Anda di halaman 1dari 5

PANTUN MAJLIS 1

Dengan bismillah kumulakan acara


Assalamualaikum salam sejahtera
Kita berkumpul di hari nan ceria
Majlis lestari majlis mulia
PANTUN MAJLIS 2
Jika ada pancing di tangan
Mari mengail ikan kerapu
Kami menunggu datangmu tuan
Majlis berseri bertambah mutu
PANTUN MAJLIS 3
Bukan bilis sebarang bilis
Ikan bilis molek terpilih
Bukan majlis sebarang majlis
Majlis bermakna mengaprresiasikan
kasih
PANTUN MAJLIS 4
Jadilah jiwa yang tahu sujud
Dengan Tuhan hati terjerut
Sama kasih sama berpaut
Dalam majlis kasih bertaut
PANTUN MAJLIS 5
Gosok tembaga sampai berkilat
Nampak cantiknya semakin hebat
Majlis kita insyallah berkat
Bersulam dengan Rahim dan rahmat
PANTUN MAJLIS 6
Kapur gambir dalam puan
Menggobek sirih tepi serambi
Selamat datang hadirin dan taulan
Tambah sempurna majlis kami
PANTUN MAJLIS 7
Serindit bukan burung sebarang
Serindit biru burung kayangan
Majlis ini bukan kepalang
Hati nan girang mahu diraikan
PANTUN MAJLIS 8
Hendak menyongket emas
benangnya
Hendak menganyam mengkuang
daunnya
Hendakkan majlis berkat jadinya
Tadahlah tangan , pohon dari yang
esa
PANTUN MAJLIS 9
Berjalan bermusafirlah

Melihat keagungan Allah


Tangan ditadah mohon maghfirah
Memohon rahmat dan juga berkah
PANTUN MAJLIS 10
Tebang satu dua yang rebah
Rebahnya kayu timpa menimpa
Tangan disusun bermohon sembah
Sembah mengharap dari yang Esa
PANTUN MAJLIS 11
Berenang-renang anak haruan
Turut berenang si anak keli
Kami menanti datangmu tuan
Sempurnakan majlis gemilang ini
PANTUN MAJLIS 12
Kala gelap gunalan suluh
Baharu terang jalan bersirat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa diminta biar selamat
PANTUN MAJLIS 13
Kalimah salam kalam syurgawi
Kalimah basmallah pembuka seri
Selamat datang kami berperi
Majlis mulia minda bestari
PANTUN MAJLIS 14
Pagi ini sungguh mulia
Pagi sabtu pagi nan setia
Berprogram bukan sebarang agenda
Program ilmu di laman syurga
PANTUN MAJLIS 15
Keris pusakan di pinggang tersemat
Tengkolok songket kemas berikat
Kalau bermajlis biarlan berkat
Agar hadirin beroleh rahmat
PANTUN MAJLIS 16
Kalau hendak ke pecan Dengkil
Belikan saya kain belacu
Silakan tuan segera tampil
Menyampaikan sesuatu bingkisan di
kalbu
PANTUN MAJLIS 17
Burung kelicap anak bebilis
Dalam saku pemain sulap
Marilah mula mulakan majlis
Tuan yang mulia dipersila berucap
PANTUN MAJLIS 18

Lunak sekali alunan burdah


Sambil berdendang tepi telaga
Pantun sudah ucapan pun sudah
Beralih pula ke agenda utama
PANTUN MAJLIS 19
Pakai baju warna samar
Sedondon pula dengan tudungnya
Umpama bunga cucuk di pahar
Sungguh sempurna akan ucapannya
PANTUN MAJLIS 20
Mari menjahit kain perca
Buat mengelap air yang tumpah
Minggu Bahasa dan kem membaca
Penjana minda disambut meriah
PANTUN MAJLIS 21
Nila bukan sebarang nila
Nila biru penyeri selendang
Gila bukan sebarang gila
Gila buku tanda insan terbilang
PANTUN MAJLIS 22
Boleh pandang-pandang jangan
pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
bertambah sayang
Program ini bukan kepalang
Membawa hadirin ke puncak
gemilang
PANTUN MAJLIS 23
Menatang ilmu zaman bahari
Menuntut dari mursyid keramat
Ucapan tuan terpahat di nubari
Ingatan dan saranan menjadi azimat
PANTUN MAJLIS 24
Negara ini negara mulia
Tamadun terkenal serata buana
Ucapan pelancaran dengarkan
segera
Bukan sekadar ungkapan biasa
PANTUN MAJLIS 25
Tangan ditadah memohon restu
Dari Allah tuhan yang satu
Majlis persaraan kita bertemu
Itulah tujuan majlis berseru
PANTUN MAJLIS 26
Burung helang burung bebilis
Menumpang lalu burung kelicap

