang yang dianggap wali-wali

Kertas kerja ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan yang telah diluluskan dan dibiayai oleh Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia JAKIM. Setinggi penghargaan ditujukan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
dan Universiti Sains Islam Malaysia atas sokongan dan galakan dalam usaha menyempurnakan penyelidikan ini.
2
http://www.perzim.gov.my/muz_pbesar.htm diakses pada 20 Disember 2012.
3

Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012.

Allah SWT, serta banyak lagi tempat-tempat misteri yang masih belum dapat disingkap dan
dipastikan kesahihannya hingga ke hari ini. Antara tempat-tempat tersebut ialah:
1.

Kubur Sultan Arifin

2.

Kubur Syeikh Yusuf

3.

Kubur Syarifah Rodziah

4.

Kubur Tujuh Beradik

5.

Kubur Tok Janggut

6.

Kubur Nenek Kebayan

7.

Perigi Nenek Kebayan

8.

Tempayan Pecah

9.

Gua Yunus

10.

Batu Belah

11.

Tasik Bunian

12.

Tasik Biawak

13.

Pokok Disula

Terdapat banyak lagi tempat misteri di Pulau Besar, namun di sini hanya akan dibincangkan
sejarah atau latarbelakang tempat-tempat yang disenaraikan di atas sahaja disebabkan ia
menjadi tempat tumpuan pengunjung dan dipercayai mempunyai unsur-unsur khurafat.
SEJARAH PULAU BESAR, MELAKA
Pada awal pembukaan Pulau Besar, ia didiami oleh orang selat atau orang laut sebelum
Melaka diasaskan pada tahun 1262. Di zaman Kesultanan Melayu Melaka, pulau ini menjadi
tempat persinggahan para pedagang untuk mendapatkan bekalan makanan, kayu api dan air
bersih di samping menunggu giliran untuk berlabuh di pelabuhan Melaka.
Pulau Besar juga dikenali dengan nama Pulau Air atau Wu Shu oleh pedagang Cina
serta menjadi tumpuan kapal-kapal pedagang ini ketika kewujudan Melaka sebagai pusat
pemerintahan dan pelabuhan. Kapal-kapal dagang singgah untuk mendapatkan bekalan air
dan kayu api sebelum meneruskan pelayaran ke destinasi yang dituju. Peranan Pulau Besar
sebagai pusat bekalan air bersih turut diakui oleh Ma Huan, pembantu kepada Laksamana
Cheng Ho. Menurut beliau lagi, para pedagang Cina akan melawat pulau ini untuk berlabuh
serta berehat disamping mendapatkan bekalan. Masyarakat nelayan yang menetap di muara
sungai Melaka membawa barang dagangan untuk ditukarkan dengan keperluan mereka.

Pulau ini turut menjadi tumpuan di seluruh kepulauan Melayu kerana dipercayai
terdapatnya ramai ulama' yang menetap dan mengembangkan agama Islam pada masa dahulu
seperti Sultan Arifin Syeikh Ismail ibn Saiyid Abdul Qadir Ibn Saiyid Abdul Jabbar. Pulau ini
juga dicatatkan menjadi pusat melancarkan serangan balas orang-orang Melayu yang
berusaha merampas semula Melaka dari tangan Portugis4.
TEMPAT-TEMPAT TUMPUAN
KUBUR SULTAN AL-ARIFIN SYEIKH ISMAIL

Terdapat banyak versi penceritaan mengenai beliau, antaranya ialah:

Menurut satu sumber, nama sebenarnya ialah As-Saiyid Sultan Al-Arifin Syeikh
Ismail Ibn Saiyid Abdul Qadir Ibn Saiyid Abdul Jabbar RA. Beliau adalah
keturunan ke-18 Rasulullah SAW. Beliau dilahirkan pada 17 Rabiul Awal 867H
bersamaan 1463M di Baghdad. Bapanya bernama As-Saiyid As-Syeikh Abdul
Qadir serta ibunya bernama Sayyidah Fatimah. Beliau mempunyai seorang anak
lelaki dan dua orang anak perempuan.Beliau meninggal pada 17 Rabiul Awal
925H ketika berusia 58 tahun. Turut dikebumikan bersama beliau adalah 41 orang
pengikut-pengikutnya. Beliau mempunyai ilmu agama yang tinggi. Menurut
riwayat, semasa berkunjung ke Madinah beliau mendapat petunjuk agar
mengembangkan Islam ke Kepulauan Melayu. Seterusnya beliau telah
mengembara dan tiba di Pulau Besar bersama 16 orang ahli kumpulan, antaranya
ialah Syeikh Yusuf As-Sidiq dan saudaranya As-Sayyid Ibrahim. Di Pulau Besar
ilmu beliau telah tersebar luas dan mempunyai pengikut yang sangat ramai5.

Terdapat sumber yang menyatakan beliau adalah seorang ulama yang telah
mengunjungi Tanah Melayu, Singapura dan Sumatera (Indonesia) untuk
menyebarkan syiar Islam.Dari Sumatera Timur, beliau telah tiba di Kedah
seterusnya melalui Selat Melaka. Sewaktu dalam pelayaran, beliau telah keputusan

Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012.

Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012.

bekalan air dan mengambil keputusan untuk mendarat di Pulau Besar. Peristiwa ini
dipercayai berlaku lebih 560 tahun yang lalu (929M)6.
KUBUR SYEIKH YUSUF

Syeikh Yusuf merupakan seorang sufi yang tinggi ilmunya dan menghafal beribu-ribu hadis
Nabi Muhammad SAW. Beliau merupakan guru kepada Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail.
Diriwayatkan sepanjang hidupnya beliau mula berpuasa semenjak berumur 9 tahun hinggalah
kembali ke rahmatullah pada usia 73 tahun.
Beliau dikatakan telah datang ke Pulau Besar dengan rombongan Sultan Al-Arifin Syeikh
Ismail. Beliau merupakan seorang guru agama dan dipandang tinggi di kalangan anak-anak
kapal, mahupun Sultan al-Arifin Syeikh Ismail sendiri.
Dalam masa menunggu ketibaan angin monsun untuk meneruskan pelayaran, beliau telah
meninggal dunia dan dikebumikan di Pulau Besar. Kuburnya bersebelahan dengan kubur
Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail 7.
KUBUR SYARIFAH RODZIAH
Syarifah Rodziah juga memiliki banyak versi cerita tentang sejarahnya, yang bercanggah
antara satu sama lain.

6
7

Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012.


Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012.

Menurut PERZIM, terdapat tiga sumber yang berhubung kait dengan kewujudan kubur ini:
i.

Sumber pertama menyatakan bahawa ia dikenali sebagai kubur Siti Sarah, iaitu isteri
kepada Saiyid Ibrahim RA. Nama sebenarnya ialah Siti Sarah Binti Syeikh Yusuf AsSidiq dan merupakan seorang wanita yang sangat taat kepada agama Islam.
Disebabkan kecintaan yang mendalam kepada agama, beliau turut mengikut bapanya
bersama Sultan Arifin Syeikh Ismail Ibn Saiyid Abdul Qadir Ibn Saiyid Abdul Jabbar
RA mengembangkan ajaran Islam di Kepulauan Melayu. Beliau disifatkan sebagai
seorang yang zuhud serta tinggi ilmunya dan sering mengikuti majlis ilmu. Ada
masanya, ketika bapanya terlupa akan penyelesaian atas sesuatu permasalahan maka
Siti Sarah bersuara mengingatkan jawapan kepada permasalahan tersebut.

ii.

Terdapat sumber yang menyatakan bahawa Syarifah Rodziah hanya merupakan


seorang penduduk tempatan yang berasal dari sebuah perkampungan di Melaka.
Beliau telah berpindah dan menetap di Pulau Besar bersama suaminya sehingga ke
akhir hayat.

iii.

Percanggahan pendapat tentang asal usul Siti Sarah atau Syarifah Rodziah ini juga
dapat dilihat daripada satu sumber yang menyatakan bahawa beliau adalah anak
kepada Sultan Arifin Syeikh Ismail Ibn Saiyid Abdul Qadir Ibn Saiyid Abdul Jabbar
RA. Beliau datang ke Pulau Besar kerana mengikuti ayahandanya untuk menyebarkan
Islam8.

Satu sumber lain pula menyatakan Syarifah Rodziah adalah antara keturunan Sultan Al-Arifin
Syeikh Ismail. Beliau adalah seorang wanita yang cantik dan berpegang teguh kepada ajaran
Islam sehingga disaat-saat akhir hidup beliau. Beliau telah mengabdikan diri kepada Allah
dengan menyendiri, berwirid dan berzikir. Akhirnya apabila beliau meninggal dunia, beliau
telah dikebumikan di bahagian hadapan kuburSultan Al-Arifin Syeikh Ismail sebagai tanda
penghormatan kepada beliau9.
KUBUR TUJUH BERADIK

Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012.


http://www.melaka.gov.my/bm/pelancongan-12subsektor/222-pulau-besar.html diakses pada 19 Disember
2012.
9

Asal-usul
Kubur ini dahulunya terletak kira-kira 100 meter dari kubur Sultan Al-Arifin Syeikh
Ismail dan kini ditempatkan di dalam Kompleks Perkuburan Pulau Besar. Tujuh beradik yang
dimaksudkan ialah tujuh orang bersaudara seperguruan yang berasal dari Palembang dan telah
datang ke Pulau Besar dengan tujuan mengembangkan ilmu persilatan10. Setelah memutuskan
bahawa Pulau Besar sesuai dijadikan sebagai pusat untuk menyebarkan silat, mereka
membuat keputusan untuk merombak dinding bot mereka untuk digunakan sebagai dinding
rumah mereka11.
Mereka mempunyai ramai pengikut dari seluruh nusantara. Tujuh bersaudara ini
mempunyai ilmu yang sangat tinggi iaitu ilmu dunia dan akhirat. Sepanjang hidup mereka,
ramai orang datang untuk mendapatkan pertolongan dan apa yang berlaku adalah dengan
keizinan daripada Allah SWT12.
Tujuh beradik dari Palembang ini tidaklah mempunyai pertalian darah tetapi mereka
adalah adik-beradik seperguruan. Tujuan kedatangan mereka ke Pulau Besar adalah untuk
mengembangkan ilmu persilatan.
KUBUR TOK JANGGUT

Tok Janggut dipercayai berasal dari Acheh dan berhijrah ke Pulau Besar bersama rakannya
Panglima Hitam untuk mengembangkan ilmu persilatan. Beliau telah meninggal dunia dan

10

Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012.


http://melakatourism.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=43&Itemid=27 diakses pada
27 Januari 2013.
12
Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012.
11

dikebumikan di pulau ini13.Makam ini terletak berhampiran dengan Bothouse dan masih terus
dikunjungi sehingga kini14.
KUBUR NENEK KEBAYAN

Sebuah makam lama yang dipercayai kubur Nenek Kebayan atau nama sebenarnya ialah
Nenek Siti Fatimah. Jika disebut nenek kebayan orang akan mengaitkannya dengan pekerjaan
beliau iaitu sebagai bidan kampung, penjual akar kayu, penjual bunga dan sebagainya.
Dipercayai kubur nenek kebayan ini mempunyai keanehannya iaitu sebahagian kepala batu
nisannya adalah batu nisan perempuan manakala dibahagian kakinya adalah batu nisan
lelaki15.
TEMPAYAN PECAH

