Anda di halaman 1dari 2

Tingkatkan minda dan daya ingatan

1. Bila umor sudah melebihi 70 tahun risiko penyakit alzheimer 10% atau lebih. Ketika itu
pengidap menjadi nyanyuk banyak kehilangan daya ingatan. Fungsi2 otak semakin terganggu
sehingga fungsi2 asas saperti buang air ditandas dan seterusnya istinjak pun sudah lupus dari
ingatan. Nauzubillah, Ya Allah lindungilah aku dari penyakit tua dan segala keburukkanya.

2. Sebenarnya sel2 otak iaitu neurons masih tumbuh bercambah serta berfungsi baik walau
pun dengan meningkat umor dengan syarat orang berkenaan mengamalkan caragaya hidup
yang sihat serta aktif fizikal dan mental (neuroplasticity). Rangsangan otak dilakukan dengan
pembelajaran, maklumat dan aktiviti2 kemahiran. Walau pun telah wujud jutaan jalur2
maklumat dan sambungan2 synapses, masih ada ruang untuk peningkatan.
Otak kita saperti otot, menjadi lebih kuat jika kita beri exercise dan latihan.

3. Rajin membaca quran serta cuba menghafal beberapa ayat setiap hari. Untuk mengingati
ayat2 quran kita perlu baca berulang2 tidak kurang dari 40 kali. Ulang baca bila2 masa,
ketika solat atau memandu kereta dan dimana saja kita berada.
Saya hafal beberapa surah diantaranya almulk, sajadah, asSaf, alinsan, al kiamah, separuh
alwakiah dll. Kena selalu baca untuk terus ingat.
Disamping menghafal quran kanak2 perlu dilatih menghafal sifir dan bila buat kira2 dan
hitungan cuba jangan bergantung kpd calculator atau komputer.
Ketika dalam sekolah rendah saya dipaksa hafal sifir satu hingga dua belas. Latihan ini
munkin punca saya dapat markah A dalam matemaik dalam semua peperiksaan.

4. Exercise atau aktiviti fizikal selama 30 minit selain beri menfaat kpd kesihatan tubuh
badan, membantu cegah penyakit2 kencing manis dan darah tinggi, ia juga banyak beri
kebaikan kepada otak. Menambah sel2 neuron, kuatkan sambungan dan cegah kerosakkan
neuron. Exercise mengeluarkan brain drive neurotrophic factor (BDNF) yg meningkatkan
fungsi pembelajaran dan meluaskan pusat ingatan disamping melancarkan aliran darah
keotak. Jom exercise 30 minit setiap hari.

5. Pelajari sesuatu kemahiran baru. Cari satu hobi yang kita minati dan gembira membuatnya
- berkebun, pertukangan, menjahit, memasak dll. Dalam peroses membina hobi kita kena
timba ilmu dalam bidang yg kita minati dan seterusnya melatih serta mempraktikan
kemahiran2 yang baru. Dengan latihan ini otak kita sentiasa berfungsi.

6. Jauhkan multi tasking atau membuat dua kerja serentak saperti membuat panggilan talipon
serta menyusun dan menyimpan barang. Pasti kita akan lupa dimana kita letak barang
tersebut.

7. Cukup tidur , 5 hingga 7 jam setiap malam. Tidur menguatkan sambungan saraf (synapses)
dan seterusnya meningkatkan peroses2 pembelajaran dan ingatan.
Kajian keatas kanak selepas tidur siang hari ketajaman otak meningkat. Orang dewasa yang
amalkan tidur sekejap siang hari (power nap) meningkat daya fungsi otaknya.

8. Amalan mencatit dalam buku nota kecil setiap perkara yang baru dipelajari dalam bentuk
ringkas atau points memang dapat meningkatkan ingatan kita. Saya memang amalkan tabiat
ini dan saya dapati orang2 jepun dan korea juga berbuat demikian.
Saperti imam Shafie bila dengar kuliah dari gurunya sering guna jari tangan kanan untuk
menulis nota pada tapak tangan kirinya. Lepas itu dia bolih mengingat semula segala yang
dicaritkan ditapak tangan.
Satu kajian keatas kanak2 yang bertabiat melukis tentang perkara2 yang baru dipelajari
didapati berjaya dapat markah tinggi dalam ujian.

9. Makan terbaik untuk otak.


Makanan yang berkhasiat dan berzat yang mentah serta segar dari sayur2 dan buah2 sangat
penting bagi pertumbuhan sel2 otak dan myelin sheath. Kurangkan gula, karbohaidret, fast
dan junk foods kerana meracuni sel2 otak.
9.1 Kunyit dan kari dikatakan mencegah timbunan amyloids dalam yg menyebabkan
alhzeimer. Membersihkan salurdarah dalam otak. Meningkatkan ingatan, meningkatan
pertumbuhan sel2 neuron.
9.2 Celery, peppers dan carrots mengandungi luteolin yg mencegah kerosakkan sel2 neuron.
9.3 Broccoli dan cauliflour serta kuning telor mengandungi choline iaitu amino asid yg
meningkatkan fungsi kognitif, pembelajaran dan ingatan. Cegah tindakan racun otak.
9.4 Kacang walnut, macademia dan almond nuts, ikan makeral dan salmon mengadungi
omega 3/ DHA, phytosterol dan antioxidant. Meningkat fungsi otak dan pemulihan sel2 otak.
9.5 Pisang, sayur2 hijau dan beans mengandungi magnesium yg berfungsi mempercepat
transmisi maklumat2. Magnesium meningkatkan aliran darah kedalam otak. Kajian keatas
kanak yg diberi makan pisang waktu sarapan kecerdasan otak mereka melonjak.
9.6 Daging lembu adalah sumber B12 yg penting bagi pertumbuhan sel2 otak.
9.7 Blue berries mengandungi antioxidant dan phyto kimia yg meningkatkan pembelajaran
pemikiran dan ingatan. Serta mengurangkan kerosakkan sel2 otak.
9.8 Extra virgin olive oil, minyak kelapa dara (VCO), fish oil dan krill oil adalah makanan2
otak yg berkesan utk mencegah penyakit alhzeimer dan nyanyuk. Makanan tersebut
menggalakan pertumbuhan se2 otak dan myelin sheaths. Seterusnya meningkatkan fungsi2
otak termasuk ingatan. Saya minum sesudu extra virgin olive oil setiap hari.

10. Permainan otak / brain games . Dalam internet terdapat beberapa websites saperti
Luminosity.com. Permainan ini merangsang otak meningkatkan kemahiran untuk membaca,
fahaman dan hafalan.

11. Cegah stress dan rawat penyakit2.


Tekanan fizikal, mental dan emosi semakin berluasa pada zaman sekarang dan timbul dari
pelbagai punca.
Stress meracuni sel2 otak dan merosakkan jalur2 maklumat. Fungsi otak dan ingatan
menurun akibat stress.
Penyakit saperti darah tinggi dan kencing manis perlu dirawat dengan sempurna kerana bolih
mengganggu aliran darah bekalan makanan dan oksijen kedalam otak dan seterusnya
merosakkan fungsi otak dan ingatan

Anda mungkin juga menyukai