Marilah kita memulakan majlis


Pengerusi pengelola ingin berucap
PANTUN MAJLIS 27
Asam kandis mari dihiris
Masam sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
PANTUN MAJLIS 28
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun dikenang juga
PANTUN MAJLIS 29
Berkeris-keris bersamping tekat
Songkok miring berbaju melayu
Bermajlis majlis hendaknya berkat
Memohon doa Allah yang Satu
PANTUN MAJLIS 30
Kalau berlimau biar kasturi
Kalau bertangas biar lengkuas
Majlis berkilau bertambah seri
Kata yang tegas ucap yang bernas
PANTUN 1
Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumah di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati
Pergi mendaki Gunung daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa
Air melurut di tepian pantai
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk
Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi
Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu
Kemumu di tengah pekan

Ditembus angin jatuh ke tanah


Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah
Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding
Tulis surat di dalam gelap
Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap
Jikalau silap awak yang bencana
Hendak belayar ke Telok betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat
Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Bangsa berbudi hidup muafakat


Sirih junjung sirih pinang
Sirih kuning diberi nama
Adat dijunjung pusaka dikenang
Hidup berbudi muafakat bersama
Sirih kuning sirih dara
Sirih tanya beserta cincin
Hidup beradat aman sejahtera
Budaya lama tetap terjamin
Sirih kuning diberi nama
Sirih tanya beserta cincin
Hidup berunding muafakat bersama
Bangsa mulia budaya dijamin
Orang Jawa turun ke dusun
Singgah sejenak dipinggir kota
Kami bawa sirih tersusun
Sudilah sebagai pembuka kata

Lagu bernama serampang laut


Ditiup angin dari selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasalah badan
Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan
Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya
Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci
Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh manusia
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia
PANTUN 2
Sirih junjung sirih pinang
Sirih kami susun bertingkat
Adat dijunjung pusaka dikenang

PANTUN 3
Orang Daik memacu kuda
Kuda dipacu deras sekali
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali
Dayung perahu tuju haluan
Membawa rokok bersama rempah
Kalau ilmu tidak diamalkan
Ibarat pokok tidak berbuah
Kalau kita menebang jati
Biar serpih tumbangnya jangan
Kalau kita mencari ganti
Biar lebih kurang jangan

Pinang muda dibelah dua


Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah
Pantai Mersing kuala Johor
Pantainya bersih sangat masyhur
Pohonkan doa kita bersyukur
Negara kita aman dan makmur
Rmai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat
PANTUN 4
Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
Masuk hutan pakai sepatu
Takut kena gigitan pacat
Kalau kita selalu bersatu
Apa kerja mudah dibuat
Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badantulang berkecai
Budi yang baik dikenang juga
Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah
Terang bulan di malam sepi
Cahaya memancar kepangkal kelapa
Hidup didunia buatlah bakti
Kepada ibu dan juga bapa
Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsana
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa

Angin teluk menyisir pantai


Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati
Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan
rusa
Bergotong-royong amalan yang
baik
Elok diamalkan setiap masa
Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga
senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk
Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi
Rusa betina berbelang kaki
Mati terkena jerat sembat
Orang yang muda kita sanjungi
Orang yang tua kita hormat
Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan awak makan

Suruh mengaji awak tak mahu


Adik ke kedai membeli halia
Emak memesan membeli
laksa
Jadilah insan berhati mulia
Baik hati berbudi Bahasa
Anak rusa masuk ke taman
Puas sudah orang memburu
Kalau muda jadikan teman
Kalau tua jadikan guru
Berakit ke hulu dengan bergalah
Buluh pecah terbelah dua
Orang tua jangan dilangkah
Kelak biadap dituduhnya pula

Kajang Pak Malau kajang berlipat


Kajang saya mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang
bertempat
Dagang saya musafir lalu
(Filem Seri Mersing)
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
(Filem Gurindam Jiwa - 1966)

Ramai orang menggali perigi


Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat

Perahu bertutup dengan daun


Penuh sara berisi lokan
Kalau hidup seratus tahun
Sepanjang hayat aku nantikan
(Filem Hang Tuah - 1956)

Tuan Haji memakai jubah


Singgah sembahyang di
tepi lorong
Kalau sudah kehendak Allah

Kedondong batang sumpitan


Batang padi aku lurutkan
Tujuh gunung sembilan lautan
Kalau tak mati aku turutkan
(Filem Hang Tuah - 1956)

Rezeki segenggam jadi


sekarung
Patah gading serpih tanduk
Mari diletak di atas papan
Jika tahu ganja itu mabuk
Buat apakah ia dimakan

Anda mungkin juga menyukai