Terdapat pelbagai sumber yang menjelaskan kewujudan asal-usul tempayan ini. Di antaranya
adalah:

13

Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012.


http://www.melaka.gov.my/bm/pelancongan-12subsektor/222-pulau-besar.html diakses pada 21 Disember
2012.
15
http://www.melaka.gov.my/bm/pelancongan-12subsektor/222-pulau-besar.html diakses pada 21 Disember
2012.
14

Kewujudan perigi ini berkait rapat dengan peristiwa Nenek Kebayan yang telah berpesan
kepada tujuh orang anaknya supaya menyiram pokok bunga dan tanaman herba semasa beliau
keluar mencari akar kayu. Namun, tugas ini hanya dilakukan oleh anak bongsunya. Nenek
Kebayan telah berpesan agar proses penyiraman dilaksanakan dengan mengambil air tawar
menggunakan baldi dari perigi dan dikumpulkan di dalam tempayan. Apabila tempayan sudah
dipenuhkan barulah disiram pada tanaman tersebut. Bagi memudahkan kerja penyiraman,
anak bongsunya telah mengingkari pesanan ibunya16. Si bongsu ini terfikir untuk mengangkat
air dengan menggunakan tempayan sahaja kerana beliau mempunyai kekuatan seperti
Badang17.
Sewaktu anak bongsu itu sedang mengangkat air dengan menggunakan tempayan untuk
menyiram, Nenek Kebayan telah pulang. Maka, dalam keadaan tergesa-gesa, tempayan yang
dibawa olehnya telah terhempas dan dia cuba menyembunyikan dengan mengorek tanah di
kawasan tersebut. Melihat kejadian ini, Nenek Kebayan berasa hairan dan anaknya
menyatakan terdapat mata air di kawasan tersebut. Satu peristiwa ganjil berlaku kerana mata
air telah terpancut dari kawasan yang digali. Sehingga kini perigi tempayan ini terus
mengeluarkan air dan dipercayai tidak pernah kering18.Walaupun airnya keruh tetapi ia tidak
berbau19.
Mengikut sumber kedua, kewujudan perigi tempayan pecah di Pulau Besar telah
memakan ratusan tahun usianya. Ianya bermula dengan sebiji tempayan yang dibawa oleh
Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail. Oleh kerana kapal yang dinaiki keputusan bekalan air, beliau
serta para pengikutnya telah mendarat di Pulau Besar. Sebuah tempayan telah dibawa ke
daratan untuk diisikan air. Tetapi tempayan itu telah didapati pecah dan pada masa yang sama
juga beliau terpaksa menunggu ketibaan angin monsun untuk meneruskan pelayaran.
Tempayan yang pecah ditinggalkan di tempat kejadian dan wujudlah perigi tempayan pecah
di Pulau Besar seperti yang dikenali sehingga ke hari ini20.
Terdapat juga sumber yang menyatakan bahawa tempayan pecah ini dipercayai
mempunyai keistimewaan yang mampu mengubah sesuatu benda yang dimasukkan ke
dalamnya akanbertukar rupa menjadi objek yang lain21.

16

Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012.


http://www.melaka.gov.my/bm/pelancongan-12subsektor/222-pulau-besar.html diakses pada 21 Disember
2012.
18
Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012.
19
http://www.melaka.gov.my/bm/pelancongan-12subsektor/222-pulau-besar.html diakses pada 21 Disember
2012.
20
Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012.
21
Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012.
17

GUA YUNUS

Nama Gua Yunus diambil sempena nama orang yang pertama menjumpai dan menjadikan
gua ini sebagai tempat pertapaan. Sehingga kini, gua ini masih lagi digunakan orang sebagai
salah satu tempat bertapa. Ahli pertapaan yang inigin masuk ke dalam gua ini terpaksa
menyelam ke dalam air kerana kedudukan pintu gua ini sebenarnya di dalam air. Dipercayai
batu dinding gua ini semuanya berwarna putih22.
Menurut sumber yang diperolehi daripada penduduk tempatan, gua ini dahulunya menjadi
tempat tinggal Syeikh Yunus. Beliau digambarkan sebagai seorang sufi yang suka hidup
menyendiri. Seminggu sekali, beliau akan datang ke kawasan penempatan penduduk di pulau
ini untuk mendapatkan bekalan makanan. Bagaimanapun, pada suatu ketika beliau dilaporkan
tidak lagi kelihatan di pulau ini.
Keadaan ini menimbulkan tanda tanya di kalangan rakan-rakannya yang lain dan juga
penduduk. Mereka akhirnya pergi ke gua tersebut untuk melihat keadaan Syeikh Yunus dan
mendapati beliau sudah tidak ada di situ. Apa yang menarik perhatian,seketul batu yang
menjadi tempat duduknya telah bertukar menjadi putih. Ini kerana batu-batu di dalam gua itu
dahulunya berwarna hitam. Ada pelbagai spekulasi yang dibuat oleh penduduk tempatan
mengenai kehilangannya.
Selepas ketiadaannya, gua itu dijadikan tempat pertapaan oleh mereka yang mahu
mempelajari ilmu tertentu. Tidak dapat dipastikan sama ada ilmu yang dipelajari itu adalah
ilmu yang berlandaskan kepada syariat Islam ataupun ilmu yang bertentangan dengan syariat
Islam. Apa yang menarik perhatian sehingga sekarang ialah misteri dan keunikan seketul batu
yang berwarna putih yang terdapat di dalam gua itu23.

22

http://www.melaka.gov.my/bm/pelancongan-12subsektor/222-pulau-besar.html diakses pada 21 Disember


2012.
23
Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012.

BATU BELAH

Batu ini terletak di bahagian tengah Pulau Besar di atas puncak yang tinggi. Ianya merupakan
sebuah batu yang terbelah dua dan jaraknya yang berhampiran di antara satu sama lain. Batu
ini setinggi 3 meter dan mempunyai rekahan di tengah-tengahnya selebar 35 sentimeter
dengan kedalaman 1.5 meter. Jarak yang renggang di bahagian atas dan mengecil di bahagian
bawah kelihatan seperti dibelah. Antara pendapat yang menceritakan asal usul batu ini adalah:
1. Pada suatu masa dahulu, sebuah tongkang telah pecah di muara sungai Batu Pahat,
Johor. Sebahagian daripada kapal ini telah hanyut ke Pulau Besar lalu menjadi batu
dan sebahagian lagi tersadai di Kampung Tongkang Pecah.
2. Satu lagi kisah adalah mengenai sekumpulan pendekar dan pahlawan yang
menunjukkan kehebatan ilmu masing-masing. Ada yang membelah batu dengan sekali
libas sahaja. Seorang lelaki bernama Panglima Hitam, berasa tercabar lalu
menunjukkan kehandalannya membelah batu tersebut dengan menggunakan lidahnya.
3. Ada juga yang menyatakan bahawa batu belah ini ada kaitannya dengan kisah adik
Syeikh Ismail yang bernama Abdul Jalal yang turut tinggal di Pulau Besar. Beliau
merupakan seorang yang tegas dan alim. Beliau sering menasihati dan menegah
kegiatan melanun yang dilakukan oleh penduduk pulau. Namun demikian, setelah
beberapa lama, nasihat itu tidak diendahkan dan ini menyebabkan beliau menjadi
marah lalu mengangkat sebuah batu besar dan dihempaskan ke tanah. Akhirnya batu
yang dihempas itu terbelah dua dan dipanggil Batu Belah24.

24

Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012.

TASIK BUNIAN

Tasik atau perigi ini terletak berhampiran dengan pantai Pulau Besar, Melaka. Menurut satu
sumber, dikatakan perigi ini telah digali oleh orang bunian. Perigi ini dikelilingi batu-batu
kecil dan besar yang telah disusun atur dan dipenuhi ikan di dalamnya. Dipercayai tidak ada
orang yang berani untuk menangkap ikan di kawasan tersebut25.
TASIK BIAWAK

Sebuah tasik biasa buatan manusia yang terletak di padang golf. Tasik ini dipenuhi dengan
biawak-biawak yang luar biasa besarnya. Biawak-biawak ini singgah di tasik tersebut untuk
memakan ikan-ikan yang ada di dalamnya. Di dalam tasik biawak ini juga terdapatnya batu
yang berbentuk tengkorak manusia26.

25

Maklumat di poster daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 2012.


http://www.melaka.gov.my/bm/pelancongan-12subsektor/222-pulau-besar.html diakses pada 21 Disember
2012.
26

POKOK DISULA

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, dahulu terdapat sepasang kekasih yang sedang
bercengkerama di bawah pokok ini. Maka di atas ketelanjuran mereka itu, mereka telah
ditangkap dan di sula dibawah pokok tersebut. Jika diamati dengan teliti, kita akan dapati
tangan kiri lelaki tersebut sedang memeluk pasangannya di bawah pokok tersebut27.
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada sumber-sumber dan fakta-fakta yang diperolehi daripada pihak yang
berautoriti, kebanyakan tempat-tempat misteri di Pulau Besar, Melaka yang menjadi tumpuan
pengunjung hanyalah rekaan atau mitos semata-mata melainkan satu dua tempat sahaja yang
berkemungkinan benar namun masih juga tidak dapat dibuktikan kesahihannya dari segi
sejarah atau saintifik seperti kubur Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail. Ini terjadi mungkin
disebabkan kebanyakan sumber yang menjadi rujukan sejarah adalah sumber lisan, adapun
sumber bertulis amatlah kurang, khususnya yang berbentuk ilmiah ataupun kajian-kajian
terdahulu. Kebanyakan cerita tentang Pulau Besar dan isinya hanyalah bersumberkan lisan
yang disampaikan turun-temurun oleh golongan dahulu kepada generasi selepas mereka
hinggalah sekarang.
Oleh itu, agak sukar untuk memastikan kesahihan sejarah Pulau Besar kerana sumber
yang terbatas. Sesetengah tempat atau kubur di Pulau Besar pula hanyalah rekaan sematamata berdasarkan analisa yang dibuat melalui sumber yang diperolehi. Contohnya seperti
kubur Nenek Kebayan, apabila telah dihapuskan tapak kubur yang asal timbul pula cerita
mengatakan bahawa kubur Nenek Kebayan yang sebenarnya bukanlah di situ, tetapi di atas
bukit, dengan merujuk kepada satu kubur baru yang tidak wujud sebelumnya. Begitulah saban
hari ada sahaja tempat baru yang didakwa sebagai makam dan sebagainya, sedangkan ia tidak
pernah wujud sebelumnya. Dan begitulah selagi hal ini tidak berhenti, selagi itulah khurafat di
Pulau Besar juga sukar dibanteras, kerana hilang satu tempat khurafat, timbul pula satu di
tempat yang lain, dan begitulah seterusnya.

27

http://www.melaka.gov.my/bm/pelancongan-12subsektor/222-pulau-besar.html diakses pada 21 Disember


2012.

PENGERTIAN KHURAFAT
Menurut Kamus Dewan khurafat bermaksud kepercayaan yang karut, dongeng dan tahyul28.
Khurafat merangkumi semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang
larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari
ajaran Islam. Khurafat juga beerti cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau
dusta29.Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama
Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariatjuga
termasuk di dalam amalan khurafat 30.
Mana-mana orang Islam yang terlibat dengan perkara syirik atau khurafat,
menggunakan azimat, tangkal atau mengamalkan jampi serapah yang bertentangan dengan
akidah, syariat dan akhlak Islam wajib untuk segera bertaubat dan memohon keampunan
daripada Allah SWT31.

CIRI-CIRI KHURAFAT
Berikut merupakan ciri-ciri amalan khurafat :
1. Tidak berdasarkan kepada nas-nas syarak al-Quran atau Sunnah.
2. Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut.
3. Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam.
4. Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk tujuan yang
tertentu.
5. Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah.
6. Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus32.

28

Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 784.


http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/kepercayaan-dan-amalan-khurafat-serta-penggunaan-azimatmenurutperspektif-islam.Diakses pada 20 Disember 2012.
30
Garis Panduan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
(MKI). 2011. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali Ke-40. Halaman 78. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
MKI Kali Ke-40 (9 Ogos 1996).
31
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/kepercayaan-dan-amalan-khurafat-serta-penggunaan-azimat menurutperspektif-islam. Diakses pada 20 Disember 2012.
32
Garis Panduan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
(MKI). 2011.Halaman 79.
29

BENTUK-BENTUK KHURAFAT
Antara contoh-contoh khurafat ialah:
1. Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu, telaga keramat, batu, bukit,
tongkat dan sebagainya.
Perlu dijelaskan di sini bahawa keramat ialah perkara yang luar biasa yang
dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hambanya yang salih. Keramat hanya terjadi
kepada orang salih dan bukan daripada benda-benda seperti tembikar, kubur, pokok,
telaga dan seumpamanya. Keramat juga tidak terjadi daripada orang fasik.
Namun demikian, pengertian keramat secara umum tidak semestinya
melibatkan kubur seperti keramat Maryam, ibu kepada Nabi Isa AS yang
menggoyangkan pohon kurma sehingga buah kurma yang ranum jatuh berguguran
sedangkan ketika itu bukan musim kurma ranum.
2. Perbuatan memuja ekoran daripada kepercayaan akan kekeramatan sesuatu tempat.
Perbuatan ini adalah dilarang keras oleh agama dan ia dianggap syirik.
3. Kepercayaan kepada sial majal seperti adat mandi safar, adat mandi membuang sial
dan sebagainya. Contoh lain ialah kepercayaan kepada kekuasaan jin dan memohon
pertolongan daripadanya seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar,
adat pantai dan sebagainya. Perkara ini ternyata salah dan tidak ada asasnya di dalam
Islam.

:( )
Maksudnya : "Percaya kepada burung itu syirik, dan tiada seorang pun dari kita
melainkan dilanda oleh perasaan itu, tetapi Allah SWT akan menghilangkan
tawakal33 ". (Burung yang disebutkan sebagai contoh termasuk seperti biawak, gagak,
kelicap).
4. Kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan daripadanya seperti adat memuja
kampung, adat merenjis dan menepung tawar, adat memuja pantai dan sebagainya.
Firman Allah SWT :







Maksudnya : "Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain daripada
Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat

33

Riwayat Abu Dawud. t.th. Sunan Abi Daud, Beiru : al-Maktabah al-'Asriyyah, dalam Kitab: al-Tibb. bab: alTayrah, Jilid 4. Halaman 17. No.3912.

mendatangkan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian


maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan
perbuatan syirik itu)34 ".
5. Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat memuja
semangat padi yang dilakukan oleh petani-petani seperti bersemah (memuja semangat
padi) dan membuang ancak di sungai dan laut dan bermain pantai. Setiap rezeki itu
adalah pemberian Allah SWT, oleh yang demikian hendaklah kita berusaha. Banyak
atau sedikit yang kita perolehi, maka itu ketentuan Allah SWT.
6. Kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang seperti tidak boleh
melihatkan bayi di cermin muka kerana dikhuatiri bayi itu akan mati di dalam air, tidak

boleh keluar rumah ketika burung gagak berbunyi, ditakuti akan mendapat sial atau
bala dan sebagainya. Sabda Rasululullah SAW :

" : "
Maksudnya : Mimpi ada tiga jenis: mimpi yang datang dari Allah SWT, mimpi
kesedihan yang datang dari syaitan dan mimpi yang datang dari kesan bisikan hati
seseorang di waktu sedar, lalu dilihatnya di dalam mimpi35.
7. Percaya kepada ramalan-ramalan bintang, angka-angka atau rajah-rajah tertentu.
8.

Memuja objek-objek tertentu, roh nenek moyang, kubur-kubur yang dianggap wali
dan sebagainya36.

HUKUM AMALAN KHURAFAT DALAM ISLAM

Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal
seperti al-Quran, hadis, ijma' dan qiyas adalah ditolak oleh Islam. Sabda Rasulullah SAW:

34

:( ):

Al-Quran. Surah Yunus: 106.


Riwayat Muslim. t.th. Sahih Muslim. Beirut : Dar Ihya' al-Turath al-'Arabi. Kitab : al-Ru'ya. Jilid 4. Halaman
1773.
36
Garis Panduan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
(MKI). 2011. Halaman 80.
35

Maksudnya: Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:Barangsiapa


mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang
dikerjakannya itu adalah tertolak37".

Sabda Rasulullah SAW:

" " : )(
Maksudnya: Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:Barangsiapa
melakukan amalan yang padanya tidak ada suruhan agama, maka ia adalah tertolak38.

Kepercayaan kepada benda-benda yang boleh dijadikan keramat seperti pokok, kubur,
telaga dan sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada
benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah SWT adalah
membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah SWT. Ini
terkandung dalam firman-Nya yang berbunyi:







Maksudnya: Dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang
lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat
mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya Engkau mengerjakan yang demikian,
maka pada saat itu menjadilah Engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri
sendiri dengan perbuatan syirik itu)39.

KEDUDUKAN AMALAN KHURAFAT DI PULAU BESAR, MELAKA


Kepercayaan sesetangah pihak mengenai kewujudan makam wali Allah SWT dan
kekeramatan beberapa tempat di Pulau Besar merupakan daya tarikan utama bagi pulau
tersebut. Tujuan utama mereka datang ke Pulau Besar ialah untuk mengambil berkat daripada
makam dan tempat-tempat tersebut. Ekoran daripada itu, timbullah beberapa amalan yang
dilihat agak menimpang dengan landasan syarak atau amalan khurafat. Terdapat beberapa
amalan khurafat yang dijalankan secara kerap di Pulau Besar, Melaka.
37

Riwayat Muslim. t.th. Sahih Muslim. Beirut : Dar Ihya' al- Turath al-'Arabi. Kitab: al-Aqdhiyah, bab: Naqdh
al-Ahkam al-Batilah Wa Radd Muhdathat al-Umur. Jilid 3. Halaman 1343. No.4589.
38
Riwayat Muslim. t.th. Sahih Muslim. Beirut : Dar Ihya' al- Turath al-'Arabi. Kitab: al-Aqdhiyah, bab: Naqdh
al-Ahkam al-Batilah Wa Radd Muhdathat al-Umur. Jilid 3. Halaman 1343. No.4590.
39
Al-Quran. Surah Yunus: 106.

Perbuatan memohon hajat, berdoa dan bermeditasi serta bertawassul di sisi kuburkubur yang ada di sekitar Pulau Besar merupakan amalan ghuluw yang boleh
membawa kepada syirik.

Perbuatan memuja dengan tujuan untuk mendapatkan bantuan daripada sesuatu objek
seperti di kubur Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail, kubur Tujuh Beradik, kubur Syarifah
Rodziah, kubur Syeikh Yusuf, kubur Tok Janggut, kubur Nenek Kebayan, Tempayan
Pecah, Batu Belah, Gua Yunus, perigi Nenek Kebayan, tasik bunian, tasik biawak dan
pokok disula adalah syirik.

Perbuatan membaca Surah Yasin, membuat tahlil seterusnya mendoakan hajat bagi
pihak orang bukan Islam dengan tujuan supaya permintaan mereka tercapai adalah
dilarang oleh Islam.

Perbuatan mandi di Perigi Nenek Kebayan dan Tempayan Pecah, menjadikan batubatu atau objek yang diambil daripada perigi sebagai azimat, membakar colok di
sekitar kawasan kubur dan pokok-pokok dengan mempercayai ia boleh memberi
manfaat atau mudharat adalah perbuatan khurafat yang jelas dilarang oleh Islam.

Perbuatan menjamu orang ramai dengan daging yang dinazar oleh orang Islam dan
bukan Islam dan menjual poster yang dipercayai sebagai gambar para sahabat nabi
adalah meragukan dari aspek hukum syarak dan perlu dihentikan.

Amalan membaca tahlil ketika upacara menaik dan menurunkan bendera serta berjalan
kaki tanpa kasut atau selipar menuju ke gua atau perigi serta perbuatan menyapu dan
menjirus cairan cendanan berwarna kuning pada batu nisan dan kubur Sheikh Ismail
adalah khurafat yang perlu ditegah.

Amalan membaca tahlil ketika upacara menaik dan menurunkan bendera serta berjalan
kaki tanpa kasut atau selipar menuju ke gua atau perigi serta perbuatan menyapu dan
menjirus cairan cendanan berwarna kuning pada batu nisan dan kubur Sheikh Ismail
adalah khurafat yang perlu ditegah.

Berdasarkan perbincangan yang dilakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa


Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-105
yang bersidang pada 3-5 Februari 2014, Muzakarah telah memutuskan bahawa
amalan dan perbuatan yang dilakukan di Pulau Besar Melaka merupakan
perkara bidaah dhalalah dan khurafat yang amat ditegah oleh syarak dan perlu
dihentikan segera kerana ianya boleh membawa kepada syirik.

Bertepatan dengan firman Allah SWT:

Maksudnya: Dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang
lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat
mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya Engkau mengerjakan yang demikian,
maka pada saat itu menjadilah engkau daripada orang-orang yang berlaku zalim (terhadap
diri sendiri dengan perbuatan syirik itu. (Surah Yunus 10:106)
Manakala hadis yang menguatkan hujah di atas:

:( ):

Maksudnya: Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa


mengada-adakan dalam agama kami sesuatu yang tidak ada dalamnya, maka yang
dikerjakannya itu adalah tertolak. (Riwayat Muslim)

" " : )(
Maksudnya: Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa
melakukan amalan yang padanya tidak ada suruhan agama, maka ia adalah tertolak.
(Riwayat Muslim)
Dalil tersebut menerangkan bahawa kepercayaan terhadap sesuatu perkara selain daripada
Allah SWT, contohnya seperti percaya kepada benda-benda yang boleh dijadikan keramat
seperti pokok, telaga dan sebagainya, serta memuja dan memohon pertolongan dan
melepaskan nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain
dari Allah SWT adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid
kepada Allah SWT.

KESIMPULAN
Segala bentuk khurafat sama ada berbentuk amalan atau kepercayaan boleh membawa kepada
syirik dan bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam. Setiap umat Islam perlu mengetahui
dan memahami hakikat khurafat dari sudut pandangan Islam dan tidak terpedaya dengan
hasutan nafsu dan syaitan yang menyesatkan. Justeru, diharap kertas kerja ini dapat memberi
kefahaman dan penjelasan kepada umat Islam khususnya dan masyarakat umumnya mengenai
amalan-amalan khurafat yang ternyata bertentangan dengan ajaran Islam. Seterusnya dapat
menghindarkan diri daripada terjebak dengan kepercayaan dan amalan yang boleh
menyesatkan dan memudharatkan kesucian serta kemurnian aqidah yang benar.

RUJUKAN
Al- Quran

Atiah Saqar, Ahsan al-Kalam Fi al-Fatawa wa al-Ahkam, 1994, Kaherah: Dar al-Ghadd alArabiyy, Jilid 5.
Izz al-Din Abd al-Salam, Qawaid al-Ahkam fi Masalih al-Anam, 1999, Beirut : Dar alIlmiah, Jilid 2.
Abd. Rahman bin Haji Zainol. N. Pembentangan Proposal Langkawi Geopark : Sumber
Warisan Geologi Dalam Memperkasa Ekonomi dan Industri Pelancongan.
Abu Dawud. t.th. Sunan Abi Daud, Beiru : al-Maktabah al-'Asriyyah, dalam Kitab: al-Tibb.
bab: al-Tayrah, Jilid 4.
Ahmad. 1421 H-2001 M. Musnad al-Imam Ahmad. Mu'assasah al-Risalah, dalam Musnad :
al-Syamiyyin. Hadis 'Uqbah bin Amir al-Juhaniy 'an Nabi SAW. Jilid 28. Akta Rumah
Penyembelihan (Penswastaan) 1993 [Akta 507].
Al-'Asqalani, Ahmad bin Ali bin Hajar. 1993. Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhari. Beirut :
Dar al-Fikr.
al-'Asqalani, Ahmad bin Ali bin Hajar. 1993. Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhari. Jilid 12.
Beirut : Dar al-Fikr, Jilid 17.
al-Bukhari, 1422 H. Sahih Bukhari. Dar Touq al-Najah. Jilid 3. Halaman 171. (2508)
al-Jadi, Nasr al-Din Abdul Rahman bin Muhammad, 2000. Tabarruk: Anwauhu dan
Ahakamuhu. Riyadh. Maktabah al-Rasyd.
Al-Jazairi, Abu Bakr, Aqidah al-Mukmin.
Al-Khatib al-Syarbini, Muhammad bin Ahmad, Mughni al-Muhtaj, Ila Marifah Alfaz alMinhaj, 1997, Beirut: Dar al-Fikr, Jilid 1.
al-Nasai. 1421 H-2011 M. al-Sunan al-Kubra. Beirut:Mu'assasah al-Risalah,
Al-Qardawi, Yusuf dan al-Ghazali, Muhammad, Bidah dan Syirik: Perkara Yang
Membatalkan Tauhid Atau Mengurangkan Kesempurnaannya. Cetakan ke-2,
Puchong: Berlian Publication Sdn. Bhd.
Al-Sadi, Salah Faham Terhadap Bidah, 2002. Penterjemah: Muhammad Fadhli bin Ismail,
Kuala Kumpur: Dar al-Numan, Halaman "Salah Faham Terhadap Bidaah".
al-Suyuthy, Tegakkan Sunnah, Runtuhkan Bidaah, Penterjemah: Ahmad Tirmizi, 2002,
Jakarta: Pustaka al-Tauhid.
Al-Syatibiyy, al-Itisam, Beirut: Dar al-Kitab.
Amelia Hashim. 2010. Kedatangan pelancong ke Langkawi tahun lalu bertambah.
www.kedah.gov.my.

'Atiah Saqar, Ahsan al-Kalam Fi al-Fatawa wa al-Ahkam, 1994, Kaherah: dar al-Ghadd alArabiyy, Jilid 1.
Che Rose. R.A. 2011. Persepsi dan Tingkat Kepuasan Pelancong di Pulau Pangkor, Malaysian
Journal of Society and Space, Special Issue : Social and Spatial Challenges of
Malaysian Development.
Dar Ifta pada bulan Ogos 1980.
Fatwa mufti kerajaan Brunei 2000 yang dipetik daripada Kertas Mesyuarat Jawatankuasa
Fatwa Negeri Melaka bil. 3/2009, para 3.5.2.
Garis Panduan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia (MKI). 2011. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali Ke-40.
Halaman 78. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali Ke-40 (9 Ogos 1996).
Hamid. Afaf, Mabahith fi al-sunnah wa al-Bidaah wa al-Khurafat, 2005, Kuala Lumpur: Dar
al-Tajdid.
Ibn al-Jawzi, Abdul Rahman bin Ali bin Muhammad, Talbis Iblis, 1985, tahqiq: al-Sayyid alJamiliy, Beirut: Dar al-Kitab al-Arabiyy, Jilid 1.
Ibn Taimiyah, al-Tawassul wa al-Wasilah, 1992, tahqiq: Ibrahim Ramadhan, Beirut: Dar alKutub al-Lubnaniy.
Ibnu Hibban. 1408 H-1988 M. Sahih Ibnu Hibban. Beirut : Mu'assasah al-Risalah, Jilid 13.
Ibnu Majah. t.th. Sunan Ibnu Majah. Dar Ihya' al-Kutub al-'Arabiyyah, Jilid 1.
Ibrahim al-Buraikan, al-Madkhal li al-Dirasati al-Aqidah al-Islamiah ala madzhab ahli alSunnah wa al-Jamaah.
Johan Afendi Ibrahim & Mohamad Zaki Ahmad. N. Penubuhan Geotaman Langkawi: Kesan
Kepada Industri Pelancongan Langkawi.
Kertas Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 3/2009, para 3.1.2.
Kitab: al-Solah al-Idayn. Bab: Kayf al-Khutbah. Jilid 2. Lee Kuok Tiung et al. 2010.
Pertumbuhan dan Pelestarian Industri Eko-Pelancongan: Kajian Pulau-pulau
Peranginan Sekitar Pantai Timur Sabah, Malaysia. Sosiohumanika 3(2).
Lajna Fatwa al-Azhar pada bulan Jun 1968.
Luis Maluf, al-Munjid Fi al-Lughah Wa al-Alam, Beirut: Maktabah Dar al-Masyriq.
Manawiyy, Abdul Rauf bin Taj al-Arifin, faidhul Qadir Syarah al-Jami al-Shaghir Min
Ahadith al-Bsyir al-Nazir, 1994, Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Jilid 5.
Mesyuarat Pembentangan Laporan Kajian Pulau Besar di Majlis Agama Islam Melaka pada
16 November 2012.

Mohd Shahwahid Hj. Othman et al. 1991. Tourist Travel and Expenditure Profile in Malaysia
: An Overview, Akademika 39.
Muhadir bin Haji Joll, Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama: Inilah Jawapannya,
2011, Petaling Jaya: Mawleed Publisihing Sdn. Bhd.
Muslim. t.th. Sahih Muslim. Beirut : Dar Ihya' al-Turath al-'Arabi, Jilid 4.
Napisah Daud. 2009. Amalan Khurafat Di Kalangan Masyarakat Islam : Satu Kajian Di
Pulau Besar, Melaka. Tesis Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam.
Norlida Hanim Mohd Salleh et al. 2010. Malaysian Tourism Demand from The Middle East
Market : A Preliminary Analysis. International Journal of West Asian Studies, 2 (1) :
37-52.
Poster daripada Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM), 2012.
Riwayat Muslim. t.th. Sahih Muslim. Beirut : Dar Ihya' al-Turath al-'Arabi, Jilid 3. Halaman
1343.
Rosniza Aznie Che Rose. 2011. Persepsi dan tingkat kepuasan pelancong di Pulau Pangkor.
Malaysian Journal of Society and Space 7. Social and Spatial Challenges of Malaysian
Development (155 - 168).
Sinclair, M.T. Blake, A. and Gooroochurn. N. 2012. Modelling Tourism Impacts on Small
Island Economies : Evidence from Cyprus, Malta and Mauritius, Christel DeHaan
Tourism and Travel Research Institute, Nottingham University Business School.
Syeikh Hasanain Makhluf pada bulan Mei 1950 dalam kitabnya al-Fatawa l-Islamiiah, Jiid 4.
Wiranatha, A. S., & Smith, P. N. (2000). A Conceptual Framework for a Dynamic Model for
Regional Planning: Towards Sustainable Development for Bali, Indonesia. 1st
International Conference on System Thinking in Management.
Rujukan Internet:
http://melakatourism.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=43&Itemid=
27 diakses pada 27 Januari 2013.
http://muftins.gov.my/index.php/171-himpunan-fatwa/keputusan-mesyuarat-fatwa/540hukum-melukis-gambar-sahabat-nabi-saw. Diakses pada 31 Januari 2013.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-amalan-membawa-bunga-ketikamenziarahi-kubur. Diakses pada 27 Disember 2012.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/kepercayaan-dan-amalan-khurafat-sertapenggunaan-azimat menurut-perspektif-islam. Diakses pada 20 Disember 2012.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/kepercayaan-dan-amalan-khurafat-sertapenggunaan-azimat menurut-perspektif-islam. Diakses pada 20 Disember 2012.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/mendoakan-orang-kafir. Diakses pada 2 Februari


2013.
http://www.melaka.gov.my/bm/pelancongan-12subsektor/222-pulau-besar.html diakses pada
19 Disember 2012.
http://www.melaka.gov.my/bm/pelancongan-12subsektor/222-pulau-besar.html diakses pada
21 Disember 2012.
http://www.perzim.gov.my/muz_pbesar.htm diakses pada 20 Disember 2012.
jpvmelaka.gov.my. Diakses pada 8 Januari 2012.
New Straits Times. Diakses pada 29 September 2012.
pahang.gov.my. Diakses pada 12 Disember 2012.
Telah diwartakan pada tarikh 11 Disember 2003 di dalam Akta/Enakmen: No. 1,036 .
Rujukan : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/melukis-melakar-atau-mengukirgambar-para-sahabat-sahabat-nabi-saw. Diakses pada 30 Januari 2013.
Telah diwartakan pada tarikh 19 Januari 2012 di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Melaka) 2002. Nombor Rujukan: JMM/BFB(S)/351/255/01/13; PUNM. 70002/30 Jilid 2. Rujuk : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/kepercayaan-danamalan-khurafat-serta-penggunaan-azimat menurut-perspektif-islam. Diakses pada 20
Disember 2012.
Telah diwartakan pada tarikh 19 Januari 2012 di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Melaka) 2002. Nombor Rujukan: JMM/BFB(S)/351/255/01/13; PUNM. 70002/30 Jilid 2. Rujuk : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/kepercayaan-danamalan-khurafat-serta-penggunaan-azimat menurut-perspektif-islam. Diakses pada 20
Disember 2012.
World Travel & Tourism Council (WTTC). 2008. Diakses pada 29 September 2012.
World Travel & Tourism Council (WTTC). 2009. Diakses pada 29 September 2012.
www.lada.gov.my. 2012. Langkawi Naminara Cultural Festival 2012.
www.melaka.gov.my. Diakses pada 25 Januari 2012.
www.melaka.gov.my. Diakses pada 25 Januari 2012.
www.wikipedia.org. Diakses pada 11 Okotober 2012.

Anda mungkin juga menyukai